Keluargaku Terchenta

ni lah gambar2 family kesayangan aku.  semua gambar diambil time hari raya..

ini adalah gambar raya terakhir bersama arwah wan..gambar diambil pada tahun 2008..


family aku bersama family kak ipar..

siapa sangka ini adalah gambar raya terakhir aku bersama arwah wan..jadi silalah hargai saat2 hari raya bersama yang tersayang kerana kita tak tau adakah raya akan datang kita masih bersama mereka lagi atau tak..alfatihah untuk arwahyarhamah hajjah saedah binti ismail..

ni pulak raya tahun 2009..tahun ni merupakan tahun pertama tanpa arwah wan disisi..sedih tak terkata..rasa kurang meriah tanpa arwah wan :'( tema tahun ni putih.  actually semua baju ni dah dipakai time kahwin angah aku..alang2 sekeluarga dah sedondon, maka tahun tu kami recycle balik baju tu..

girls power..hehehehe..

ni time nak pergi kenduri kahwin..sedondon biru turquise..eh betul kew aku eja turquise ni..lantak la labu..hahaha..

time ni aiman bulat dan comel..sekarang dah kurus kering..

tahun 2010..alhamdulillah, bertambah lagi sorang ahli keluarga kami dengan kehadiran anak buah, nurul danisyah humairah :) tema tahun ni oren+putih..baju abah & along recycle tahun lepas punya baju..hehehe..

tahun 2011...coming soon..tema: hijau :)

UPDATED ON 27 SEPTEMBER 2015..

ha kooo..4 tahun berlalu baru nak update gambar raya family..hahaha..

ni raya tahun 2011..humairah time ni dah dapat kaki..raya 2010 dia kecik lagi..




raya 2012

tahun ni tak ada tema yang specific..hehehe..tak ingatlah kenapa tak ada tema..selalunya mak yang paling bersemangat nak bertema..
 




raya 2013 sedih sebab tak ambil gambar raya..sebabnya abah tak suka tema warna tahun ni..aku la yang pilih..aku pilih oren pekat..abah kata macam warna baju sami buddha..hahaha..aku pun tak ada mood ambil gambar sebab baju raya ketat..silap jahit :(

raya 2014

hurmmmmm...ni raya terakhir bersama abah...siapa sangka kan tahun tu tahun terakhir kita bersama orang yang tersayang..











sedihnya tengok kegembiraan kami sekeluarga bergambar..hmm..tak leh taip panjang2..sedih :'(

raya 2015

tiada istimewa raya tahun 2015..abah dah tak ada..abah meninggal malam 17 ramadhan..tahun ni tak ada gambar family..

 tahun ni merupakan raya tahun kedua rashid beraya bersama family aku..tahun lepas dia tak balik raya pertama sebab tiket mahal..tahun ni dia tak balik sebab kerja..hehehe..tahun depan insyaAllah kalau dipanjangkan umur dan jodohnya, kami akan beraya sebagai suami isteri pulak..tak tau lah raya kat mana nanti..selangor atau sabah? tungguuuuu...

 ni otw ke kubur abah..mak muka sayu..tak ada mood bergambar..


tahun ni aku mulanya bersemangat raya..kain, lace, n shawl tu semua aku pilih..shawl tu aku jahit sendiri..kain tu beli siang sebelum abah meninggal malam tu..hmm..dah beli..buat la jugak shawl walaupun mood ke laut..

sungguh sedih raya tanpa abah..dulu sedih raya tanpa wan..tahun ni tambah sedih sebab abah pulak tak ada..hmmm...tapi yang hidup pasti akan mati jua..yang masih hidup kena teruskan hidup macam biasa..

tahun depan tema apa pulak? insyaAllah akan di upload kalau umur masih panjang..

Nur Syalillah Binti Haji Kamrudin