Tentang Nur Syalillah


بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

nama penuh pemilik blog picisan ni ialah nur syalillah binti kamrudin..lahir pada 9 oktober 1988..anak ke tiga daripada empat adik beradik..beza umur aku dengan adik 10 tahun, so aku ni agak manja sikit..mengada2 pun ada gak kadang2..heeeee...sejak lahir sampai la sekarang ni menetap kat kampung sungai pelong, sungai buloh..masa kecik2 teringin nak merasa pindah rumah, tapi tulah, nak buat macam mana sebab kat sini lah jelah rumah & tanah yang mak aku ada..abah aku ada gak tanah lain kat paya jaras..tapi kat situ tak best sebab ramai sangat makhluk pendatang asing..hehehe..

aku ni kuat makan..makanan kesukaan semua..minuman kesukaan pun semua..mana ada yang tak sedap..bagi aku semua sedap dan aku suka..hahahahaha..aku suka kaler biru, hitam, coklat & putih..tapi blog aku temanya warna pink..tu yang heran sampai sekarang..hmmm...

hobi di masa lapang makan, tidur, makan, tidur..iskk..tak senonoh betul..selain tu aku suka edit gambar..nak kata pakar sangat tu tak lah, tapi pernah la sekali tolong edit gambar abang kawan kahwin..kehkehkeh..selain tu aku suka memasak..tapi tak adalah sedap sangat tapi kalau nak kahwin sekarang memang dah boleh sebab dah teror..hahaha..*pasan*

dari segi perangai aku ni happy orangnya..suka gelak..sekali tergelak beso, memang payah nak stop..kalau korang pembaca setia blog aku (ada kew?) mesti korang perasan aku ni suka beno gune hehehehe, hahaha,,kehkehkeh kat entry...sikit2 nak gelak..pelik kan..hehehe..ops tapi dalam masa yang sama aku ni mulut laser..tapi laser bertempat la..kalau orang lain melaserkan aku, aku akan melaserkan balik berganda2..hahaha..so beware okeh ;p  aku ni jenis mudah kesian kat orang dan mudah terpengaruh juga..kalau ada orang promote barang cepat jew terpengaruh nak beli..lepas beli rasa menyesal..kehkehkeh..aku ni sensitif orang nya...cepat benor tersentuh..kalau tengok cerita korea tak pernah tak nangis..family aku namakan perangai aku tu sebagai cembeng (mudah menangis)..

tujuan aku berblog ni sebagai tempat aku meluahkan perasaan & share aktiviti yang aku buat..mostly entry dalam blog aku ni berkenaan kisah hidup seharian & kisah cinta aku..so pada pembaca yang rasa annoying giler dengan kisah cinta aku, sila jauhkan diri korang dari blog aku..tak ada paksaan baca blog aku ni..kalau rasa menyampah tapi nak baca gak, so blame urself la..tak payah la nak  komen aku ni gedik kew, poyo kew..ada paham? *wah tergarang pulak*

ni ada sedikit cebisan kenangan aku masa zaman persekolahan...

aku start sekolah tadika masa umur 4 tahun..time tu belajar kat tadika islam area perumahan paya jaras permai..then umur 5 tahun pindah kat tadika islam bandar baru sungai buloh..tadika ni dibawah pengurusan yang sama gak..cuma berbeza cawangan jew..rindu sangat dengan ustaz aku..dia baik orangnya..time balik mesti aku antara orang terakhir yang dia hantar..kadang2 sebelum hantar aku balik, dia singgah jap kat tadika paya jaras permai..selalunya dia bagi aku minum & makan..paling suka minum teh o ais kat tadika tu..lepas tu makan beramai2 guna dulang..hehehe..

ha yang kiri sekali tu lah ustaz yang baik tu..nama dia dah lupa la..teringin nak jumpa dia, tapi mesti dia dah tak ingat kat aku dah..hehehehe...

then umur 6 tahun aku sekolah kat tadika kemas paya jaras..mak aku cerita penah sekali tu aku balik menangis2..mak aku ingat aku kena buli..tapi rupanya aku menangis sebab dapat karipap sebijik jew, sebijik tak cukup..hahahaha..dari kecik memang aku kuat makan..tu pasal tembam..

time hari sukan tadika..aku rumah kuning..masuk pertandingan bawa bola ping pong dalam sudu & bawak beras atas kepala..tapi bukan la beras 10kg tu..gilo apo..hahahahahaha..time penyampaian hadiah aku seronok main dengan kawan2..nasib baik abang2 aku sedar nama aku..kalau tak melepas trofi piala..



ni pulak aku dah memasuki alam persekolahan..memang la seronok sebab makin ramai kawan..paling tak boleh lupa masa darjah satu aku terberak dalam seluar..hahaha..semuanya disebabkan kawan aku cakap ada tangan keluar dari lubang tandas, then tarik kaki sampai kite masuk dalam lubang tandas..mati2 aku percaya..hahaha..sanggup tahan berak, tapi disebabkan hari tu ada masalah teknikal, tak dapat la aku menahan lagi..kekeke..mula2 kawan aku namanya latifah (duduk paling depan, kiri sekali) yang terbau busuk..dia tanya aku berak kew, aku cakap tak..tapi yelah nama pun ta*k, mana ada yang bau wangi..last2 merebak satu kelas..cikgu pun tertanya2 siapakah gerangannya yang melepaskan hajat besar dalam kelas..aku masih buat muka tak bersalah..sepandai2 tupai melompat, akhirnya kantoi juga aku yang berak..kekekeke..nasib baik time tu dah nak balik..time balik pulak aku balik dengan angah aku..oh ya kami balik sekali dengan kawan dia..yang tak boleh blah dia suruh kawan dia jalan jauh2 dari aku..kang jalan dekat2 terbau pulak..hahaha
1 bakawali


3 bakawali

ha yang ni time darjah 6..aku pengganas sekolah tau..start darjah 4 aku dah jadi pengawas..teringat lagi masa darjah 3 kawan aku jadi pengawas, balik2 aku menangis sambil mengadu kat mak aku tak dapat jadi pengawas..tup2 darjah 4 dapat jadi pengawas sekolah..punyalah happy..

time ni aku lemak aku menternak dengan jayanya..ha yang budak kecik tu adik aku..cute kan dia time kecik2..adik aku selalu jadi mangsa buli..kalau kena tampar tu dah biasa dah bagi dia..hahaha..


time ni hari2 terakhir kat sekolah rendah..rindunya kat kawan2 aku semua ni..halijah pun ada..kami memang rapat dari dulu sampai sekarang :)

lepas tamat darjah 6, tibalah masa peralihan aku ke sekolah menengah..dari form 1 sampai awal form 4 aku sekolah kat smk bandar baru sungai buloh..yang syoknya sekolah aku sebelah jew dengan pasaraya hiong kong (sekarang dah jadi the store)..asal hari jumaat jew lepak situ sambil makan2 kat food court, tak pun mcd..zaman dulu kalau bawak rm10 pun dah cukup makan sekenyang2 kat situ..tapi la ni kalau bawak rm10 memang tak cukup..huhuhu.. 

1 usaha..jadi pengganas pengawas lagi


2 ehsan..alalala tengok la gelagat kawan aku yang kat depan tu..namanya wani..dah nak kahwin dah dia..hehehe..aku? entah lerrrr...lambat lagi kot..


form 3..time ni bulan ramadhan, baru habis exam pmr ..so duduk surau baca al-quran..baik giler time ni..sekarang??baik gak, tapi ada nakal sikit2..hehehehe


form 4..waktu PJK..rindu giler kat badan aku time ni..tak ada lah gemuk sangat..just montel jew..hikhikhik..

masa form 4 semua berlumba2 nak masuk asrama..ada yang masuk mrsm..tapi kebanyakkannya masuk sekolah teknik..aku pun tak lepaskan peluang..aku pun apply la sekolah teknik tuanku jaafar, n9..tapi tak dapat sebab pmr aku dapat 5a jew..time tu budak2 yang dapat 6a jew diterima masuk..sobs3..sedih tak terkata tengok kawan2 yang dapat masuk situ..disebabkan azam membara, mak aku pun buat rayuan masuk sekolah teknik..last2 dapat sekolah teknik tengku ampuan afzan, pahang..tapiiiiii..hmmm...bertahan 4 hari jew..hikhikhik..sebabnya aku dibuli kawan2..lepas tu sekolah tu tak ada kipas..tak boleh tidur malam sebab panas (lemak tebal la katakan..hehehe), plug pun tak ada..aku pun time tu tak pandai berdikari lagi..tiap2 hari call mak suruh jemput aku balik..setelah 4 bulan tak bersekolah, akhirnya setelah turun naik kementerian pelajaran, bulan 8 baru aku dapat pindah sekolah biasa..memang perit nak survive time tu..tapi nasib baik spm aku ok..tak lah teruk sangat even semua gred ada kecuali f la kan..hahaha..


time form 4..bersama dzuratul..dah jadi doktor dia..hehehe..

lepas spm, setelah setahun tanam anggur kat rumah, aku diterima masuk belajar kat uitm..alhamdulillah..tak sia2 penantian even masuk batch ke 2, okeh la..janji dapat sambung belajar..masa diploma aku study kt kampus seri iskandar, perak jurusan pengurusan & teknologi pejabat..

tiada apa yang lebih menggembirakan hati ini selain daripada melihat senyuman mak & abah time konvokesyen aku :)






la ni sambung degree pulak kat uitm puncak alam jurusan pengurusan & sistem pejabat..tak sabo nak habiskan degree ni..tak larat dah nak belajar..hehehe..

eh2 baru sedar dah panjang berjela aku membebel kat sini..hehehehe..okeh2..aku stop kat sini..rasanya tu jew kot yang aku nak cerita kat korang tentang diri aku..membebel panjang2 pon entah ada orang nak baca kew tak...hehehe...

hope korang enjoy la baca blog aku ni..