Friday, February 20, 2015

Happy Birthday Muhammad Danish Aiman

Reactions: 
throwback gambar sambutan birthday anak buah kesayanganku aiman yang ke sebelas tahun..Alhamdulillah masih berkesempatan meraikan birthday dia walaupun kecil-kecilan..kalau diingatkan balik payahnya untuk dapatkan hak penjagaan dia ni memang rasa nak meraung..

just nak throwback kenangan lalu..

pengalaman yang tak boleh dilupakan.,

suatu petang, bekas kak ipar, bf dia (sekarang dah jadi laki) datang bersama polis & orang pejabat agama untuk ambil aiman..atas alasan dah dapat hak penjagaan sementara aiman dari mahkamah syariah kelantan..

aiman & angah menyorok dalam bilik aku..kami bukak pintu tapi grill masih berkunci..polis berkeras nak masuk gak tanpa waran..hanya berbekalkan surat hak penjagaan sementara dari mahkmah syariah kelantan yang diragui kesahihannya.

aku, arwah wan dan abah bertegang urat dengan tetamu2 yang tak diundang tu untuk mempertahankan aiman..kami tak benarkan aiman di bawah penjagaan bekas kak ipar..sebabnya aiman dihantar ke kelantan untuk mak bapak dia jaga..sedangkan bekas kak ipar duduk di damansara..lebih baik aiman duduk dengan kami di sungai buloh..mak nya boleh datang melawat bila2 masa..kalau di kelantan jauh terpisah la aiman..tak dapat kasih sayang mak..tak dapat kasih sayang bapak..ingat kelantan tu dekat ke dengan sungai buloh????

polis berkeras nak ambil aiman..siap dah nak pecahkan pintu bilik aku di mana angah sorokkan aiman..abah kata mana waran..salah di sisi undang2 ni..polis n orang pejabat agama tak ada jawapan tapi masih menunjukkan hero masing2..abah call peguam yang handle kes cerai angah ni..peguam kata surat dari mahkamah syariah kelantan tu tak valid di selangor..bekas kak ipar kena mohon di mahkamah syariah di selangor..maka beredarlah tetamu2 tak diundang tu ke mahkamah syariah shah alam..

tapi dalam masa yang sama ada polis yang mengawal depan rumah..tapi Allah tetap nak bantu kami..angah bawak lari aiman guna pintu belakang..polis tu tak perasan..alhamdulillah..

tetamu2 tak diundang datang balik dengan surat dari mahkamah syariah selangor..tapi aiman dah tak ada..hihihi..pulanglah mereka dengan hampa..sebelum balik polis ambil no ic aku, arwah wan & abah untuk rekod..terima kasih wahai polis & orang pejabat agama yang datang menghuru-harakan keluarga kami..

seminggu kami menyorok di puchong, rumah pak usu..sebab takut polis datang lagi..aiman jadi fobia dengan polis..selepas seminggu mak abah datang ke puchong sambil menangis2..peguam kata harapan tipis untuk dapat hak penjagaan aiman..kami sekeluarga menangis teresak2..hilang malu kami pada keluarga pak usu..kami redha tapi tak akan menyerah kalah..

aku balik ke uitm sri iskandar untuk semester baru..hati tak keruan..teringat keadaan orang2 di rumah yang masih ketakutan di buru polis dan orang pejabat agama..rupanya tetamu2 tak diundang ni datang sekali lagi..siap intai di tingkap rumah..tapi details kejadian aku tak tau..tapi sekali lagi Allah bantu kami..diorang tak dapat ambil aiman..

akhir sekali dipendekkan cerita, bekas kak ipar minta diceraikan (sebab dah nak kawen dengan orang lain) dan menyerahkan hak penjagaan aiman kepada angah..Alhamdulillah..

masing2 kini dah bukak buku baru...masing2 dah ada keluarga baru..bekas kak ipar dah dua orang anak..angah dah nak masuk 4 orang..hihihi..cuma bila cerita pasal bekas kak ipar, emosi aiman sedikit terganggu..aku tau dalam hatinya sedih sebab mama nya dah lama tak jenguk dia walaupun duduk berdekatan..

boleh tak kalau tak sebut pasal mama K*****..aiman tak suka dia..

kami terdiam..kami stop sebut nama bekas kak ipar..bertahun dia tak jenguk aiman..kami tak pernah halang kalau dia nak melawat aiman..datanglah melawat tapi untuk di bawak jauh2 kami tak benarkan..masih diragui..

tak apalah aiman..aiman ada abah,,ada mama masni..ada wawa..ada zahirah..yang paling penting ada wan yang sayang gila kat aiman..ada atuk..ada paklong..ada mak lang yang garang..hewhewhew..n ada mak usu untuk teman bergaduh..

kami semuaaaaa sayang aiman tau..






aiman dan kawan baik nya iqbal



wawa tiba2 menangis sebab kena marah..hehehe



Ya Allah..berkatilah hidup Muhammad Danish Aiman..berikanlah dia kekuatan dalam menempuhi kehidupan di dunia ini..jadikanlah dia anak dan cucu yang soleh..berikanlah kegembiraan kepada dia walaupun tidak mendapat kasih sayang seorang ibu kandung..Amiin..

0 comments:

Post a Comment