Sunday, February 22, 2015

Kegembiraan Berkerja di Lembaga Zakat Selangor (Part I) - Farewell Party Mai & Kak Nor

Reactions: 
0 comments
24hb Februari ni genap la setahun aku bekerja di Lembaga Zakat Selangor..syukur Alhamdulillah setakat ni hati aku sangattttttttttttttttttttttt seronok bekerja kat LZS..aku kasi 5 bintang kat staff2 LZS especially kat staff pejabat perkhidmatan korporat..

Kali ni nak update kisah2 sepanjang setahun aku bekerja di LZS..kiranya ala2 throwback la..padahal sebenarnya malas nak update blog..heeeee..aku akan buat part by part..ikut kelapangan masa aku nak menaip..

untuk part I aku nak cerita kenangan farewell a.k.a potluck party..

kalau cerita bab potluck memang kami semua suka..tapiiiiii GM kami sebenarnya tak berapa suka kami buat majlis makan2 camni..sebabnya dia tak suka staff guna masa bekerja untuk aktiviti yang tak ada kaitan dengan kerja..dia xmo makan berejam2..kerja xsiap2..subhanallah..nampak tak nilai-nilai yang cuba diterapkan oleh GM kami..amanah dengan waktu bekerja..tapi sesekali tu ada la jugak kami buat makan2 untuk meraikan staff yang berhenti atau bertukar pejabat..n kalau bos pi outstation ataupun bercuti baru la masing2 berani buat potluck..

1. Farewell Party Mai.

makan-makan ni sempena perpisahan Mai - setiausaha GM kami..masing2 bawak bekal masing2..macam2 menu ada..aku ni memang jenis malas nak masak..so aku bawak keropok ikan goreng je..mudah, ringkas, senang, jimat belanja, jimat tenaga..kehkehkeh..

ni kak nor..orang nya ya Allah sangat soft spoken..sangat lemah lembut..berbudi bahasa..position aku ni dulu kak nor yang pegang..pastu kak nor naik pangkat jadi exec..so aku la yang menggantikan tugas dia :)

wahida..kat entry sebelum ni aku ada cerita pasal dia..kalau nak tau dia punya teh tarik sebijik macam kat kedai mamak..nyummehhhhh..

sesi menyusun makanan..sambil2 susun tu tangan mencapai sebijik dua kuih..hehehe..yang depan sekali tudung biru tu namanya kak azimah..seorang yang sempoi..dia la penyeri ofis..pandai buat kelakar..bila dia cuti sunyi je ofis..kat ofis kena ada sorang dua yang kepala gila2 kan..kalau xde seriously bosan gila kot ofis tu..

ni kuih apam gula hangus yang dibuat mak kak haiza..aku xpernah lagi jumpa kuih yang sesedap kuih yang mak kak haiza buat ni..lembut gilaaaaaa...aishhh bertakung dah air liur ni teringat kesedapan kuih apam gula hangus tu..

macam2 makanan ada..nasi beriyani kambing ada..nasi ambeng ada..laksam ada..kuih jangan cakap la..macam2 jenis...tak termakan ..siap tengah hari makan second round lagi..

ni la mai, orang yang diraikan..nama penuhnya maizatul..selamat maju jaya mai..walaupun xkenal dia ni sebab aku masuk kerja hari isnin, hari jumaat dia dah last day bekerja, tapi aku harap dia berjaya dalam bidang yang dia ceburi..hehehe..

Next...

2. Farewell Party Kak Nor

Macam yang aku tulis kat atas, kak nor ni asalnya one of the team sektor undang-undang..kiteorang panggil SUU je..kak nor dah lebih 5 tahun kerja kat suu..memang dia rapat gila dengan cik najwa & kak haiza n master bab2 kerja perundangan kat lzs..aku ni memang kena banyak menuntut ilmu dengan dia..majlis ni pun kami buat surprise..konon2 nak ajak makan tengahari..hehehe..kami makan kat restoran thai area laman seri, seksyen 13, shah alam..

sebelum order wajib amek gambo dulu sebagai kenang-kenangan..

semua ni cik najwa yang belanja..semoga Allah melipat gandakan rezeki cik najwa..cik najwa ni memang pemurah gilaaaa...ada je benda yang dia nak belanja kami..

alalala..comelnya kak nor n cik najwa..trademark cik najwa bila bergambar mesti buat thumbs up..yeahhh..

aku, kak sya n kak haiza..kak sya time ni baru je masuk..dia pun jenis pemurah gila..kadang2 ada je makanan atas meja dia belikan..roti la..coklat la..kek la..kak haiza pon gitu..suka bagi biskut kat aku..camne nak diet ni..hahahaha..

diorang berdua ni boleh jadi geng..geng xkuat makan..makan sikit da kenyang..aku ni ha makan 2 pinggan..malu kat dorang..hehehehe..

sesi ucapan sedang berlangsung..

ok perut kenyang hati girang..jom kita balik ofis..team suu memang terbaik :)

love all of you..


Friday, February 20, 2015

happy birthday mak

Reactions: 
0 comments
rajin pulak malam ni nak menghapdate kisah pasal birthday lagi..kali ni birthday mak pulak..yang sebenor nya birthday mak dengan aiman dekat2 je..aiman 26hb 1..mak pulak 30hb 1..

alaaaa aku beli kek murah je..tak mampu nak beli kek secret recipe..huhuhu..

happy birthday mak yang ke 55 tahun..tapi still awet muda..macam 40 tahun kan..ecececeh..

mak & adik

mak & abah

mak & aiman

mak & aku

hamboiii abah..perut tu makin kedepan sejak balik haji ye..hehehe..

tiup jangan tak tiup..

sesi suap menyuap..romantik gituuu..

selfie sikittt..alamak nampak background bersepah ;p

actually nak bawak kek ni pi celebrate kat tree steak house..tapi abah pening kepala pulak malam tu..so postponed malam esoknya..










time ni mulut abah ternganga tengok bola..kusyuk bebeno..elok je nk snap gambo abah tutup mulut.hehehe..

sekian coretan kali ni..harapan sempena harijadi mak ni ::

semoga dipanjangkan usia..
diberikan kesihatan yang baik..
dikurniakan syurga buat mak..
dibawah rahmat Allah swt..
love u mak..

Mars Bar Slice

Reactions: 
0 comments
Ni gambo lama..baru berkesempatan nak update dalam blog..sekarang ni mars bar slice ni dah tak trend in pon..masa mula2 popular dulu kemain merata orang jual..hehehe..tapi pedulik hapeee aku..nak jugak abadikan dalam blog aku ni..senang lepas ni kot la teringin nak buat balik tapi dah lupa resepi, baca balik dalam blog ni..

ok takmo banyak cerita..jom terjah resepi..ni pon sebenarnya aku dah ingat2 lupa resepinya..aiyakkkk..

bahan-bahan

3 cawan rice krispies (aku guna 4 cawan) (ni aku beli kat tesco extra)
1 bar besar coklat cadbury (aku guna 1 setengah bar..setengah bar tu aku guna yang ada kacang hazelnut) p/s : time ni tak kecoh lagi pasal dna khinzir dalam coklat..tapi sekarang dah halal balik kan..so makanlah tanpa was2 selagi mana jakim dah sahkan halal..kalau was2 xpayah makan k..banyak lagi coklat jenama lain..
3 ketul mars coklat size beso..
100gm butter (untuk butter ni aku agak2 je..untuk kasi masin berlemak2 sikit..)


cara buat :

1. cairkan butter & mars bar tu dengan teknik double boiler..dah cair tuangkan atas rice krispies tu..kacau sampai rata..masukkan dalam bekas..henyak2 ikut suka sampai mampat..

2. cairkan pulak coklat cadbury tu dengan teknik double boiler jugak..then topping atas rice krispies yang dah di henyak2 tu..masuk dalam peti ais..sejukkan..then potong..makannnnnn..senang je kan..tapi kan..agak tinggi gak kos buat menda alah ni..patotla pun orang jual sebalang kecik je dah rm10..cumanya bila buat sendiri ni kepuasan tu lebih sikit..makan pon dapat lebih..hahaha..


bahan-bahan

teknik double boiler..cara yang tepat, didihkan air..tutup api..baru cairkan coklat..kalau api masih terbukak, air tu melompat2 masuk dalam bekas coklat tu..

dah siap di topping n di sejukkan..yang timbul2 macam jerawat batu tu kacang hazelnut..


potong kecik2..yang cantik2 amik gambo..yang potong senget2 tu terus masuk mulut..hehehe

zoom in sikit..

bahagian bawah ni melekit2..sodap..


selamat mencuba resepi yang dah tak trending ni ;p

Happy Birthday Muhammad Danish Aiman

Reactions: 
0 comments
throwback gambar sambutan birthday anak buah kesayanganku aiman yang ke sebelas tahun..Alhamdulillah masih berkesempatan meraikan birthday dia walaupun kecil-kecilan..kalau diingatkan balik payahnya untuk dapatkan hak penjagaan dia ni memang rasa nak meraung..

just nak throwback kenangan lalu..

pengalaman yang tak boleh dilupakan.,

suatu petang, bekas kak ipar, bf dia (sekarang dah jadi laki) datang bersama polis & orang pejabat agama untuk ambil aiman..atas alasan dah dapat hak penjagaan sementara aiman dari mahkamah syariah kelantan..

aiman & angah menyorok dalam bilik aku..kami bukak pintu tapi grill masih berkunci..polis berkeras nak masuk gak tanpa waran..hanya berbekalkan surat hak penjagaan sementara dari mahkmah syariah kelantan yang diragui kesahihannya.

aku, arwah wan dan abah bertegang urat dengan tetamu2 yang tak diundang tu untuk mempertahankan aiman..kami tak benarkan aiman di bawah penjagaan bekas kak ipar..sebabnya aiman dihantar ke kelantan untuk mak bapak dia jaga..sedangkan bekas kak ipar duduk di damansara..lebih baik aiman duduk dengan kami di sungai buloh..mak nya boleh datang melawat bila2 masa..kalau di kelantan jauh terpisah la aiman..tak dapat kasih sayang mak..tak dapat kasih sayang bapak..ingat kelantan tu dekat ke dengan sungai buloh????

polis berkeras nak ambil aiman..siap dah nak pecahkan pintu bilik aku di mana angah sorokkan aiman..abah kata mana waran..salah di sisi undang2 ni..polis n orang pejabat agama tak ada jawapan tapi masih menunjukkan hero masing2..abah call peguam yang handle kes cerai angah ni..peguam kata surat dari mahkamah syariah kelantan tu tak valid di selangor..bekas kak ipar kena mohon di mahkamah syariah di selangor..maka beredarlah tetamu2 tak diundang tu ke mahkamah syariah shah alam..

tapi dalam masa yang sama ada polis yang mengawal depan rumah..tapi Allah tetap nak bantu kami..angah bawak lari aiman guna pintu belakang..polis tu tak perasan..alhamdulillah..

tetamu2 tak diundang datang balik dengan surat dari mahkamah syariah selangor..tapi aiman dah tak ada..hihihi..pulanglah mereka dengan hampa..sebelum balik polis ambil no ic aku, arwah wan & abah untuk rekod..terima kasih wahai polis & orang pejabat agama yang datang menghuru-harakan keluarga kami..

seminggu kami menyorok di puchong, rumah pak usu..sebab takut polis datang lagi..aiman jadi fobia dengan polis..selepas seminggu mak abah datang ke puchong sambil menangis2..peguam kata harapan tipis untuk dapat hak penjagaan aiman..kami sekeluarga menangis teresak2..hilang malu kami pada keluarga pak usu..kami redha tapi tak akan menyerah kalah..

aku balik ke uitm sri iskandar untuk semester baru..hati tak keruan..teringat keadaan orang2 di rumah yang masih ketakutan di buru polis dan orang pejabat agama..rupanya tetamu2 tak diundang ni datang sekali lagi..siap intai di tingkap rumah..tapi details kejadian aku tak tau..tapi sekali lagi Allah bantu kami..diorang tak dapat ambil aiman..

akhir sekali dipendekkan cerita, bekas kak ipar minta diceraikan (sebab dah nak kawen dengan orang lain) dan menyerahkan hak penjagaan aiman kepada angah..Alhamdulillah..

masing2 kini dah bukak buku baru...masing2 dah ada keluarga baru..bekas kak ipar dah dua orang anak..angah dah nak masuk 4 orang..hihihi..cuma bila cerita pasal bekas kak ipar, emosi aiman sedikit terganggu..aku tau dalam hatinya sedih sebab mama nya dah lama tak jenguk dia walaupun duduk berdekatan..

boleh tak kalau tak sebut pasal mama K*****..aiman tak suka dia..

kami terdiam..kami stop sebut nama bekas kak ipar..bertahun dia tak jenguk aiman..kami tak pernah halang kalau dia nak melawat aiman..datanglah melawat tapi untuk di bawak jauh2 kami tak benarkan..masih diragui..

tak apalah aiman..aiman ada abah,,ada mama masni..ada wawa..ada zahirah..yang paling penting ada wan yang sayang gila kat aiman..ada atuk..ada paklong..ada mak lang yang garang..hewhewhew..n ada mak usu untuk teman bergaduh..

kami semuaaaaa sayang aiman tau..






aiman dan kawan baik nya iqbal



wawa tiba2 menangis sebab kena marah..hehehe



Ya Allah..berkatilah hidup Muhammad Danish Aiman..berikanlah dia kekuatan dalam menempuhi kehidupan di dunia ini..jadikanlah dia anak dan cucu yang soleh..berikanlah kegembiraan kepada dia walaupun tidak mendapat kasih sayang seorang ibu kandung..Amiin..