Tuesday, June 17, 2014

Cebisan Kenangan di Sogo (K.L) - Last Part - Selamat Tinggal Sogo

Reactions: 

Lama tak update blog rasa kaku pulak jari jemari ni nak menaip kisah sendiri..hmmmm.....ok la entry ni aku jadikan entry terakhir cerita tentang pengalaman aku kerja kat sogo..lagipun tak adalah banyak sangat pengalaman menarik yang nak diceritakan..kerja pun dalam 4 bulan je..tapi apa2 pun tetap nak share sikit2 pengalaman tu..kalau tak ditulis lama2 nanti lupa..betul tak? :)

Pengalaman seram


Mana-mana pejabat pun mesti ada kisah misterinya yang tersendiri..tak terkecuali kat sogo..hehehehe..korang yang seronok sangat shopping kat situ sampai tak hingat nak balik jangan tak tau sebenarnya ada makhluk halus kat sogo..jeng jeng jeng..aku sendiri dah dua kali berhadapan situasi menyeramkan..kejadian ni kat tempat yang sama..kat mana tempat tu?apa lagi area parking kereta la..kat autopay station Basement 2..tapi kat Basement 2 tu ada 4 autopay station..yang mana satu tempatnya tak dapat la aku nak cerita details..kang ada yang tak pi sogo dah..ekekeke..

yang gambar bawah ni bukanlah tempat kejadian cuma aku nak bagi gambaran je kat korang..untuk pengetahuan, aku akan pi kutip duit autopay parking ni setiap pagi dan petang..time aku kena kacau tu time pagi la..time orang tak ada lagi..

macam mana aku kena kacau? cam gini..tepi autopay tu akan ada cermin..sebelum cermin tu, ada pintu besi macam gambar bawah ni (aku tak tau apa nama spesific pintu besi ni..maybe boleh panggil penghadang besi?ahhh apa2 jela korang nak panggil apa)..dalam gambar ni macam ada ruang kan..tapi area yang aku kena kacau tu tak ada ruang untuk manusia duduk antara cermin dan penghadang besi tu..kalau budak umur setahun lebih maybe muat la untuk berdiri..tapi untuk orang dewasa memang tak muat..



ni contoh penghadang besi yang aku maksudkan..curik gambo dari google..(muka akak ni aku hitamkan..takmo dia glamour)

waktu pagi kadang2 dorang (tak sure sama ada budak maintenance or security guard) tak naikkan penghadang besi tu..jadinya time penghadang besi tu tak naik, time tu la aku kena kacau..huhuhu..ala tak ada la benda tu kacau teruk2 pun..just dia macam sepak kuat2 je besi penghadang tu..kalau lemah semangat boleh tercirit la dengar benda tu sepak dari dalam..hakhakhak (bajet aku kuat semangat la kan sebab tak tercirit)..mula-mula aku dengar time berdua dengan budak maintenance..biaselah budak lelaki kan pandai cover..bila aku tanya bunyi tu dia kata sorang pak cik maintenance tu yang ketuk dari luar..time tu aku macam terkejut beruk tak boleh nak fikir apa dah..bila sampai ofis baru boleh pikir macam mana pak cik tu boleh ketuk penghadang besi tu sedangkan ada cermin yang jadi pemisah..aku dah rasa lain macam..tapi malas nak fikir banyak2..beberapa minggu lepas tu kena lagi sekali..tapi time tu aku dah boleh berfikir secara logik..time tu dah rasa seram sejuk..budak maintenance tu pun cepat2 masukkan duit autopay dalam beg then cepat2 kami blah dari tempat tu..tak sanggup dah nak duduk lama2 kat situ..hihihi..mungkin jugak sebab kami bising sangat kot sampai benda tu terganggu..sebab tu dia sepak penghadang besi tu suh kami senyap sikit :p

lain-lain kejadian terkena kat staff lain..selalunya yang kena ganggu tu yang kerja shift malam..dah la sorang2 kena standby kat opis..time tu la benda tu galak nak mengacau..tapi benda tu tak menjelmakan diri..just kacau dengan bunyi-bunyian je or ketuk2 cermin..paling teruk pun ada budak kena histeria..huhuhu..bila ada kes histeria bos cina mulalah bising..rupa-rupanya benda tu mengamuk sebab pekerja kontrak indonesia dah lama tak bagi makan kemenyan..hadoiiiiii..dah la kemenyan tu dia letak kat tandas staff..nak membuang pun takut2 walaupun di siang hari..hahaha..

salah satu lokasi benda halus mengacau dengan mengetuk cermin adalah dari dalam bilik fail..ha ni gambo hari terakhir aku kerja..bayangkan sorang je perempuan kena standby..Alhamdulillah aku tak pernah lagi kena duty sorang2 time malam :)

sini pon pernah benda tu dok ketuk2..maybe benda2 halus kat sogo ni hobinya mengetuk2 la..aku agak jeeeeee ^.^

ok la dah takmo cerita pasal seram2 ni..kang nak terberak pukul 3 pagi tak berani pulak nak pi tandas..

surprise birthday party boss

salah satu kenangan best kat sogo adalah masa buat surprise sempena birthday manager deparment kami..memang meriah la..

selamat hari lahir Mr. Yong dari M&E, Food Court.

semua tak sabar menanti ketibaan mr. yong..bukan nya apa..tak sabo nak makan sebenarnya..hahaha..

hamboiii busy betul abang2 maintenance ni pasang lilin..

akhirnya yang diraikan pun sampai..konon2 ada meeting..tup2 ada kek..kalau aku kompom menangis terharu diraikan macam ni :')

betul2 terkejut or buat2 terkejut?wallahualam..hahahaha

masa untuk tiup lilin..errrr adakah ada percikan air liur mr. yong atas kek ni?harap2 tak adalah sebab aku makan je kek ni..hahahaha..dah habis licin baru terfikir ada ke idok air liur dia..muahahaha..

wajah gembira mr. yong..kalau tak muka serious jeeeeee..tapi dia ni baik je sebenarnya..tapi biasalah boss kenalah tunjuk muka garang supaya pekerja lain tak pijak kepala..betul ke bohong kenyataan aku ni??? ;p

ujang pakaikan crown untuk mr. yong..birthday boyyyy la katakan..

ha ni part paling seronok..bak kata arwah wan..makanan apa yang paling sedap kat dunia ni..jawapannya makanan free..hakhakhak..aku amek lauk daging kambing..menyesal tak amek ayam..ayam lagi sedap kotttt..daging kambing ni hamis sikit..esoknya terus aku mc sebab demam..tak tau la sebab makan kambing ataupun sebab lain ;)

ok done cerita pasal boss..last nak cerita pasal hari terakhir aku bekerja

alamak...ngantok la pulak..sambung esok la..ni pun dah pukul 12.04am..zzzzzz..mata tak tahan da woooooiiii..jom tidur..

********************************************************

sambungan....

alhamdulillah masih lagi bernafas hari ini untuk meneruskan hidup yang penuh pancaroba..ecececeh..penat betul hari ni sebab siang tadi ada program jejak kemiskinan bandar anjuran lembaga zakat selangor..next next next entry akan aku ceritakan pengalaman program hari ni ye..InsyaAllah :)

nak cerita saat2 terakhir aku bekerja di Sogo..

Entry yang lepas2 aku tak ceritakan sebab2 aku berhenti..Actually aku berhenti pun secara mengejut..sebelum tu hari2 dok menyebut nak berhenti nak berhenti tapi tak berhenti pon..10 sebab yang menguatkan aku nak berhenti adalah :
  1. selalu kena balik malam..pernah aku balik awal ada sorang pekerja bisu spesis muka mintak penampar akan cakap aku pemalas..walaupun dia guna bahasa isyarat kat bf dia tapi aku faham sebab kok kent dah ajar aku bahasa isyarat 'pemalas'..dia ingat aku tak tahu kot..hahaha..
  2. aku tak suka kerja pakai uniform baju putih pastu tudung masuk dalam baju..rimas kottttt..
  3. aku tak suka tunggu lif pekerja..sesak..berebut2..panas..lif slow..lif penuh barang2..pintu selalu problem bila nak tutup..
  4. tak suka prosedur kat sogo..nak balik kena check dulu kat security guard..aku kerja admin pun tak terkecuali..kalau pakai cardigan kena bukak..beg kena tunjuk..apa ingat aku hadap sangat nak curik barang2 kat sogo tu..ingat aku ni tak ada agama ke (marah ni) huhuhu..nak merayau2 dalam sogo time rehat tak digalakkan..seelok2nya jangan tunjuk kau tu pekerja sogo..sorok identiti tu..tak boleh naik escalator or evalator..kena naik lif pekerja..baca balik sebab no. 3 aku tak suka naik lif pekerja..
  5. susah dapat cuti..nak cuti kena apply seminggu awal..kalau ada betul2 kecemasan baru boleh cuti..kalau dah apply cuti kena bagi alasan yang munasabah kat bos..kalau tak munasabah cuti tak di approve kan kononnya mengganggu shift schedule orang lain..aku pernah apply cuti sebab nak ikut family day opis mak tapi di reject..lanjiooooo bak kata amran pekida :p
  6. aku tak suka kerja dengan cina..bukan aku rasis tapi aku lebih suka kerja dengan orang islam..jiwa lebih tenang..
  7. ramai pekerja berhenti sebab tak tahan kerja sogo..kalau pekerja banyak berhenti paham2 jela macam mana management sesebuah company tu..kalau bagus management tu pastinya pekerja berat hati nak berhenti..betul tak..
  8. kerja sogo tak ada life..sabtu ahad alternate cuti..minggu ni sabtu kerja ahad cuti, minggu depan sabtu cuti ahad kerja..tapi makin lama aku dikerah untuk bekerja hari sabtu dan ahad..mana tahan beb! public holiday pun kena kerja..gaji tak bayar triple tapi dikira ot je..
  9. bos nak bagi permanent position aku awal..sepatutnya tempoh prohibition 6 bulan..tapi 4 bulan kerja dia dah nak serap..takmo la aku kerja lama kat situ..dah la kalau nak berhenti kena bagi notis sebulan..kalau tak kena bayar ganti rugi..ala admin assistant je pon nak kena notis sebulan..tak berbaloi..
  10. tapi sebab UTAMA aku berhenti ----> bila seorang ibu dah mengeluh dia dah tak ada masa dengan anaknya sebab anaknya kerja time dia cuti, anaknya cuti dia kerja, balik malam time dia dah nak tidur, saat tu la paling sebak dan buat aku terfikir semula perlu ke aku meneruskan bekerja di sogo..kalau gaji beso sekalipun tapi masa dengan family pun dah tak ada, apalah maknanya lagi..duit memang penting tapi masa berkualiti dengan family itu lebih penting dari segala2nya..jangan jadi hamba duit or hamba kerja..kerja tak akan pernah habis..time balik haruslah kita balik..itu yang aku praktikkan kat tempat kerja baru sekarang..hehehehehehehehehe..
Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita..bila mak aku dah mengeluh aku dah tak ada masa dengan family sejak kerja sogo membuatkan aku nekad untuk berhenti..aku tanya dulu dengan mak adakah dia redha sekiranya aku berhenti kerja..Alhamdulillah dengan yakinnya mak aku jawab "mak redha". maka tanggal 3 February 2014 secara rasminya aku meletak jawatan di sogo..yeahhhhh..seronok gila..bila aku bagitau nak berhenti staff lain macam tak percaya..yelah aku kan macam lalang..kejap nak berhenti..kejap tak jadi berhenti..bila betul2 nak berhenti pun orang dah tak percaya..heeee..

maka sebelum berpisah akak ana belikan sebiji kek tanda perpisahan untuk aku dah sorang lagi staff yang bakal berhenti jugak..hehehe..baiknya kak ana..lain2 yang sudi meraikan pun dah cukup buat aku terharu..jom layan gambo hari2 terakhir2 aku di sogo..gambar dari kamera kak rog..camera 360 uolssss..jadi gambonya agak licin semacam..hahaha..

cae..aku..kak harni..depan tu kak ana yang lembut orangnya :)

kami lagi..

yasir pon join sekali..

ehem selfie..hidung dah la kembang..hewhewhew..

candid..

bergambo dengan pak cik..pak cik ni la yang konon nya ketuk penghadang besi..padahal benda lain yang ketuk..hahaha..

ha ramai2 baru meriah..

yang diraikan..cae yang berhenti sebab nak kahwin..aku berhenti sebab errr baca balik 10 sebab aku berhenti kat atas tu ;p

encik mat, kak harni n budak baru yang pendiam jadinya aku tak ingat nama dia..hohoho..

lagi2 kami..ehehehe..

ado lagi..

no caption..

-___-

rakan2 sekerja bahagian maintenance..

kek coklat yang sedap..

budak gemokkkkkk..perut buncit..tangan beso..hidung kembang..pipi tembam..ahakss..

tawa dalam tangisan..eh bukan tangisan dalam tawa..di hari terakhir aku menangis sorang2 dalam bilik mengira duit..sampai bengkak2 mata..tahan2 pun keluar jugak air mata ni..sedih sebab terpaksa tinggalkan kawan2 yang happening..tapi nangis time nak balik tu je..lepas tu seronok tak hingat dunia dapat lepak kat rumah 3 minggu sebelum dapat panggilan kerja kat lembaga zakat selangor :)

sebelum mengakhiri entry ni nak jugak tepek gambo selfie sepanjang kerja kat sogo..hahahaha..harap jangan ada yang muntah hijo..






ok itu sahaja yang dapat aku coretkan cebisan2 kenangan di sogo..yang baik semuanya datang dari Allah..yang tak baik semua tu datang dari diri aku sendiri..nexttttt aku akan ceritakan tentang dunia baru aku di Lembaga Zakat Selangor yang sememangnya sangat menyeronokkan..

1 comment:

  1. Salam Nur,
    Saya suke baca entri kamu. Selama ni jadi silent stalker je. Tetibe nak drop komen. Maybe sebab terbaca kisah seram kat Sogo tu...
    Dulu masa saya jaga restoran, jadi kisah seram jugak. Saya tutup pintu kayu kedai dan kunci dari luar. Tetiba ada orang ketuk dari dalam. Siapa la agaknya tu?

    Waktu tu dan pukul 11:45malam. Nak terkentut, terkencing semua ada.

    Tak cecah tanah waktu berlari ke kereta.

    Meremang bulu roma bila ingat balik.

    Saya harap Nur teruskan menulis blog. Penulisan Nur bersahaja dan seronok dibaca. :-)

    Hafez the Great - saya memang suka membebel...

    ReplyDelete