Saturday, March 1, 2014

Cebisan Kenangan di Sogo (K.L) - Part II - S Card Day

Reactions: 


masa part I aku dah cerita macam mana boleh terjebak kerja kat sogo, cerita tentang kerja, tentang kawan sekerja dan tak ketinggalan jugak cerita bab makan..ha bab makan memang tak boleh dipisahkan dengan aku la kan..untuk part II aku akan ceritakan serba sedikit pengalaman manis sepanjang bekerja kat situ..actually banyak jugak kenangan manis tapi tak larat la nak cerita satu2..ini hanya cebisan sahaja..

S Card Day

pengalaman paling tak boleh dilupakan adalah semasa sales khas untuk pemegang S Card selama dua hari..kiranya tak ada kad tak boleh masuk dalam sogo..bagi aku yang bukan gila shopping ni, agak terkejut beruk la jugak melihat fenomena kegilaan rakyat malaysia bershopping kat sogo..dalam hati aku berkata-kata la gak, apalah yang best sangat shopping kat sogo ni..sogo bukak pukul 10 pagi, pukul 9 pagi dah ramai berbaris panjang menunggu depan pintu sogo..ada yang bawak anak kecik..sian budak tu kena beratur lama semata2 mak/bapak GILA shopping..hahaha..sorry kalau ada terasa ye bagi yang gila shopping tu ^^, kawalan keselamatan pun sangat rapi untuk S Card Day ni..lif pun ditutup sebab takut ada yang seludup barang..sana sini security guard dengan walkie-talkie nya..traffic jammed tak payah cerita la..berpusu2 kereta masuk & keluar..pukul 11pagi ada yang dah penuh tangan dengan beg plastik dengan wajah yang ceria..hamboiiii..sakan naaaa..

bagi pekerja pulak, diWAJIBkan untuk bekerja selama dua hari sales tu dari pukul 8 pagi sehingga 11 malam..ada sorang budak baru bahagian maintenance sengaja cari pasal tak datang kerja tanpa alasan yang konkrit..esoknya kena buang kerja..tapi memang salah mamat tu pun..dah terang2 management dah bagitau awal2 tak boleh ambil cuti melainkan ada emergency case or mc..atleast inform pagi2 tu..ni tak, petang baru nak inform..konon bini tengah pregnant terjatuh, masuk hospital..bila orang hr mintak bukti, tak dapat nak bagi..tak payah la nak menipu bagi alasan itu ini..company pun tak hingin nak simpan pekerja macam tu..hohoho..(emo pulak aku kannnn)

penat memang penat tapi seronok..sebabnya first time dalam hidup kerja kat bahagian food court & serve customer..mulanya aku kena jaga additional counter drink..kena jadi cashier tapi boss cakap aku tak ada pengalaman..aku just tolong hulur2 air je..hehehe..bagus2..aku kalau bab jadi cashier ni memang tak berani..aku takut tersalah key in, kang tak pasal2 kena ganti duit..alhamdulillah boss aku, miss anjeo sangat memahami :)

ha lupa nak kabor, time s card day ni semua pekerja kena pakai t-shirt sale..boss2 pun pakai t-shirt je..tak ada gap di antara pekerja atasan & pekerja bawahan..semua sama..so boleh nampak keMERAHan sepanjang dua hari tu..cina kan suka warna merah..ada ong kata nya..hehehe..kalau sales untuk dua hari tu capai target, dapat ler angpau lebih sikit..staff lama kata time raya puasa dapat la rm300 sebab capai target..tapi untuk raya cina ni, sales tak capai target, so dapat la rm150..tak apalah, ok la tu..ada ler jugak angpau..sebab kerja sampai lewat malam dibayar lain..angpau lain..memang kerja kat sogo ni mewah dengan duit..tapi miskin dengan masa untuk keluarga & diri sendiri..sorry to say la tapi ini memang kenyataan..huhuhu..

jom layan beberapa keping gambar kenangan semasa jaga kaunter air..

first day

aku & nellie di kaunter tambahan air..tak banyak pilihan pun kat kaunter ni..ade air tembikai, fresh orange, tebu, soya & mineral water je..nak air lain kena pi kaunter utama air..

mula2 kena jaga kaunter air..tapi disebabkan ada beberapa kekeliruan, aku pi jaga kaunter dessert pulak..ada cendol, ice fruit special, abc, fruit cocktail, mineral water & buah potong..walaupun sikit je menu kat kaunter dessert, tapi pening kepala la jugak nak handle..aku try sedaya upaya untuk serve laju2..4 jam berdiri lutut pun dah lenguh2..aduhhh..belum tua dah sakit sana sini..hehehe..maybe sebab aku gemuk kot tu yang kaki cepat sakit..tak dapat bayangkan pekerja yang kena berdiri lama setiap hari..aku bernasib baik sebab stayed untuk 4 jam je kat food court sebab aku kena naik office..cashier room kat office tu kena sentiasa ada orang standby sebab nak manage exchange money untuk food court..

alalalala comel nya nellie buat pose tutup mulut..kak harni pulak busy layan customer..

apa yang happy aku pon tak ingat dah..yang pasti tangan tu tengah pegang mangga free dari kaunter dessert..dapat makanan free memang seronok..heh!

second day @ last day

Second day @ last day lagi seronok..sebabnya tak ramai customer..tak sepenat time first day..staff lama semua cakap dulu2 time s card day dua2 hari tu memang busy..sepatutnya hari kedua lagi busy..tapi kali ni tak ramai sangat..aku rasa maybe sebab kos sara hidup makin meningkat..tak kuasa la rakyat malaysia nak menghabiskan duit semata2 untuk shopping..lagipun awal tahun dah banyak berabis untuk perbelanjaan anak2 sekolah..bajet untuk shopping pun dah tak ada..ecewahhh pandai2 je aku buat konklusi..hihihi..

petang sikit, manager kami dah edarkan kupon makan tambahan..hari pertama dapat la kupon makan rm10..hari kedua ni pun dapat rm10 + lagi rm10..yahoooo..apalagi masing2 pakat pi makan kat shogo cafe..nak harapkan duit sendiri memang berkira2 la nak makan situ..bukan taraf aku la nak makan cafe mahal2..sekali seumur hidup jela aku makan kat situ..itu pun sebab ada kupon tambahan..heeeeee

jual2..beli satu percuma satu :)

kemain lagi kak rog menyusun kupon..

pastu masing2 gigih tangkap gambar nak update kat fb..hehehehehe.aku? tangkap aksi diorang kasi masuk dalam blog..

lega sikit kepala bila dah berakhir s card day ni..yang paling penting aku kena ucapkan terima kasih kat rashid sebab sudi hantar & jemput aku kerja selama dua hari tu..kalau tak ada dia, siapa la yang nak jemput aku balik..dah la keluar office pukul 11.30malam..sampai rumah pukul 12.10pagi..fuhhhh dah la balik ikut highway..seram wehhh..alhamdulillah Allah selamatkan perjalanan kami dua malam tu..

ok la sampai di sini saja la sempat aku updatekan cebisan kenangan di Sogo (K.L.)..insyaAllah next entry aku ceritakan pulak surprise birthday party boss aku & hari terakhir aku kat situ :(

0 comments:

Post a Comment