Saturday, February 15, 2014

Cebisan Kenangan di Sogo (K.L) - Part I

Reactions: 
السلام عليكم

Seronok sungguh sejak dua menjak ni..almaklum ler dah nak dekat 2 minggu tidur makan tidur makan..rasa hilang segala stress bekerja..inilah yang aku nak dari dulu - berehat panjang (sejak bekerja di Lembaga Jurutera Malaysia [LJM] lagi)..Alhamdulillah sejak berhenti ni, rasa dah lari segala keserabutan dalam otak..

Mulanya cerita....

Secara rasminya aku dah meletak jawatan kat Sogo..Banyak sebab kenapa aku bertindak gilo.sanggup ambil risiko menjadi usahawan anggur yang tak berapa nak berjaya..kehkehkeh..apa pun aku percaya pada gerak hati..orang kata ikut hati mati, ikut rasa binasa..tapi bagi aku gerak hati tu sebenarnya anugerah dari Allah s.w.t..gerak hati suruh berhenti kerja secepat mungkin..no tangguh2 lagi :)

sama jugak masa aku bekerja kat LJM dulu..secara tiba-tiba gerak hati aku kata 30hb Sept hari terakhir aku bekerja..siap tanda kat kalendar lagi tuh..padahal time tu tak dapat mana2 offer bekerja lain lagi..setakat interview tu ada la kat sogo tapi dapat ke idok belum tau nasib lagi..

bersemangat waja remaks tarikh 30sept hari untuk aku resign..hahahaha.. 

tup2 25hb sept dapat call dari Sogo..Alhamdulillah penantian berakhir jua..time tu macam2 dalam kepala otak..boleh ke aku bekerja kat retails company..dah confirm2 tak ada istilah weekend..tapi memikirkan kerja kat LJM setakat taraf pekerja sementara & Sogo offer permanent job, terima jela dengan separuh rela..lagipun niat asal tak nak kerja lama kat situ pun..niat sekadar nak lepas loan kereta, pastu blah la..cari kerja lain..ha nampak tak betapa niat tu pun dah tak betul..itu silap aku -.- pastu bulan pertama kerja dah apply loan kereta..aku try ambil bawah skim graduan..tak lepas sebab pihak bank kata aku baru kerja sebulan..tak menyakinkan pihak bank nak luluskan loan..hantu betul..punah harapan..huhuhu..tangguh2, lastly 4 hari sebelum resign baru apply loan lagi..memang tak lulus la kan..hahaha

M&E Services

Masa pegawai HR call untuk offer kerja, dia kata aku akan ditempatkan di bahagian food court..aku pon dah excited la sebab bila sebut food court terus terbayang makanan..hahaha..tup2 masa first day kerja aku ditempatkan di bahagian cashroom - kira duit parking..second day dah kena turun belajar kutip duit dari mesin parking..nama mesin tu Auto Pay System..kiteorang sebut APS je..memang lari jauh dari bidang aku belajar dulu..dari bidang office management terus ke bidang teknikal..belajar cara bukak mesin..macam mana nak keluarkan duit..kalau mesin out of service kenapa..semua kena tau..berpeluh2 aku nak bukak mesin..dan secara jujur aku tak suka kerja macam ni..mula dari second day aku rasa nak berhenti kerja..tapi memikirkan gaji sedap terpaksa la bertahan..its all about $$$$$

ha aku tempek sekeping gambo budak maintenance bersama mesin APS..dia la yang bertanggungjawab uruskan hal ehwal parking di Sogo..namanya Miswar umur 21 tahun..single ke tak no komen..hahaha..ha nak tau lebih lanjut meh datang sogo..cari je kat office parking level B1..confirm dia ada..ada sorang lagi abang maintenance - abg zul (sori gambo takde)..dua orang pekerja maintenance ni la yang jadi peneman aku kutip duit..sekali sekala ada la budak maintenance lain yang ganti kalau dua orang ni cuti..

yang specialnya kerja kat bahagian cashroom ni, aku bekerja dengan pekerja2 istimewa..apa yang istimewanya? istimewanya sebab diorang ni tak boleh mendengar & bercakap. (pekak & bisu)..ada 4 orang pekerja istimewa kat bahagian m&e ni..dua bekerja di cashroom untuk kira duit food court, parking, toilet & segala yang berkaitan duit..sorang di bahagian food court & sorang lagi bahagian akaun..mula2 agak susah jugak nak communicate dengan diorang..kadang2 diorang maksudkan A, aku pahamkan B..muahahaha..tapi lama2 terus terbiasa & faham la sikit2..diorang pun tak lokek ajar bahasa isyarat..

dia ni la my best partner masa bekerja..namanya loh kok kent..aku panggil kok je..walaupun dia tak boleh mendengar & bercakap tapi dia cukup bertuah sebab dapat hidayah untuk memeluk agama islam..nama islamnya muhammad hafiz loh kok kent :) rajin buat research tentang islam..selalu dia tanya aku tentang hukum hakam islam tapi malangnya dia sendiri akan jawab sebab ilmu dia lagi banyak dari aku..shame on you ila -__-' aku sangat kagum dengan sikap dia..rajin, suka tolong orang & laju kalau buat kerja..dia selalu tolong aku kira duit parking..yelah aku ni kan memang jenis tembel (slow)..dia la teman aku kalau pi rehat..sampaikan orang usik2 aku dengan dia..aishhhh..tak baik tau..i is setia pada yang satu..tak pandai nak bahagi2 kan cinta..once being friend, forever will be..tak ada istilah sahabat bertukar menjadi cinta ye..itu prinsip aku..ecewahhhh :)

bercerita tentang kerja, bulan pertama aku rasa macam 'apa function aku kat sini eh'..kerja aku pagi kutip duit parking, kira duit parking, pastu fotostet resit2 parking..menjelang pukul 11 aku dah started getting bored sebab tak ada kerja..eh ada jugak kerja..kerja dok perati orang..kekeke..sampaikan kalau bosan aku sempat lagi baca novel & online fb kat phone..itu pun dah bosan online tau..huhuhu..pukul 4 baru aku pi kutip balik duit parking, kira duit parking, fotostet resit2 parking..rutin kerja yang sama..balik pukul 6..kadang2 balik kul 6.30 petang..pastu tak reti nak claim ot..memang buat kerja amal selama sebulan..terbaikkkkk..hahaha..

mungkin bagi orang yang malas bekerja, kerja ni memang seronok..boleh rehat2..tapi aku pulak tengok orang lain buat kerja, aku sibuk baca novel, rasa macam useless & loser nya kat situ..dah la kerja kira duit je, macam tak bagus untuk career development aku..elok lagi kerja kat LJM dulu..ada taip2 surat, ada key in data, ada deal dengan orang atasan..kena la dengan course yang aku amek dulu..tapi masuk bulan kedua, nahhh hamek koooo..tak menang tangan nak buat semua..walaupun ada beberapa kerja tu bukan tugas aku, tapi tak apalah atleast aku ada kerja nak dibuat :)

aku & makanan berpisah tiada

haaa bab makan plak memang tak boleh dipisahkan..orang lain kerja, kalau penat, makin kurus..aku makin gemok..apa tak nya, makanan mudah nak dapat kat sogo..pi tingkat 6 ada food court..pi tingkat LG ada mcd, ade four leaves, ada macam2 lagi makanan segera..luar sogo pon banyak kedai makan..kfc jangan cakap la..dekat pertama kompleks je pun..pastu gerai kat pertama kompleks & campbell pun makanan banyak pilihan & murah..dekat medan mara lagi..kat bangunan cimb..kat area jalan tar..

kalau pagi2 aku selalu beli nasi lemak kat area bawah LRT bandaraya tu..nasi lemak mak cik tu sedap, banyak & murah..2 bulan berturut2 aku makan nasi lemak lauk sotong atau paru mak cik tu..so no wonder la berat naik..bhahaha..sampai satu tahap macam dah muak pulak makan nasi lemak mak cik tu..so aku tukar selera, beli sarapan dekat kedai dalam ktm bank negara..paling aku suka beli karipap & pulut kuning siap ada rendang ayam..rendang ayam dia memang sedap..tak tipu punya..

harga rm4 sahaja..pulut kuning sedap tak keras sangat tak lembik sangat..rendang ayam sedap cukup rasa tambahan pulak ayam tu digoreng dulu..lain dari kebiasaan yang aku makan..tapi hanya ada setiap hari jummat..

kalau kat food court saji kat sogo tu pulak favourite aku tak lain tak bukan nasi ayam..haaaaa..bukan sebab diroang suka bagi aku extra..no no no..tapi entahlah tekak aku boleh masuk dengan rasa nasi ayam kat situ..jom jamu mata dengan koleksi gambar nasi ayam saji food court..heeeeee

yang ni bbq chicken..sos sedap tapi kadang2 diorang terletak banyak sangat sos..

yang ni roasted chicken..aku lagi suka ni..

tengok la menggunung nasi pekerja bangla tu letak..ayam pun letak 2 ketul..salah satu makanan penyebab berat aku naik selain nasi lemak mak cik bawah LRT..

aku ni makan macam bermusim..kalau musim nasi ayam, nasi ayam jela aku nak makan minggu tu..kalau nak mcd, mcd jela..pastu bertukar pulak nak chicken chop..tapi tak boleh makan selalu..tak mampu..kehkehkeh..

chicken chop kat campbell..harga rm10++

chicken grill kat saji food court..harga rm11++

at shogo cafe..chicken chop tapi dibagi nya chicken grill..sebab katanya special kat shogo cafe ni ayam di grill bukan digoreng walaupun nama chicken chop..ala tak kisah la janji sedap..harga rm12++..bagi aku sos lada hitam lagi sedap yang kat saji food court..tapi dari segi saiz ayam, kentang yang masih panas2, presentation yang baik aku pilih shogo cafe..

hari terakhir aku kerja kat sogo, kok ajak aku makan kat gerai baru kat saji food court..kedai jual makanan sarawak..not bad la masakan kat sini..untuk pertama kali dalam hidup aku merasa mee kolok..mee nya halus2 macam maggi pon ada..aku ingat mee kolok ni berkuah..rupanya aku tersilap..yang berkuah tu laksa sarawak..heee..takpe lah..next time akan ku cuba laksa sarawak pulak :) mesti sedap..


harga rm7++..tukang masak ni letak banyak sangat lada sulah..tapi kalau dah tekak biawak, telan jela..janji kenyang..

sedap gila air ni..namanya ice fruit special..harga rm2.50 sahaja :) ais dikisar halus macam abc tapi topping dengan air buah laici, longan & kelapa laut afrika.. 4 bulan aku bekerja kat sogo, tak pernah sekali pun aku beli ice fruit special ni..hari terakhir baru teringin nak beli..nyesal tak beli selalu..arghhhh...

ok setakat ni jela cerita pasal makanan..terliur sudah ni..mata pun dah mengantuk sangat..esok insyaAllah akan aku sambung cerita kenangan suka duka bekerja kat sogo..

0 comments:

Post a Comment