Friday, April 12, 2013

Pengalaman Exam PTD

Reactions: 
Assalamualaikum..

Terlebih dahulu diriku ingin memberitahu bahawa pada maghrib semalam, pak lang saya, Allahyarham Shamsuddin bin Tanda telah kembali kerahamtullah..Semoga roh arwah pak lang ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..aamiin..al-fatihah :'(

Kembali kepada tajuk asal, setelah berkurun lama berjanji nak menceritakan pengalaman ambil peperiksaan memasuki jawatan PTD (sila rujuk entry ni--> PTD 1 & Result Exam PTD), barulah hari ni aku terajin untuk menghapdate kan ia..maaf sejuta kali kerana terlalu banyak janji tak dicapati..hewhewhew ;p (alasan--> bz jaga anak2 --> anak tekak, anak mata & anak rambut)


Actually exam PTD ni taklah susah mana..ia akan jadi susah bila tak cukup preparation..penting bagi calon2 PTD untuk sentiasa update dengan perkembangan terkini contohnya perkembangan dalam & luar negara..pastikan rajin tengok berita (aku dah setahun lebih tak tengok berita) & rajin baca surat khabar (aku baca bahagian hiburan je..hihihi)..

Berdasarkan pengalaman sekali aku hari tu, soalan bagi section A boleh tahan mencabar la jugak..bayangkan soalan pertama aku dah kantoi..contoh soalan yang aku ingat2 lupa (kalau salah ampun dipinta tapi lebih kurang macam ni r soalan dia..hehehe) :

deskripsi --> menggubal dasar sektor awam termasuk pengambilan, penempatan, kenaikan pangkat, latihan & bla bla bla..siapakah yang bertanggungjawab melaksanakan bidang kuasa diatas..

then antara jawapan yang dibagi adalah jabatan perkhidmatan awam (JPA) & suruhanjaya perkhidmatan awam (SPA)..konpius mak nyah!! bagi yang mempunyai otak suka ingat fakta huntonglahhh~~ bagi yang otak sendu sikit macam aku ni ambil masa nak pikir sampai 3 4 minit..kan dah buang masa tu..rasa2 macam bidang kuasa JPA..sat g rasa2 macam bidang kuasa SPA..last2 aku bubuh SPA..kan dah salah! hahaha..JPA bidang kuasa dia menggubal dasar sektor awam termasuk pengambilan, penempatan, kenaikan pangkat dll (sumber dari wiki)..SPA bidang kuasa dia menguruskan perlantikan, sahkan perkhidmatan, naik pangkat dll. Ha nampak tak betapa konpiusnya soalan dia (ke aku sorang je yang konpius??) :p

lepas tu banyak soalan bidang tugas MARDI la, FELDA la, FELCRA la, FAMA la..so pada yang nak ambil exam esok silalah hafal bidang2 tugas badan tak berkanun..time aku exam dulu memang banyak soalan ni keluar..lepas tu tau apa itu OIC, apa itu PBB, apa itu WHO & lain2 pertubuhan antarabangsa..lagi kena hafal dasar2 negara..apa itu NKRA..apa teras NKRA..Dasar Ekonomi Baru (DEB)..aish banyak lagi la kalau nak disenaraikan..tu belum lagi part perundangan & perlembagaan negara..apa sistem perundangan malaysia..sejarah malaysia dari zaman sebelum merdeka & selepas merdeka..apa itu suruhanjaya Cobbold..untuk apa..siapa committee members nya..haaaaaa..luruh rambut weh nak menghafal..hahahahahahaha..actually benda2 ni semua dah belajar dari sekolah rendah sampai la menengah sampai la ke peringkat universiti..cuma kita je yang tak berapa nak ingat & tak mau ambil tahu secara serious..

soalan pasal kebudayaan2 yang ada kat negara kita pun keluar..soalan paling tak boleh lupa -->

bentuk seperti gambus panjang bertali empat..diperbuat dari kayu jakuvang..ukiran bermotif orang iban, kayan & kenyah, berwarna merah/hitam..apakah nama alat muzik tradisional ini..

untuk jawapan ni aku main taram je..tak sangka betul..jawapannya:  sape' :)

inilah sape'..rupa pernah tengok..tapi nama tak tau..(sumber)

so aku menggalakkan korang untuk khatam buku ni:


MALAYSIA KITA (sumber)

kalau esok nak exam, hari ni baru nak baca, lupakan jelah niat nak baca ye sebab buku ni tebal gilerrr..lebih 500 muka surat..tak sempat nak habiskan dalam masa sehari..paling kurang pun 3 minggu (yang tu aku la..orang lain mungkin seminggu pun boleh habis)..itu pun kalau dibaca secara konsisten..kalau tak konsisten mungkin lebih dari dua bulan baru habis..kekeke.banyak fakta yang kena faham & ingat wooo..bukan baca sekali lalu je..kalau otak jenis boleh scan, sekali baca dah lekat dalam otak boleh la :)

ada jugak yang jual e-book panduan exam PTD..entahlah aku tak berani nak cakap e-book ni berkesan ke tak..tapi kawan aku ada beli..fail jugak..hohohoho..mungkin dalam panduan tu ada tips2 berguna contohnya nak fokus kat tajuk/topik mana..tapi bagi aku better baca buku malaysia kita ni jugak..tak ada jalan pintas untuk berjaya..chewahhh..bermadah pulak ;p

uikkk panjang lebor cerita untuk kertas bahagian A..ok kita bercerita tentang kertas bahagian B pulak :)

bahagian B adalah section untuk soalan matematik..aku suka matematik..aku suka nombor..tapi aku tak ingat formula2 dalam matematik..macam mana tu?hahaha..mula2 aku rasa macam kacang je matematik ni..tapi bila time exam, baru sedar betapa susahnya sebab --> tidak dibenarkan membawa kalkulator..

selama ni nak tambah 20+7+19-5+10x4 senang je..tekan tekan tekan, dapat jawapan..semua kalkulator yang tolong kirakan..tapi bila tak ada kalkulator, sifir 6 pun aku tak boleh nak ingat..terpaksa la kira manual..6+6=12 (2x6), 12+6=18 (3x6), 18+6=24 (4x6)..hahahaha.

banyak soalan nak uji daya kreatif kita..contohnya ada soalan dibagi nombor dalam kotak2..tiba2 satu kotak tu ada huruf x je, tak ada nilai apa2..apakah nilai x..? sungguh aku blur..nak kata nombor gandaan, bukan..nak kata nombor perdana, bukan..nak kata nombor genap pun bukan jugak..aishhh..sampai sekarang masih menjadi misteri apa jawapan sebenar..

apa yang aku ingat, banyak juga soalan peratusan & purata.  Contohnya:  pada 3 bulan pertama gaji Minah adalah RMxxx..selepas 3 bulan gaji Minah naik sebanyak 18%..selepas 8 bulan gaji Minah naik lagi kepada 6%..pada 2 bulan terakhir, gaji Minah ditolak sebanyak 3%..berapakah purata gaji tahunan Minah..hamek ko..ingat senang nak kira tanpa ada kalkulator dalam tempoh 2 3 minit..tu yang sifir 6 yang mudah tu pun terkial2 nak kira..hihihi..lagi satu jangan malu2 mintak kertas lebih untuk buat kira2..aku hari tu lupa nak mintak..terpaksa conteng atas kertas soalan..pastu bila dah penuh dengan contengan, kepala jadi serabut..

tips untuk score kertas matematik ni senang je..perbanyakkan buat latih tubi soalan2 matematik pmr & spm..insyallah pasti boleh buat punya nanti :)

bagi kertas C & D ni perbanyakkan membaca jugak..sebab nanti nak goreng kita gunakan fakta yang betul..bukan fakta sendirian berhad ye..si pemeriksa bukan calang2 orang untuk kita tipu..banyakkan menulis esei..untuk kertas ni aku tak banyak tips nak bagi..itu semua berdasarkan knowledge yang kita ada..kita punya bekalan untuk menggoreng tu cukup tak..kalau rasa tak cukup, banyakkan membaca..jangan tau baca novel cinta je..hewhewhew

aku tak ingat semua soalan esei hari tu..tapi yang aku ingat soalan esei bm aku pilih pasal pemimpin generasi muda perlu aktif & proaktif..esei bahasa inggeris pasal social network..memang best la goreng..pengalaman banyak pasal social network ni :p

ok tu jela kot secebis pengalaman & tips yang tak seberapa untuk bakal2 PTD..Semoga berjaya kepada yang mengambil exam esok..!!! Kalau fail jangan putus asa..beribu lagi calon yang pernah terkandas..contohnya aku..bhahahaha..

p/s:  tengah syok menaip kawan aku ajak p exam esok..eh2 macam tau2 je aku tengah bercerita pasal PTD..niat hati takmo p sebab tak tau kat mana pusat peperiksaan tu, tapi daripada duduk rumah, baik aku g je..meninjau2 soalan tahun ni pulak..muahahahaha..siapa yang ambil exam kat sek jln kebun shah alam, bertemu la kita esok..ewahhh ;)

updated on 13th april 2013 - 9:51pm..

dengan bangganya aku nak bagitau yang aku tak jadi ambil exam ptd siang tadi..
sebabnyaaaa...
hahahahaha..
banyak sebabnya, cuma aku nak pesan sesuatu kat bakal2 calon PTD
-
-
-
-
-
-
-
kalau p exam jangan tertinggal slip panggilan exam tu..kahkahkahkah (^__^)v 
(gelak guling2)

cuba lagi untuk next panggilan ;p


19 comments:

  1. wah bestnya dah ade pengalaman tu

    ReplyDelete
  2. Eh sama kita.. Sy pun sptutnya pegi exam ptd hari ini 13/4/13.. Tapi tak pergi.. Sbb nya suami tak bagi p.. Rasa rugi.. Boleh apply lg x? Pastu sng tak dpt twaran masuk exam balik.. Hehehe byk soalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa suami xbg p?hehehe..boleh je update kat website spa..insyallah kalau ada rezeki mesti dpt lagi panggilan exam tu..jangan risau..spa x blacklist :)

      Delete
    2. suami saya tak pergi jugak.. sebab kami nikah hari tue... hahahaha....

      Delete
    3. wahhhh..tahniah..selamat pengantin baru (eh sori lambat wish) hehehe

      Delete
  3. kalau tak silap setahun sekali je :)tahun lepas exam bulan mei..tahun ni bulan empat pulak..hehehe

    ReplyDelete
  4. as salam..
    BW for doodle lelaki n terus polow...by the way tq kakzu amik satu dua imej lelaki nak transpom jadi imej sulam ya...tq

    ReplyDelete
  5. mcm mana ble lupa slip exam =.=
    sadis nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..bile dah kelam kabut gitu ler..x apa xde rezeki nak ambil exam nama nya tu ;p

      Delete
  6. Salam Nur Syalillah

    Terima kasih kerana mengunjungi blog Yong. Kejadian hilang duit kini telah terkawal. Yong tahu siapa dalang jin itu.

    Baca pelidung berikut:

    لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

    Baca sebanyak 40 kali setiap malam (maghrib).
    Baca summum bukmum umyum fahum layarjiun (39x).
    Niat dalam hati supaya buta matahati orang yang ingin menganiaya anda. InsyaAllah terpelihara. Ketip duit dengan peniti.

    Hubungi Yong jika berjaya.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih admin atas perkongsian ini. Diharapkan dapat membantu calon-calon peperiksaan PTD sesi Jun 2014 nanti. Tim Laman Kerjaya sendiri siap sedia membantu calon kali ini :)

    ReplyDelete
  8. Good luck buat semua calon exam PTD 2014. Diharapkan beberapa contoh soalan PTD ini dapat membantu anda membuat persediaan sempena exam PTD tahun ini :)

    ReplyDelete
  9. mungkin beberapa tahun ini gaya soalan sudah berubah pengalaman ini memang berharga sangat...jumlah calon yang dipanggil untuk peperiksaan pegawai tadbir & diplomatik sudah semakin menyusut, dah tak ramai macam dulu-dulu.

    Jumlah yang berjaya mendapat pelantikan tetap juga sudah semakin berkurang, namum persaingan orang yang masih belum mendapat pekerjaan semakin meningkat.

    Sebab itu jika dapat peluang untuk exam PTD ni jangan buat main-main, buat sungguh-sungguh.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. wah.. menarik ni.. mungkin selepas ini calon boleh kongsikan banyak lagi pengalaman menghadapi peperiksaan online ptd mereka. . Semoga lebih ramai calon yang berkongsi pengalaman mereka supaya lebih ramai orang boleh dapat panduan dan rujukan.

    terima kasih untuk perkongsian yang sangat baik ini ya...

    ReplyDelete