Sunday, February 17, 2013

Pengalaman ambil lesen kereta (bahagian III) -Malang Mendapat Cikgu Memandu Gatal

Reactions: 

Assalamualaikum..

Aloha!! Malam ni terasa rajin pulak nak update blog..apa2 pun sebelum tidur tetap nak hapdate jap entry pasal pengalaman ambil lesen bahagian III dengan specific title 'Malang Mendapat Cikgu Memandu Gatal'.  Ha ok tak tajuk episod kali ni?panjang benor ke tajuk nya ek?agak2 rating pembaca tinggi tak?kehkehkeh..

First of all, nak bagitau tujuan entry ni ditulis bukanlah untuk mengaibkan sesiapa..malah nama sebenar cikgu tu pun aku tak expose kan..ia sekadar untuk bercerita pengalaman aku sendiri yang berhadapan dengan cikgu memandu yang over gatal..

ceritanya bermula disini.........

sila baca entry bahagian Ibahagian II untuk pencerahan bagaimana aku terjebak dengan cikgu memandu gatal gilo tu..

disebabkan fail QTI, jadi aku kena ambil kelas tambahan..tak ada pilihan lain terpaksa aku ambil cikgu M..aku ambil 4 jam kelas tambahan dengan dia..dalam hati ni duk berdoa harap2 ok la cikgu M ni sebab sebelum ni belajar dengan cikgu perempuan..

hari pertama belajar dengan dia adalah pada hari ahad, pukul 2 petang..mula2 tu ok je..tak ada la pulak dia cakap yang bukan2..aku pun mula rasa lega dapat cikgu lelaki yang tak gatal..kami berborak dalam kereta untuk hilangkan bosan..yelah tak mau ler skema sangat..lagipun aku ni jenis peramah & aku anggap dia macam seorang lelaki tua yang perlu aku hormat..takmo la menyombong sangat..

aku ada bagitau dia untuk next class pada hari rabu pukul 7 pagi..lepas tu aku bagitau aku tak ada transport nak balik rumah lepas habis class tu nanti..aku tak booking transport sebab pukul 9pagi budak transport tu busy nak ambil orang..jadi aku mintak dia nanti tolong hantarkan aku ke jalan besar untuk aku tunggu bas..jadi aku fikir baik aku naik bas..jimat rm10..hehehehe..tapi dia dengan baik hatinya (time tu aku tak sedar pun kegatalan dia dah terserlah) meng'offer' hantar aku balik terus ke rumah..tak payah tunggu2 bas lagi..free of charge lagi tu...tapi jangan bagitau kat orang akademi yang dia hantar aku balik rumah..perghhh dalam hati aku kata syukur alhamdulillah..tak ada masalah transport lagi untuk difikirkan..

habis kelas 2 jam pertama tu, aku mintak nombor telefon dia..sebabnya mudah aku nak contact & remind dia untuk next class..kang dia lupa rugi la aku dah bayar mahal2..lagipun masa dengan cikgu perempuan tu pun aku ada mintak nombor & aku akan call dia kalau aku dah sampai kat akademi..bukan saja2 nak ambil nombor dia pun..aku pun cuak kalau cikgu M tu lupa next class dengan aku..yelah next class tu pagi2 buta..gila tak gila aku terpaksa ambil kelas pukul 7 pagi tu jugak sebab itu je time yang ada..lain2 waktu semua dah full..

akhirnya tibalah jugak hari rabu yang dinanti2kan..pukul 6.50pagi aku dah tercongok sorang2 kat akademi tu..mak aku yang menghantar pun cuak nak tinggalkan aku sorang2 kat situ..dah la gelap, banyak nyamuk pulak tu..alhamdulillah time tu ada pak guard dengan bini dia..jadi tak adalah rasa takut sangat..aku pun call cikgu M..tak berangkat pulak..ahhhh sudeyyy..dia lupa ke kelas aku pagi ni..banyak kali aku call..pastu aku fikir mungkin dia tengah drive kot..betul sangkaan aku..pukul 7.05 dia sampai..ciss..rugi 5 minit aku -.-'

pastu terkedek2 check kereta..angin tak cukup la..nak isi minyak la..terpaksa singgah kat petronas dulu..buat itu ini dah pukul 7.20pagi..dalam hati ni rasa macam nak maki hamun je..20 minit hoiiii..aku bayar ok..ni la namanya makan rezeki yang tak berkat..kerja patutnya 2 jam, tapi buat sejam lebih je..grrrrrrr....

dah siap semua aku pun mula la drive..Cikgu M ni panggil aku nur..mungkin sebab dia tak reti sebut nama aku kot..hahahaha..tapi aku geli la dengan cara dia panggil aku..macam mengada2..isk susah aku nak terangkan kat sini..sebut jela nur..tak payah la nak sebut nurrrrr..ala2 gedik..hoiii tolong la..geli ok!

pastu sibuk bercerita tentang diri dia..asal kelantan..tapi dah lama duduk KL..dia lebih terer jalan KL dari jalan kat Kelantan..so?ada aku kesah?hahaha..aku sikit pun tak tanya tapi dia sibuk bercerita itu ini..sibuk tanya family aku pakai kereta apa..aku cakap la pakai kereta Persona je..dia pun sibuk la cerita dia pun pakai Persona..Auto lagi..so?ada aku kesah?kereta mak aku tu pun auto gak..tak ada pulak aku kecoh2..hahahaha..

lepas tu asyik hasut aku suruh bayar duit 'INSURANS'..insurans yang dimaksudkan ialah menyogok duit kat dia supaya dia boleh kawtim dengan JPJ untuk meluluskan aku walaupun aku fail..ohhhh pelisssss..ingat aku ni apa?suka merasuah orang ke?pastu kemain lagi letak harga tinggi..kalau fail dalam litar bayar rm250..fail bahagian jalan rm250..dua2 sekali rm500..tak habis2 memujuk aku suruh bayar..alahai pak cik tua ni..ingat aku tak tau ke dia sebenarnya nak doit poket lebih..

cikgu M : nurrrrr, bayar kat saya..nanti saya bagitau kat JPJ tu yang nur ada insurans..tapi kalau nur tak nak tak apa..saya tak paksa..kalau nak, nurrrrr bagi saya duit hari ni..

aku : tak apalah cikgu, esok saya cuba buat yang terbaik..kalau fail saya buat jela ulangan..

Cikgu M : ok..terpulanglah pada nurrrrr..

sat g dia ulang balik ayat yang sama..lebih 5x dia pujuk aku suruh ambil 'insurans' aka rasuah tu..dasar orang tua tak paham bahasa betul..grrrrrrr..

pastu dengan baik hatinya nak mengajar aku free of charge..

Cikgu M : nurrrr, kalau nurrr nak saya ajar nurrr, malam2 nanti saya boleh ajar nurrrr..nurrr bawak la persona saya tu..kita pergi kuala selangor..ataupun pergi bukit melawati..

dalam hati aku dok pikir, apa kejadahnya nak belajar malam2..pastu bawak kereta auto..apa motif dia???dah la aku test JPJ nanti bawak kereta manual, tapi dia nak ajar guna kereta auto..kan bongok al bangang namanya tu..hahahahaha..lagi satu kenapa nak bawak sampai ke kuala selangor & bukit melawati tu?bukannya test JPJ tu p jalan situ pun?lagi satu kebodohan al kegatalan dia terserlah..dia ingat aku ni perempuan murahan ke yang senang nak dibawa ke hulu ke hilir malam2?huh! (marah ni)

aku pun nak tukar topik, aku cakap la aku nerves esok nak test JPJ sampai tak boleh tidur malam..pastu dia boleh kata --> laaaaa..kenapa nurrr tak bagitau saya tak boleh tidur malam..kalau tak boleh saya call kacau2 nurrrr..kita borak2..

aku : -___-"

geli sangat ok dengar dia cakap macam tu..kalau cikgu muda yang cakap macam tu ok kot di pendengaran aku ni..tapi bila orang tua, umur 60 tahun cakap macam tu, rasa macam nak muntah hijau pekat tau..dalam hati ni dok menyumpah2..kenapa la orang tua ni tak sedar diri ek..ibaratnya rumah kata pergi, kubur kata mari tapi masih sempat nak menggatal dengan budak umur 25 tahun (iolss muda remaja lagi tau..hakhakhak)..aku ni dah macam anak2 kepada dia je..iskkk....time tu rasa macam nak habis cepat je kelas memandu..rasa tak selesa sangat..

tapi ayat paling tak boleh blah adalah :
Cikgu M : nurrrrr..nurrrr ada facebook tak?saya ada facebook..

muahahahahahahahahaha..dia ada facebook ok! :-D

aku :  errr..saya tak ada facebook cikgu..tak minat la saya facebook2 ni..buang masa..lagipun kat rumah saya tak ada line internet..

hahahaha..tipu sunat wehhh..tak sanggup aku nak bagitau aku ada fb..nanti sibuk mengaruk suh add dia pulak..

Cikgu M :  oh, saya pun saja2 je..saya pakai broadband maxis..

aku : (dalam hati - ada aku kesah?)hahahaha

lepas tu dia dok mengutuk pelajar dia yang dah tua..kononnya mak cik tu susah nak di ajar..kalau nurrrr ni senang je ajar..ecececehh.....nak bodek aku la tu..ingat aku cair la dengar pujian dia tu?

Cikgu M : nanti kalau esok nurrr lulus, tak dapat la saya tengok nurrr lagi..kalau nurrr gagal boleh la saya jumpa nurrr lagi..

aku : huhuhuhu (buat2 gelak tak ikhlas padahal dalam hati - tak guna punya orang tua..dia nak aku fail ke)

Cikgu M : nurrrrrr..jangan marah yer saya kata macam tu..

aku : ha tak pa cikgu..saya anggap kata2 cikgu tu satu gurauan antara cikgu dengan anak muridnya..tak lebih daripada tu (aku dah warning secara baik yang aku anggap dia cikgu aku je..harap dia faham la kan)

terus dia senyap..hahaha..bagus..aku tak boleh nak fokus bawak kereta bila dia start cakap bukan2..better diam..terasa aman..

pukul 8.50 dia dah arahkan aku balik akademi..hamboi2..dah la start lambat, habis nak awal..ni tak boleh jadi..aku bayar kau mahal2 untuk belajar 2 jam..tiba2 setengah jam nak biarkan macam tu je?aku dah la tak yakin lagi nak bawak kereta..last2 aku berdegil nak buat 1 round lagi kat jalan no 3..jalan tu dekat sikit dengan akademi..

aku pun dah tak ada hati nak mintak tolong dia hantarkan aku balik..kang dia tau rumah aku naya je..aku pun cakap baik2 kat dia mintak dia hantar aku kat bustop je..dia sibuk tanya tak apa ke naik bas..iskkkkkk..lebih baik aku naik bas daripada dia tau rumah aku kat mana..

lepas tu sibuk tanya aku time test JPJ nanti ada transport nak balik tak..kalau tak ada, dia nak bawak kereta persona dia..kalau ada orang jemput aku, dia bawak motor je..terus cepat2 aku cakap tak apa, abang saya boleh jemput..huh!beriya sangat la orang tua ni..nak muntah..tak payah nak tunjuk caring sangat la..

habis satu pusingan kat jalan no 3 tu terus aku berhenti kat bustop jalan besar..tak sanggup aku lama2 dalam kereta dengan dia..bila keluar je dari kereta tu automatik hilang rasa beban dalam kepala otak aku ni..lagi lama aku dengan dia, lagi stress aku dibuatnya..

aku pun menonong terus p kat bustop..sempat lagi dia cakap kat aku-->

Cikgu M : malam nanti saya call nurrrr boleh?saya nak kacau2 nurrrr..

aku:  errrr..haa..(kang aku cakap tak boleh, tak reti nak blah pulak dia nanti)

Cikgu M : bye nurrrr..malam nanti saya call ok..

aku dah tak pandang muka gatal dia lagi..jijik! bila dia blah, cepat2 aku ambil handphone, tekan menu-->setting-->call setup-->black list-->tambah no dia-->save..hahahahahahaha..lega gila..dia call la seratus kali pun tak akan dapat punya..pastu cepat2 call pak cik rashid meluahkan isi hati..dia boleh gelak je..caisssss...

petang tu dia ada call aku..tapi disebabkan aku dah block nombor dia, jadi masuk voicemail je la..tup2 mesej dia masuk..'call sy skrg..tq'..selisih malaikat 44 la aku nak call dia balik kan..dia bagi satu juta pun aku tak hingin call balik..harap dia faham la yang aku rimas dengan dia..hahaha..

esoknya adalah hari test JPJ..ada lagi cerita dia menganggu aku..next entry aku cerita..mata dah mengantuk..

salam...


12 comments:

  1. x sngka plak bleh block number org..Guna hp apa?...Cerita dia terase geli plak nk bce tpi kelakar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..hp csl je pun..tapi best sbb leh block nombor..

      Delete
  2. Ya allah..jijiknya org tua cmtu..nauzubillah..nk test ni tp risau plak dpt org tua cmtu...adoii...kesian kt akak..heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..nasib la dpt cikgu mcm tu..bila ingat balik seriously geli rasanya..so hati2 ye dengan cikgu2 tua yg gatal..jangan terpikat sudeyyyy ;p

      Delete
  3. euwwwwww keji.. werkkk geli sunggoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..tu belum lagi tgk orangnya dpn2..kalau tgk dpn2 lagi geli (erkkk terkutuk pulak) hohoho..

      Delete
  4. I pun kena jgak. i amek lesen right after habis spm. cikgu yg ajar tu ada da beranak 3 kot. kecik2 lagi. Ya Allah, geli tau ngan dia, tapi takot ilmu xberkat.

    time kelas memandu dulu, i sama ckgu dgn my frens. so if anything happen, we'll tell each other. one day, cikgu to mntk fb i, i kasi je la. blk umah, i trus tanya my frens yg ckgu tu ada mntak fb dia x? but she said no. ckgu tu xbyk ckp pon ngn dia. then the next class, ckgu tu mntak nombo phone i. before ni dia cntact i guna nombo my mum. then, i dgn lurus bndulnya pun kasi. that night he called me. dia tanya da ready ke utk test jpj? sbb test tu mnggu dpn nya. then i pon ckp la takot semua tu. i anggap dia mcm ckgu yg lain kat skola dulu la, yg care pasal student. so i xkisah sgt nk share. but bila tanya my frens, dia kata xde plak ckgu tu call dia. then i da rasa something.

    alhamdulillah the test went well. pgawai jpj tu pon 2 kali 5 dgn my teacher. sejak i dpt lesen, i x jejak lagi driving school tu. and since that day jgk, ckgu tu slalu call i, mlm2 pon dia call. i x selesa la sbb da xde bnde yg kaitkan kitorg n i takot apa her wife ckp. msg kat fb, toksah citer, siap kasi gamba pon ( like i care lah pasal dia?) syg2, n slalu merapu yg meremang bulu roma. dia layan i mcm suami layan isteri (18sx). seriously seram sgt. i tuka nombo, but he still bole tau.

    n now, i da buat degree n yet dia masih kcau. I x angkat, xreply. takot la. bila kuantan banjir last year, dia siap nk dtg tgk i ok x? he's from KL. gila geli. now i kat shah alam, n i takot if dia cari i. what will her wife think n feel? 3 kali i tuka nombo utk lari dari dia but he still can discover it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeeee....gila betul cikgu tu..da beranak pinak pun masih ada hati nak menggatal..sy paham perasaan awk..rimas, takut, fobia, menyampah..semua ada kn..tapi kes awk ni lagi berat..sampai tukar nombor pon dia tau lagi..pakai bomoh ke apa cikgu tu..kalau dah berat sangat, sy suggest awk p buat report polis sebab cikgu tu pon dah merapu ala2 18sx..bahaya tuuuu..

      Delete
  5. Blajar ngan guru perempian tu kat ner?

    ReplyDelete
  6. Saya memang tak selesa belajar memandu dengan cikgu lelaki. Mula2 yang kpp02 tu dapat cikgu laki. Alhamdulillah atart kpp03, dapat tukar cikgu perempuan. Rasa selesa sikit nak belajar nerbanding ngan ckgu laki..huhu

    ReplyDelete
  7. Saya memang tak selesa belajar memandu dengan cikgu lelaki. Mula2 yang kpp02 tu dapat cikgu laki. Alhamdulillah atart kpp03, dapat tukar cikgu perempuan. Rasa selesa sikit nak belajar nerbanding ngan ckgu laki..huhu

    ReplyDelete