Sunday, December 29, 2013

Zaman Bekerja

Reactions: 
0 comments
gini ler kalau dah bekerja..keluar rumah keadaan gelap..balik pun dalam keadaan gelap..tak dan nak jumpa matahari..huhuhu..kalau dapat balik pukul 6 petang pun dah kira bersyukur sangat..rasa macam ohhh indahnya hidup hari ni..tapi kalau balik malam rasa macam nak berhenti kerja boleh tak T__T

ini ler nasib orang takdak transport sendiri..terpaksa keluar awal pagi..pukul 6.40 pagi

menunggu bas di kepong sentral pukul 9 malam..

so kepada adik2 yang masih belajar bersyukurlah kehidupan belajar lebih seronok daripada kehidupan bekerja..

mak, tolong carikan calon suami yang kaya raya supaya ila tak payah kerja, duduk rumah jaga suami & anak2 je..heeeee..gatai pulak ;)

Thursday, December 26, 2013

Kisah Ekstra

Reactions: 
3 comments
Assalammua'alaikum..

Sekarang ni dah jadi macam ketagihan pulak nak makan nasi ayam kat food court Sogo..hari2 mau nasi ayam..sebab apa?sebab pertama : mestilah kerana kesedapan nasi ayamnya..tapi opismate aku cakap dia rasa macam biasa je..tapi tekak aku kata luar biasa..hehehe..

sebab kedua : dapat segalanya ekstra..ekstra nasi..ekstra ayam..ekstra timun..hahaha..aku pon terkejut bila pekerja2 bangla n myanmar tu bagi lebih..tak mintak pun..kenyit2 mata pun tak..inilah yang dinamakan rezeki..dah dua kali dapat lebih..harap2 pada masa hadapan dapat lagi :)

masa lunch tadi tengah beratur nak bayar, sorang pekerja bangla ni tunjuk2 kat arah aku..pastu senyum2..aku pon dengan ramah senyum la balik..yelah aku kan kerja bahagian maintenance..bos aku yang uruskan pekerja2 food court tu semua..agaknya diorang dah kenal aku..tu yang dapat ekstra..baguih2..i loikeeee...walaupun aku tak cam muka bangla2 tu semua (sebab ramai bebenor pekerja bangla kat food court)..pastu sampai kaunter nasi, bangla tu cakap dengan kawan2 dia tambah ayam n nasi..wahhhhhh..rasa dihargai sangat..choiiiiii!!! ;) ke sebenarnya dia tengok size badan aku macam tak cukup je nasi tu..tu yang dia bagi ekstra..alahaiiii....tak leh nak kurus macam ni gaya nya..hahaha

kali kedua dapat ekstra terus snap gambo..teruja sangat..bukan selalu dapat keistimewaan macam ni..(bajet sangat) kahkahkahkah...yang ni aku pilih bbq honey chicken rice..memang sedap..harga pun murah..rm4.30 sahaja..meh2 datang sogo rasa sendiri sedap ke idok nasi ayam ni..ada 4 pilihan penambah rasa..sambal, kicap, cili api & halia..

bila sampai kat meja makan, terkejut beruk opismate aku bila tengok punyalah banyak aku dapat..pastu dia terus bagitau macam ni --> 

berwasapadalah jika stella (supervisor) nampak pekerja nasi ayam bagi u lebih, nanti dia akan marah pada pekerja itu..

grrrr...baru nak happy2 -_-"

Wednesday, December 25, 2013

Tekanan Bekerja

Reactions: 
0 comments
Assalammu'alaikum..

Sedar tak sedar dah nak masuk tiga bulan aku bekerja di KL Sogo..walaupun bukan menjawat jawatan idaman tapi tak apalah, untuk sementara ni aku cuba untuk bertahan..tapi semalam betul2 menguji kesabaran aku..ya aku akui walau kat company mana pun kita bekerja, company besar atau kecil, kita memang tak boleh nak lari dari hadapi stress bekerja..

Tapi......bilamana kita cuba untuk puaskan hati semua pihak tapi dek terbatasnya kudrat & tekanan dari rakan sekerja, air mata ni mengalir jugak..bukan untuk menagih simpati..tapi bila orang tak faham situasi kita, rasa diri ni tak berdaya lagi untuk teruskan bertahan..maka hari ini, walaupun public holiday sempena krismas, aku tak diberikan cuti dan akhirnya aku buat cuti sendiri..hohoho..

Aku sedar aku masih dibawah pemerhatian untuk diserap tapi apakan daya, aku memang tak larat dah nak pergi kerja..badan aku lemah kepenatan bekerja lebih 12jam sehari..minda aku dah tak berdaya untuk memotivasikan diri sendiri..masih ada baki 3 bulan sebelum betul2 confirm jadi permanent staff..aku redha segalanya kalau takdir menetapkan rezeki aku bukan di situ..

***********************************************************************
Kejadian Semalam

nota dari rakan sekerja

aku faham dia buat macam ni sebab tekanan kerja..aku tak salahkan dia 100%..aku tau ada isu yang dia tak puas hati dengan pihak pengurusan deparment kami cuma janganlah dilepaskan kemarahan tu pada aku..dan tentulah aku terasa sebab aku salah seorang yang handle duit topup mesin parking..bukan aku sengaja melewat2kan duit topup tu..cuma kudrat aku tak mampu nak handle semua..bayangkanlah dari pukul 9 pagi aku start bekerja, pukul 4.15 petang baru dapat lunch! balik2 dari makan dapat nota layang atas meja..siapa yang tak sedih??? T_T sambil menuju ke lif untuk kutip duit parking, air mata dah menitik..lap2 air mata takmo orang lain perasan..tapi sampai je ofis parking nampak pulak mamat tu, hati bertambah sedih & terus tak boleh tahan..nahhhh..melimpah terus air mata..bikin malu!

mungkin orang lain yang tak bekerja di dalam cash room tak faham situasi kami..mengira duit yang bukan sikit-sikit..sekali buat collection parking berbelas ribu..nak asingkan duit rm1, rm5 rm10 baru & lama, duit rm20 lagi..duit tu pulak kena pastikan kedudukan betul, gambar kepala YDP Agong  kat duit kertas tu kena betul..tak boleh kejap atas..kejap bawah..kejap kiri..kejap kanan..kejap depan..kejap belakang..duit buruk kena asingkan..itu belum lagi dah siap kira2 duit kurang pulak sebab kadang2 mesin pengira duit kertas tak detect..kena kira balik..nak2 pulak mesin pengira duit syiling rosak lagi la haru..kira la satu2 duit syiling tu pakai tangan..kira manually ok..SEMUA MAKAN MASA! tapi orang lain tak faham dan tak pernah cuba untuk faham..

bila staff bercuti panjang timbul pulak masalah lain..bila tenaga kerja kurang so bebanan kerja meningkat..staff yang ada pun tak menang tangan nak settlekan semua..mana lagi nak kira duit kutipan parking, kutipan toilet, kutipan food court, nak tukar duit ini, nak tukar duit itu, nak topup ini, nak topup itu..yang uruskan 2 staff je..PENGSAN!!

sebab tu bila ada yang merungut dapat duit lambat la, bising2 duit nak kena on time la, call banyak kali desak suruh cepat la, hati ni mula la jadi tak keruan..cakap banyak kali dalam hati 'sabar ila'..ikutkan hati ni nak je menjerit kuat2, tinggalkan semua kerja & balik rumah..tidur puas2..hahaha..

disebabkan terlampau stress aku nekad untuk ponteng hari ni..potong gaji pon potonglah..kena marah dengan bos, tahan jelah..aku hadap kan jela telinga ni untuk dengar bos membebel..aku tebalkan jelah muka untuk dimalukan bila kena marah depan staff lain nanti..yang penting aku dapat lari sekejap dari stress yang tak berkesudahan ni..dapat notis termination 24jam?cari jela kerja lain..bukan susah pon..rezeki Allah itu maha luas ;)

Allahumma yassir wa la tu'asir ya kareem

Ya Allah, permudahkanlah dan janganlah Engkau menyukarkan, wahai Tuhan Yang Maha Mulia

Monday, December 23, 2013

Isnin Hari Memasak

Reactions: 
0 comments
Assalammualaikum..

Tiada lagi istilah monday blues semenjak kerja di sogo..apa tak nya aku cuti hari isnin..orang lain seronok cuti sabtu ahad, aku pulak kena kerja T_T nasib baik ler aku awal2 dah cop cuti setiap hari isnin..so dapat ler berehat walaupun sehari je..huhuhu..tak apalah, demi mencari rezeki halal, kerja jela selagi ada kerja, daripada hidup jadi penganggur tegar..hohoho

bila dah cuti ni memang dah jadi kewajipan la untuk memasak..yelah kesian kat mak..hari2 kena masak..weekend pun kena masak..katanya ingatkan anak dah besar hujung minggu boleh la berehat dari masak memasak..hehehehe..apa boleh buat anak daranya ni busy kerja..

hari ni tak tau nak masak apa..kalau ikutkan perangai malas, nak goreng telur je..hahaha..bukak peti ais ada ayam n ikan kembung je..semalam along dah masak ayam goreng rempah..takkan nak makan ayam lagi hari ni..kalau aku ok je..hari2 ayam pun tak apa..tak pernah muak! :p

godek2 lagi ada nampak daun kesum..masak asam rebus taruk daun kesum sedap ni..tapiiiii macam malas pulak nak masak asam..senang cerita, buat ikan bakar jela..kemalasan tahap infiniti..hohoho..

cuci2 ikan, gaul dengan garam sikit, taruk atas kuali..hasilnya:

tadaaaaa!!!!

ikan bakar terlebih bakar..hahahaha


macam ikan goreng dah..gara2 leka kopek ikan bilis..hahaha..apa2 pun tatap sadap! (puji masakan sendiri)
actually bukan bakar la..ni namanya ikan panggang atas kuali tanpa daun pisang..wahhh panjang gitu nama resepi ni..

tak ada kicap+cili api+bawang rasa macam tak sempurna makan ikan panggang atas kuali tanpa daun pisang ni..ada orang lebih suka cicah dengan air asam..tak pun budu..mana2 pun boleh..tapi aku lebih suka kicap..

menu sampingan - ikan bilis goreng berlada terlebih garam namanya..orang kata kalau masakan terlebih garam maknanya dah nak kahwin..yola tu..dah banyak kali masak terlebih garam, tak jugak kahwin aku ni..hahaha..
ikan bilis goreng garing2 pastu cili lebih sikit..perghhhh lupa diet jap..menu sampingan ni kena ada sebab confirm menjelang malam tak cukup lauk ikan bakar tu..family aku just masak sekali je sehari..ada sesetengah family lauk tengahari lain..lauk malam lain..family kami pulak masak sekali harung je..senang dan tak penat..

sayur jangan dilupakan..harussss ada menu sayur..tapi kadang2 kalau kemalasan melanda diri tak masak pun..hahaha..sayur kacang panjang memang kegemaran aku..aku kalau makan sayur paling tak suka sayur yang terlebih masak aka lodoh..aku suka yang separuh masak..bila makan krup krap krup krap..alahaiiiii..nikmat sungguh ;) yang ni aku masak kering..tak berkuah dan lebihkan bawang putih n ikan bilis..

ni jela yang termampu aku masak hari ni..lepas masak terus tangkap gambar..makan nya kemudian pun tak apa..janji ada gambarnya..hahaha..gaya orang zaman sekarang kan..

ok la sungai pelong dibasahi hujan rahmat..sedap tidur ni..zzzzzz

tata!!!

Assalammualaikum..

Saturday, December 14, 2013

Cadar Baru - Akemi

Reactions: 
3 comments
Assalammu'alaikum..

Alhamdulillah hari ni berkesempatan nak mencorat-coret sikit di blog..Hari ni off day jadi aku kena gunakan cuti yang ada untuk beli barang keperluan..Actually bukan keperluan sangat la..Lebih kepada nafsu semata..heh!

Isnin lepas aku ada beli satu cadar tilam yang baru..almaklum ler last beli cadar setahun 3 bulan yang lalu..asyik ulang pakai cadar masa belajar dolu2 je sampai dah naik kusam rupanya..jadi tibalah masanya untuk beli yang baruuuuuu..itu pun kebetulan aku pi tesco manjalara..konon2 nya nak jalan2 je sebab tak pernah pi sana..sampai2 je tengok ada sales untuk cadar jenama Akemi.  Aku tak tau la cadar ni baguih ke tak..sebab aku ni bukanlah jenis memilih nak beli barang..asal lawo aku rembat ler (itu pun tengok dulu duit dalam purse cukup ke tak..hihihi)..

sebelum ni pernah hampir2 nak beli masa pi parkson selayang mall..tapi si rashid  bising2 tak bagi beli..katanya mahal..hamboiiii macam la aku mintak duit dia kannnn..merajuk kejap 10 saat..tapi bila difikirkan balik ada hikmahnya dia tak bagi beli sebab time tu harga cadar untuk katil single lebih kurang rm50++ (after less)..tak ingat la jenama Akemi ke tak..jenama lain kotttttt..

berbalik kepada kisah di tesco, mula-mula tu belek-belek je..tak ada niat nak beli pun..dalam hati berkira2 nak beli ke tak..nak beli ke tak..tengah berkira2 tu si rashid dah bising2 ajak p tempat lain..aku stress betul la kalau pi shopping dengan mamat ni..tak boleh lama2 kat satu2 tempat..semua nak cepat..tak sempat nak belek lama2 :( bukan p mana pun..tengok ikan..tengok maggi..tengok biskut..tengok frozen food..tak ada yang menarik..bagi dia menarik la kot..hahaha..dalam kepala otak ni dok terbayang cadarrrr..cadarrrr...cadarrrr (sila baca dengan nada suara ala2 zombi)

aishhh tak boleh jadi ni..nanti tak lena tidur dok terbayang cadar..aku suruh dia pi bahagian lain..ahhh lega dia tak ada..kalau tak membebel je mulut dia suruh cepat..hahaha..aku rasa lebih kurang 15 minit aku belek2 cadar2 tu..semua nampak lawo..ikut hati nak beli semua..hahaha..

tiba2 rashid menjengah..aku cakap p tempat lain dulu..tak habis tengok lagi..suka2 je halau anak orang kan..hahaha..tapi dia berdiri je perati aku..lebih kurang 5 minit dia menunggu aku pun tak sedap hati..kang membebel pulak orang tua ni..dalam keterpaksaan aku pilih la jugak satu design..konon2 matching la dengan warna bilik aku..

kalau ada comforter lagi best..tapi budget tak ada..ratus2 harganya..ok lupa nak bagitau harga..bagi aku murah la kalau nak dibandingkan dengan harga asal..harga asal tak ingat la..semua harga rm100++..tapi lepas tolak discount just rm35.80..

kain cadarnya memang lembut..best sangat..berbaloi kalau beli dengan harga yang murah..

kalau dah namanya perempuan, nafsu nya ada 9 akal ada 1 memang tak pandai puas..astaghfirullahalazimm..sedar membazir itu perangai syaitonnnn tapi nak jugak beli lagi satu..huhuhu..

hari ni off day, hari ni jugak hari terakhir si rashid kat semenanjung..dia nak balik kampung kat sabah..2 minggu lebih la tak dapat jumpa dia :(  so ajak ler dia jumpa..dalam masa yang sama request kat dia nak pi tesco manjalara lagi..

aku: jom p tesco
dia: aikk..nak buat apa pi sana
aku: nak beli cadar lagi..hehehe
dia: kan hari tu dah beli..tak payah la beli lagi..membazir je.. (sambil buat muka tak puas hati)
aku: nak beli lagi..kalau lagi satu basuh boleh pakai lagi satu..hehehe
dia: tak pandai puas la dia ni
grrrrrr...

yeayyyy...akhirnya..

rambang mata woooo..ni hanya sebahagian..ada banyak lagi pilihan..tapi takut nak ambil gambo banyak2..kang promoter tu fikir aku ni apa pulak..batak bebeno nak ambil gambo cadar..kehkehkehkeh..

harga asal rm129 jadi rm25.80..yang ni paling murah..ok la tu kannn..kalau tak ada diskaun jangan harap ler aku nak beli..baik aku kumpul duit untuk kahwin..eh!

kompius mak..yang biru ke yang coklat..biru ke coklat..biru ke coklat..lama jugak la usung menda alah ni sambil tengok2 design yang lain..tanya dengan rashid dia akan bagi jawapan normal "ikut suka awak la"..cehhh..langsung tak membantu..beli dua2 sekali la senang cerita..

apa yang membezakan harga adalah jenis kain & thread count..apa itu thread count? promoter akemi ni bagitau, thread count ni senang cerita kerapatan benang kain cadar tu per inci..lagi tinggi thread count nya lagi rapat benangnya lagi tinggi kualiti kain cadar tersebut..yang cadar atas ni satu inci mempunyai 330 helai benang..wahh gitu..baru ku tau..selama ni tak tau pulak..yang tau design cadar lawo..kikiki

yang ni pulak ada 350 benang per inci..patut la yang ni kainnya lebih ok dari yang atas..yang ni harganya sama macam cadar pertama yang aku beli rm35.80..ada yang 600 benang per inci..tapi harga nya lagi tinggi la ek mengikut jumlah benang per inci..heeee..

last2 aku pilih warna coklat ni je..tak baik membazir..kat rumah ada lagi satu tak pakai lagi..tapiiiii..tak jadi beli dua, aku beli pulak sarung bantal..kehkehkeh..membazir jugak ke ni? tak kot..sebab ada satu je sarung bantal untuk size single.tu pun untuk bantal kepala je..mana cukup..bantal untuk peluk & bantal kat kaki tak ada sarung..mana aci..kesian bantal2 lain..(alasan)

harga 1 pek rm13.90..setiap pek ada 2 sarung bantal..lembut sangat..rasa macam sarung bantal kat hotel..confirm kalau tidur selesa..jangan tak bangun tidur sudah sebab terlampau selesa ;p

rashid hanya mampu menggeleng kepala sambil buat mimik muka..hahahaha..janganlah begitu..terus rasa macam tak jadi nak beli..masa nak sampai kaunter bayaran pun masih berkira2 membazir ke tak ni..rashid terus tarik aku pi bayar.."dah tak payah nak fikir2 lagi..bayar je..nak sangat kan"
hamboiii marah bebeno bunyi nya tu..hahaha..

sampai rumah terus pasang..tak dan nak basuh dulu..hahaha..tapi bantal aku kecik..sarung nya beso..nanti ada masa nak jahit bantal baru la..kasik tambah kekabu..biar gebuuuu macam bantal kat hotel..(berangan)

last but not least selit la sekeping gambo #camera360 dengan rashid..(nak jugekkkk tayang bf yang tak sporting bab shopping ni)..ampunnnn..nampak tak muka aku muka kepuasan..? ke nampak macam tak puas lagi..tak apa, sales sampai bulan feb tahun depan..ada duit beli lagi..bhahaha..eh tak boleh..mak kata duit jangan dihabiskan..simpan untuk kahwin -,-

sekian..
~tammat~

Monday, December 9, 2013

Kemunculan Semula

Reactions: 
4 comments
Assalammualaikum..

Ewah2 title post macam artis yang buat pengumuman nak pencen tup2 berlakon balik je..'kemunculan semula' la konon..padahal ada ke orang peduli kau update ke tak ila oiii -,-

lama rasanya tak membebel pasal diri sendiri kat blog..kadang2 ada benda nak update tapi macam malu2 kucing plak nak taip sebab takut sangat orang yang baca blog ni terfikir "over la minah ni..sikit2 nak update" ataupun "bajet la minah ni. itu pun nak kabor kat blog"

but then aku terfikir hak menulis kan hak owner blog..

eh rasa mengantuk pulak..esok la sambung entry baru kalau rajin..hahaha

(kemunculan semula sekadar hangat2 tahi ayam je..sekian)


mamat baju hijau belang2 tu memang tak suka bergambar..grrrrr..
-_-"

Saturday, August 10, 2013

Misteri kehilangan duit..Angkara toyol?

Reactions: 
24 comments
Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Aidilfitri..maaf zahir & batin andai ada terkasar bahasa sepanjang aku berblog ni..mungkin ada yang komen aku tak reply lagi..maaf sejuta kali yer..

tahun ni tak bermakna sangat sambutan raya - sebab ada beberapa perkara yang menyedihkan telah berlaku.


Antara perkara yang menyedihkan adalah sekarang musim kehilangan duit..mungkin ada yang tak percaya adanya makhluk halus di bulan puasa..tapi terpulang la samada nak percaya atau tak..tapi yang pastinya sejak kebelakangan ni kami satu keluarga selalu kehilangan duit (alamak baru taip sikit dah meremang bulu roma..huhuhu) (aik baru taip pasal misteri ni tiba2 line broadband disconnected..huhuhuhu)..

mula2 berlaku pada mak aku..dia perasan duit dia selalu tak cukup sejak bulan februari lepas..bila keluarkan duit rm100, tak sampai seminggu dah licin..dia check balik apa yang dia dah belanjakan duit tu, tapi tak sampai rm100 pun beli barang2..dia memang pelik tapi dia diamkan je..masalah kehabisan duit berlanjutan sampai bulan april..start bulan mei dia dah kira betul2 apa yang dia belanjakan..pastu kat office dia akan kira betul2 berapa baki dalam purse setiap hari sebelum balik rumah..tapi bila pergi kerja esoknya duit dah berkurangan..dia mula syak ada dikalangan family yang mencuri duit dia..dia syak along atau angah aku yang curi..setiap kali duit kurang dia akan tanya kat abang2 aku tu..melenting jugak la abang2 aku bila dituduh mencuri..sampai pernah sekali angah merajuk dengan mak..3 hari tak bertegur sapa sebab mak tanya ada tak dia curi duit mak..hehehehe..along pulak sampai bersumpah dengan nama Allah menandakan bukan dia yang curi duit tu..dah tu siapa pulak yang nak mencuri?takkan aku yang curi tanpa sedar?hahahah..gila apa..takkan abah pulak?takkan anak buah aku pulak?takkan adik aku yang stay asrama tu???


dipendekkan cerita, mak percaya mesti ada toyol yang curi duit dia..tapi abah pulak tak percaya..abah kata jangan percaya benda tahyul..ni mesti along yang curi duit mak..hamboiii abah kemain lagi tak percaya anak sendiri ye..hehehehe..abah kata mungkin mak tercicir duit..tak pun mak belanja itu ini tapi tak sedar..sampailah terkena kat batang hidung sendiri baru abah nak percaya ada toyol/makhluk halus yang curi duit..dia start percaya bila duit yang dia letak bawah bantal hilang..padahal time tu dia tengah tidur..bangun2 je duit hilang..misteri nusantara sangat kan..takkan time dia tidur along/angah p meraba2 purse dia bawah bantal..takkan la dia tak sedar time tu..ahaa!! atlast dia tak ada tuduh abang2 aku mencuri lagi..alhamdulillah..

lepas tu bila mak check2 duit masjid yang dia sorokkan dalam timbunan beg plastik dalam bilik sembahyang dah berkurangan rm400++..mak aku ni ajk masjid..selalu la buat program untuk muslimat setiap bulan..jadi tiap2 kali ada kelas agama ramai yang menghulur duit..mak pulak jadi tukang simpan duit kutipan kelas tu sebab ajk lain tak ada yang menyanggup simpan duit kutipan..dah tu pulak mak ni silap jugak sebab tak simpan semua duit dalam bank..katanya leceh nak keluarkan selalu..yelah dari rumah ke bank bukannya dekat..so dia simpan sebahagian duit tu kat rumah..lebih kurang dalam rm1000++ jugak la dia simpan kat rumah..tup2 bila berbulan tak check, dia pun buat kira2..aikk kenapa kurang..dok kira sini..dok kira sana..memang pasti duit dah hilang lebih dari rm400..mak dah lemah..bukan rm4 yang nak kena ganti..bukan rm40..tapi rm400++..alhamdulillah time tu rezeki abah murah..ada yang bagi deposit untuk jual tanah..dia bantu ringankan beban mak..abah bagi rm500 untuk ganti duit masjid..melayang macam tu je duit rm500..huhuhu..

masalah berlarutan sampai bulan 6..masih tak ada perubahan..duit tetap berkurangan..sampaikan duit aku pun hilang gak..hantu betul hantu yang mencuri ni! tapi tak banyak la..rm20 je..time tu aku macam ahhh takpelah tak ada rezeki kot..mungkin Allah nak bersihkan duit aku.mungkin time kerja aku ada lepak2 so gaji tak berkat..tak apalah Allah nak tarik sikit rezeki aku..lepas tu jugak sebelum kejadian duit hilang tu aku terselamat dari disamun..dipendekkan cerita bukan aku yang disamun tapi hampir disamun..time tu aku buat overtime hari sabtu..supposely aku balik dengan 2 orang officemates sebab aku takut nak jalan sorang2 p ktm bank negara..tapi entah kenapa hati aku meronta2 nak balik cepat..kul 4.30 aku dah chow dari office..rupa2nya officemates aku tu balik lewat..malam baru diorang gerak balik jalan kaki berdua last2 kena samun kat tepi jalan..aku dengar cerita tu terus bersyukur tak follow diorang balik malam..seminggu lepas kejadian tu la duit aku hilang rm20..aku fikir hmmm takpelah hilang rm20 daripada kena samun handphone, rantai, gelang & duit..so aku redha duit hilang rm20..

aku ingat itu je first & last duit aku hilang..rupa2nya tak..punyalah penat aku menjahit manik untuk akak office aku..3 hari 3 malam berjaga malam semata2 nak siapkan tempahan manik..sampai sakit2 belakang..dah la manik halus2..dapat duit upah rm150..tak sampai 24jam hilang rm50! memang !@#$%^&*..aku mencarut2 dah..sampai hati curi duit aku..tu kira duit halal tu sebab upah penat lelah aku menjahit manik..takkan tak berkat macam kes hilang rm20 sebelum tu..hati dah panas..aku cuba untuk redha akhirnya..aku cakap bukan rezeki aku..ada orang rumah terbakar habis semua duit & harta hangus..aku ni hilang rm50 je dah nak melenting..tu jela yang aku buat untuk sedapkan hati yang sedang berduka lara..sobs3 :'(

2 minggu lepas tu duit abah pulak hilang..pukul 3 pagi dia tak boleh tidur jadi dia p basuh kereta mak..habis basah seluar & purse dia dalam poket pon basah..jadi lepas basuh kereta tu dia baring depan tv & purse tu dia sorok bawah kusyen depan tv..dia tengok tv sampai tertidur..tup2 esok pagi terjaga tengok duit rm12 hilang dalam purse..

adik aku pun hilang jugak! elok2 duit ada dalam purse, tiba2 boleh hilang rm50..mak aku la mengganti balik sebab tu duit belanja dia kat asrama..

kejadian bulan ramadhan

bulan ramadhan sangat menguji kami sekeluarga..dah beratus duit mak aku hilang dalam bulan ramadhan..orang kata ramadhan hantu setan semua kena ikat..tapi jangan lupa ye ada jin yang tak diikat..bulan ramadhan la makin menjadi2 kes hilang duit..memang tak takut betul tuan toyol tu ye..kot ye pun bulan ramadhan ni slow down la sikit buat jahat tu..ni tak, makin menjadi2..hamboii nak dapat income lebih ye untuk beli keperluan raya..choiii sangat!

akhir ramadhan kami start pasang ayat2 ruqyah non stop..biar lari makhluk halus dalam rumah ni..tapi tak jalan..macam biasa mak la mangsa utama hilang duit..duit dalam purse memang normal la hilang..duit simpan dalam al-quran pun hilang!! ahaaaa....mak dapat idea..simpan dalam kereta mungkin selamat kot..check2 esok pagi duit hilang rm50..kat mana lagi nak simpan duit?duit seringgit2 adalah dalam rm18,siap klip lagi pun hilang..duit rm20 hilang..duit rm10 hilang..sampai licin tak tinggal kesan..dasyat sungguh..duit baru keluarkan dari mesin atm, nak bayar duit shopping baju raya, tup2 tengok dah kurang rm10..mak yakin lagi pasti yang duit tu cukup2..tiba masa nak bayar kurang rm10..mak terduduk lagi..mak kata ni tak boleh jadi..sehari hilang nak dekat rm30..mak jumpa sorang ustaz..namanya ustaz suhaimi..hari first ustaz baca2 ayat kat garam kasar..mak tabur kat sekeliling rumah..tak jalan..malam tu hilang duit..mak kata tak apa nanti lepas raya nak jumpa lagi ustaz suhaimi..

esok duit adik pulak hilang lagi rm50..padahal duit tu dah diikat sekuat2nya dengan getah..duit lain ada lagi tapi duit not rm50 lesap..getah untuk ikat duit tak berusik pun tapi duit tetap hilang..ohooiiii melampau sungguh wahai si makhluk pencuri duit..menangis lagi adik aku..mak aku pun hampir menangis sebab nak tak nak terpaksa topup lagi rm50..tak sempat tunggu lepas hari raya, time tu jugak mak aku pergi jumpa ustaz suhaimi..ustaz baca ayat2 al-quran lagi kat garam kasar..kali ni kena tabur garam kasar tu tepat pukul 12 tengah malam..pergilah angah & anak buah aku menabur garam kasar pukul 12..tak jalan juga..esoknya duit mak hilang..kali ni mak aku betul2 menangis..kering sudah duit dalam purse..terpaksa pinjam duit adik & aku..

kali ni ustaz ada bagi petua yang mak aku kena buat..kalau tak silap baca ayat kursi 40x pastu ada lagi la surah2 lain yang kena baca..aku tak ingat sebab aku tak buat..hehehe..

beberapa hari duit tak hilang..tapi ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya hujan disiang hari..lagi 2 hari nak raya duit adik & abah hilang lagi..yang pastinya kejadian berlaku time maghrib..disebabkan ketakutan duit hilang, maka segala duit akan diikat dengan sebanyak2 getah & aku letak dalam beg kecil yang aku boleh letak tali & gantung kat leher..nak mandi pun aku bawak beg tu..hehehe..nak dijadikan cerita aku nak masak tiba2 adik aku volunteer nak pegang beg tu..mungkin kesian tengok aku usung beg tu ke hulu ke hilir..rimas la jugak bergantung2 kat leher..dah la berat sebab duit mak & adik pun aku kena simpan..duit adik, dia gulung sekali dengan duit aku & diikat kuat2 dengan getah..menjelang maghrib pukul 7.15pm, adik aku nak terkucil..dia suruh anak buah aku (aiman) pegang sekejap..dia siap pesan kat anak buah jangan p mana2..pegang beg tu sampai dia habis melepaskan hajat..tup2 keluar tandas tak sampai 5 minit dia tengok aiman dah main basikal kat luar..dia pun menjerit la panggil aiman suruh bagi balik beg duit tu..aiman pun tunjuk la tempat dia sorok beg tu..dia letak kat celah2 kusyen depan tv..terkejut tenogk beg tu zipnya dah terkoyak & duit adik aku rm54 dah lesap! tapi duit aku tak hilang..heran tak heran tak??????menangis meraung ler adik aku tu..dah rm154 hilang..bukan sikit..kalau shopping tu boleh dapat kasut raya 2 pasang ooooo..aku dah macam orang gila..maghrib2 tu aku menjerit sekuat hati marah kat aiman..sampai sakit tekak sebab menjerit..aku sebenarnya marah kat makhluk yang mencuri tu tapi aku melepaskan marah aku kat aiman..kesian dia bila ingat balik..menangis tersedu2 dia..siap bersumpah tak curi duit tu..sorry aiman..mak lang teremosi sangat time tu..huhuhu :'(

dalam pada kecoh duit hilang, abah yang turut mengamuk tiba2 terdetik nak check duit dalam purse..sah duit dia pun hilang rm20..ha tu la..time maghrib duduk kat luar lagi..menyabit rumput la..siang2 takmo menyabit..dah maghrib baru ler nak menyabit..benda2 halus ni time maghrib ler aktifnya..dah pesan time maghrib duduk dalam rumah tapi degil..nak jugak keluar..ha kan duit dah hilang.alahaiiiii~~

lepas kejadian tu hati aku sakit..sakittttt sangat..jadi aku search internet cara2 nak atasi masalah hilang duit..salah satu caranya solat hajat & buat bacaan yasin 7 mubin..time baca yasin 7 mubin tu berdoa semoga orang yang menghantar benda2 tak elok ni dapat balasan..mak pulak buat solat hajat ramai2 kat masjid..memang berkesan sebab sepanjang 2 hari tu tak ada langsung kejadian duit hilang..tapi biasalah bila dah raya ni busy sikit..nak masak rendang la..itu la ini la jadi tak sempat nak buat amalan2 tu semua..just pasang ayat ruqyah je..yang terbaru pada hari raya pertama duit raya aiman hilang rm20..! speechless.............

hmmmm..tak tau la nak kata apa lagi..penat sebenarnya terpaksa mengharungi semua ni..bila cerita kat orang, orang takkan percaya..kononnya toyol kepala hitam la..terguna duit tu la..duit tercicir la..tak kena kat batang hidung sendiri memang tak akan percaya..terpulang la..

malam raya tu mak usu aku ada call tanyakan alamat rumah..dia nak suruh sorang ustaz tu tengok2kan rumah aku dari jauh..ustaz tu scan katanya kat kawasan rumah aku memang ada yang membela toyol..tapi tak tau la siapa yang membela tu..selalunya ustaz2 yang mengubat ni tak akan bagitau siapa yang membela tu..yelah takut kang ada yang p cari si pembela tu & belasah ramai2..

siang tadi sepupu yang duduk dekat rumah datang beraya..mak cerita lah masalah kami ni..rupa2nya mak long aku pun ada hilang duit..rm200 diikat dengan getah lesap..tinggal getah je..dia suspek anak lelaki dia yang curi..hahahaha..bahana toyol..anak tak bersalah pun kena tuduh..bila dengar cerita mak aku ni sepupu aku tu pon cakap nak cari ustaz yang pandai mengubat..

insyaalah lepas raya ni akan ada rawatan susulan..tak tahan dah hilang duit..boleh papa kedana kalau tiap2 hari hilang duit..huhuhuhu..


updated on 3.8.2014

alhamdulillah sekarang dah tak ada kes hilang duit..selepas berubat dengan ustaz halim kes kecurian masih ada..tapi jarang2 la..seminggu skali je hilang..lepas tu sedara perkenalkan dengan kawan dia yang pandai halau toyol..time berubat tu aku duduk menyewa kat shah alam..so tak dapat tengok sendiri kejadian cumanya along kata ada tabur garam kasar n baling kat atas bumbung rumah sebelah aku ni (rumah pusaka)..time baling tu dengar la bunyi orang berjalan atas bumbung tapi tak nampak bayang apa pun..just dengar2 je..sejak tu memang tak ada kes langsung duit hilang..alhamdulillah..

pada sesiapa yang nak cuba ustaz halim tu ni no dia 0173065329..
sorang lagi tu tak tau nombor dia..dah mintak kat sedara nombor orang tu..tunggu respon dari sedara..kalau dah dapat aku update lagi ok :)

wallahualam

Friday, April 12, 2013

Pengalaman Exam PTD

Reactions: 
19 comments
Assalamualaikum..

Terlebih dahulu diriku ingin memberitahu bahawa pada maghrib semalam, pak lang saya, Allahyarham Shamsuddin bin Tanda telah kembali kerahamtullah..Semoga roh arwah pak lang ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..aamiin..al-fatihah :'(

Kembali kepada tajuk asal, setelah berkurun lama berjanji nak menceritakan pengalaman ambil peperiksaan memasuki jawatan PTD (sila rujuk entry ni--> PTD 1 & Result Exam PTD), barulah hari ni aku terajin untuk menghapdate kan ia..maaf sejuta kali kerana terlalu banyak janji tak dicapati..hewhewhew ;p (alasan--> bz jaga anak2 --> anak tekak, anak mata & anak rambut)


Actually exam PTD ni taklah susah mana..ia akan jadi susah bila tak cukup preparation..penting bagi calon2 PTD untuk sentiasa update dengan perkembangan terkini contohnya perkembangan dalam & luar negara..pastikan rajin tengok berita (aku dah setahun lebih tak tengok berita) & rajin baca surat khabar (aku baca bahagian hiburan je..hihihi)..

Berdasarkan pengalaman sekali aku hari tu, soalan bagi section A boleh tahan mencabar la jugak..bayangkan soalan pertama aku dah kantoi..contoh soalan yang aku ingat2 lupa (kalau salah ampun dipinta tapi lebih kurang macam ni r soalan dia..hehehe) :

deskripsi --> menggubal dasar sektor awam termasuk pengambilan, penempatan, kenaikan pangkat, latihan & bla bla bla..siapakah yang bertanggungjawab melaksanakan bidang kuasa diatas..

then antara jawapan yang dibagi adalah jabatan perkhidmatan awam (JPA) & suruhanjaya perkhidmatan awam (SPA)..konpius mak nyah!! bagi yang mempunyai otak suka ingat fakta huntonglahhh~~ bagi yang otak sendu sikit macam aku ni ambil masa nak pikir sampai 3 4 minit..kan dah buang masa tu..rasa2 macam bidang kuasa JPA..sat g rasa2 macam bidang kuasa SPA..last2 aku bubuh SPA..kan dah salah! hahaha..JPA bidang kuasa dia menggubal dasar sektor awam termasuk pengambilan, penempatan, kenaikan pangkat dll (sumber dari wiki)..SPA bidang kuasa dia menguruskan perlantikan, sahkan perkhidmatan, naik pangkat dll. Ha nampak tak betapa konpiusnya soalan dia (ke aku sorang je yang konpius??) :p

lepas tu banyak soalan bidang tugas MARDI la, FELDA la, FELCRA la, FAMA la..so pada yang nak ambil exam esok silalah hafal bidang2 tugas badan tak berkanun..time aku exam dulu memang banyak soalan ni keluar..lepas tu tau apa itu OIC, apa itu PBB, apa itu WHO & lain2 pertubuhan antarabangsa..lagi kena hafal dasar2 negara..apa itu NKRA..apa teras NKRA..Dasar Ekonomi Baru (DEB)..aish banyak lagi la kalau nak disenaraikan..tu belum lagi part perundangan & perlembagaan negara..apa sistem perundangan malaysia..sejarah malaysia dari zaman sebelum merdeka & selepas merdeka..apa itu suruhanjaya Cobbold..untuk apa..siapa committee members nya..haaaaaa..luruh rambut weh nak menghafal..hahahahahahaha..actually benda2 ni semua dah belajar dari sekolah rendah sampai la menengah sampai la ke peringkat universiti..cuma kita je yang tak berapa nak ingat & tak mau ambil tahu secara serious..

soalan pasal kebudayaan2 yang ada kat negara kita pun keluar..soalan paling tak boleh lupa -->

bentuk seperti gambus panjang bertali empat..diperbuat dari kayu jakuvang..ukiran bermotif orang iban, kayan & kenyah, berwarna merah/hitam..apakah nama alat muzik tradisional ini..

untuk jawapan ni aku main taram je..tak sangka betul..jawapannya:  sape' :)

inilah sape'..rupa pernah tengok..tapi nama tak tau..(sumber)

so aku menggalakkan korang untuk khatam buku ni:


MALAYSIA KITA (sumber)

kalau esok nak exam, hari ni baru nak baca, lupakan jelah niat nak baca ye sebab buku ni tebal gilerrr..lebih 500 muka surat..tak sempat nak habiskan dalam masa sehari..paling kurang pun 3 minggu (yang tu aku la..orang lain mungkin seminggu pun boleh habis)..itu pun kalau dibaca secara konsisten..kalau tak konsisten mungkin lebih dari dua bulan baru habis..kekeke.banyak fakta yang kena faham & ingat wooo..bukan baca sekali lalu je..kalau otak jenis boleh scan, sekali baca dah lekat dalam otak boleh la :)

ada jugak yang jual e-book panduan exam PTD..entahlah aku tak berani nak cakap e-book ni berkesan ke tak..tapi kawan aku ada beli..fail jugak..hohohoho..mungkin dalam panduan tu ada tips2 berguna contohnya nak fokus kat tajuk/topik mana..tapi bagi aku better baca buku malaysia kita ni jugak..tak ada jalan pintas untuk berjaya..chewahhh..bermadah pulak ;p

uikkk panjang lebor cerita untuk kertas bahagian A..ok kita bercerita tentang kertas bahagian B pulak :)

bahagian B adalah section untuk soalan matematik..aku suka matematik..aku suka nombor..tapi aku tak ingat formula2 dalam matematik..macam mana tu?hahaha..mula2 aku rasa macam kacang je matematik ni..tapi bila time exam, baru sedar betapa susahnya sebab --> tidak dibenarkan membawa kalkulator..

selama ni nak tambah 20+7+19-5+10x4 senang je..tekan tekan tekan, dapat jawapan..semua kalkulator yang tolong kirakan..tapi bila tak ada kalkulator, sifir 6 pun aku tak boleh nak ingat..terpaksa la kira manual..6+6=12 (2x6), 12+6=18 (3x6), 18+6=24 (4x6)..hahahaha.

banyak soalan nak uji daya kreatif kita..contohnya ada soalan dibagi nombor dalam kotak2..tiba2 satu kotak tu ada huruf x je, tak ada nilai apa2..apakah nilai x..? sungguh aku blur..nak kata nombor gandaan, bukan..nak kata nombor perdana, bukan..nak kata nombor genap pun bukan jugak..aishhh..sampai sekarang masih menjadi misteri apa jawapan sebenar..

apa yang aku ingat, banyak juga soalan peratusan & purata.  Contohnya:  pada 3 bulan pertama gaji Minah adalah RMxxx..selepas 3 bulan gaji Minah naik sebanyak 18%..selepas 8 bulan gaji Minah naik lagi kepada 6%..pada 2 bulan terakhir, gaji Minah ditolak sebanyak 3%..berapakah purata gaji tahunan Minah..hamek ko..ingat senang nak kira tanpa ada kalkulator dalam tempoh 2 3 minit..tu yang sifir 6 yang mudah tu pun terkial2 nak kira..hihihi..lagi satu jangan malu2 mintak kertas lebih untuk buat kira2..aku hari tu lupa nak mintak..terpaksa conteng atas kertas soalan..pastu bila dah penuh dengan contengan, kepala jadi serabut..

tips untuk score kertas matematik ni senang je..perbanyakkan buat latih tubi soalan2 matematik pmr & spm..insyallah pasti boleh buat punya nanti :)

bagi kertas C & D ni perbanyakkan membaca jugak..sebab nanti nak goreng kita gunakan fakta yang betul..bukan fakta sendirian berhad ye..si pemeriksa bukan calang2 orang untuk kita tipu..banyakkan menulis esei..untuk kertas ni aku tak banyak tips nak bagi..itu semua berdasarkan knowledge yang kita ada..kita punya bekalan untuk menggoreng tu cukup tak..kalau rasa tak cukup, banyakkan membaca..jangan tau baca novel cinta je..hewhewhew

aku tak ingat semua soalan esei hari tu..tapi yang aku ingat soalan esei bm aku pilih pasal pemimpin generasi muda perlu aktif & proaktif..esei bahasa inggeris pasal social network..memang best la goreng..pengalaman banyak pasal social network ni :p

ok tu jela kot secebis pengalaman & tips yang tak seberapa untuk bakal2 PTD..Semoga berjaya kepada yang mengambil exam esok..!!! Kalau fail jangan putus asa..beribu lagi calon yang pernah terkandas..contohnya aku..bhahahaha..

p/s:  tengah syok menaip kawan aku ajak p exam esok..eh2 macam tau2 je aku tengah bercerita pasal PTD..niat hati takmo p sebab tak tau kat mana pusat peperiksaan tu, tapi daripada duduk rumah, baik aku g je..meninjau2 soalan tahun ni pulak..muahahahaha..siapa yang ambil exam kat sek jln kebun shah alam, bertemu la kita esok..ewahhh ;)

updated on 13th april 2013 - 9:51pm..

dengan bangganya aku nak bagitau yang aku tak jadi ambil exam ptd siang tadi..
sebabnyaaaa...
hahahahaha..
banyak sebabnya, cuma aku nak pesan sesuatu kat bakal2 calon PTD
-
-
-
-
-
-
-
kalau p exam jangan tertinggal slip panggilan exam tu..kahkahkahkah (^__^)v 
(gelak guling2)

cuba lagi untuk next panggilan ;p


Sunday, March 3, 2013

Terima Kasih Lazada

Reactions: 
63 comments
Assalamualaikum..

Sorry lambat update pasal beli handphone di lazada..hehehe..Alhamdulillah dapat juga handphone yang aku order di lazada..Sangat pantas servis lazada ni..salute sama diorang..ecececeh..kemain lagi puji2 kan..hahaha..

aku order hari sabtu..hari isnin pagi tu dalam pukul 9 lebih aku call customer service (CS) lazada (bersemangat waja)..CS tu cakap proses selalunya paling awal 2 3 hari bekerja..aku order hari sabtu, jadi hari isnin baru diorang proses..means hari rabu kot baru dapat...tak pun hari khamis..owh gituuuuuu..

tup2 pukul 10 lebih CS lazada call untuk order confirmation..yeay!! just confirmkan nama, alamat & price..time tu aku excited gile tapi cover ler sikit..kat opis kot time tu..haruslah menjaga kesopanan dan kesusilaan..hai kak sue! ehem2 ;p (kak sue akak opis aku..dia dah tau blog aku..hahahaha)

ok sambung cerita...

malam isnin tu pukul 11 lebih aku dapat mesej dari lazada yang barang aku diorang already shipped..siap bagi tracking number lagi..wah3..hebat!katanya barang aku will be delivered by taqbin..so aku pun g la kat website www.taqbin.com.my & checked tracking num..yup memang betul barang aku dah pun dihantar ke taqbin..dup dap dup dap jantung aku sebab too excited (excited lagi..siang dah excited..malam pun excited jugak) ;p sampai tak boleh tidur dah time tu..hahaha..giler betul aku ni..

pastu pagi2 sampai opis terus check kat website taqbin..wah order aku dah sampai kat cawangan KLNorth..pastu dalam pukul 11 lebih dapat call dari orang taqbin..dia nak confirmkan alamat..pastu pukul 12 lebih barang dah sampai kat tangan aku..yeay! alhamdulillah :)

mudah sangat beli kat lazada..order sabtu..isnin confirmkan order..selasa dah dapat barang..bayar pun bila barang dah sampai..no risk..no worries :)

masa nak bukak plastik tu pun terketar2..siap belajar dari abang kurier tu lagi macam mana nak check nombor imei handphone tu..hahaha..nak tau handphone kita ori atau tak sila lah check nombor imei handphone samada sama atau tak dekat kotak handphone tu..alhamdulillah aku punya nombor imei sama yang kat kotak..syukurrrrr bukan barang tiruan..hehehehe..

masa sibuk check nombor imei handphone sempat lagi aku interview abang kurier tu..

aku:  risau akak handphone ni tak sampai tau sebab terbaca kat internet ramai orang complaint lazada ni penipu sebab barang sampai lambat..ada yang order barang lain, dapat lain..

abang kurier:  sekarang dah ok sikit..hehehe (dia tak gelak, dia sengih je..sila bayangkan)

aku:  owh..pernah tak kena marah dengan customer sebab hantar barang lambat?

abang kurier:  pernah dulu time nak dekat raya..barang time tu banyak nak kena hantar..dalam sehari kita boleh hantar barang maksimum 40 je..time nak raya hari tu sampai lebih 80 barang sehari..tu yang ada dapat lambat..

ha jadi moral of the story, jangan order time2 nak raya ye..hahahaha

time rehat sanggup tu tak makan..konon2 kenyang..makan roti je..padahal nak mengadap handphone baru..kekekeke..

nampak tak elemen2 keganasan kat gambar atas ni?hehehehe..ni disebabkan terlalu excited, tangan jadi menggigil..nak koyakkan plastik pun tak reti koyak elok2 dah..


tadaaaaaaaaaaaaaaa...kotak lazada...bukti bahawa aku beli dari lazada..

taqbin..tenkiu abang taqbin..eh masa aku mintak tolong ajarkan aku guna handphone tu, aku gelarkan diri aku 'akak' kat abang tu..padahal aku muda lagi daripada dia (aku agak jela) hahahaha..tak apalah, disebabkan badan aku ni macam mak2 orang, jadi biarlah aku menggelarkan diri aku akak je kat dia..heeee

ha bukti kukuh aku beli handphone murah kat lazada..aku dah check kat pertama kompleks..paling murah diorang boleh jual rm700..tu pun set AP..masa survey kat pertama kompleks tu kemain lagi aku tanya itu ini kat mamat cina tu..tup2 aku cakap owh saya saja nak usha harga (time tu  macam nak yakinkan diri yang handphone aku beli kat lazada ni lagi berbaloi sebab aku still tak percaya aku dapat beli dengan harga yang murah)..saya dah beli dah..cina tu tanya berapa u beli..lima ratus tiga puluh lapan ringgit je..ternganga cina tu..hahahaha..



motif tunjuk handphone lama?hahahaha..sebenarnya aku sangat suka handphone CSL ni..sebab mudah nak taip bila mesej..pejam mata pon boleh..pastu tak payah pasang ringtone pun tak apa sebab vibrate dia sangat kuat..aku sentiasa gune silent mode je..tapi apakan daya, kita kenalah mengikut arus kemodenan..ewah2..kemain lagi ayat kau yer nur syalillah..orang dah pakai handphone touch screen ni berkurun lama, kau baru terkedek2 nak belajar bertouch2 screen ni..pastu poyo kena ikut arus kemodenan konon..hahaha

yang kelakarnya adik2 kat opis aku ni yang ajar aku cara guna handphone ni..hahaha..tak malu sungguh ;p

ok la tu je kot nak cerita..next time aku cerita pengalaman aku beli barang kat zalora pulak..tungguuuuuuu :D

p/s:  alamak lazada attach link entry ni kat fb diorang..patot la ramai yang tetibe komen..kena edit sikit..jangan nampak gedik sangat entry ni..kang kantoi..hahahaha

Sunday, February 17, 2013

Pengalaman ambil lesen kereta (bahagian III) -Malang Mendapat Cikgu Memandu Gatal

Reactions: 
12 comments

Assalamualaikum..

Aloha!! Malam ni terasa rajin pulak nak update blog..apa2 pun sebelum tidur tetap nak hapdate jap entry pasal pengalaman ambil lesen bahagian III dengan specific title 'Malang Mendapat Cikgu Memandu Gatal'.  Ha ok tak tajuk episod kali ni?panjang benor ke tajuk nya ek?agak2 rating pembaca tinggi tak?kehkehkeh..

First of all, nak bagitau tujuan entry ni ditulis bukanlah untuk mengaibkan sesiapa..malah nama sebenar cikgu tu pun aku tak expose kan..ia sekadar untuk bercerita pengalaman aku sendiri yang berhadapan dengan cikgu memandu yang over gatal..

ceritanya bermula disini.........

sila baca entry bahagian Ibahagian II untuk pencerahan bagaimana aku terjebak dengan cikgu memandu gatal gilo tu..

disebabkan fail QTI, jadi aku kena ambil kelas tambahan..tak ada pilihan lain terpaksa aku ambil cikgu M..aku ambil 4 jam kelas tambahan dengan dia..dalam hati ni duk berdoa harap2 ok la cikgu M ni sebab sebelum ni belajar dengan cikgu perempuan..

hari pertama belajar dengan dia adalah pada hari ahad, pukul 2 petang..mula2 tu ok je..tak ada la pulak dia cakap yang bukan2..aku pun mula rasa lega dapat cikgu lelaki yang tak gatal..kami berborak dalam kereta untuk hilangkan bosan..yelah tak mau ler skema sangat..lagipun aku ni jenis peramah & aku anggap dia macam seorang lelaki tua yang perlu aku hormat..takmo la menyombong sangat..

aku ada bagitau dia untuk next class pada hari rabu pukul 7 pagi..lepas tu aku bagitau aku tak ada transport nak balik rumah lepas habis class tu nanti..aku tak booking transport sebab pukul 9pagi budak transport tu busy nak ambil orang..jadi aku mintak dia nanti tolong hantarkan aku ke jalan besar untuk aku tunggu bas..jadi aku fikir baik aku naik bas..jimat rm10..hehehehe..tapi dia dengan baik hatinya (time tu aku tak sedar pun kegatalan dia dah terserlah) meng'offer' hantar aku balik terus ke rumah..tak payah tunggu2 bas lagi..free of charge lagi tu...tapi jangan bagitau kat orang akademi yang dia hantar aku balik rumah..perghhh dalam hati aku kata syukur alhamdulillah..tak ada masalah transport lagi untuk difikirkan..

habis kelas 2 jam pertama tu, aku mintak nombor telefon dia..sebabnya mudah aku nak contact & remind dia untuk next class..kang dia lupa rugi la aku dah bayar mahal2..lagipun masa dengan cikgu perempuan tu pun aku ada mintak nombor & aku akan call dia kalau aku dah sampai kat akademi..bukan saja2 nak ambil nombor dia pun..aku pun cuak kalau cikgu M tu lupa next class dengan aku..yelah next class tu pagi2 buta..gila tak gila aku terpaksa ambil kelas pukul 7 pagi tu jugak sebab itu je time yang ada..lain2 waktu semua dah full..

akhirnya tibalah jugak hari rabu yang dinanti2kan..pukul 6.50pagi aku dah tercongok sorang2 kat akademi tu..mak aku yang menghantar pun cuak nak tinggalkan aku sorang2 kat situ..dah la gelap, banyak nyamuk pulak tu..alhamdulillah time tu ada pak guard dengan bini dia..jadi tak adalah rasa takut sangat..aku pun call cikgu M..tak berangkat pulak..ahhhh sudeyyy..dia lupa ke kelas aku pagi ni..banyak kali aku call..pastu aku fikir mungkin dia tengah drive kot..betul sangkaan aku..pukul 7.05 dia sampai..ciss..rugi 5 minit aku -.-'

pastu terkedek2 check kereta..angin tak cukup la..nak isi minyak la..terpaksa singgah kat petronas dulu..buat itu ini dah pukul 7.20pagi..dalam hati ni rasa macam nak maki hamun je..20 minit hoiiii..aku bayar ok..ni la namanya makan rezeki yang tak berkat..kerja patutnya 2 jam, tapi buat sejam lebih je..grrrrrrr....

dah siap semua aku pun mula la drive..Cikgu M ni panggil aku nur..mungkin sebab dia tak reti sebut nama aku kot..hahahaha..tapi aku geli la dengan cara dia panggil aku..macam mengada2..isk susah aku nak terangkan kat sini..sebut jela nur..tak payah la nak sebut nurrrrr..ala2 gedik..hoiii tolong la..geli ok!

pastu sibuk bercerita tentang diri dia..asal kelantan..tapi dah lama duduk KL..dia lebih terer jalan KL dari jalan kat Kelantan..so?ada aku kesah?hahaha..aku sikit pun tak tanya tapi dia sibuk bercerita itu ini..sibuk tanya family aku pakai kereta apa..aku cakap la pakai kereta Persona je..dia pun sibuk la cerita dia pun pakai Persona..Auto lagi..so?ada aku kesah?kereta mak aku tu pun auto gak..tak ada pulak aku kecoh2..hahahaha..

lepas tu asyik hasut aku suruh bayar duit 'INSURANS'..insurans yang dimaksudkan ialah menyogok duit kat dia supaya dia boleh kawtim dengan JPJ untuk meluluskan aku walaupun aku fail..ohhhh pelisssss..ingat aku ni apa?suka merasuah orang ke?pastu kemain lagi letak harga tinggi..kalau fail dalam litar bayar rm250..fail bahagian jalan rm250..dua2 sekali rm500..tak habis2 memujuk aku suruh bayar..alahai pak cik tua ni..ingat aku tak tau ke dia sebenarnya nak doit poket lebih..

cikgu M : nurrrrr, bayar kat saya..nanti saya bagitau kat JPJ tu yang nur ada insurans..tapi kalau nur tak nak tak apa..saya tak paksa..kalau nak, nurrrrr bagi saya duit hari ni..

aku : tak apalah cikgu, esok saya cuba buat yang terbaik..kalau fail saya buat jela ulangan..

Cikgu M : ok..terpulanglah pada nurrrrr..

sat g dia ulang balik ayat yang sama..lebih 5x dia pujuk aku suruh ambil 'insurans' aka rasuah tu..dasar orang tua tak paham bahasa betul..grrrrrrr..

pastu dengan baik hatinya nak mengajar aku free of charge..

Cikgu M : nurrrr, kalau nurrr nak saya ajar nurrr, malam2 nanti saya boleh ajar nurrrr..nurrr bawak la persona saya tu..kita pergi kuala selangor..ataupun pergi bukit melawati..

dalam hati aku dok pikir, apa kejadahnya nak belajar malam2..pastu bawak kereta auto..apa motif dia???dah la aku test JPJ nanti bawak kereta manual, tapi dia nak ajar guna kereta auto..kan bongok al bangang namanya tu..hahahahaha..lagi satu kenapa nak bawak sampai ke kuala selangor & bukit melawati tu?bukannya test JPJ tu p jalan situ pun?lagi satu kebodohan al kegatalan dia terserlah..dia ingat aku ni perempuan murahan ke yang senang nak dibawa ke hulu ke hilir malam2?huh! (marah ni)

aku pun nak tukar topik, aku cakap la aku nerves esok nak test JPJ sampai tak boleh tidur malam..pastu dia boleh kata --> laaaaa..kenapa nurrr tak bagitau saya tak boleh tidur malam..kalau tak boleh saya call kacau2 nurrrr..kita borak2..

aku : -___-"

geli sangat ok dengar dia cakap macam tu..kalau cikgu muda yang cakap macam tu ok kot di pendengaran aku ni..tapi bila orang tua, umur 60 tahun cakap macam tu, rasa macam nak muntah hijau pekat tau..dalam hati ni dok menyumpah2..kenapa la orang tua ni tak sedar diri ek..ibaratnya rumah kata pergi, kubur kata mari tapi masih sempat nak menggatal dengan budak umur 25 tahun (iolss muda remaja lagi tau..hakhakhak)..aku ni dah macam anak2 kepada dia je..iskkk....time tu rasa macam nak habis cepat je kelas memandu..rasa tak selesa sangat..

tapi ayat paling tak boleh blah adalah :
Cikgu M : nurrrrr..nurrrr ada facebook tak?saya ada facebook..

muahahahahahahahahaha..dia ada facebook ok! :-D

aku :  errr..saya tak ada facebook cikgu..tak minat la saya facebook2 ni..buang masa..lagipun kat rumah saya tak ada line internet..

hahahaha..tipu sunat wehhh..tak sanggup aku nak bagitau aku ada fb..nanti sibuk mengaruk suh add dia pulak..

Cikgu M :  oh, saya pun saja2 je..saya pakai broadband maxis..

aku : (dalam hati - ada aku kesah?)hahahaha

lepas tu dia dok mengutuk pelajar dia yang dah tua..kononnya mak cik tu susah nak di ajar..kalau nurrrr ni senang je ajar..ecececehh.....nak bodek aku la tu..ingat aku cair la dengar pujian dia tu?

Cikgu M : nanti kalau esok nurrr lulus, tak dapat la saya tengok nurrr lagi..kalau nurrr gagal boleh la saya jumpa nurrr lagi..

aku : huhuhuhu (buat2 gelak tak ikhlas padahal dalam hati - tak guna punya orang tua..dia nak aku fail ke)

Cikgu M : nurrrrrr..jangan marah yer saya kata macam tu..

aku : ha tak pa cikgu..saya anggap kata2 cikgu tu satu gurauan antara cikgu dengan anak muridnya..tak lebih daripada tu (aku dah warning secara baik yang aku anggap dia cikgu aku je..harap dia faham la kan)

terus dia senyap..hahaha..bagus..aku tak boleh nak fokus bawak kereta bila dia start cakap bukan2..better diam..terasa aman..

pukul 8.50 dia dah arahkan aku balik akademi..hamboi2..dah la start lambat, habis nak awal..ni tak boleh jadi..aku bayar kau mahal2 untuk belajar 2 jam..tiba2 setengah jam nak biarkan macam tu je?aku dah la tak yakin lagi nak bawak kereta..last2 aku berdegil nak buat 1 round lagi kat jalan no 3..jalan tu dekat sikit dengan akademi..

aku pun dah tak ada hati nak mintak tolong dia hantarkan aku balik..kang dia tau rumah aku naya je..aku pun cakap baik2 kat dia mintak dia hantar aku kat bustop je..dia sibuk tanya tak apa ke naik bas..iskkkkkk..lebih baik aku naik bas daripada dia tau rumah aku kat mana..

lepas tu sibuk tanya aku time test JPJ nanti ada transport nak balik tak..kalau tak ada, dia nak bawak kereta persona dia..kalau ada orang jemput aku, dia bawak motor je..terus cepat2 aku cakap tak apa, abang saya boleh jemput..huh!beriya sangat la orang tua ni..nak muntah..tak payah nak tunjuk caring sangat la..

habis satu pusingan kat jalan no 3 tu terus aku berhenti kat bustop jalan besar..tak sanggup aku lama2 dalam kereta dengan dia..bila keluar je dari kereta tu automatik hilang rasa beban dalam kepala otak aku ni..lagi lama aku dengan dia, lagi stress aku dibuatnya..

aku pun menonong terus p kat bustop..sempat lagi dia cakap kat aku-->

Cikgu M : malam nanti saya call nurrrr boleh?saya nak kacau2 nurrrr..

aku:  errrr..haa..(kang aku cakap tak boleh, tak reti nak blah pulak dia nanti)

Cikgu M : bye nurrrr..malam nanti saya call ok..

aku dah tak pandang muka gatal dia lagi..jijik! bila dia blah, cepat2 aku ambil handphone, tekan menu-->setting-->call setup-->black list-->tambah no dia-->save..hahahahahahaha..lega gila..dia call la seratus kali pun tak akan dapat punya..pastu cepat2 call pak cik rashid meluahkan isi hati..dia boleh gelak je..caisssss...

petang tu dia ada call aku..tapi disebabkan aku dah block nombor dia, jadi masuk voicemail je la..tup2 mesej dia masuk..'call sy skrg..tq'..selisih malaikat 44 la aku nak call dia balik kan..dia bagi satu juta pun aku tak hingin call balik..harap dia faham la yang aku rimas dengan dia..hahaha..

esoknya adalah hari test JPJ..ada lagi cerita dia menganggu aku..next entry aku cerita..mata dah mengantuk..

salam...


Try Order Hp di lazada.com.my

Reactions: 
3 comments
Assalamualaikum..

Tetiba petang semalaam tergatai tangan meng'order' handphone kat lazada..actually sebelum ni pernah la sekali usha2 website lazada ni..tapi sekadar meng'usha' je ler..idok ler terpikir nak order ka, sebab aku memang tak berapa nak yakin purchase through online ni..nak2 lagi barang elektronik..tapi entah kenapa hari ni berkobar2 pulak..

kebetulan aku memang tengah nak membeli hp baru tapi masih lagi survey sana sini..sejujurnya aku ni tak pandai bab2 handphone..ori ka, tipu ka, langsung tak dapat nak detect..walaupun kakak ipar aku kerja kat kedai handphone, tak pernah pulak aku nak menaya pasal handphone2 ni..

ikut kemampuan aku sekarang ni hanya handphone sony xperia miro yang layak untuk aku beli..budget dalam rm600..kamera pun ok 5 megapixel..tu yang aku suka..hihihi..dia punya ram ka, 3G ka, 4G ka, internal storage ka tak jadi hal pada aku..janji kamera cantik..

petang tadi dok bosan2 bukak la forum cari..saja nak baca gosip2 artis terkini..hihihi..nampak pulak iklan lazada..bukak page 1, ada iklan lazada..bukak page 2, iklan lazada lagi..sampai la page 23, iklan lazada lagi dok tempek kat situ..aishhhh..saja nak menggoda aku lettew..

aku pun klik la iklan lazada tu..teruih keluar senarai handphone terkini lagi sensasi..tengok2 harga semua lebih rm600..iskk...sedeyyy je rasa..aku memang tak mampu ler nak beli handphone ribu riban tu..telan air liur jela ek..hehehehe..pastu usha2 lagi, ternampak handphone sony xperia go (black) harga rm533..gulppp..biar betoiiiii..murah gilo..setahu aku kat website sony harga rm999..

betul tak tipu..ce tengok aku da print screen ni ha..

 yang ni pulak harga kalau beli dari sony


dah excited sangat time tu..terus google pengalaman customer lazada ni..tapi yang tak bestnya ramai yang complaint dengan servis lazada yang lembap..ada jugak yang order barang A, dapat barang B..aishh..ada yang order sebulan tak sampai2..aishhhh..lagi melampau..tapi nasib baik ada option untuk pilih cash on delivery (COD) at selected location..COD tu bermaksud kita tak payah bayar dulu..barang dah sampai baru bayar..cam gitu senang ler..agak2 sebulan tak dapat lagi beli je kat kedai terus..

aku pun saja gatai2 tangan isi order form..ikut nasiblah..untung sabut timbul..untung batu tenggelam..eh betul ke ayat aku ni..hahahaha..harap2 aku ada ong..leh dapat cepat..ewah2 berangan sangat kan..lepas isi order form terus check email..so far aku dah dapat order confirmation..


area lembah kelang je yang boleh buat COD..ok pasni aku kena tunggu apakah kesudahannya..ikut kat website kononnya 48hours delivery..kite tengok..kite tengok..hahahaha..aku pun takut nak berharap sangat..nanti kecewa dikemudian hari..hihihi..bila aku cerita kat pak cik rashid tu, kemain lagi dia gelakkan aku..dia kata percayalah sangat beli online ni..entah2 kena tipu..elehhhhhh..jeles lettew..macam aku tak tau..nanti kalau betul2 dapat aku nak tayang2 kat dia..wahhhh...berangan dah..hahahaha..

ok apa2 hal aku akan update samada berjaya atau tak beli handphone ni kat lazada..kalau servis diorang baguih, aku akan promote kat blog aku ni..kalau hampeh, haruslah aku kutuk kaw2..hahahahahahaha(gelak jahat)..

kita tungguuuuuuuuuuuuu..............

already updated..baca kat new entry -->  terima kasih lazada




Sunday, February 3, 2013

Pengalaman ambil lesen kereta (bahagian II)

Reactions: 
2 comments
Assalamualaikum..

ok bersambung lagi kita untuk siri ke II pengalaman ambil lesen kereta..eceh2 siap ada bahagian2 lagi..ala sequel pilem gitu..ahaks..

previous entry aku ada bercerita bagaimana aku mula terjebak dengan ambil lesen kereta ni..kalau belum baca meh tekan sini Pengalaman ambil lesen kereta (bahagian I)

dipendekkan cerita, setelah mendaftar pada 29.09.2012, lepas tu attend kelas kppp (apa kejadah nama kelas ni aku tak ingat..nampak sangat aku tak berminat kelas ni..tu pasai tak ingat..hahaha), then lulus ujian berkomputer, masuk kelas amali pulak, maka bermulalah episod 'ngeri' dalam hidup aku..ngeeeeeeeee ;p

lihatlah doniaaaaaaa..aku dah ada lesen L..muahahahahahahahahahahahahahaha..(lesen L je pun nak kecoh kan)

seumur hidup aku memang tak pernah bawak kereta..pegang stereng kereta pun masa lepas daftar ambil lesen tu..tu pun pegang2, usap2, lap2 je tau..kalau tak, sepanjang masa jadi MEM duduk kat seat sebelah pemandu atau pun jadi mak datin duduk kat seat belakang..hahaha..

first time aku dipaksa untuk memandu kereta adalah pada hari kelas amali..walaupun hanya satu round je kat dalam litar, tapi rasa macam 1000x round tau..punyalah penat aku rasa..nak kawal stereng lagi..nak kawal clutch lagi..nak kawal break lagi masa kat selekoh..sangat hazab!!hahaha..

time tu sebelah aku adalah cikgu (nasib baik cikgu perempuan), kat belakang ada dua orang lagi student..aku pulak jadi orang first yang kena bawak jadi memang tak berapa nak pandai..untung budak lagi dua orang tu sebab dia dah tengok macam mana aku kena bawak..pastu bila turn diorang bawak, smooth je diorang drive..time tu mula rasa macam nak buat sekali lagi..tapi apakan daya, masa tak cukup..(dah start excited)

2 minggu selepas kelas amali tu baru aku booked untuk personal coaching dengan selected cikgu..aku pulak dah serba salah, nak ambil cikgu perempuan tu ke atau cikgu lelaki..kalau cikgu perempuan tu, mulut dia bising sangat..tension la..tapi kalau cikgu lelaki aku geli ah kalau tergesel2 ka, tersentuh2 ka time belajar..jadi aku buat keputusan untuk ambil cikgu perempuan tu..pulak tu cikgu perempuan ada sorang je..i have no choice..mulut bising pun bising la janji aku selesa tak payah tersentuh2 dengan cikgu lelaki.

10 jam masa diperuntukkan untuk belajar..9 jam setengah belajar, baki setengah jam lagi untuk sesi QTI..masa belajar 9 jam setengah dengan cikgu perempuan tu (biarlah aku gelarkan dia Cikgu S), aku boleh katakan okok la..nak kata best sangat, tak ada la pulak aku rasa macam tu..lagi aku tension dengan mulut bising dia adalah..memang betul dia bising sebab nak mengajar..tapi cara dia ajar tu memang tak menyeronokkan..start dari hari first belajar aku dah rasa tension..aku rasa nak tukar cikgu lain tapi aku tak mau la dia terasa hati ke..jadinya aku bertahan jela walaupun diriku merana..eceh2..hahaha..

tapi apa2 pun aku tetap hargai jasa dia mengajar aku mengenal erti clutch, gear, brek, handbreak, minyak, cara naik bukit dan lain-lain lagi..bayangkanlah orang lain paling lama pun ambil kelas dalam 2 jam ke 3 jam..3 jam tu pun dah kira lama tau..tapi aku ni advance, ambil kelas sampai 4 jam untuk sesi terakhir..hahaha..actually aku malas nak ulang-alik ke akademi tu..konon2 yakin boleh..last2 kepenatan..

masa hari terakhir tu ada sesi penilaian (QTI) dengan cikgu lelaki ni..nama dia cikgu A..cikgu A ni seorang yang terkenal dengan kegarangan dia, setiap kata2 dia agak sinis, muka dia memang sombong gila..aku pun dah menggelabah gila time tu..untuk bukit aku fail..dia dok sindir2 aku..takpa takpa..memang salah aku..tapi time tu aku memang dah down gila..bukan nak bagi kata semangat..time parking pun aku fail gak sebabnya aku lupa pusing stereng..sikit lagi nak langgar divider..lagilah dia sindir2 aku..sabar lagi..time 3 penjuru, pun aku fail sebab mati enjin..time tu dia dok sindir2 kata penat cikgu S ajar aku..so what?aku bayar kot..tak payah r nak sindir2 ke..rupanya2 baru aku tau, Cikgu S tu bini keempat dia..patut la kemain lagi cakap kesian kat Cikgu S..ada aku kesah?hahaha..(eee jahat pulak aku mengutuk diorang laki bini)

maka dari itu, terpaksalah aku menambah kelas untuk improve skills memandu aku selama 4 jam..tu pun ikut plan nak ambil 5 jam..tapi akak kerani tu cakap --> 4 jam cukuplah dikkkkk..(aikkk..takmo untung lebih ka?)hahaha..

and again, i have no choice nak pilih cikgu memandu aku..yang cikgu best2 semua dah fully booked..ada tinggal lagi sorang cikgu lelaki yang free..aku kira cikgu ni cikgu tak famous atau pun tak best, sebab tu dia tak busy dengan kelas2 lain..muahahaha..mulut puaka betul aku ni..yelah, cikgu2 lain semua full..dia sorang je yang ada..mesti dia bukan cikgu favourite..hmmmm..nampak gayanya aku masih tak berpeluang untuk memilih cikgu kesukaan aku..apa boleh buat, redha jelah..hahaha..

nama cikgu untuk kelas tambahan aku biarlah aku gelarkan dia cikgu M..

M untuk MIANG..
M untuk MENGGATAL..
M untuk MANGKUK HAYUN..
M untuk MATAI (bahasa sabah)..
M untuk MUNTAH HIJO..
M untuk MENGGELABAH..

hahahaha..ganas+kuang ajo tak ayat aku?tapi ada sebab kenapa aku gelarkan dia macam tu..nak tau?tunggu next entry..hahahahaa

assalamaulaikum...