Friday, May 11, 2012

Peperiksaan PTD

Reactions: 
Huarghhhh...stress..stress..stress..

eh belum apa2 lagi dah meroyan..salam pun lupa nak bagi..Assalamualaikum ya semua ahli kubur..eh silap, ya semua ahli blog..kekeke..sorry pagi2 buta cam gini otak memang tak berapa nak betoi..semuanya gara2 exam untuk pengambilan  PTD..ape PTD tu?ada orang kata PTD tu maksudnya pegawai tidur & duduk..hakhakhak..tak baik tau cakap camtu..ada jugak yang kata PTD tu petani tinggi daerah..hahaha..ada2 jew la kawan2 aku ni..actually PTD tu pegawai tinggi & diplomatik..konon2 tu jawatan elit dalam kerajaan..betul ke?aku pon tak tau..hohohoho

alhamdulillah for the first time aku dapat panggilan jawab exam PTD tu..padahal baru je isi bulan 3 hari tu..elok2 je bulan 5 ni dah start pengambilan..oh tapi tapi tapiiiii, jangan ingat SENANG nak dapat jawatan ni..jangan ingat wow HEBAT kan aku dapat panggilan exam PTD..no no no..!! jangan nak OVER sangat ek..ni baru exam dan ingat yer berapa ramai calon yang dah terkandas pada pusingan pertama..sobs sobs sobsssss (aku la tu yang bakal terkandas)..hanya yang betul2 layak je boleh dapat tau..

mula2 dapat sms dari spa -->

Anda dijemput untuk menghadiri peperiksaan pegawai tadbir & diplomatik M41 pada 12.5.2012 bla bla bla..

jujurnya time tu aku excited gile babun ayam itik kucing burung (semua ada la..ba aliff ba ya & dog2 je tak ada okeh ;p)..time tu tak tau lagi tahap kesusahan exam PTD ni..hahaha..pastu risik2 kat akak ofis aku ni..nama dia kak fad..dia dah 2x berpengalaman ambil exam PTD ni..rupa2nya dia pun dapat gak sms dari spa tu..caisss..budget aku sorang je la yang dapat sms 2..muahahaha..kak fad kata soalan susah gilerrrr (time tu aku dah down sikit)..kena baca buku khas tajuk Malaysia Kita..tebal gila..aku pun dengan blur2 kambing tanya kat mana nak dapatkan buku 'Malaysia Kini' tu..kehkehkeh..apa lagi kena gelak dengan kak fad..sesuka hati aku je tukar tajuk buku tu..nampak beno blur nya..hahaha..kak fad bagitau buku tu ada jual kat kedai2 buku cam MPH tapi kena beli cepat2..kalau tak, habis, sebab bila musim peperiksaan am kerajaan ni memang buku laris bak pisang goreng panas..hohoho..memang tak la aku nak beli buku tu kan..saja tanya2 je..dengan duit pun ala2 pisang goreng panas..tak pernah nak lekat kat purse aku ni ha..asyik jew habis..muahahaha..

tak apalah, buku tak ada, aku jawab guna akal fikiran dan gerak hati je (redha kan je)..pastu bagitau kat mak..mak pulak bagi idea yang bernas..p pinjam kat library jkr..wow untung dapat mak yang brilliant ni..save budget..kekekeke..so dengan sepantas cheetah, aku pun pergi library..nasib baik library tu tingkat bawah ofis aku jew..sonang nak rebut buku tu..hehehe..time tu cepat2 aku tanya pasal buku Malaysia Kini Kita tu kat acik library (sesuka ati aku je panggil dia acik..kehkehkeh)..takut la kot2 ada orang lain yang nak pinjam gak..tapi aku tengok sunyi je library kat jkr ni..aku tengok kerja acik tu macam membosankan la..dah la tak ramai yang rajin p library..pastu sunyi sepi..kalau aku kerja situ kompom kerja aku mengumpul air liur basi je..sepatutnya pekerja2 kat jkr ni kena reramai serbu library supaya librarian ni sentiasa ada kerja..(jealous sebenarnya bila tengok orang tak ada kerja...ehhh entah2 diorang lagi busy daripada aku..buat dosa kering je aku ni kan tuduh orang tak ada kerja) ;p

okok, berbalik pada kisah buku Malaysia Kita ni, akhirnya dapat jugak aku miliki..chewahhh..pinjam jew ponnnnn..ingat tu ilah..30.5.2012 kau kena pulangkan balik..jangan buat harta sendiri lak (pesanan ikhlas untuk diri sendiri)..time tu rasa macam nak terbeliak biji mata tengok buku tu..adoiyaiiii..bapak tebal..mampu ke aku habiskan?sedangkan novel jiwang peberet yang 300 pages pun tak baca2 lagi, sedangkan mastika bulan april yang berapa puluh pages tu pun tak khatam lagi, ini kan pulak nak baca buku ilmiah 548 pages..huwaaaaaaaaaa...menangis air mata darah woooo..sangat mustahil untuk dihabiskan dalam masa seminggu..bila balik kerja terus zzzzzzzz..penat wehh kerja..kalau yang tak berkerja lagi tu adalah jugak masa nak study..weekend hari tu pulak aku dok sibuk menjahit manik untuk baju konvo aku..tak tau mana satu yang nak didulukan..nak jahit manik untuk konvo atau baca buku untuk exam..last2 aku pikir baik buat manik tu separuh..after exam jahit separuh je..huhuhuhu..

honestly aku give up..tak mo ambil exam ni..pas tu pulak aku tak tahu jalan ke pusat peperiksaan..aku dapat kat sek. vokasional shah alam, batu 3..mana lah aku tau tempat tu..nama je orang selangor, tapi area shah alam memang ler aku tak tau..setakat area uitm tu tau ler sikit2..hehehehe..tapi tadi aku dah p survey dengan along aku jalan ke sekolah tu..sonang jo..pejam mata pun dah boleh sampai..hikhikhikhik..poyo sat ;p kalau sesat hari sabtu ni kompem kena ketuk kepala dengan along..lepas tu pulak aku ada buat research sikit pengalaman2 mereka2 yang dah pernah ambil exam PTD ni..ada sorang tu dah 5x ambil exam tapi tak lepas2..adoiyaiii..gerun aku..ada yang lepas exam, dapat panggilan buat assessment pulak..ada buat group discussion, presentation..yang tu no hal la kot..dah biasa..insyallah..tapi yang buat aku lagi mengecutkan perut yang bolat ni, bila baca antara aktiviti wajib assessment tu marathon sejauh 2.4km..huhuhu..mana larat! pastu ada aerobik..tu tak apa, boleh start beraerobik sebab kat ofis aku ni tiap2 selasa & khamis ada kelas aerobik..tapi yang marathon 2.4km tu..masalah..masalahhhh..

ha bercerita pasal give up ni, sampai sekarang aku tak ada mood nak menelaah buku Malaysia Kita tu..padahal aku ambil cuti 2 hari semata2 nak study..konon2nya la kan..padahal kerja aku STADO..memang terbaek!!!hahaha..aku banyak kali cakap kat mak yang aku tak mau ambil exam ni..aku rasa peratusan untuk aku fail adalah 99.99999%..oh pemikiran aku sangat negatif kan..belum cuba dah cakap fail la..tak lepas la..tak berjaya la..iskkk tapi kan..aku tau la keupayaan aku macam mana..aku ni jenis kalau tak study =  fail..setakat ni, aku baru baca sampai page ke 51 daripada 548..ha camno tu nak berjaya??? :((

siang tadi mak hantar sms kat aku..ayat mak buat aku jadi bersemangat jap

study dengan yakin boleh jawab..think positive then you will get positive result..anak berjaya ibu bahagia..berdoa kat ALLAH dengan bersungguh2 macam aiman (anak buah aku) merengek kat wan dia (mak aku lettew)..pasti dapat..

huhuhuhu..entah ler..hati ni berat jew nak p..bila cakap cam tu kat mak, apa lagi keluar la ayat motivasi yang lain pulak..hahaha..dats y i love my mak so much..bila aku down, dia akan up kan aku balik..xoxoxoooooooo..mak cakap lagi, ustaz ada kata (ustaz mana aku pun tak pasti) bila hati berat tu terutama untuk buat benda baik, kita kena lawan perasaan berat hati tu sebab sebenarnya syaitan yang buat hati kita jadi macam tu..sebab apa?sebab syaitan dah tau kebaikan2 yang akan kita dapat..contohnya pergi usrah agama..hati ni berat je nak p..padahal untuk kebaikan kita jugak..syaitan sebenarnya yang bisikkan rasa berat hati tu..jangan dilayankan sangat berat hati tu..betul jugak tu kan..sooo aku bertekad untuk pergi jugak jawab exam PTD tu..lulus atau tak itu semua bergantung pada usaha, rezeki, doa & pergantungan aku hanyalah pada Allah taala..kalau fail, tak apa, aku tak akan berputus asa..ambil pengalaman jawab exam tu..insyallahhhhhh..next time boleh prepare kaw2..heeeeeeee :) nak jadi PTD kena ada keyakinan..kena ada keberanian..kena ada kesabaran..chewahhhh..motivasi untuk diri sendiri ;)

ok la mata pun dah pedih2 ni..doakan aku dapat buat yang terbaik ye kawan2 :)

masa untuk tidur..turn off the light & zzzzzzzzzzz

Assalamaulaikum :)


5 comments:

  1. kakak , abg saya pon ambil ujian PTD esok . hehehe goodluck kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..dier amek kat mane?hehehe..tenkiu adik ez.. :))

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. cane exam?lulus tak?susah ke tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. fail..hehehe..hmmm susah sbb tak study betul2..kalau bace btl2 buku malaysia kita tu insyallah leh jawab kot..yg penting silibus math pmr n spm khatam yer..hehehe

      Delete