Sunday, March 11, 2012

My BFF dah kahwin

Reactions: 
alhamdulillah semalam my bff - halijah - dah selamat pun bernikah dengan pilihan hatinya..tapi yang sedih nya aku tak dapat nak meriahkan majlis pernikahan dia sebab terpaksa jaga anak buah aku..huwaaaaaaaaaaa..sangat sedih ok! tapi tak apalah, yang penting dia dah selamat bernikah..teringat lagi permintaan dia masa temankan dia hantar kad kahwin kat pejabat pos --> ila, aku nikah nanti kau wajib datang tau..aku rasa aku akan menangis lepas akad nikah..mesti terkenang2kan arwah mak aku..hmmm..memang sedih dengar ayat ija ni..yelah mak dia baru je meninggal bulan lepas..mesti sedih bila hari bahagia dia tak ada mak kat sisi..hmmmmmmmm..

hmmm..sorry ija aku tak dapat nak penuhi permintaan kau tu :'( aku kalau boleh nak berada kat sisi kau masa majlis akad nikah tu..tapi kita hanya merancang, Allah jugak lah yang menentukan..ditakdirkan mak kepada kak ipar aku jatuh sakit..anak buah aku yang selama ni dijaga mak cik tu dah tak ada siapa boleh tengok2kan..jadinya aku yang tengah jobless ni kenalah take over jaga anak buah aku si humairah tu..sobs3..tak dapek den nengok ekau nikah ija oiiii :(

btw aku doakan semoga perkahwinan kau ni sentiasa dilimpahi dengan kebahagian untuk selama2nya..aku doakan jugak semoga kau cepat2 dapat baby..bak kata ija-->  aku yakin Allah itu maha adil..DIA tarik salah seorang ahli keluarga aku (mak), mana tau kot2 tak lama lepas kahwin aku mengandung..bertambah balik la ahli keluarga aku..aminnnnnn.........semoga kau cepat pregnant ok..apa yang penting?kerjaaaaasamaaaa..hahaha..opssss ;p

disebabkan aku tak dapat nak p majlis nikah dia, aku hanya dapat tengok pic dia melalui fb jelah..ha ni aku curik pic dia..kehkehkeh..jangan mara haaaa ija..seriously cantik gilerrrrr kau ija :)

dan siang tadi berlangsungnya majlis persandingan ija..awal2 lagi aku dah ingatkan mak aku pasal majlis bersanding ija ni..takut gak terlupa sebab aku ni memang perlupa orangnya..huehuehue..hajat dihati mau p awal, leh gak usha2 cara mak andam mekapkan dia..kehkehkeh..tapi tak dapat p awal sebab mak aku ada ceramah dengan dr fatma kat masjid bandar baru..so nak tak nak kenalah tunggu mak balik dari ceramah tu pukul 1 lebih..dalam hati ni berdoa moga sempat aku tengok ija bersanding..alhamdulillah Allah makbulkan permintaan aku..elok je aku melangkah ke khemah makan dah dengar bunyi kompang..wahhhh..tema merah meletopssss gitu..dah la ija ni putih melepak, pakai pulak baju merah, perghhh naik kot seri..

ni lah hasil tangkapan gambar bersanding ija menggunakan hp cokia..hahaha..agak segan la jugak masa tangkap gambar ija guna hp cokia ni sebab kiri kanan semua guna DSLR..hehehe..daku masih tidak mampu pakai DSLR ok.. -____-"




ok dah puas klik2 gambar ija, aku terus p makan..kami nak kejar masa sebab tak solat zohor lagi..huehuehue..memang aku thumbs up la makanan dia..rasa nak tapau bawak balik..hahaha..menu nasi beriyani..ada daging masak apa entah tapi seriously sedap gilerrrr..ada dalca..ada ayam goreng rempah..ada pajeri nenas, ada acar buah, ada kuih muih, ada bubur gandum, ada air sirap+air gas, ada teh tarik..perghhh memang terbaek la menu dia..tak sia2 datang tau..hahahaha..ada member aku nama linda sedih sebab ambil sikit je nasi..dialog linda-->  perut aku dah kenyang so aku ambil sikit jela nasi tu..tiba2 sedap pulak..kecewa perut aku dowh..hahaha..*yelah nak tambah segan lak*

aksi humairah yang hyper aktif..baru duduk & suap nasi sesudu, tengok2 meja dah basah dengan air sirap..hadoiiiii...apasal tangan kamu ni tak boleh duduk diam ha nurul danisyah humairah..nasib baik ler mak lang kamu ni hari ni mood tengah baik so tak jadi nak marah..ngeh3 ;p

tengok tu, mak aku suapkan bubur gandum, boleh pulak dia gigit sudu tu tak mau lepas..hahaha..

gaya budak nakal..gembira dapat kacau orang..hahahaha..tengok la baju dia dah ada warna tambahan..aishhh..

ni sesi makan beradab..actually aku nak bergambar sama2 dengan pasangan pengantin ni tapi tak ada member la pulok..yang kat belakang tu semua kawan2 ija kat ukm kot..segan ler aku nak menyelit..hehehe..so lepas aku snap sekeping dua, aku pun pergi balik kat meja makan aku..niat dihati nak balik la..tapi mak aku tak bagi lagi angpau kat bapak ija..so pergi balik kat meja makan beradab tu & dapat peluang bergambar dengan ija..yihaaaa..selonok selonok :)

akhirnya dapat gak bergambar berdua dengan pengantin :) aduh macam langit dengan bumi kejelitaan ija dengan aku..hehehe..

masa salam tu ija sempat lagi ucap thanks kat aku..
ija:  ila, terima kasih banyak2..kau banyak tolong aku..temankan aku hari2 beli barang kahwin..
aku: dah sebak cuba menahan air mata..sobs3..*speechless*

ija, aku tak kisah pun tolong kau..bila kau happy, aku pun tumpang happy gak..kaulah sahabat baik aku dari sekolah rendah sampai sekarang..tak pernah kau sakitkan hati aku..dulu masa sekolah rendah aku selalu tumpang rumah kau bila nak pergi sekolah agama..arwah mak kau layan aku baik sangat..ajak aku lunch hari2 kat rumah kau..sampaikan mak aku naik segan & warning aku jangan makan rumah kau lagi..takut lauk untuk family kau tak cukup..almaklumlah aku ni kuat makan..hehehe..tapi kau & arwah mak kau tetap suruh aku makan gak :)  

even masa sekolah menengah kau pindah sekolah, kau tak pernah lupakan aku padahal waktu tu aku hampir2 lupakan kau sebab dah jumpa geng baru..tapi kau rajin tanya khabar aku..kau rajin call aku guna telefon rumah (time tu tak ada handphone lagi)..then masa form 4 aku lari dari sekolah teknik, kau beriya ajak aku sekolah kat sekolah kau..akhirnya aku mintak tukar sekolah sama dengan kau & kita sekelas..syok giler time tu dan kita pun rapat balik sampai sekarang :)

dah banyak rahsia yang kita kongsi sama2..kalau ada masalah kita luah sama2..jadi bila kau nak kahwin ni kalau apa2 yang kau mintak tolong aku tak kisah nak tolong kau..lagipun bukan susah pun temankan kau pergi shopping barang kahwin tu..aku happy untuk kau tapi dalam masa yang sama aku sedih sikit sebab mesti kita dah tak boleh bergonjeng sama2..huhuhu.yelah kau dah ada life sendiri, dah ada tanggungjawab besar..mana boleh nak bergonjeng2 lagi kan..hahahaha..tapi tak apalah, our friendships never ends right..?

last but not least aku doakan yang terbaik untuk kau dan keluarga kau..aku sayang kau sangat ija :)

eh emo pulak aku pagi2 buta ni ;p

2 comments:

  1. Replies
    1. uhuk uhuk...tersedak dibuat nya..hahaha..
      insyallah dlm tempoh lagi 2-4 tahun..
      bgantung pd tahap ekonomi semasa..hahahah :p

      Delete