Tuesday, March 13, 2012

Dunia Baruku

Reactions: 
25 comments
ehem..alhamdulillah sekarang aku dah bergelar wanita berkerjaya..ahaks..tapi tak ada la bekerjaya sangat..insyallah lagi 10 tahun maybe baru boleh bergelar wanita berkerjaya kot..la ni jadi pencacai jela dulu..hakhakhak..gaji pon ala2 kelulusan spm je..aku rasa gaji kelulusan spm lagi banyak kot..hahaha..tapi tak apalah yang penting dapat pengalaman..boleh tambah pengalaman kerja kat resume yang selama ni mengharapkan pengalaman praktikal je..heeeee :)

ikutkan hati ni rasa macam tak nak je terima kerja ni..tapi bila bila difikirkan daripada duduk rumah menambah koleksi lelemaks kat badan je better aku p kerja..biarlah gaji nye ciput..asalkan aku kerja..tapi dalam masa yang sama still dok merungut2 gak kat mak..konon2 kerja ni tak setaraf dengan degree yang aku ada..baik aku tak payah susah2 belajar sampai degree..baik lepas spm aku terus kerja je..membazir duit (pinjaman ptptn lagi dah membebankan), membazir tenaga..hmmm..isk apalah aku ni kan..ilmu tu anugerah dari Allah..patutnya bersyukur la kan dapat peluang masuk u..hehehehe..

bila mak nasihat2 sikit barulah ada keinsafan tu timbul..mak pun mula la membuka kisah lama dia-->masa  mak kerja mula2 dulu selalu tertanya2 kenapa kawan mak yang tak berapa nak pandai, boleh dapat kerja jadi kerani (time tu kerani dah hebat sangat dah) tapi mak yang pandai(wah puji diri sendiri mak aku tuh), result bagus, dapat kerja typist je..tapi berkat kesabaran mak lama2 dapat naik pangkat jugak..

hmmm..aku diam sekejap..betul gak kata mak tu..sabar lah sikit..baru je nak membina kerjaya..kenalah bermula dari bawah..takkan nak ke upper level terus kan..kena la mendaki sikit2..then aku cerita lagi kat mak yang aku cemburu kat sorang member ni sebab dia dapat kerja gaji RM2000..wow!! sangat jeles ok..nasihat mak aku satu je--> itu rezeki dia..betul jugak tu maybe rezeki dia nak kahwin kot..insyallah bulan 10 ni naik pelamin la dia..mesti nak guna duit banyak untuk majlis dia nanti..

ayat tambahan mak-->ha tulah, mak cakap lagi dua tahun kahwin kau kata awal sangat..nak tunggu 3 4 tahun lagi..nak rezeki murah kahwin la awal2..cuba plan nak kahwin awal mana tau rezeki dapat kerja bagus tu datang..opssssss..mak ni..ke situ pulok *malu2 kucing aku dibuatnya..meowwww ;)

macam mana dapat kerja?
ok sambung cerita pasal karier aku ni, actually aku dapat kerja ni melalui kelly services..wah apa itu kelly services? ha kelly services ni lebih kurang macam jobstreet gak..agen pekerjaan..yang memperkenalkan aku dengan kelly ni adalah mak sedara aku (sebaya tapi pangkat mak sedara)..dia yang beriya2 ajak aku p kelly ni..beriya2 suruh aku bawak resume p interview kat situ..aku sebenarnya tak paham apa itu kelly so aku menonong jela ikut dia p kelly ni..langsung tak prepare apa2 untuk interview dan tak harap pun dapat kerja..aku p pejabat dia yang kat jalan changkat chulan..dah la tak tau kat mana office nya..kena menapak jauh giler time tu..rasa macam nak nangis je tapi mengenangkan effort mak sedara aku yang call banyak kali pekerja kelly tu, aku teruskan jugak lah..

sampai2 kat office kelly tu, duduk2 jap terus kena panggil interview..walawehhh tak tau nak cakap apa..hahaha..aku bantai jela apa2 yang ada dalam kepala tu..tapi tak adalah nervous sangat sebab mak sedara aku tu ada sekali..so rasa macam sesi berborak je dengan interviewer tu..interviewer tu namanya azi..dia kata ada kerja kosong kat bukit jalil sebagai hr exec..gaji dalam RM1600..wow...banyak gak tu..dia tanya boleh tak kalau kat bukit jalil..aku iyakan je..yelah jobless, apa pun boleh padahal bukit jalil tu jauh kot dari rumah..macam lah ada transport sendiri nak p sana..hahahaha..dia kata apa2 hal dia akan contact aku..

nak dijadikan cerita dua hari aku menunggu si azi ni call..tapi hampa je..masuk hari ke 3, bateri hp kong..aku yang dah putus harapan malas la nak cas bateri tu..dan2 la time tu si azi call..hadoiiii..time bateri penuh tak ada pulak nak call, time hp off la dia nak call kannnn..huhuhu..then aku call balik dia , tapi tak dapat lak..banyak kali kot call..ah lantak la..malas nak pikir lagi..tapi kata hati suruh cuba call lagi & esoknya (jumaat) aku call..hampa sebab dia kata jawatan tu dia dah bagi kat orang lain..aku lambat sikitttttt je..hmmmm..tak apalah tak ada rezeki lagi sekarang..nanti ada rezeki adalah..

then aku ceritalah kat mak sedara aku pasal terlepas kerja tu..dia yang rajin p call banyak kali si azi tu tanya pasal kekosongan kerja lain..then azi tu cakap ada kerja kosong tapi kerja kontrak jelah..gaji RM1100 sebagai filing clerk..tapi time tu aku tak tau lagi kat mana kerja ni..aku pun cakap ok la..gaji sikit pun tak apalah..dah terdesak giler nak kerja ni..hehehehe..so azi tu suruh aku hantar resume kat dia..mak sedara aku tu pun mintak gak kerja tu tapi rezeki aku kot, aku yang dapat kerja tu..alhamdulillah..maka tanggal 12/03/2012 aku sah bergelar pekerja kontrak untuk amanah raya bhd..tak tau la berapa lama kontrak aku dengan amanah raya ni..rasanya sebulan je kot..kekekeke

yang mak sedara aku tu pun cakap dia sebenarnya tak mau kerja admin ni..dia nak kerja telecollector kat bank..gaji tinggi la kot..aku bukannya tak mau kerja telecollector tu, cuma aku tak ada bakat la nak call2 orang, suruh bayar hutang, ingatkan tentang due date bayaran..lagi pulak kerja tu ada target..lagi aku tak mau kerja ada target2 ni..nanti target tak sampai gaji pun tak dapat..kan haru tu...biarlah aku kerja biasa sebagai admin..syok gak kerja admin ni..tengok la time kerja pun sempat update blog lagi..muehehehehe..kejam tak? ;)

ok la jari tembam aku ni pun dah lenguh menaip..agak2 ada tak yang larat nak baca karangan aku ni?kahkahkah..kalau ada aku salute la (^___^)
byeeeeee~~

Sunday, March 11, 2012

My BFF dah kahwin

Reactions: 
2 comments
alhamdulillah semalam my bff - halijah - dah selamat pun bernikah dengan pilihan hatinya..tapi yang sedih nya aku tak dapat nak meriahkan majlis pernikahan dia sebab terpaksa jaga anak buah aku..huwaaaaaaaaaaa..sangat sedih ok! tapi tak apalah, yang penting dia dah selamat bernikah..teringat lagi permintaan dia masa temankan dia hantar kad kahwin kat pejabat pos --> ila, aku nikah nanti kau wajib datang tau..aku rasa aku akan menangis lepas akad nikah..mesti terkenang2kan arwah mak aku..hmmm..memang sedih dengar ayat ija ni..yelah mak dia baru je meninggal bulan lepas..mesti sedih bila hari bahagia dia tak ada mak kat sisi..hmmmmmmmm..

hmmm..sorry ija aku tak dapat nak penuhi permintaan kau tu :'( aku kalau boleh nak berada kat sisi kau masa majlis akad nikah tu..tapi kita hanya merancang, Allah jugak lah yang menentukan..ditakdirkan mak kepada kak ipar aku jatuh sakit..anak buah aku yang selama ni dijaga mak cik tu dah tak ada siapa boleh tengok2kan..jadinya aku yang tengah jobless ni kenalah take over jaga anak buah aku si humairah tu..sobs3..tak dapek den nengok ekau nikah ija oiiii :(

btw aku doakan semoga perkahwinan kau ni sentiasa dilimpahi dengan kebahagian untuk selama2nya..aku doakan jugak semoga kau cepat2 dapat baby..bak kata ija-->  aku yakin Allah itu maha adil..DIA tarik salah seorang ahli keluarga aku (mak), mana tau kot2 tak lama lepas kahwin aku mengandung..bertambah balik la ahli keluarga aku..aminnnnnn.........semoga kau cepat pregnant ok..apa yang penting?kerjaaaaasamaaaa..hahaha..opssss ;p

disebabkan aku tak dapat nak p majlis nikah dia, aku hanya dapat tengok pic dia melalui fb jelah..ha ni aku curik pic dia..kehkehkeh..jangan mara haaaa ija..seriously cantik gilerrrrr kau ija :)

dan siang tadi berlangsungnya majlis persandingan ija..awal2 lagi aku dah ingatkan mak aku pasal majlis bersanding ija ni..takut gak terlupa sebab aku ni memang perlupa orangnya..huehuehue..hajat dihati mau p awal, leh gak usha2 cara mak andam mekapkan dia..kehkehkeh..tapi tak dapat p awal sebab mak aku ada ceramah dengan dr fatma kat masjid bandar baru..so nak tak nak kenalah tunggu mak balik dari ceramah tu pukul 1 lebih..dalam hati ni berdoa moga sempat aku tengok ija bersanding..alhamdulillah Allah makbulkan permintaan aku..elok je aku melangkah ke khemah makan dah dengar bunyi kompang..wahhhh..tema merah meletopssss gitu..dah la ija ni putih melepak, pakai pulak baju merah, perghhh naik kot seri..

ni lah hasil tangkapan gambar bersanding ija menggunakan hp cokia..hahaha..agak segan la jugak masa tangkap gambar ija guna hp cokia ni sebab kiri kanan semua guna DSLR..hehehe..daku masih tidak mampu pakai DSLR ok.. -____-"




ok dah puas klik2 gambar ija, aku terus p makan..kami nak kejar masa sebab tak solat zohor lagi..huehuehue..memang aku thumbs up la makanan dia..rasa nak tapau bawak balik..hahaha..menu nasi beriyani..ada daging masak apa entah tapi seriously sedap gilerrrr..ada dalca..ada ayam goreng rempah..ada pajeri nenas, ada acar buah, ada kuih muih, ada bubur gandum, ada air sirap+air gas, ada teh tarik..perghhh memang terbaek la menu dia..tak sia2 datang tau..hahahaha..ada member aku nama linda sedih sebab ambil sikit je nasi..dialog linda-->  perut aku dah kenyang so aku ambil sikit jela nasi tu..tiba2 sedap pulak..kecewa perut aku dowh..hahaha..*yelah nak tambah segan lak*

aksi humairah yang hyper aktif..baru duduk & suap nasi sesudu, tengok2 meja dah basah dengan air sirap..hadoiiiii...apasal tangan kamu ni tak boleh duduk diam ha nurul danisyah humairah..nasib baik ler mak lang kamu ni hari ni mood tengah baik so tak jadi nak marah..ngeh3 ;p

tengok tu, mak aku suapkan bubur gandum, boleh pulak dia gigit sudu tu tak mau lepas..hahaha..

gaya budak nakal..gembira dapat kacau orang..hahahaha..tengok la baju dia dah ada warna tambahan..aishhh..

ni sesi makan beradab..actually aku nak bergambar sama2 dengan pasangan pengantin ni tapi tak ada member la pulok..yang kat belakang tu semua kawan2 ija kat ukm kot..segan ler aku nak menyelit..hehehe..so lepas aku snap sekeping dua, aku pun pergi balik kat meja makan aku..niat dihati nak balik la..tapi mak aku tak bagi lagi angpau kat bapak ija..so pergi balik kat meja makan beradab tu & dapat peluang bergambar dengan ija..yihaaaa..selonok selonok :)

akhirnya dapat gak bergambar berdua dengan pengantin :) aduh macam langit dengan bumi kejelitaan ija dengan aku..hehehe..

masa salam tu ija sempat lagi ucap thanks kat aku..
ija:  ila, terima kasih banyak2..kau banyak tolong aku..temankan aku hari2 beli barang kahwin..
aku: dah sebak cuba menahan air mata..sobs3..*speechless*

ija, aku tak kisah pun tolong kau..bila kau happy, aku pun tumpang happy gak..kaulah sahabat baik aku dari sekolah rendah sampai sekarang..tak pernah kau sakitkan hati aku..dulu masa sekolah rendah aku selalu tumpang rumah kau bila nak pergi sekolah agama..arwah mak kau layan aku baik sangat..ajak aku lunch hari2 kat rumah kau..sampaikan mak aku naik segan & warning aku jangan makan rumah kau lagi..takut lauk untuk family kau tak cukup..almaklumlah aku ni kuat makan..hehehe..tapi kau & arwah mak kau tetap suruh aku makan gak :)  

even masa sekolah menengah kau pindah sekolah, kau tak pernah lupakan aku padahal waktu tu aku hampir2 lupakan kau sebab dah jumpa geng baru..tapi kau rajin tanya khabar aku..kau rajin call aku guna telefon rumah (time tu tak ada handphone lagi)..then masa form 4 aku lari dari sekolah teknik, kau beriya ajak aku sekolah kat sekolah kau..akhirnya aku mintak tukar sekolah sama dengan kau & kita sekelas..syok giler time tu dan kita pun rapat balik sampai sekarang :)

dah banyak rahsia yang kita kongsi sama2..kalau ada masalah kita luah sama2..jadi bila kau nak kahwin ni kalau apa2 yang kau mintak tolong aku tak kisah nak tolong kau..lagipun bukan susah pun temankan kau pergi shopping barang kahwin tu..aku happy untuk kau tapi dalam masa yang sama aku sedih sikit sebab mesti kita dah tak boleh bergonjeng sama2..huhuhu.yelah kau dah ada life sendiri, dah ada tanggungjawab besar..mana boleh nak bergonjeng2 lagi kan..hahahaha..tapi tak apalah, our friendships never ends right..?

last but not least aku doakan yang terbaik untuk kau dan keluarga kau..aku sayang kau sangat ija :)

eh emo pulak aku pagi2 buta ni ;p

Thursday, March 8, 2012

Header blog untuk double Aishah

Reactions: 
10 comments
Assalamualaikum..

Alhamdulillah akhirnya berjaya gak aku menyiapkan header untuk adik aishah ghani seperti yang dijanjikan..mula2 nak buat header letak gambar adik comel ni tapi tetiba hari ni terlebih rajin la pulok nak buat doodle..nahhh terimalah pemberian yang tak seberapa ni..diharapkan adik aishah suka :) mula2 buat agak blur sebab kita tak tau citarasa orang..kalau buat untuk sendiri2 tu boleh la sikit2..tau apa yang kita suka, apa yang tak suka..so agak mencabar bila buat untuk orang lain but aku  suka sebab buat untuk orang lebih puas sebenarnya :)

actually semalam eh kelmarin eh tak ingatlah hari apa, aku tolong buatkan blog untuk member aku..namanya pun aisyah juga..hehehe..
kalau nak p lawat blog dia korang leh tekan SINI tapi dia belum start menulis lagi..busy agaknya..hehehe..aku just buat simple blog untuk dia..yelah aku ni bab mengedit blog especially bab html lemah sikit..so yang basic2 jelah aku masukkan dalam blog dia..hehehe..

ok la mata pun dah layu..masa untuk tido..zzzzzzzzzzzzz..
assalamualaikum..

Wednesday, March 7, 2012

Sunday, March 4, 2012

followers ke 444

Reactions: 
8 comments
assalamualaikum..

alhamdulillah bertambah jugak followers blog picisan daku ini..terima kasih daun keladi buat mereka2 yang sudi follow..aku sangat menghargai kesudian diorang untuk follow blog ni..haaaa sempena bilangan followers yang dah mencecah 44,444 (eh silap, baru 444 followers je..kekeke) aku nak bagi something la kat follower yang bertuah tu..actually tak adalah special sangat gift yang aku nak bagi tu, just header blog je..

okeh2...dipendekkan cerita, follower yang bertuah itu adalah adik Aishah Ghani..tepuk la sikit..hehehe..yang bestnya kebetulan adik ni junior aku..yihaaaaa..hidup OM!!! (^___^)
klik sini untuk ke--> blog Aishah Ghani

actually kan, tanpa meminta izin tuan blog aku dah TERambil pic dia untuk dibuat header..hehehehe..sorry adik aishah, jangan marah ha..penat akak selongkar blog adik cari gambar adik, tapi tak banyak yang jelas..so akak just ambil pic konvo adik ni sebab nampak sangat tinggi nilainya..chewahhh ayat skema gilerrr..hahaha..

header kat bawah ni just sample je..if adik nak design lain sila bagitau..or nak letak pic lain yang lebih sweet sila inform kat akak tau..or nak header ada doodle (tapi doodle akak simple & tak cun) pun boleh..free of charge khas untuk adik aishah sahaja okeh..hehehe..apa2 pun adik email kat akak apa yang adik nak ada, colour, ayat penyedap or layout header tuh..email nya--> mojako_ila88@yahoo.com.my..cepat2 sementara akak tak kerja ni boleh la buat simple header untuk kamu :) or kalau tak nak tak apa tapi nak merajuk dua minit :p






yang ni header transparent..

ok sampai disini sahaja coretan untuk malam ini..esok sambung cerita lain pulak..hehehe :)

p/s: bosan sungguh duduk rumah..dah sebulan setengah menanam lemak kat badan ni..kerja dimanakah dikau ..sesiapa tau ada kerja kosong area kl or selangor sila jangan segan2 inform pada daku..pleaseeeeee :(