Monday, January 9, 2012

berkat doa seorang ibu

Reactions: 
assalamualaikum..

nak cerita sikit berkat doa seorang ibu..alkisahnya bermula ahad lepas bila aku kena keracunan makanan..cirit birit selama beberapa hari..lepas tu ditambah dengan demam panas..memang risau gila..yelah kan sekarang aku tengah final exam..bayangkan hari khamis aku ada paper..ada 13 chapters kena cover untuk paper SAD..memang paper ni sangat sad..hohoho..member2 dah habis study, aku baru terkedek2 baca chapter 2..haru!

berbalik kisah cirit ni, dah macam2 ubat aku telan untuk sembuh..mula2 aku ingat cirit biasa..so aku biarkan jelah dengan harapan sehari dua boleh sembuh..hari pertama aku minum teh pekat..tak jalan..hari kedua aku just makan pil chi kit teck aun..2 bungkus aku ambil..bila buang air besar nampak seketul2 ubat tu keluar..ewwww...tak jalan lagi..tapi masuk hari ke empat aku dah lembik..yelah sehari lebih 20x p tandas..boleh kena buasir tau..huhuhu..so aku pun mintak roomate aku hantar p klinik 1malaysia tu (nak jimat duit)..sampai sana doctor suruh p hospital untuk check darah..adussss..mana ada masa nak p hospital..so aku mintak ubat jelah dulu..sebab esoknya exam dah start..kang kena tahan hospital sia2 jew aku kena repeat paper nanti..takmo takmo..

hari keempat tu aku makan ubat doctor jelah..ada ubat tahan muntah (sebab aku loya2), ubat buang kuman n ors (air garam)..yang sedih tu ors dapat 2 paket jew..bila aku mintak lebih, doctor kata tu ubat berkouta..tak boleh bagi lebih..uishhh..sabo jelah..tapi tak jalan jugak..still keluar masuk tandas..ikut hati ni nak jew aku duduk dalam tandas tu..nak study dalam tu, nak tidur dalam tu..sampai macam tu aku fikir..hehehehe..

malam hari keempat tu aku pun call mak..nak mintak restu dia..yelah esoknya ada paper..tapi ada 8 chapter lagi tak habis baca..cuak gila kot..aku pun mengadu domba kat mak yang aku ni dah 4 hari cirit birit..apalagi kena marah la jawabnya sebab tak bagitau dia awal2..kalau tak boleh dia bawak aku p hospital..huhuhu..aku bukan apa, malas nak risaukan & susahkan mak..aku just mintak dia doakan aku supaya cepat sembuh & tak cirit time tengah jawab exam..kalau tercirit mesti satu dewan tak boleh nak fokus jawab exam..hahahaha..

ajaibnya, esoknya aku dah tak cirit..just sekali dua jew p tandas..time jawab exam pun tak terasa nak membuang langsung..ajaib kan..bayangkan aku minum teh pekat, pil chi kit teck aun, ubat doctor..semua tak jalan..hanya dengan sebuah doa dari seorang wanita bergelar ibu mampu menyembuhkan penyakit..alhamdulillah..inilah namanya berkat doa seorang ibu..dan sejak malam aku call mintak mak aku doakan kesihatan aku, aku dah tak makan apa2 ubat..terus sembuh ok! :)

itulah magicnya doa ibu..so kepada kawan2, jangan sesekali derhaka pada ibu..jangan buruk sangka pada ibu kita..jangan caci ibu kita..jangan melawan cakap ibu..walaupun kita manja dengan ayah, tapi jangan sesekali membelakangkan ibu kita..ingat ek, syurga dibawah telapak kaki ibu..walau sejahat mana ibu kita, walau seburuk mana ibu kita, dia tetap wanita yang banyak berjasa pada kita..dan bagi aku, tak ada wanita paling hebat kat dunia ni selain daripada mak aku :) dah lah hebat, doanya mustajab pulak tu! best kan? (^___^)

cerita selingan-->lepas balik exam tu mak call tanya macam mana exam..lepas tu mak sampaikan berita..tak taulah kategori apa berita tu..gembira kew, sedih kew, geli kew..ada sorang mak sedara aku ni nak masuk merisik aku untuk anak buah dia..kahkahkahkah..seriously aku geli gilaaaaaaaa..rasa nak muntah..lepas tu tetiba aku menangis..pelikkan..aku menangis sebab terbayang2 kalaulah aku kena kahwin dengan orang lain..kesian incik rashid..huhuhu..nasib baik mak cakap aku ni dah berpunya..bf orang sabah..kekekeke..lega sikit..nasib baik mak memahami..lepas tu abah pulak call..cakap benda yang serupa..lagi sekali aku rasa nak muntah..hahaha..entahlah..incik rashid lak kemain lagi dok perli2 aku..sabau jelah..huhuhu..kang aku terima pinangan orang tu baru tau..hahahaha..ok tu jew nak cerita..daaaa :)

2 comments:

  1. lawak la.kalo org nyer kaya ko sapu je muahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaya pun kalau aku tak kenal ati budi dia, camne nak kawen?hahaha..dah ada rumah & kereta, just isteri jew tak ada lagi..kekeke..tapi mls aih..aku kan setia pada yang satu..uwekkkk ;)

      Delete