Friday, January 13, 2012

baucar buku 1Malaysia

Reactions: 

assalamualaikum..

yeay!!terima kasih kepada kerajaan Malaysia sebab bagi baucar buku rm200 kat pelajar2 IPTA/IPTS/POLI..tak kisah la kalau ni salah satu strategi diorang untuk menawan hati pelajar untuk mengundi kerajaan..janji pelajar2 macam aku ni dapat baucar..hehehe..soal undi atau tak terpulang la pada kita kan..apa2 pun harap baucar ni dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar2..

macam aku kira beruntung la sebab even sem ni sem terakhir (perhaps), tp still layak dapat baucar buku ni..dah orang nak bagi ambil jelah kan..nak beli buku akademik, macam dah tak ada keperluan pulak..so daripada membazir baik aku beli somehing yang boleh dibaca..tak kiralah ilmiah ke tak..yang penting budaya membaca tu diterapkan dalam kehidupan seharian..chewahhhh..berbunga sangat ayat ni ;p

jeng jeng jeng..inilah novel2 yang aku beli guna baucar buku tu..berdosa tak agak2nya?huhuhu..tetiba rasa bersalah sebab tak beli buku berbentuk ilmiah..hmmm..buat adik2 yang still belajar tu, gunakan duit tu untuk beli buku berbentuk akademik tau..jangan beli novel macam akak..akak tak apa la jugak, dah habis belajar..hihihihihihihi ;)


member aku gelakkan aku sebab beli novel bicara hati..sebab novel ni dia dah baca since zaman sekolah menengah lagi..tapi aku tak pernah baca lagi even buku ni dah keluar since 2003..almaklumlah aku ni bukan gila novel pun..sepanjang hidup baru 2x aku beli novel..hahahaha..yang lain aku pinjam kat library atau dari kawan2 jew..yang pasti kebanyakkan novel yang aku pilih tadi berkenaan kahwin paksa..aishhh..aku pun tak perasan masa beli..dah balik tu dok belek2 baru perasan..hahahaha..


aku beli 2 novel karya hlovate..dengar cerita novel2 dia best..tapi tak tau la betul kew tak..nanti dah habis baca baru boleh judge ek..

ha yang ni pulak untuk mak aku & aiman..harap2 diorang suka la..tak tau nak beli apa dah..

hari ni seronok sangat dapat shopping novel..rasa macam anak orang kaya sekejap sebab beli novel sampai beratus2 ringgit..yelah selama ni nak beli satu novel pon berkira2..perlu kew tak..best kew tak..berbaloi kew tak..tapi hari ni belek2 novel, terus beli..kalau tiap2 bulan macam ni kan best!hahaha..dok belek2 sampai tak sedar rupa2nya dah 2jam aku kat MPH tu..sampai lenguh2 kaki sebab lama sangat berdiri dok belek2 buku kat situ..lagi best tengok gelagat kawan2 yang lain sibuk pilih buku..ada yang dah nak dekat 2jam lebih tak reti2 lagi nak keluar dari situ..aihhh..ni baru rm200..agak2nya kalau dapat baucar rm500 atau rm1000 maunya tokei kedai buku tu halau balik..hahahaha..

4 comments:

  1. nk novel hlovate,tapi,xjmpe -_-"

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt mph banyak dik..ari 2 akak beli novel hlovate kat mph jaya jusco bukit raja..then akak p mph mid valley pun ada novel ni :)

      Delete
  2. waaaaaaa..best.. nak jugak..layak tak kalau suri rumah tangga mcm sy? kahkahkah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe..mmg best..kalau still belajar layak ler dapat..kalau tak, ce apply yang bantuan rm500 tu..nanti leh beli novel gak..kekekeke ;)

      Delete