Wednesday, January 25, 2012

alahai lipan

Reactions: 
8 comments
hadoiiii...aku paling benci dengan lipan..tapi kenapa aku selalu sangat terjumpa dengan serangga berbisa ni..fobia aku dibuatnya..semalam aku buat operasi membersihkan bilik air..yelah dah berbulan aku tak guna bilik air tu..jadinya haruslah dibersihkan segala kekotoran especially kat kolam..tengah syok buang air guna gayung, nampak macam benda panjang2 dalam air tu..tapi tak jelas sebab air kolam tu still penuh..dengan berhati2 aku pun buang slow2 air kolam..dalam hati ni dah fikir mesti lipan sebab dah 2x aku jumpa lipan dalam bilik air ni..nahhhh..akhirnya terang tak payah bersuluh lagi memang sah lipan dalam kolam tu..auwwww..meremang bulu roma aku..mencik mencik mencik!!!aku mencik lipannnnn..

nasib baik  4 5 hari ni aku mandi guna getah paip jew..kalau aku mandi guna air kolam tu alahai tak tau apa jadi..mau nya bengkak kena gigit, tak pun pengsan sebab lipan ni walaupun kecik tapi bisanya bahaya jugak..


...................................................................................................................................
 meh close up sikit lipan jahat ni..huhuhu
euwwwww...meremang weh tengok lipan ni..!!!


agak2 kalau kena sengat apa yang perlu kita lakukan?tau tak tau tak?haaaa tak tau??wokeh2 ni aku dah search tips2 untuk rawatan digigit lipan..

  1. TEMBAKAU:  ambil tembakau, kunyah2 sikit (jangan telan lak) then sapukan air perahan tembakau tu kat tempat kena gigit..tak ada tembakau?okeh baca tips kedua pulak :)
  2. ASAM JAWA:  ha asam jawa ni senang sikit nak dapat kan..mesti ada kat dapur tu..sonang jo, ambil sedikit asam jawa, bancuh sikit dengan air, then air perahan asam jawa tu disapu pada tempat yang kena gigit tu..buat berulang kali sampai rasa sakit tu hilang..ada jugak yang kata tampal jew asam jawa tu kat tempat gigitan..tak payah perah2..kalau tak hilang gak?next tips..
  3. PERGI HOSPITAL:  kalau rawatan tradisional tak berkesan, jangan tunggu lama2, p jew hospital tu..nanti doctor bagi injection..kalau dibiarkan boleh bawak maut tau..yelah ada orang yang alergik dengan bisa lipan..so kena cepat2 dapatkan rawatan ok :)
yang paling best aku jumpa information pasal sumpahan ular & lipan..orang tua dulu2 ada bagi tips atau pantang larang bila berhadapan dengan ular & lipan..
-  jumpa ular, jangan terjerit2 sebut ular! ular! ular! tapi panggilah ia dengan nama akar rotan! kekekeke..
-  kalau jumpa lipan lak, kena sebut tulang lauk..hahahahaha..lagi kelakar :p
kononnya kalau sebut akar rotan or tulang lauk tu akan membuatkan ular & lipan tu jadi lemah, lesu dan tak bermaya..so senang la nak bunuh..wow!!hebat2 :) kelakar kan tapi cuba jelah..kot2 berkesan..kekeke..yang aku tau kalau jumpa ular just pukul dengan buluh, insyallah ular tu jadi lemah..wallahualam :)

okeh itu sahaja tips2 yang aku dapat..harap2nya berguna untuk pembaca blog aku ni..
assalamualaikum :)

Wednesday, January 18, 2012

Friday, January 13, 2012

baucar buku 1Malaysia

Reactions: 
4 comments

assalamualaikum..

yeay!!terima kasih kepada kerajaan Malaysia sebab bagi baucar buku rm200 kat pelajar2 IPTA/IPTS/POLI..tak kisah la kalau ni salah satu strategi diorang untuk menawan hati pelajar untuk mengundi kerajaan..janji pelajar2 macam aku ni dapat baucar..hehehe..soal undi atau tak terpulang la pada kita kan..apa2 pun harap baucar ni dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar2..

macam aku kira beruntung la sebab even sem ni sem terakhir (perhaps), tp still layak dapat baucar buku ni..dah orang nak bagi ambil jelah kan..nak beli buku akademik, macam dah tak ada keperluan pulak..so daripada membazir baik aku beli somehing yang boleh dibaca..tak kiralah ilmiah ke tak..yang penting budaya membaca tu diterapkan dalam kehidupan seharian..chewahhhh..berbunga sangat ayat ni ;p

jeng jeng jeng..inilah novel2 yang aku beli guna baucar buku tu..berdosa tak agak2nya?huhuhu..tetiba rasa bersalah sebab tak beli buku berbentuk ilmiah..hmmm..buat adik2 yang still belajar tu, gunakan duit tu untuk beli buku berbentuk akademik tau..jangan beli novel macam akak..akak tak apa la jugak, dah habis belajar..hihihihihihihi ;)


member aku gelakkan aku sebab beli novel bicara hati..sebab novel ni dia dah baca since zaman sekolah menengah lagi..tapi aku tak pernah baca lagi even buku ni dah keluar since 2003..almaklumlah aku ni bukan gila novel pun..sepanjang hidup baru 2x aku beli novel..hahahaha..yang lain aku pinjam kat library atau dari kawan2 jew..yang pasti kebanyakkan novel yang aku pilih tadi berkenaan kahwin paksa..aishhh..aku pun tak perasan masa beli..dah balik tu dok belek2 baru perasan..hahahaha..


aku beli 2 novel karya hlovate..dengar cerita novel2 dia best..tapi tak tau la betul kew tak..nanti dah habis baca baru boleh judge ek..

ha yang ni pulak untuk mak aku & aiman..harap2 diorang suka la..tak tau nak beli apa dah..

hari ni seronok sangat dapat shopping novel..rasa macam anak orang kaya sekejap sebab beli novel sampai beratus2 ringgit..yelah selama ni nak beli satu novel pon berkira2..perlu kew tak..best kew tak..berbaloi kew tak..tapi hari ni belek2 novel, terus beli..kalau tiap2 bulan macam ni kan best!hahaha..dok belek2 sampai tak sedar rupa2nya dah 2jam aku kat MPH tu..sampai lenguh2 kaki sebab lama sangat berdiri dok belek2 buku kat situ..lagi best tengok gelagat kawan2 yang lain sibuk pilih buku..ada yang dah nak dekat 2jam lebih tak reti2 lagi nak keluar dari situ..aihhh..ni baru rm200..agak2nya kalau dapat baucar rm500 atau rm1000 maunya tokei kedai buku tu halau balik..hahahaha..

Monday, January 9, 2012

berkat doa seorang ibu

Reactions: 
2 comments
assalamualaikum..

nak cerita sikit berkat doa seorang ibu..alkisahnya bermula ahad lepas bila aku kena keracunan makanan..cirit birit selama beberapa hari..lepas tu ditambah dengan demam panas..memang risau gila..yelah kan sekarang aku tengah final exam..bayangkan hari khamis aku ada paper..ada 13 chapters kena cover untuk paper SAD..memang paper ni sangat sad..hohoho..member2 dah habis study, aku baru terkedek2 baca chapter 2..haru!

berbalik kisah cirit ni, dah macam2 ubat aku telan untuk sembuh..mula2 aku ingat cirit biasa..so aku biarkan jelah dengan harapan sehari dua boleh sembuh..hari pertama aku minum teh pekat..tak jalan..hari kedua aku just makan pil chi kit teck aun..2 bungkus aku ambil..bila buang air besar nampak seketul2 ubat tu keluar..ewwww...tak jalan lagi..tapi masuk hari ke empat aku dah lembik..yelah sehari lebih 20x p tandas..boleh kena buasir tau..huhuhu..so aku pun mintak roomate aku hantar p klinik 1malaysia tu (nak jimat duit)..sampai sana doctor suruh p hospital untuk check darah..adussss..mana ada masa nak p hospital..so aku mintak ubat jelah dulu..sebab esoknya exam dah start..kang kena tahan hospital sia2 jew aku kena repeat paper nanti..takmo takmo..

hari keempat tu aku makan ubat doctor jelah..ada ubat tahan muntah (sebab aku loya2), ubat buang kuman n ors (air garam)..yang sedih tu ors dapat 2 paket jew..bila aku mintak lebih, doctor kata tu ubat berkouta..tak boleh bagi lebih..uishhh..sabo jelah..tapi tak jalan jugak..still keluar masuk tandas..ikut hati ni nak jew aku duduk dalam tandas tu..nak study dalam tu, nak tidur dalam tu..sampai macam tu aku fikir..hehehehe..

malam hari keempat tu aku pun call mak..nak mintak restu dia..yelah esoknya ada paper..tapi ada 8 chapter lagi tak habis baca..cuak gila kot..aku pun mengadu domba kat mak yang aku ni dah 4 hari cirit birit..apalagi kena marah la jawabnya sebab tak bagitau dia awal2..kalau tak boleh dia bawak aku p hospital..huhuhu..aku bukan apa, malas nak risaukan & susahkan mak..aku just mintak dia doakan aku supaya cepat sembuh & tak cirit time tengah jawab exam..kalau tercirit mesti satu dewan tak boleh nak fokus jawab exam..hahahaha..

ajaibnya, esoknya aku dah tak cirit..just sekali dua jew p tandas..time jawab exam pun tak terasa nak membuang langsung..ajaib kan..bayangkan aku minum teh pekat, pil chi kit teck aun, ubat doctor..semua tak jalan..hanya dengan sebuah doa dari seorang wanita bergelar ibu mampu menyembuhkan penyakit..alhamdulillah..inilah namanya berkat doa seorang ibu..dan sejak malam aku call mintak mak aku doakan kesihatan aku, aku dah tak makan apa2 ubat..terus sembuh ok! :)

itulah magicnya doa ibu..so kepada kawan2, jangan sesekali derhaka pada ibu..jangan buruk sangka pada ibu kita..jangan caci ibu kita..jangan melawan cakap ibu..walaupun kita manja dengan ayah, tapi jangan sesekali membelakangkan ibu kita..ingat ek, syurga dibawah telapak kaki ibu..walau sejahat mana ibu kita, walau seburuk mana ibu kita, dia tetap wanita yang banyak berjasa pada kita..dan bagi aku, tak ada wanita paling hebat kat dunia ni selain daripada mak aku :) dah lah hebat, doanya mustajab pulak tu! best kan? (^___^)

cerita selingan-->lepas balik exam tu mak call tanya macam mana exam..lepas tu mak sampaikan berita..tak taulah kategori apa berita tu..gembira kew, sedih kew, geli kew..ada sorang mak sedara aku ni nak masuk merisik aku untuk anak buah dia..kahkahkahkah..seriously aku geli gilaaaaaaaa..rasa nak muntah..lepas tu tetiba aku menangis..pelikkan..aku menangis sebab terbayang2 kalaulah aku kena kahwin dengan orang lain..kesian incik rashid..huhuhu..nasib baik mak cakap aku ni dah berpunya..bf orang sabah..kekekeke..lega sikit..nasib baik mak memahami..lepas tu abah pulak call..cakap benda yang serupa..lagi sekali aku rasa nak muntah..hahaha..entahlah..incik rashid lak kemain lagi dok perli2 aku..sabau jelah..huhuhu..kang aku terima pinangan orang tu baru tau..hahahaha..ok tu jew nak cerita..daaaa :)