Tuesday, August 21, 2012

Eid Mubarak

Reactions: 
7 comments


*kemalasan melanda diriku..hukukhuk -.-''

Friday, July 20, 2012

ahlan wa sahlan ya ramadhan :)

Reactions: 
6 comments
Assalamualaikum..

Buat rakan2 yang mengenali saya, dengan rendah hatinya, saya ingin memohon maaf sekiranya ada kesalahan2 yang dilakukan oleh saya samada secara sedar atau tidak *alamak skema pulak ayat aku ni* maapkan tauuuuuu....

semoga pada ramadhan kali ini, kita semua dapat menempuhinya dengan penuh rasa keimanan, keinsafan serta kesyukuran..semasa berpuasa perbanyakkanlah berdoa kerana pada bulan ramadhan ni doa mudah dimaqbul oleh Allah s.w.t..Insyallah :)

akhir kata :

Ramadhan Kareem!!! (maksudnya ramadhan mulia)..
sila jawab -->  Allahu Akram!!! (maksudnya Allah lebih Mulia) :)

:)


Saturday, June 16, 2012

Keputusan Exam PTD

Reactions: 
3 comments
Assalamualaikum..

Setelah sekian lama tak membebel kat blog aku ni, akhirnya terbuka jua pintu hati ni untuk menulis menaip ..chewahhh..poyo betul ayat pendahuluan..kekeke..

pagi tadi lepas solat subuh mata ni tak mau lelap balik..maybe sebab semenjak dah berkerjaya ni (berkerjaya la sangat!!! hehehe),  tak biasa dah nak tidur lepas subuh..lagipun kan tak elok tidur lepas subuh..ecehhh..padahal dulu tu ler yang selalu aku buat (^____^)V

pastu sambil merenung siling, otak berfikir sesuatu..yeahhh..hari ni dah boleh check result exam PTD..nak kata bersemangat sangat tu idok ler sebab hati ni dok kata mesti fail..kehkehkeh..tapi mengenangkan harapan mak tu, aku check ler jugak..kot2 ada keajaiban kan..TERlulus pulak..hahahaha..

on laptop, cucuk broadband, then taip address website spa (wah detail pulak aku cerita kronologi pagi tadi..hakhakhak)..dok tercari2 mana ler link nak check result ni..lama gak aku godek2 website tu..akhirnya jumpa gak link nya..hati ni nak kata nervous tak jugak sebab aku fikir kalau gagal pun bukannya kena repeat macam zaman belajar dulu..isk..tetibe teringat detik2 nak check result exam zaman UiTM dulu..tangan kaki badan semua rasa seram sejuk..rasa macam nak dapat keputusan samada akan hidup mahupun mati..haishhh..

masuk kan no IC..thennnnnn akhirnyaaa...terpampang ler result exam ku..jeng jeng jeng...

yeay!!tahniah untuk diri sendiri kerana telah berjaya gagal dalam exam PTD..syabas..hahahahaha..

seperti yang ku jangka kan..tapi tak apa..1st time exam ler katekan (ayat cover)..aku ok je cume tak tau macam mana nak bagitau kat mak..kalau dia tau mesti kecewa..tapi kena la berani kan diri bagitau perkara sebenar..lepas check terus jenguk mak yang tengah syok layan channel oasis kat ruang tamu..

aku:  mak, ila dah check result exam PTD tu tadi..gagal (bagitau direct tanpa ada ayat bunga2 sambil buat muke 50 sen dan  tersengih2 cam kerang busuk) ;p
mak: yeke?
aku:  iye....

lepas tu terus aku masuk bilik cepat2 then kunci pintu..hakhakhakhak..lepas satu perkara..fuhhhhh~~~

next time haruslah berusaha lebih gigih tanpa mengenal erti jemu..chewahhh..ayat nak hebat jewww1..

rasa macam nak tulis tips menghadapi peperiksaan PTD la kat next entry..hmmm..tapiiiiii...tengok la kalau rajin..muehehehehe ;)

Friday, May 11, 2012

Peperiksaan PTD

Reactions: 
5 comments
Huarghhhh...stress..stress..stress..

eh belum apa2 lagi dah meroyan..salam pun lupa nak bagi..Assalamualaikum ya semua ahli kubur..eh silap, ya semua ahli blog..kekeke..sorry pagi2 buta cam gini otak memang tak berapa nak betoi..semuanya gara2 exam untuk pengambilan  PTD..ape PTD tu?ada orang kata PTD tu maksudnya pegawai tidur & duduk..hakhakhak..tak baik tau cakap camtu..ada jugak yang kata PTD tu petani tinggi daerah..hahaha..ada2 jew la kawan2 aku ni..actually PTD tu pegawai tinggi & diplomatik..konon2 tu jawatan elit dalam kerajaan..betul ke?aku pon tak tau..hohohoho

alhamdulillah for the first time aku dapat panggilan jawab exam PTD tu..padahal baru je isi bulan 3 hari tu..elok2 je bulan 5 ni dah start pengambilan..oh tapi tapi tapiiiii, jangan ingat SENANG nak dapat jawatan ni..jangan ingat wow HEBAT kan aku dapat panggilan exam PTD..no no no..!! jangan nak OVER sangat ek..ni baru exam dan ingat yer berapa ramai calon yang dah terkandas pada pusingan pertama..sobs sobs sobsssss (aku la tu yang bakal terkandas)..hanya yang betul2 layak je boleh dapat tau..

mula2 dapat sms dari spa -->

Anda dijemput untuk menghadiri peperiksaan pegawai tadbir & diplomatik M41 pada 12.5.2012 bla bla bla..

jujurnya time tu aku excited gile babun ayam itik kucing burung (semua ada la..ba aliff ba ya & dog2 je tak ada okeh ;p)..time tu tak tau lagi tahap kesusahan exam PTD ni..hahaha..pastu risik2 kat akak ofis aku ni..nama dia kak fad..dia dah 2x berpengalaman ambil exam PTD ni..rupa2nya dia pun dapat gak sms dari spa tu..caisss..budget aku sorang je la yang dapat sms 2..muahahaha..kak fad kata soalan susah gilerrrr (time tu aku dah down sikit)..kena baca buku khas tajuk Malaysia Kita..tebal gila..aku pun dengan blur2 kambing tanya kat mana nak dapatkan buku 'Malaysia Kini' tu..kehkehkeh..apa lagi kena gelak dengan kak fad..sesuka hati aku je tukar tajuk buku tu..nampak beno blur nya..hahaha..kak fad bagitau buku tu ada jual kat kedai2 buku cam MPH tapi kena beli cepat2..kalau tak, habis, sebab bila musim peperiksaan am kerajaan ni memang buku laris bak pisang goreng panas..hohoho..memang tak la aku nak beli buku tu kan..saja tanya2 je..dengan duit pun ala2 pisang goreng panas..tak pernah nak lekat kat purse aku ni ha..asyik jew habis..muahahaha..

tak apalah, buku tak ada, aku jawab guna akal fikiran dan gerak hati je (redha kan je)..pastu bagitau kat mak..mak pulak bagi idea yang bernas..p pinjam kat library jkr..wow untung dapat mak yang brilliant ni..save budget..kekekeke..so dengan sepantas cheetah, aku pun pergi library..nasib baik library tu tingkat bawah ofis aku jew..sonang nak rebut buku tu..hehehe..time tu cepat2 aku tanya pasal buku Malaysia Kini Kita tu kat acik library (sesuka ati aku je panggil dia acik..kehkehkeh)..takut la kot2 ada orang lain yang nak pinjam gak..tapi aku tengok sunyi je library kat jkr ni..aku tengok kerja acik tu macam membosankan la..dah la tak ramai yang rajin p library..pastu sunyi sepi..kalau aku kerja situ kompom kerja aku mengumpul air liur basi je..sepatutnya pekerja2 kat jkr ni kena reramai serbu library supaya librarian ni sentiasa ada kerja..(jealous sebenarnya bila tengok orang tak ada kerja...ehhh entah2 diorang lagi busy daripada aku..buat dosa kering je aku ni kan tuduh orang tak ada kerja) ;p

okok, berbalik pada kisah buku Malaysia Kita ni, akhirnya dapat jugak aku miliki..chewahhh..pinjam jew ponnnnn..ingat tu ilah..30.5.2012 kau kena pulangkan balik..jangan buat harta sendiri lak (pesanan ikhlas untuk diri sendiri)..time tu rasa macam nak terbeliak biji mata tengok buku tu..adoiyaiiii..bapak tebal..mampu ke aku habiskan?sedangkan novel jiwang peberet yang 300 pages pun tak baca2 lagi, sedangkan mastika bulan april yang berapa puluh pages tu pun tak khatam lagi, ini kan pulak nak baca buku ilmiah 548 pages..huwaaaaaaaaaa...menangis air mata darah woooo..sangat mustahil untuk dihabiskan dalam masa seminggu..bila balik kerja terus zzzzzzzz..penat wehh kerja..kalau yang tak berkerja lagi tu adalah jugak masa nak study..weekend hari tu pulak aku dok sibuk menjahit manik untuk baju konvo aku..tak tau mana satu yang nak didulukan..nak jahit manik untuk konvo atau baca buku untuk exam..last2 aku pikir baik buat manik tu separuh..after exam jahit separuh je..huhuhuhu..

honestly aku give up..tak mo ambil exam ni..pas tu pulak aku tak tahu jalan ke pusat peperiksaan..aku dapat kat sek. vokasional shah alam, batu 3..mana lah aku tau tempat tu..nama je orang selangor, tapi area shah alam memang ler aku tak tau..setakat area uitm tu tau ler sikit2..hehehehe..tapi tadi aku dah p survey dengan along aku jalan ke sekolah tu..sonang jo..pejam mata pun dah boleh sampai..hikhikhikhik..poyo sat ;p kalau sesat hari sabtu ni kompem kena ketuk kepala dengan along..lepas tu pulak aku ada buat research sikit pengalaman2 mereka2 yang dah pernah ambil exam PTD ni..ada sorang tu dah 5x ambil exam tapi tak lepas2..adoiyaiii..gerun aku..ada yang lepas exam, dapat panggilan buat assessment pulak..ada buat group discussion, presentation..yang tu no hal la kot..dah biasa..insyallah..tapi yang buat aku lagi mengecutkan perut yang bolat ni, bila baca antara aktiviti wajib assessment tu marathon sejauh 2.4km..huhuhu..mana larat! pastu ada aerobik..tu tak apa, boleh start beraerobik sebab kat ofis aku ni tiap2 selasa & khamis ada kelas aerobik..tapi yang marathon 2.4km tu..masalah..masalahhhh..

ha bercerita pasal give up ni, sampai sekarang aku tak ada mood nak menelaah buku Malaysia Kita tu..padahal aku ambil cuti 2 hari semata2 nak study..konon2nya la kan..padahal kerja aku STADO..memang terbaek!!!hahaha..aku banyak kali cakap kat mak yang aku tak mau ambil exam ni..aku rasa peratusan untuk aku fail adalah 99.99999%..oh pemikiran aku sangat negatif kan..belum cuba dah cakap fail la..tak lepas la..tak berjaya la..iskkk tapi kan..aku tau la keupayaan aku macam mana..aku ni jenis kalau tak study =  fail..setakat ni, aku baru baca sampai page ke 51 daripada 548..ha camno tu nak berjaya??? :((

siang tadi mak hantar sms kat aku..ayat mak buat aku jadi bersemangat jap

study dengan yakin boleh jawab..think positive then you will get positive result..anak berjaya ibu bahagia..berdoa kat ALLAH dengan bersungguh2 macam aiman (anak buah aku) merengek kat wan dia (mak aku lettew)..pasti dapat..

huhuhuhu..entah ler..hati ni berat jew nak p..bila cakap cam tu kat mak, apa lagi keluar la ayat motivasi yang lain pulak..hahaha..dats y i love my mak so much..bila aku down, dia akan up kan aku balik..xoxoxoooooooo..mak cakap lagi, ustaz ada kata (ustaz mana aku pun tak pasti) bila hati berat tu terutama untuk buat benda baik, kita kena lawan perasaan berat hati tu sebab sebenarnya syaitan yang buat hati kita jadi macam tu..sebab apa?sebab syaitan dah tau kebaikan2 yang akan kita dapat..contohnya pergi usrah agama..hati ni berat je nak p..padahal untuk kebaikan kita jugak..syaitan sebenarnya yang bisikkan rasa berat hati tu..jangan dilayankan sangat berat hati tu..betul jugak tu kan..sooo aku bertekad untuk pergi jugak jawab exam PTD tu..lulus atau tak itu semua bergantung pada usaha, rezeki, doa & pergantungan aku hanyalah pada Allah taala..kalau fail, tak apa, aku tak akan berputus asa..ambil pengalaman jawab exam tu..insyallahhhhhh..next time boleh prepare kaw2..heeeeeeee :) nak jadi PTD kena ada keyakinan..kena ada keberanian..kena ada kesabaran..chewahhhh..motivasi untuk diri sendiri ;)

ok la mata pun dah pedih2 ni..doakan aku dapat buat yang terbaik ye kawan2 :)

masa untuk tidur..turn off the light & zzzzzzzzzzz

Assalamaulaikum :)


Saturday, May 5, 2012

PJJ (percintaan jarak jauh)

Reactions: 
10 comments
Assalamualaikum..
:)

aku sedang melalui cinta jarak jauh..
bermakna sedang menempuhi ujian cinta..
bila berjauhan ni banyak benda kena korbankan..
hati kena sentiasa sabar..
jangan cepat buruk sangka pada pasangan..
cemburu kena kurangkan (part ni aku paling lemah)..
kena memahami keadaan sekeliling dia..
yang paling penting kena kalis rindu..sigh!

mula2 tu rasa susahhhhhhh sgttttt..
sampai pernah hati ni rasa feedup dengan cinta pjj ni..
rasa nak putuskan hubungan la..
rasa nak cari lain la (AHAKSSSS)..
apa2 pun kesabaran dan kepercayaan perlu tinggi dalam diri setiap pasangan..
kalau tak ada semua tu, susah nak bertahan lama..

so far dah 3 bulan lebih aku berjauhan dengan si dia..
sedikit sebanyak aku dah lali dengan rindu mengada2 tu..
kadang2 malas nak layan perasaan rindu tu..
bukannya apa, buat apa merindu gila2 pada seseorang yang masih bukan hak mutlak kita..
merindu biarlah berpada2 dan pada yang halal (pujuk hati sendiri)
rasanya cinta jarak jauh ni banyak mengajar aku untuk menjadi manusia yang lebih matang :)
alhamdulillah..

ada hikmah di sebalik cinta jarak jauh ni kan..



Sunday, April 1, 2012

itu semua tipu belaka

Reactions: 
6 comments
Assalamualaikum..

Lama sungguh tak update blog..maklum ler busy dengan anak2..eh..silap2..busy dengan kerjaya sebagai pembancuh kopi..heeeeeee ;p so far kerja okok la..nak kata seronok sangat tak jugak..nak kata tak best rasa  macam best la sikit..hahaha..what ever la kan..ada korang kesah?mesti tak kesah langsung kan..

dek kerana tak tau nak update entry apa, tapi nak update blog gak, makanya aku pun nak buat satu entry pasal edit mengedit ni..aku ni memang hantu mengedit gambar..almaklumlah muka kurang lawa..jadinya haruslah mengedit gambar supaya nampak berseri2 sikit..berseri ke?*persoalannya*hakhakhakhak..

masa kerja hari jumaat hari tu (sangat tak beretika aku ni, online time office hour..aishhh anak sapa la ni..hehehe) aku sempat ler meninjau2 blog yang aku follow..tup2 terbaca perihal entry dari blog lyssa pasal photoeditor nama xiuxiu..actually dah lama aku usha software ni..macam best jew..tapi tak reti nak guna..dah pernah download & install tapi bila tengok tulisan cina aku jadi kaget blur..apa kebenda yang software ni merepekkan..so disebabkan kejahilan aku terhadap tulisan cina, makanya aku pun uninstall..kekeke..pastu tetiba mengada2 semalam nak install software ni balik..nasib baik le si lyssa ni buat simple tutorial macam mana nak guna..aku pon godek2 ler software tuh..
nengok le sendiri hasil menggunakan software xiuxiu ni
-
-
-
-
-
-
-
-
software ni ada macam2 application..boleh tukar mode gambar contohnya lomo..cantik tau..pastu ada effect macam ni (nak sebut tak reti so aku tunjuk je gambar..senang sikit..hehehe)


pastu boleh combine gambar (macam photoscape sikit tapi lagi lawa)..pastu boleh kecikkan apa yang beso & beso kan apa yang kecik..kekekeke..sebab tu aku katakan edit gambar ni sebenarnya tipu belaka..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
adalah dengan ini saya ingin memberitahu anda sekalian bahawa sesiapa yang tidak mempunyai kelopak mata dan bulu mata yang kontot2, digalakkan mencuba software xiuxiu ni..hahahahaha..sebabnya???sebabnya software ni ada application menambah bulu mata pelsu..kehkehkeh..ce tengok ce tengok..


model diatas ni dipilih kerana matanya yang tak berkelopak dan juga mempunyai bulu mata yang kontot lagi tidak melentik..hohohoho..jadi sila jangan pertikai kenapa minah di atas ni dijadikan sebagai model..model ke?*persoalannya*hahahaha (geli pulak nak taip perkataan 'model'..sangat euwwww)

ok yang ni pulak aku tukar kaler anak mata..konon2 pakai contact lens lettew..tapi mahap ler..aku tak reti sangat edit..nampak sangat fake..huhuhuhuhu..nak jugak tengok mata aku macam mana kalau pakai contact lens..seumur hidup aku tak pernah pakai contact lens tau..takut wooo..aku ni dah la ganas, kang selamba badak jew aku tonyoh2 mata, lari pulak contact lens tu..hohoho..

ha yang ni ada tak macam rozita che wan punya mata?kahkhakhakahakhakahkfalkglkaj;jakgjalaaqpo 
(pasan jap)

ekceli banyak gak aku dah edit gambar..mostly gambar aku tak pakai tudung so tak boleh ler nak tayang kat sini..kang ada yang masuk hospital sebab muntah hijau 3 hari 3 malam tanpa henti..muahahaha..kijam..

ok la..dah maghrib..orang tua2 kata tak baik online time maghrib..banyak hantu syaiton..kehkehkeh..

oh ya kepada sesiapa yang nak guna software ni tapi tak tau kat mana nak install & macam mana nak guna boleh la tekan sini atau sini :) diorang ada kasik link & cara2 nak guna

p/s:  edit ni hanya untuk suka2..bukan cuba untuk merubah ciptaan tuhan..sesungguhnya ciptaan Allah itu lebih indah dan sempurna :)

Tuesday, March 13, 2012

Dunia Baruku

Reactions: 
25 comments
ehem..alhamdulillah sekarang aku dah bergelar wanita berkerjaya..ahaks..tapi tak ada la bekerjaya sangat..insyallah lagi 10 tahun maybe baru boleh bergelar wanita berkerjaya kot..la ni jadi pencacai jela dulu..hakhakhak..gaji pon ala2 kelulusan spm je..aku rasa gaji kelulusan spm lagi banyak kot..hahaha..tapi tak apalah yang penting dapat pengalaman..boleh tambah pengalaman kerja kat resume yang selama ni mengharapkan pengalaman praktikal je..heeeee :)

ikutkan hati ni rasa macam tak nak je terima kerja ni..tapi bila bila difikirkan daripada duduk rumah menambah koleksi lelemaks kat badan je better aku p kerja..biarlah gaji nye ciput..asalkan aku kerja..tapi dalam masa yang sama still dok merungut2 gak kat mak..konon2 kerja ni tak setaraf dengan degree yang aku ada..baik aku tak payah susah2 belajar sampai degree..baik lepas spm aku terus kerja je..membazir duit (pinjaman ptptn lagi dah membebankan), membazir tenaga..hmmm..isk apalah aku ni kan..ilmu tu anugerah dari Allah..patutnya bersyukur la kan dapat peluang masuk u..hehehehe..

bila mak nasihat2 sikit barulah ada keinsafan tu timbul..mak pun mula la membuka kisah lama dia-->masa  mak kerja mula2 dulu selalu tertanya2 kenapa kawan mak yang tak berapa nak pandai, boleh dapat kerja jadi kerani (time tu kerani dah hebat sangat dah) tapi mak yang pandai(wah puji diri sendiri mak aku tuh), result bagus, dapat kerja typist je..tapi berkat kesabaran mak lama2 dapat naik pangkat jugak..

hmmm..aku diam sekejap..betul gak kata mak tu..sabar lah sikit..baru je nak membina kerjaya..kenalah bermula dari bawah..takkan nak ke upper level terus kan..kena la mendaki sikit2..then aku cerita lagi kat mak yang aku cemburu kat sorang member ni sebab dia dapat kerja gaji RM2000..wow!! sangat jeles ok..nasihat mak aku satu je--> itu rezeki dia..betul jugak tu maybe rezeki dia nak kahwin kot..insyallah bulan 10 ni naik pelamin la dia..mesti nak guna duit banyak untuk majlis dia nanti..

ayat tambahan mak-->ha tulah, mak cakap lagi dua tahun kahwin kau kata awal sangat..nak tunggu 3 4 tahun lagi..nak rezeki murah kahwin la awal2..cuba plan nak kahwin awal mana tau rezeki dapat kerja bagus tu datang..opssssss..mak ni..ke situ pulok *malu2 kucing aku dibuatnya..meowwww ;)

macam mana dapat kerja?
ok sambung cerita pasal karier aku ni, actually aku dapat kerja ni melalui kelly services..wah apa itu kelly services? ha kelly services ni lebih kurang macam jobstreet gak..agen pekerjaan..yang memperkenalkan aku dengan kelly ni adalah mak sedara aku (sebaya tapi pangkat mak sedara)..dia yang beriya2 ajak aku p kelly ni..beriya2 suruh aku bawak resume p interview kat situ..aku sebenarnya tak paham apa itu kelly so aku menonong jela ikut dia p kelly ni..langsung tak prepare apa2 untuk interview dan tak harap pun dapat kerja..aku p pejabat dia yang kat jalan changkat chulan..dah la tak tau kat mana office nya..kena menapak jauh giler time tu..rasa macam nak nangis je tapi mengenangkan effort mak sedara aku yang call banyak kali pekerja kelly tu, aku teruskan jugak lah..

sampai2 kat office kelly tu, duduk2 jap terus kena panggil interview..walawehhh tak tau nak cakap apa..hahaha..aku bantai jela apa2 yang ada dalam kepala tu..tapi tak adalah nervous sangat sebab mak sedara aku tu ada sekali..so rasa macam sesi berborak je dengan interviewer tu..interviewer tu namanya azi..dia kata ada kerja kosong kat bukit jalil sebagai hr exec..gaji dalam RM1600..wow...banyak gak tu..dia tanya boleh tak kalau kat bukit jalil..aku iyakan je..yelah jobless, apa pun boleh padahal bukit jalil tu jauh kot dari rumah..macam lah ada transport sendiri nak p sana..hahahaha..dia kata apa2 hal dia akan contact aku..

nak dijadikan cerita dua hari aku menunggu si azi ni call..tapi hampa je..masuk hari ke 3, bateri hp kong..aku yang dah putus harapan malas la nak cas bateri tu..dan2 la time tu si azi call..hadoiiii..time bateri penuh tak ada pulak nak call, time hp off la dia nak call kannnn..huhuhu..then aku call balik dia , tapi tak dapat lak..banyak kali kot call..ah lantak la..malas nak pikir lagi..tapi kata hati suruh cuba call lagi & esoknya (jumaat) aku call..hampa sebab dia kata jawatan tu dia dah bagi kat orang lain..aku lambat sikitttttt je..hmmmm..tak apalah tak ada rezeki lagi sekarang..nanti ada rezeki adalah..

then aku ceritalah kat mak sedara aku pasal terlepas kerja tu..dia yang rajin p call banyak kali si azi tu tanya pasal kekosongan kerja lain..then azi tu cakap ada kerja kosong tapi kerja kontrak jelah..gaji RM1100 sebagai filing clerk..tapi time tu aku tak tau lagi kat mana kerja ni..aku pun cakap ok la..gaji sikit pun tak apalah..dah terdesak giler nak kerja ni..hehehehe..so azi tu suruh aku hantar resume kat dia..mak sedara aku tu pun mintak gak kerja tu tapi rezeki aku kot, aku yang dapat kerja tu..alhamdulillah..maka tanggal 12/03/2012 aku sah bergelar pekerja kontrak untuk amanah raya bhd..tak tau la berapa lama kontrak aku dengan amanah raya ni..rasanya sebulan je kot..kekekeke

yang mak sedara aku tu pun cakap dia sebenarnya tak mau kerja admin ni..dia nak kerja telecollector kat bank..gaji tinggi la kot..aku bukannya tak mau kerja telecollector tu, cuma aku tak ada bakat la nak call2 orang, suruh bayar hutang, ingatkan tentang due date bayaran..lagi pulak kerja tu ada target..lagi aku tak mau kerja ada target2 ni..nanti target tak sampai gaji pun tak dapat..kan haru tu...biarlah aku kerja biasa sebagai admin..syok gak kerja admin ni..tengok la time kerja pun sempat update blog lagi..muehehehehe..kejam tak? ;)

ok la jari tembam aku ni pun dah lenguh menaip..agak2 ada tak yang larat nak baca karangan aku ni?kahkahkah..kalau ada aku salute la (^___^)
byeeeeee~~

Sunday, March 11, 2012

My BFF dah kahwin

Reactions: 
2 comments
alhamdulillah semalam my bff - halijah - dah selamat pun bernikah dengan pilihan hatinya..tapi yang sedih nya aku tak dapat nak meriahkan majlis pernikahan dia sebab terpaksa jaga anak buah aku..huwaaaaaaaaaaa..sangat sedih ok! tapi tak apalah, yang penting dia dah selamat bernikah..teringat lagi permintaan dia masa temankan dia hantar kad kahwin kat pejabat pos --> ila, aku nikah nanti kau wajib datang tau..aku rasa aku akan menangis lepas akad nikah..mesti terkenang2kan arwah mak aku..hmmm..memang sedih dengar ayat ija ni..yelah mak dia baru je meninggal bulan lepas..mesti sedih bila hari bahagia dia tak ada mak kat sisi..hmmmmmmmm..

hmmm..sorry ija aku tak dapat nak penuhi permintaan kau tu :'( aku kalau boleh nak berada kat sisi kau masa majlis akad nikah tu..tapi kita hanya merancang, Allah jugak lah yang menentukan..ditakdirkan mak kepada kak ipar aku jatuh sakit..anak buah aku yang selama ni dijaga mak cik tu dah tak ada siapa boleh tengok2kan..jadinya aku yang tengah jobless ni kenalah take over jaga anak buah aku si humairah tu..sobs3..tak dapek den nengok ekau nikah ija oiiii :(

btw aku doakan semoga perkahwinan kau ni sentiasa dilimpahi dengan kebahagian untuk selama2nya..aku doakan jugak semoga kau cepat2 dapat baby..bak kata ija-->  aku yakin Allah itu maha adil..DIA tarik salah seorang ahli keluarga aku (mak), mana tau kot2 tak lama lepas kahwin aku mengandung..bertambah balik la ahli keluarga aku..aminnnnnn.........semoga kau cepat pregnant ok..apa yang penting?kerjaaaaasamaaaa..hahaha..opssss ;p

disebabkan aku tak dapat nak p majlis nikah dia, aku hanya dapat tengok pic dia melalui fb jelah..ha ni aku curik pic dia..kehkehkeh..jangan mara haaaa ija..seriously cantik gilerrrrr kau ija :)

dan siang tadi berlangsungnya majlis persandingan ija..awal2 lagi aku dah ingatkan mak aku pasal majlis bersanding ija ni..takut gak terlupa sebab aku ni memang perlupa orangnya..huehuehue..hajat dihati mau p awal, leh gak usha2 cara mak andam mekapkan dia..kehkehkeh..tapi tak dapat p awal sebab mak aku ada ceramah dengan dr fatma kat masjid bandar baru..so nak tak nak kenalah tunggu mak balik dari ceramah tu pukul 1 lebih..dalam hati ni berdoa moga sempat aku tengok ija bersanding..alhamdulillah Allah makbulkan permintaan aku..elok je aku melangkah ke khemah makan dah dengar bunyi kompang..wahhhh..tema merah meletopssss gitu..dah la ija ni putih melepak, pakai pulak baju merah, perghhh naik kot seri..

ni lah hasil tangkapan gambar bersanding ija menggunakan hp cokia..hahaha..agak segan la jugak masa tangkap gambar ija guna hp cokia ni sebab kiri kanan semua guna DSLR..hehehe..daku masih tidak mampu pakai DSLR ok.. -____-"




ok dah puas klik2 gambar ija, aku terus p makan..kami nak kejar masa sebab tak solat zohor lagi..huehuehue..memang aku thumbs up la makanan dia..rasa nak tapau bawak balik..hahaha..menu nasi beriyani..ada daging masak apa entah tapi seriously sedap gilerrrr..ada dalca..ada ayam goreng rempah..ada pajeri nenas, ada acar buah, ada kuih muih, ada bubur gandum, ada air sirap+air gas, ada teh tarik..perghhh memang terbaek la menu dia..tak sia2 datang tau..hahahaha..ada member aku nama linda sedih sebab ambil sikit je nasi..dialog linda-->  perut aku dah kenyang so aku ambil sikit jela nasi tu..tiba2 sedap pulak..kecewa perut aku dowh..hahaha..*yelah nak tambah segan lak*

aksi humairah yang hyper aktif..baru duduk & suap nasi sesudu, tengok2 meja dah basah dengan air sirap..hadoiiiii...apasal tangan kamu ni tak boleh duduk diam ha nurul danisyah humairah..nasib baik ler mak lang kamu ni hari ni mood tengah baik so tak jadi nak marah..ngeh3 ;p

tengok tu, mak aku suapkan bubur gandum, boleh pulak dia gigit sudu tu tak mau lepas..hahaha..

gaya budak nakal..gembira dapat kacau orang..hahahaha..tengok la baju dia dah ada warna tambahan..aishhh..

ni sesi makan beradab..actually aku nak bergambar sama2 dengan pasangan pengantin ni tapi tak ada member la pulok..yang kat belakang tu semua kawan2 ija kat ukm kot..segan ler aku nak menyelit..hehehe..so lepas aku snap sekeping dua, aku pun pergi balik kat meja makan aku..niat dihati nak balik la..tapi mak aku tak bagi lagi angpau kat bapak ija..so pergi balik kat meja makan beradab tu & dapat peluang bergambar dengan ija..yihaaaa..selonok selonok :)

akhirnya dapat gak bergambar berdua dengan pengantin :) aduh macam langit dengan bumi kejelitaan ija dengan aku..hehehe..

masa salam tu ija sempat lagi ucap thanks kat aku..
ija:  ila, terima kasih banyak2..kau banyak tolong aku..temankan aku hari2 beli barang kahwin..
aku: dah sebak cuba menahan air mata..sobs3..*speechless*

ija, aku tak kisah pun tolong kau..bila kau happy, aku pun tumpang happy gak..kaulah sahabat baik aku dari sekolah rendah sampai sekarang..tak pernah kau sakitkan hati aku..dulu masa sekolah rendah aku selalu tumpang rumah kau bila nak pergi sekolah agama..arwah mak kau layan aku baik sangat..ajak aku lunch hari2 kat rumah kau..sampaikan mak aku naik segan & warning aku jangan makan rumah kau lagi..takut lauk untuk family kau tak cukup..almaklumlah aku ni kuat makan..hehehe..tapi kau & arwah mak kau tetap suruh aku makan gak :)  

even masa sekolah menengah kau pindah sekolah, kau tak pernah lupakan aku padahal waktu tu aku hampir2 lupakan kau sebab dah jumpa geng baru..tapi kau rajin tanya khabar aku..kau rajin call aku guna telefon rumah (time tu tak ada handphone lagi)..then masa form 4 aku lari dari sekolah teknik, kau beriya ajak aku sekolah kat sekolah kau..akhirnya aku mintak tukar sekolah sama dengan kau & kita sekelas..syok giler time tu dan kita pun rapat balik sampai sekarang :)

dah banyak rahsia yang kita kongsi sama2..kalau ada masalah kita luah sama2..jadi bila kau nak kahwin ni kalau apa2 yang kau mintak tolong aku tak kisah nak tolong kau..lagipun bukan susah pun temankan kau pergi shopping barang kahwin tu..aku happy untuk kau tapi dalam masa yang sama aku sedih sikit sebab mesti kita dah tak boleh bergonjeng sama2..huhuhu.yelah kau dah ada life sendiri, dah ada tanggungjawab besar..mana boleh nak bergonjeng2 lagi kan..hahahaha..tapi tak apalah, our friendships never ends right..?

last but not least aku doakan yang terbaik untuk kau dan keluarga kau..aku sayang kau sangat ija :)

eh emo pulak aku pagi2 buta ni ;p

Thursday, March 8, 2012

Header blog untuk double Aishah

Reactions: 
10 comments
Assalamualaikum..

Alhamdulillah akhirnya berjaya gak aku menyiapkan header untuk adik aishah ghani seperti yang dijanjikan..mula2 nak buat header letak gambar adik comel ni tapi tetiba hari ni terlebih rajin la pulok nak buat doodle..nahhh terimalah pemberian yang tak seberapa ni..diharapkan adik aishah suka :) mula2 buat agak blur sebab kita tak tau citarasa orang..kalau buat untuk sendiri2 tu boleh la sikit2..tau apa yang kita suka, apa yang tak suka..so agak mencabar bila buat untuk orang lain but aku  suka sebab buat untuk orang lebih puas sebenarnya :)

actually semalam eh kelmarin eh tak ingatlah hari apa, aku tolong buatkan blog untuk member aku..namanya pun aisyah juga..hehehe..
kalau nak p lawat blog dia korang leh tekan SINI tapi dia belum start menulis lagi..busy agaknya..hehehe..aku just buat simple blog untuk dia..yelah aku ni bab mengedit blog especially bab html lemah sikit..so yang basic2 jelah aku masukkan dalam blog dia..hehehe..

ok la mata pun dah layu..masa untuk tido..zzzzzzzzzzzzz..
assalamualaikum..

Wednesday, March 7, 2012

Sunday, March 4, 2012

followers ke 444

Reactions: 
8 comments
assalamualaikum..

alhamdulillah bertambah jugak followers blog picisan daku ini..terima kasih daun keladi buat mereka2 yang sudi follow..aku sangat menghargai kesudian diorang untuk follow blog ni..haaaa sempena bilangan followers yang dah mencecah 44,444 (eh silap, baru 444 followers je..kekeke) aku nak bagi something la kat follower yang bertuah tu..actually tak adalah special sangat gift yang aku nak bagi tu, just header blog je..

okeh2...dipendekkan cerita, follower yang bertuah itu adalah adik Aishah Ghani..tepuk la sikit..hehehe..yang bestnya kebetulan adik ni junior aku..yihaaaaa..hidup OM!!! (^___^)
klik sini untuk ke--> blog Aishah Ghani

actually kan, tanpa meminta izin tuan blog aku dah TERambil pic dia untuk dibuat header..hehehehe..sorry adik aishah, jangan marah ha..penat akak selongkar blog adik cari gambar adik, tapi tak banyak yang jelas..so akak just ambil pic konvo adik ni sebab nampak sangat tinggi nilainya..chewahhh ayat skema gilerrr..hahaha..

header kat bawah ni just sample je..if adik nak design lain sila bagitau..or nak letak pic lain yang lebih sweet sila inform kat akak tau..or nak header ada doodle (tapi doodle akak simple & tak cun) pun boleh..free of charge khas untuk adik aishah sahaja okeh..hehehe..apa2 pun adik email kat akak apa yang adik nak ada, colour, ayat penyedap or layout header tuh..email nya--> mojako_ila88@yahoo.com.my..cepat2 sementara akak tak kerja ni boleh la buat simple header untuk kamu :) or kalau tak nak tak apa tapi nak merajuk dua minit :p






yang ni header transparent..

ok sampai disini sahaja coretan untuk malam ini..esok sambung cerita lain pulak..hehehe :)

p/s: bosan sungguh duduk rumah..dah sebulan setengah menanam lemak kat badan ni..kerja dimanakah dikau ..sesiapa tau ada kerja kosong area kl or selangor sila jangan segan2 inform pada daku..pleaseeeeee :(

Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday : syahid

Reactions: 
0 comments
kita bagaimana? :)

alhamdulillah..akhirnya -entry penghargaan-

Reactions: 
5 comments
alhamdulillah..

penat jerih 2 tahun kini dah pun sampai ke penghujung..
banyak dah yang aku tempuh..
degree bukan semudah diploma..
degree menuntut pengorbanan..
kini degree bakal dalam genggaman..
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
kini hanya menunggu tarikh untuk berkonvo pula..
semoga semuanya dipermudahkan..
aminnnn :)

first of all, aku panjatkan kesyukuran kepada ALLAH s.w.t..kerana DIA masih memberi peluang untuk aku bernafas di muka bumi ini..DIA sentiasa mempermudahkan hal2 yang bagiku sulit..DIA sentiasa memurahkan rezeki aku..DIA yang meluaskan dada aku untuk menerima ilmu2-Nya..DIA sentiasa mendengar setiap doa2 aku..Alhamdulillah :')  terima kasih Ya ALLAH <3<3<3

terima kasih diucapkan kepada semua lecturer FAKULTI PENGURUSAN & TEKNOLOGI PEJABAT (kini under fakulti pengurusan perniagaan #sad) especially lecturer program PENGURUSAN SISTEM PEJABAT..terima kasih tak terhingga buat Puan Sharifah Fazirah yang banyak menolong kami menyiapkan research..jasa semua lecturer yang mendidik aku akan ku kenang sampai bila2..insyallah :)

buat emak yang PALING banyak berkorban untuk aku..semenjak abah dah bersara mak lah yang tanggung semua perbelanjaan aku..terima kasih banyak2 mak..i love u so much..adeh..nak menitis air mata ni..huhuhu..untuk abah juga tak dilupakan..doa dan kata2 semangat dari mak abah lah yang membawa kepada kejayaan aku..ahli keluarga yang lain tak dilupakan..terima kasih atas jasa along & angah hantar jemput aku dari puncak alam-sungai pelong-puncak alam..dan juga terima kasih untuk adik & anak buah aku yang selalu tolong angkatkan barang time awal sem & akhir sem..hahahaha..i'm really appreciate it..muahhhh :*

next untuk kawan2 degree especially kawan2 kelas OMBC and OMBD..untuk kawan2 OMBD, sorry kalau ada terasa dengan aku..aku tukar kelas bukan tak suka dengan korang..tapi demi kebaikan aku jugak..apa2 pun korang memang roxxxx..untuk kawan2 OMBC, even just 2 sem dengan korang tapi aku enjoy duduk sekelas dengan korang..korang memang the best..sangat sepakat..sangat happening..sangat gilerrrrr..hahaha..untuk group assignment aku--> hajar, ecah, zai & kak ros, thanks for your cooperation..kejayaan hari ini adalah hasil kerja keras kita menyiapkan assignment yang berlambak2 tu bersama2..terlebih terkurang harap dimaafkan..untuk babe & zik, thanks jugak even tak semua assignment kita 1 group but aku akan ingat saat2 kita siapkan assignment :)

last but not least untuk yang hmmm yang tersayang..uhuk uhuk uhuk..thanks pak cik..coz bagi semangat kat mak cik..walaupun kadang2 time nak quiz, test or final exam kita bergaduh sakan, sampai mak cik mogok tak mau contact pak cik dah (kononnya la) but you never stop to wish good luck & bagi kata2 perangsang untuk mak cik buat yang terbaik masa exam <3

oh tak dilupakan juga buat UiTM (uitm dihatiku) sebab memberi peluang untuk menerima aku sebagai pelajar mereka :) UiTM mengubah destini anak bangsa.. #terharu.. rasa macam nak nyanyi kuat2 lagu UiTM..hahaha

i'm so excited..bulan 5 ni aku akan berkonvo..now i'm officially become alumni of UiTM #proud

semoga diberi kesihatan yang baik & umur dipanjangkan agar sempat berkonvo..aminnnnn..hehehe..
love this moment :)

Monday, February 20, 2012

zaman sekolah: aku pelajar bermasalah

Reactions: 
0 comments
assalamualaikum..

ha baru2 ni aku dok kemas2 almari buku aku..then terjumpa la satu kotak hikmat..haha..kotak ni memang penuh la dengan segala jenis surat dan kad raya dari kawan2..belek punya belek, tiba2 terjumpa sekeping kertas yang dilipat2..kertas apa pulak ni..aishhh..nervous gak nak bukak time tu..kot2 surat wasiat ke kan..kekeke..bila bukak nahhhh hambikkk ko..SURAT AMARAN PERTAMA..daripada penolong kanan hal ehwal murid+guru kelas..ouchhhh..sangat tragik bila di kenang kembali saat2 penyerahan surat amaran tu daripada ustazah aka guru kelas kepada aku..

untuk pengetahuan korang (kalau nak tau la kan), aku ni memang seorang pelajar yang paling suka ponteng sekolah..aktiviti ponteng memonteng ni memang dah sebati dalam diri aku sejak darjah 3 lagi..hahaha..dalam seminggu tu adaaaaa je alasan tak mau p sekolah..bangun lambatlah..sakit perut lah..penat lah..tapi alasan favourite-->sakit kepala..kekeke.. naik sekolah menengah attitude still tak berubah..tapi dah berkuranglah sikit tapi still ada gak ponteng2 ni..masa form 3 pernah kena tegur dengan guru disiplin..namanya ustazah yasamin..ustazah ni bukanlah guru kelas aku pun, tapi kebetulan dia ganti cikgu tak datang, dan2 la time tu dia buat spot check kehadiran..sememangnya aku time tu sebagai ratu ponteng kelas memang tak terlepas ler kena marah dengan ustazah depan member2 kelas..sejak hari tu aku benci dia..kekekeke..

form 4 aku dah pindah sekolah..masa form 4 tu aku dah tak ada problem ponteng2 sekolah lagi..sebabnya aku dah puas bercuti 4 bulan..semuanya gara2 permohonan pindah dari sekolah teknik ke sekolah biasa tak berjaya..so 4 bulan tu memang aku enjoy duduk rumah tanpa risau memikirkan SPM..hahaha..bila dah dapat masuk sekolah balik confirm2 la rasa ghairah nak p sekolah..

masuk form 5 perangai lama dah kembali semula..nak2 pulak sekolah baru aku ni tiap2 hari ada perhimpunan..pukul 7.20pagi semua mesti dah ada dekat tapak perhimpunan..siapa lambat kena duduk tepi menanti untuk di denda..malu woooooo..muka dah la suci, tapi selalu kena denda..mana tahan..bukan aku sengaja datang lambat, kadang2 bas yang datang lambat..lepas tu nak kena mendaki bukit (almaklum ler sekolah atas bukit) so lambat la sikit sampainya..untuk mengelakkan diri daripada kena denda lagi, jalan penyelesaiannya adalah ponteng sekolah..bagus punya alasan kan..hahahahaha..masalahnya dah tau tak datang sekolah, tak reti2 nak buat surat tak datang..mak & abah tak mau sign surat tu sebab tak mau bersubahat dengan aku lagi..guru kelas pun dah muak nak mintak surat tak datang tu kat aku banyak kali..tau2 jew dapat surat cinta ni--->
(klik untuk lebih jelas)

reaksi mak abah-->mengamuk lerrrrr..
reaksi aku-->cool, relaks..hahahaha..

surat jawapan tu aku buat dunno je..tak hantar balik kat sekolah pun..hehehe..bulan pertama lepas dapat surat amaran tu full attendance..masuk bulan ke 2 buat perangai balik..kekeke..nasib baik ler masa masuk uitm perangai tu aku tak bawak2 lagi..sebabnya bila dah duduk sebilik dengan budak2 rajin ke kelas, kita pun terikut2 la budaya rajin tu..

so pesanan ikhlas buat adik2 yang malas ke sekolah especially pada hari isnin-->
nak ponteng boleh tapi make sure pelajaran tak terjejas dan pandai2lah jawab dengan parents kalau dapat surat amaran dari sekolah...hakhakhahhak..ajaran songsang ni..cikgu2 jangan marah haaaaaa ;p

Wednesday, January 25, 2012

alahai lipan

Reactions: 
8 comments
hadoiiii...aku paling benci dengan lipan..tapi kenapa aku selalu sangat terjumpa dengan serangga berbisa ni..fobia aku dibuatnya..semalam aku buat operasi membersihkan bilik air..yelah dah berbulan aku tak guna bilik air tu..jadinya haruslah dibersihkan segala kekotoran especially kat kolam..tengah syok buang air guna gayung, nampak macam benda panjang2 dalam air tu..tapi tak jelas sebab air kolam tu still penuh..dengan berhati2 aku pun buang slow2 air kolam..dalam hati ni dah fikir mesti lipan sebab dah 2x aku jumpa lipan dalam bilik air ni..nahhhh..akhirnya terang tak payah bersuluh lagi memang sah lipan dalam kolam tu..auwwww..meremang bulu roma aku..mencik mencik mencik!!!aku mencik lipannnnn..

nasib baik  4 5 hari ni aku mandi guna getah paip jew..kalau aku mandi guna air kolam tu alahai tak tau apa jadi..mau nya bengkak kena gigit, tak pun pengsan sebab lipan ni walaupun kecik tapi bisanya bahaya jugak..


...................................................................................................................................
 meh close up sikit lipan jahat ni..huhuhu
euwwwww...meremang weh tengok lipan ni..!!!


agak2 kalau kena sengat apa yang perlu kita lakukan?tau tak tau tak?haaaa tak tau??wokeh2 ni aku dah search tips2 untuk rawatan digigit lipan..

  1. TEMBAKAU:  ambil tembakau, kunyah2 sikit (jangan telan lak) then sapukan air perahan tembakau tu kat tempat kena gigit..tak ada tembakau?okeh baca tips kedua pulak :)
  2. ASAM JAWA:  ha asam jawa ni senang sikit nak dapat kan..mesti ada kat dapur tu..sonang jo, ambil sedikit asam jawa, bancuh sikit dengan air, then air perahan asam jawa tu disapu pada tempat yang kena gigit tu..buat berulang kali sampai rasa sakit tu hilang..ada jugak yang kata tampal jew asam jawa tu kat tempat gigitan..tak payah perah2..kalau tak hilang gak?next tips..
  3. PERGI HOSPITAL:  kalau rawatan tradisional tak berkesan, jangan tunggu lama2, p jew hospital tu..nanti doctor bagi injection..kalau dibiarkan boleh bawak maut tau..yelah ada orang yang alergik dengan bisa lipan..so kena cepat2 dapatkan rawatan ok :)
yang paling best aku jumpa information pasal sumpahan ular & lipan..orang tua dulu2 ada bagi tips atau pantang larang bila berhadapan dengan ular & lipan..
-  jumpa ular, jangan terjerit2 sebut ular! ular! ular! tapi panggilah ia dengan nama akar rotan! kekekeke..
-  kalau jumpa lipan lak, kena sebut tulang lauk..hahahahaha..lagi kelakar :p
kononnya kalau sebut akar rotan or tulang lauk tu akan membuatkan ular & lipan tu jadi lemah, lesu dan tak bermaya..so senang la nak bunuh..wow!!hebat2 :) kelakar kan tapi cuba jelah..kot2 berkesan..kekeke..yang aku tau kalau jumpa ular just pukul dengan buluh, insyallah ular tu jadi lemah..wallahualam :)

okeh itu sahaja tips2 yang aku dapat..harap2nya berguna untuk pembaca blog aku ni..
assalamualaikum :)

Wednesday, January 18, 2012

Friday, January 13, 2012

baucar buku 1Malaysia

Reactions: 
4 comments

assalamualaikum..

yeay!!terima kasih kepada kerajaan Malaysia sebab bagi baucar buku rm200 kat pelajar2 IPTA/IPTS/POLI..tak kisah la kalau ni salah satu strategi diorang untuk menawan hati pelajar untuk mengundi kerajaan..janji pelajar2 macam aku ni dapat baucar..hehehe..soal undi atau tak terpulang la pada kita kan..apa2 pun harap baucar ni dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar2..

macam aku kira beruntung la sebab even sem ni sem terakhir (perhaps), tp still layak dapat baucar buku ni..dah orang nak bagi ambil jelah kan..nak beli buku akademik, macam dah tak ada keperluan pulak..so daripada membazir baik aku beli somehing yang boleh dibaca..tak kiralah ilmiah ke tak..yang penting budaya membaca tu diterapkan dalam kehidupan seharian..chewahhhh..berbunga sangat ayat ni ;p

jeng jeng jeng..inilah novel2 yang aku beli guna baucar buku tu..berdosa tak agak2nya?huhuhu..tetiba rasa bersalah sebab tak beli buku berbentuk ilmiah..hmmm..buat adik2 yang still belajar tu, gunakan duit tu untuk beli buku berbentuk akademik tau..jangan beli novel macam akak..akak tak apa la jugak, dah habis belajar..hihihihihihihi ;)


member aku gelakkan aku sebab beli novel bicara hati..sebab novel ni dia dah baca since zaman sekolah menengah lagi..tapi aku tak pernah baca lagi even buku ni dah keluar since 2003..almaklumlah aku ni bukan gila novel pun..sepanjang hidup baru 2x aku beli novel..hahahaha..yang lain aku pinjam kat library atau dari kawan2 jew..yang pasti kebanyakkan novel yang aku pilih tadi berkenaan kahwin paksa..aishhh..aku pun tak perasan masa beli..dah balik tu dok belek2 baru perasan..hahahaha..


aku beli 2 novel karya hlovate..dengar cerita novel2 dia best..tapi tak tau la betul kew tak..nanti dah habis baca baru boleh judge ek..

ha yang ni pulak untuk mak aku & aiman..harap2 diorang suka la..tak tau nak beli apa dah..

hari ni seronok sangat dapat shopping novel..rasa macam anak orang kaya sekejap sebab beli novel sampai beratus2 ringgit..yelah selama ni nak beli satu novel pon berkira2..perlu kew tak..best kew tak..berbaloi kew tak..tapi hari ni belek2 novel, terus beli..kalau tiap2 bulan macam ni kan best!hahaha..dok belek2 sampai tak sedar rupa2nya dah 2jam aku kat MPH tu..sampai lenguh2 kaki sebab lama sangat berdiri dok belek2 buku kat situ..lagi best tengok gelagat kawan2 yang lain sibuk pilih buku..ada yang dah nak dekat 2jam lebih tak reti2 lagi nak keluar dari situ..aihhh..ni baru rm200..agak2nya kalau dapat baucar rm500 atau rm1000 maunya tokei kedai buku tu halau balik..hahahaha..