Monday, December 26, 2011

kek lapis kukus

Reactions: 
anda mau resepi?
ini dia chef mojako  mau kasik resepi kek lapis kukus..
hikhikhik..

sebelum bagi resepi, nak kasik tengok dulu rupa kek lapis kukus ni..kasik korang meleleh air liur bila tengok..hahahaha..




haaa..yang atas tu contoh2 kek lapis daripada incik google..actually resepi asal kek ni letak hawflakes..apa itu hawflakes?ha sila tengok gambar bawah ni..aku confirm masa kecik2 korang suka makan kan..aku pun suka..tapi kan.......ramai yang kata hawflakes ni tak halal sebab tak ada tanda halal dari jakim, so aku dah tak makan & tak letak kat kek ni..but kalau korang nak letak jugak, terpulanglah..tepuk dada tanya iman :) kalau rasa was2 baik elakkan yer..*pesanan ikhlas*


okeh yang bawah ni pulak gambar kek lapis kukus hasil air tangan aku sendiri..

yang ni first time aku buat..sorry gambar tak lawo..kamera hp jew pon ;p

alamak buruk beno rupa kek aku ni..sorry lapisan kek tak menjadi..hehehe
this was my 2nd time buat kek lapis kukus ni..yang ni aku letak oreo..tapi oreo pasar jela..yang 3 bungkus rm5 tu..hehehehe..mak aku kata oreo pasar tak sedap..so korang gune biskut orea yang original tu tau..baru umphhh :) 

tanpa membuang masa korang, meh tengok resepi kek lapis kukus ni..ada dua resepi tau..first resepi adalah resepi asal from my housemate, fina..and the second one, my own recipe..hehehehe..

resepi asal dari my housemate

Bahan A
8 biji telur

Bahan B
340g marjerin
300g gula kastor

Bahan C
340g biskut marie yang telah diblend halus
100g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

4 sudu susu pekat
jem strawberi
dua pewarna (merah & hijau..gune colour lain pon boleh..rasa tetap sama..heeeeee )

okeh untuk resepi aku pulak aku guna sukatan cawan..actually aku tak berapa pandai nak masak gune sukatan gm (tak ada penimbang)..so aku memandai2 sendiri budget sukatan nya..tapi menjadi jugak kek tu :)

Bahan A
8 biji telur

Bahan B
2 3/4 cawan marjerin
2 1/2 cawan gula kastor

Bahan C
2 3/4 cawan biskut marie yang telah diblend halus (dapat daripada sepeket biskut marie 320g )
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik..esen vanilla aku tak letak sebab tak ada..hehehehe

setengah tin susu pekat
jem strawberi/jem blueberry
dua pewarna

optional:
orea (buang cream dia)


cara-cara buat bancuhan kek:
  1. ayak semua bahan C
  2. pukul kembang bahan A..make sure masa kembangkan tu, asingkan telur putih & kuning..
  3. pukul sampai kembang bahan B pulak..
  4. campur bancuhan A & B
  5. then masukkan bahan2 C sedikit demi sedikit..time ni adun pakai senduk pon boleh..
  6. masukkan susu pekat
  7. asingkan bancuhan kepada 2 bahagian..letakkan sesudu pewarna..kalau nak buat colour banyak2 pun boleh..ikut kreativiti :)

cara-cara kukus:


  1. first kenalah didihkan air pengukus..
  2. then letakkan kertas minyak sebagai pelapis kek kat loyang..tapi aku guna surat khabar jew..hahahahaha..kalau tak gune pelapis nanti kek melekat2 kat loyang..
  3. masukkan satu senduk setengah bancuhan pertama..
  4. kukus agak2 kek tu dah masak..(lebih kurang 10-15minit)
  5. then sapukan jem strawberi kat lapisan atas..kalau nak letak oreo/hawflakes susun jew kat atas..
  6. masukkan bancuhan kedua..
  7. kukus lagi macam step atas tu & ulangi langkah sampai habis bancuhan :)
  8. untuk tips mengukus, letak aluminium foil kat atas loyang supaya air kukus tak masuk kedalam kek..tapi aku gune penutup periuk jew..hehehehe..
  9. siap dihidang :)
*tiba2 terbayang jem coklat nutella..kalau letak kat setiap lapisan kek ni mesti sedap..nyum3*

bahan2 kat atas ni boleh hasilkan dua loyang kek bersaiz sederhana :)
okey selamat mencuba yer :)


0 comments:

Post a Comment