Friday, December 30, 2011

split personality

Reactions: 
2 comments

berpura2 bahagia..berpura2 kuat..
tapi hakikatnya
sedang berduka..terasa lemah..
ciitttt..
entah apa2 la kau ni ilah..
huhuhu..

Wednesday, December 28, 2011

doodle: pasangan bahagia

Reactions: 
11 comments
Jika inginkan yang solehah..
janganlah cerewet mencari yang solehah..
tetapi berusahalah menjadi yang soleh..
jika inginkan yang soleh..
Kurangkan agenda mencari soleh..
tetapi berusahalah menjadi yang solehah
*ayat curik dari fb*
:)
aku suka giler dengan ayat ni..
yelah manusia ni kadang2 nak yang perfect jew..
sampai tak sedar diri sendiri pun masih banyak kekurangan..
so muhasabahlah diri kita agar menerima pasangan kita seadanya..
semoga aku menjadi wanita solehah agar aku dapat bertemu dengan lelaki yang soleh :)
aminnnnnn..














wordless wednesday: JIKA HATI

Reactions: 
0 comments

Tuesday, December 27, 2011

doodle muslimah :)

Reactions: 
19 comments
assalamualaikum..

hari ni terlebih rajin la nak doodling ni ha..godek2 inbox fb, terbaca plak mesej dari adik diela adila yang nak doodle pakai tudung colour pink..kesian dia..dah berbulan mintak aku tolong lukiskan, baru hari ni sempat buat..sorry ye adik tomei..akak busy sikit hari tu..hehehehe..nah amek ler doodle akak yang tak seberapa ni..ikhlas dari lubuk hati akak nak bagi ni..chewahhhh :p 


 for those yang rasa2 macam nak doodle ni, dipersilakan la yer mengcopy ia :)







p/s: bila tengok balik doodles ni rasa macam diri ni kanak2 ribena pulak dok melukis kartun..padahal dah boleh jadi mak orang dah.hahahahaha (^^,)
anak buah aku pandai betul complaint lukisan aku ni..
aiman--> mak lang, kaki kartun tu tak sama besar la..satu kaki tu tajam..
aku-->mak lang saja jew buat tak sama besar -___-"

ANDAI ~~

Reactions: 
0 comments
*ayat ini dicopy dari facebook (harap maklum)


Andai suatu saat aku hilang daripada pandanganmu..
Usah kau cari aku..
Kerana aku tidak pernah meninggalkanmu..
Andai suatu saat aku berhenti menghubungi dirimu..
Usah kau gusar kerana aku juga ingin waktu untuk diriku..
Andai suatu saat aku mengalirkan air mataku..
Usah kau usap kerana aku ingin membasuh kekecewaan hatiku..


Namun andai saat engkau hilang daripada pandanganku..
Aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu..
Andai suatu saat engkau berhenti menjawab panggilanku..
Ingatlah aku sentiasa ada saat-saat kau memerlukan diriku..
Andai suatu saat kau tersenyum bahagia..
Aku juga akan tersenyum gembira melihat dirimu bahagia..


Cuma pesanku..
Andai suatu saat engkau memerlukan aku..
Dan aku tiada untuk membantumu..
Bukan kerana aku membenci dirimu..
Tetapi kerana aku takut aku akan menyakiti hatimu 


Monday, December 26, 2011

kek lapis kukus

Reactions: 
0 comments
anda mau resepi?
ini dia chef mojako  mau kasik resepi kek lapis kukus..
hikhikhik..

sebelum bagi resepi, nak kasik tengok dulu rupa kek lapis kukus ni..kasik korang meleleh air liur bila tengok..hahahaha..




haaa..yang atas tu contoh2 kek lapis daripada incik google..actually resepi asal kek ni letak hawflakes..apa itu hawflakes?ha sila tengok gambar bawah ni..aku confirm masa kecik2 korang suka makan kan..aku pun suka..tapi kan.......ramai yang kata hawflakes ni tak halal sebab tak ada tanda halal dari jakim, so aku dah tak makan & tak letak kat kek ni..but kalau korang nak letak jugak, terpulanglah..tepuk dada tanya iman :) kalau rasa was2 baik elakkan yer..*pesanan ikhlas*


okeh yang bawah ni pulak gambar kek lapis kukus hasil air tangan aku sendiri..

yang ni first time aku buat..sorry gambar tak lawo..kamera hp jew pon ;p

alamak buruk beno rupa kek aku ni..sorry lapisan kek tak menjadi..hehehe
this was my 2nd time buat kek lapis kukus ni..yang ni aku letak oreo..tapi oreo pasar jela..yang 3 bungkus rm5 tu..hehehehe..mak aku kata oreo pasar tak sedap..so korang gune biskut orea yang original tu tau..baru umphhh :) 

tanpa membuang masa korang, meh tengok resepi kek lapis kukus ni..ada dua resepi tau..first resepi adalah resepi asal from my housemate, fina..and the second one, my own recipe..hehehehe..

resepi asal dari my housemate

Bahan A
8 biji telur

Bahan B
340g marjerin
300g gula kastor

Bahan C
340g biskut marie yang telah diblend halus
100g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

4 sudu susu pekat
jem strawberi
dua pewarna (merah & hijau..gune colour lain pon boleh..rasa tetap sama..heeeeee )

okeh untuk resepi aku pulak aku guna sukatan cawan..actually aku tak berapa pandai nak masak gune sukatan gm (tak ada penimbang)..so aku memandai2 sendiri budget sukatan nya..tapi menjadi jugak kek tu :)

Bahan A
8 biji telur

Bahan B
2 3/4 cawan marjerin
2 1/2 cawan gula kastor

Bahan C
2 3/4 cawan biskut marie yang telah diblend halus (dapat daripada sepeket biskut marie 320g )
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik..esen vanilla aku tak letak sebab tak ada..hehehehe

setengah tin susu pekat
jem strawberi/jem blueberry
dua pewarna

optional:
orea (buang cream dia)


cara-cara buat bancuhan kek:
  1. ayak semua bahan C
  2. pukul kembang bahan A..make sure masa kembangkan tu, asingkan telur putih & kuning..
  3. pukul sampai kembang bahan B pulak..
  4. campur bancuhan A & B
  5. then masukkan bahan2 C sedikit demi sedikit..time ni adun pakai senduk pon boleh..
  6. masukkan susu pekat
  7. asingkan bancuhan kepada 2 bahagian..letakkan sesudu pewarna..kalau nak buat colour banyak2 pun boleh..ikut kreativiti :)

cara-cara kukus:


  1. first kenalah didihkan air pengukus..
  2. then letakkan kertas minyak sebagai pelapis kek kat loyang..tapi aku guna surat khabar jew..hahahahaha..kalau tak gune pelapis nanti kek melekat2 kat loyang..
  3. masukkan satu senduk setengah bancuhan pertama..
  4. kukus agak2 kek tu dah masak..(lebih kurang 10-15minit)
  5. then sapukan jem strawberi kat lapisan atas..kalau nak letak oreo/hawflakes susun jew kat atas..
  6. masukkan bancuhan kedua..
  7. kukus lagi macam step atas tu & ulangi langkah sampai habis bancuhan :)
  8. untuk tips mengukus, letak aluminium foil kat atas loyang supaya air kukus tak masuk kedalam kek..tapi aku gune penutup periuk jew..hehehehe..
  9. siap dihidang :)
*tiba2 terbayang jem coklat nutella..kalau letak kat setiap lapisan kek ni mesti sedap..nyum3*

bahan2 kat atas ni boleh hasilkan dua loyang kek bersaiz sederhana :)
okey selamat mencuba yer :)


aku kembali :)

Reactions: 
2 comments
yeahhh..

2 minggu yang sangat hectic telah berjaya ku lepasi..
macam2 dugaan yang aku hadapi..
presentation yang meleret2..
test yang berderet2..
huh...
ditambah dengan masalah peribadi..
macam2 kesedihan yang aku tanggung..
kadang2 rasa macam tak percaya aku berjaya tempuhi semua benda tu dengan jayanya..
alhamdulillah :)

sekarang hanya perlu tumpukan pada sesi revision..
kena study S.A.D (system analysis & design) yang sangat sad :(
kena study OHA yang sangat membosankan tu -____-"
kena study BPR (business process reengineering bkn bumi putra rockers) yang 'best' :|
kena study CHANGE yang tak pernah berjaya men'change'kn diri aku (^^^)

hahahahahahahha..gila gila gila..!!!
degree ni memang GILA..
degree membuatkan aku jadi gial..
siyesly tak sabar nak habiskan degree yang gila ni :)

apa2 pun buat masa sekarang aku nak focus pada dunia blogging..
yeahh..
rindu nak merepek2 kat blog..
rindu nak berdoodling..
rindu nak terjah blog orang..

so line, please be nice with me..
jangan slow sangat okeh :)

*apa yang aku merepek ni?*
*sorry*

Saturday, December 10, 2011

sibuk :(

Reactions: 
2 comments
tak sabar nak habiskan degree ni..
end of january tahun depan aku akan merdeka..!!
yeayyy merdeka..
insyallah kalau tak ada repeat paper la kan..kakaka..
fuhhh..tak mo tak mo..
jangan sesekali mencipta sejarah repeat merepeat ni ilah oiii..
huhuhu..
lepas merdeka bolehlah aku berblogging sepuas hati..
errr..bunyinya macam tak nak kerja jew kan..hahaha..
aku berjanji yang aku akan:

balas semua message kat chatbox tu
follow blog follower aku
nak post entry banyak2
 *berangan je lebih ni*
kalau aku lupa sila ingatkan aku :)

final exam will coming soon~~
so far NO preparation~~
(-____-)"
next 2 weeks will be the most hard time for me~~
submit assignmentS, presentationS, sit for the testS~~
YA ALLAH, please give me a strength to face all these~~
frens, wish me luck ok!!
daaaa...
assalamualaikum..