Saturday, November 26, 2011

salam maal hijrah & blog aku dah setahun usianya :)

Reactions: 

assalamualaikum..salam maaf hijrah 1433..semoga dengan kedatangan tahun baru ni, diharapkan dapat memberikan keberkatan dan kebahagian dalam hidup kita semua..sempena tahun baru ni, aku nak meminta maaf andai ada terkasar bahasa atau tergedik lebih kat blog ni..sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari diri aku sendiri T__T 

sebagai manusia biasa, aku tak terlepas dari membuat kesilapan..dan terima kasih yang tak terhingga pada sahabat blogger yang pernah menegur entry2 aku yang agak over tu..aku tak marah malah bersyukur sebab ada yang berani menengur :) selagi kita tak ditegur, kita akan terbuai2 dengan dunia kita sendiri sampai lupa mana yang halal mana yang haram T__T

anyway, untuk pengetahun sahabat2 blogger, hari ni genap la usia setahun dua hari blog ni..tak sangka pulak blog aku ada yang sudi nak follow..ikutkan masa buat blog dulu tak terfikir pun akan dapat follower macam sekarang ni..hehehe..masa mula2 tu ada 10 orang sudi follow, tu pun dah rasa excited gila..tapi sekarang aku tak fikirkan jumlah follower..sebabnya aku rasa MALU..malu sebab jumlah follower ada pertambahan, tapi kualiti entry dalam blog aku ni masih kat takuk lama..balik2 kisah cinta yang entah apa2 tu..iskkk..mesti korang muak kan..sorry ye..hehehe

insyallah aku cuba hasilkan entry yang lain pulak lepas ni..tu pun bergantung pada masa la..almaklumlah sekarang ni lagi sebulan jew nak final exam..so agak busy sikit..pada sahabat2 blogger yang tinggalkan komen kat shoutbox, sorry tau kalau aku tak sempat nak terjah balik blog korang..insyallah aku akan terjah & follow blog korang tu :)

terima kasih diucapkan pada follower, pada tukang komen yang rajin terjah n komen kat entry2 aku & pada tukang pemberi nasihat, thanx a lot :)

p/s: oh ya, jangan la ada yang buat spekulasi yang bukan2 bila tengok aku dah tak post pasal kisah cinta aku kat blog ni..aku dengan incik rashid still ok..cuma sekarang ni aku tak mau dah cerita pasal cinta2 eww eww tu..itu yang seharusnya aku buat dari dulu..malu+geli pulak bila baca entry2 lama tu..gila over kot..apa la perasaan korang bila baca..mesti muntah hijau 3hari 3malam kan..muahahaha..so aku dah transfer entry2 poyo tu ke private blog & delete kat blog ni :)

akhir kata majulah sukan untuk negara..kehkehkeh ;p

0 comments:

Post a Comment