Sunday, November 27, 2011

doodle: untuk temanku & pasangannya :)

Reactions: 
5 comments
assalamualaikum..
wah sudah lama ku tak berdoodle..hari ni tetiba mai mood nak melukis..so untuk hidayathul, i made this doodle specially for you..okeh dear :) hope u will like it..sorry sangat dah lama kamu mintak kan..hari ni baru dapat buat..sorry sorry sorry :(



kalau tak berkenan dengan colour doodle ni bagitau tau..nanti aku tukar kan :)
tag: hidayathul

Saturday, November 26, 2011

salam maal hijrah & blog aku dah setahun usianya :)

Reactions: 
0 comments

assalamualaikum..salam maaf hijrah 1433..semoga dengan kedatangan tahun baru ni, diharapkan dapat memberikan keberkatan dan kebahagian dalam hidup kita semua..sempena tahun baru ni, aku nak meminta maaf andai ada terkasar bahasa atau tergedik lebih kat blog ni..sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari diri aku sendiri T__T 

sebagai manusia biasa, aku tak terlepas dari membuat kesilapan..dan terima kasih yang tak terhingga pada sahabat blogger yang pernah menegur entry2 aku yang agak over tu..aku tak marah malah bersyukur sebab ada yang berani menengur :) selagi kita tak ditegur, kita akan terbuai2 dengan dunia kita sendiri sampai lupa mana yang halal mana yang haram T__T

anyway, untuk pengetahun sahabat2 blogger, hari ni genap la usia setahun dua hari blog ni..tak sangka pulak blog aku ada yang sudi nak follow..ikutkan masa buat blog dulu tak terfikir pun akan dapat follower macam sekarang ni..hehehe..masa mula2 tu ada 10 orang sudi follow, tu pun dah rasa excited gila..tapi sekarang aku tak fikirkan jumlah follower..sebabnya aku rasa MALU..malu sebab jumlah follower ada pertambahan, tapi kualiti entry dalam blog aku ni masih kat takuk lama..balik2 kisah cinta yang entah apa2 tu..iskkk..mesti korang muak kan..sorry ye..hehehe

insyallah aku cuba hasilkan entry yang lain pulak lepas ni..tu pun bergantung pada masa la..almaklumlah sekarang ni lagi sebulan jew nak final exam..so agak busy sikit..pada sahabat2 blogger yang tinggalkan komen kat shoutbox, sorry tau kalau aku tak sempat nak terjah balik blog korang..insyallah aku akan terjah & follow blog korang tu :)

terima kasih diucapkan pada follower, pada tukang komen yang rajin terjah n komen kat entry2 aku & pada tukang pemberi nasihat, thanx a lot :)

p/s: oh ya, jangan la ada yang buat spekulasi yang bukan2 bila tengok aku dah tak post pasal kisah cinta aku kat blog ni..aku dengan incik rashid still ok..cuma sekarang ni aku tak mau dah cerita pasal cinta2 eww eww tu..itu yang seharusnya aku buat dari dulu..malu+geli pulak bila baca entry2 lama tu..gila over kot..apa la perasaan korang bila baca..mesti muntah hijau 3hari 3malam kan..muahahaha..so aku dah transfer entry2 poyo tu ke private blog & delete kat blog ni :)

akhir kata majulah sukan untuk negara..kehkehkeh ;p

Thursday, November 10, 2011

dilema :(

Reactions: 
10 comments

hmmmm...nak apply kew tak ek? kalau apply, nak ambil coursework or research????arghhhhhh..tak boleh buat keputusan :(

Tuesday, November 8, 2011

jawapan kepada persoalan cik citrus azwa :)

Reactions: 
5 comments


finally, terjawab jua segala persoalan yang dikemukan oleh citrus azwa kepada blogger2 termasuk ler aku..sorry yer dik lambat jawab..la ni jarang update blog da..almaklum ler bz aka buat2 bz dengan assignment la, test la, quiz la..aishhh...apa2 pun harap cik citrus azwa berpuas hati ler dengan jawapan2 skema aku ni..kekekeke..
  1. If anda ada anak,apa nama anak lelaki dan perempuan yg anda nk letak?? just imagine je..;)
    -alamak..nama lelaki tak pernah fikir lak..tu bagi kat incik suami yang pilih nanti..tapi kalau anak perempuan, dari dulu suka sangat dengan nama nurul izzah syazirah..hehehe..or maybe letak nama siti nurhaliza jew kot sebab aku die hard fan siti nurhaliza :p
  2. Kalau masa lapang anda suka buat apa?
    -haruslah tidur, tidur & tidurrrrrrr ^^,
  3. If one day u win cash rm100k,apa perkara penting anda nak buat guna duit tu??
    -1st of all mestilah nak p haji..kalau boleh nak bawak satu family p sana..then sedekah la sikit kat anak yatim..*saham akhirat* after that kalau ada lebih nak beli kamera DSLR,  bayar duit PTPTN..kalau ada lebih lagiiiiii, nak p slimming world..hahahhaahhahaha..lepas tu nak simpan sikit untuk buat modal bisnes baju plus size..errrr..macam tak cukup jew 100k tu..kekeke..
  4. Apa nama binatang peliharaan anda?Kalau tiada,just imagine je...
    -aku tak ada binatang peliharaan, tapi dulu abah ada bela kucing..nama tompok..tapi anak buah panggil tomok..sampai kucing tu mati nama tomok still melekat kat dier..kekeke.
  5. Perkara paling bodoh dlm hidup anda pernah buat??
    -masa sekolah rendah dulu selalu p perpustakaan awam..otw balik tu mesti singgah jap kat bawah jambatan sungai untuk melepak2..then nak dijadikan cerita, tengah syok melepak, ternampak sesuatu kat tebing sungai tu..benda tu ala2 macam satu gumpalan taik (er tak tau penjodoh bilangan untuk taik..gumpalan?ketulan?selambak??????hahahah)..tapi dalam hati ni still was2 betul kew tu taik..then aku ambil satu batang ranting, aku p cucuk taik tu..then bau!! waaaaaa..SAH taik..!! hahaha..apalagi termuntak ler jawabnya..dah tau tu taik lagi nak bau kn..tu la kerja paling BODOH pernah aku buat..hahahahaha..
  6. Masakan ibu anda paling sedap??
    -kuah lodeh aka kuah lontong..orang lain tak boleh lawan kesedapan kuah lodeh mak..terbaekkkkk!!nak cuba?raya mai la rumah :)
  7. Status diri anda terkini..haha...Just answer SINGLE atau BERPUNYA...hihih
    -errrr..4jam yang lepas SINGLE..tapi sekarang BERPUNYA balik..hahahahaha..
  8. Birthday kamu?? tapi rahsiakan tahun ye..;)
    -9 Oktober..tragedi oktober gitu :p
  9. Apa perkara paling penting dalam hidup anda?
    -kasih sayang :)
  10. Nyatakan anda seorang yg macam mana dalam satu ayat...;)
    -badan jew besar tapi hati nipis senipis kulit bawang..hahaahah
  11. Akhir sekali... apa pendapat anda tentang blog saya??tak kisahlah kritikan ke apa ker...;) utk tinjauan..hahaha
    -blog anda best..ada kisah personal, ada kisah artis..ada resepi kek..aishh..semua adalah :) dair segi layout, ok not bad..tak adalah serabut sangat kan :) apa2 pun uitm dihatiku..chewahhh..*tetiba*

selamat jalan

Reactions: 
0 comments
baru sebentar tadi kita saling berbalas senyum
mengapa harus kini kita berpaling?
dengar sini sayangku , aku bukannya angkuh
cuma buntu , kesejukan , ditinggalkanmu
mungkin kau tak mengerti
apa yang ku cuba sampaikan
namun aku memahami jelas kehendakmu
dan apa lagi yg mampu ku lakukan
selain menelan pahitnya dan akur?
(chorus)
selamat jalan , semoga cerah masa hadapan
jagalah diri , kau pasti bahagia tanpa ku disisi
hanya satu yang ku harapkan , moga kau takkan lupakan
masa-masa silam kita , di mana kita pernah senyum bersama
maafkan , ku tak bermaksud menghantar mu jauh
kukesali , lukamu tidak bisa lagi diubati
namun ku tetap sayangkan mu
dan tiada yang bisa mengubah

(chorus)
ku kesali , waktu ini tidak sempat lagi
ku terlambat , namun kau sentiasa hampir di ingatan
selamat jalan , jagalah diri
jangan kau lupakan , yg pada suatu masa dahulu
kita pernah bahagia bersama