Sunday, September 25, 2011

nur janah allia

Reactions: 
7 comments
assalamualaikum..

hari ni nak cerita sikit tentang penyanyi yang suara sedap+muka cun gilerrrr - Nur Janah Allia..kalau korang nak tau, entry aku yang paling popular adalah berkaitan dengan lagu you yang dinyanyikan oleh nur janah allia ni..korang boleh refer kat entry NI untuk dengar lagu you tu..siyes sedap okeh!


kalau tengok kat stats aku, entry pasal lagu dia ni jauh meninggalkan entry2 lain..dan aku tau jugak, ramai follower blog aku ni adalah peminat nur janah allia..ada yang singgah untuk cari lirik lagu ni, then terus follow blog aku..hehehe :)

dan sejujurnya sebelum ni aku tak tau siapa nur janah allia ni..macam misteri jew..sebab bila aku search kat google image, tak jumpa muka dia..rupa2nya selama ni aku eja nama dia salah..memandai ubah ejaan nama dia, tu pasai tak kuar..hahaha

btw, aku nak ucapkan tenks kat adik sendang sebab suggest link page nur janah allia ni :)

akhirnya dapat gak aku tengok muka penyanyi lagu you ni..hehehe..

sungguh aku suka dengan suara lembut penyanyi ni..bila dengar malam2 rasa macam terbuai2 pulak..nak2 pulak time tengah gaduh dengan bf, memang ler syahdu jew rasa..hehehe..

ha untuk peminat dia, apa lagi, korang p la like fanpage nur janah allia ni tau :)


penyanyi muslimah

alalala..tomeinye dia..hehehe


auwww..sangat manis..nasib ler aku pompuan..kalau tak mesti terpikat..hahaha

gambar credit to nur janah alia fanpage :)

Friday, September 23, 2011

doodle dan laptop

Reactions: 
11 comments
assalamualaikum..

doodle ni di request oleh adik nurfarah adibah .. sorry la yer, dah la lambat siap..tak cantik pulak tu..hehehe..

sorry beg lupa nak lukis..huhuhu


da modified sikit :)


hopes adik farah suka la yer..akak ni reti buat simple doodle jew..hehehe..

Thursday, September 22, 2011

UiTM di hatiku,, OMB66C di jiwaku.

Reactions: 
2 comments
chewahhhhh..tajuk tak boleh blah kan..kemain lagi dijiwaku konon..hahaha..pape pun memang aku sayang kat kawan2 omb66c ni..semuanya sporting..even dalam kelas ada group masing2, tapi still bersatu..chewah chewah chewahhhhhh :)






















to all of you, im wishing all the best for this final semester..

majlis jamuan kelas @sri pristana, saujana utama

Reactions: 
0 comments
assalamualaikum..

hari ni heaven sangat sebab class tak ada..so boleh la bermalas-malasan di pagi hari..dan boleh juga update blog..hehehe..okeh2 nak sambung kisah perap ayam semalam..

actually majlis jamuan ni start lepas maghrib..tapi budak2 perempuan awal2 lagi dah masak..tapi sedihnya aku tak dapat join diorang masak sebab tak ada transport..ingatnya lepas zuhur nak la mai rumah member tolong apa yang patut..tetiba2 roomate aku ada emergency case kena balik kampung, so aku tak menjadilah plan nak tolong tu..hehehe..last2 dengan muka tak malunya aku mintak nurul jemput aku lepas asar..yelah lagipun ayam perap tu kat rumah aku..kang tak ada siapa yang tolong ambil, tak jadi lak bbq..kekeke..

tapi tulah bila kata pukul 5, pukul 5.30 baru aku bersiap..nasib ler nurul tak mai awal sangat..elok2 aku bersiap, baru dia sampai :) otw p rumah member kat saujana utama tu, zuryn dah call2 aku..risau ler tu ayam bbq nya tak sampai2..hahaha..

sampai2 jew terus terjah dapur..nak tengok apa yang diorang dah masak..

yang kiri tu kuah spegheti dan yang kanan tu kuah mee kari..terliur den..tapi kena sabo..majlis tak start lagi..

acara membakar arang..nasib ler si rex ni berpengalaman bab2 ni..dia lah tukang hidupkan bara api..

kami hanya jadi pemerhati tak bergaji..kekeke..

ha kalau dah namanya perempuan, mesti gila bergambar..biasalah boleh buat kenang-kenangan :)

ha kek harijadi pun ada...ni sempena harijadi salah seorang classmate kiteorang..nama dia caroline..orang sarawak :)

yeay..dah siap pun hidupkan bara api..time untuk membako berBBQ :)

zuryn-tukang masak mee kari dan tukang bakar ayam..hehehe..

ha zikri, nadia & tarmizi gigih nyalakan bara api..sampai berpeluh2 diorang..hehehe

isk2..orang lain busy buat kerja, kami busy bergambar..kekeke

ni anak jiran sebelah..dia dok perhati jew kami buat kerja..tapi bila tegur dia malu2 kucing..

ika & wani..muka diorang ada iras2 macam artis..ika muka macam wan sharmila yang berlakon watak yvonne (yang jahat giler2) dalam draman nora elena tu..tapi dia tak lah jahat..baik jew..hehehe..yang wani pulak muka macam marion caunter..

sebahagian budak2 kelas aku..semuanya jenis sporting..

zuryn & zuhira..dioaranglah tuan rumah majlis jamuan kelas ni..sorang lagi hajar..

masing2 duk menunggu ayam bbq siap..



semua fokus kat zikri..hehehe

awat ain muka serious gila..ni mesti sebab lama sangat menunggu kan..hahahaha..

aiiiii gadis2 belon ni..hehehe


fuh baju pun dah bau asap..dah hilang bau perfume..heeeee ;p

nurul & zikri..

muka2 kuat berposing depan kamera..hehehe




ha ni menu lain selain daripada ayam BBQ..ada mee kari..spegheti..puding ada..coslow ada..kuih raya pun ada tau :)

koktail buah & air sirap limau..

lepas solat maghrib masing2 duduk berborak sementara menunggu lagi dua orang member sampai..

rajin diorang ni bersihkan lantai..bagus2..siapa yang nak cari menantu rajin, diorang maybe boleh dipertimbangkan..hahaha..

parti belon ke apa ni?hehehe

ha sampai jugak tetamu yang ditunggu2..semua bertepuk tangan..tandanya dah boleh start majlis & makannnnnnnnnnnnnn :)

sebelum tu kasik si carol ni tiup lilin dulu..yang kelakarnya si tarmizi nyanyi lagu 'allah selamatkan kamu'..padahal carol ni kristian..iskkk mizi ni tak sensitip langsung..hahaha..lagi satu yang kelakar, belum sempat habis kami menyanyi lagu happy birthday, carol dah siap tiup lilin..hehehe

muka kekenyangan..

blurrppp..alhamdulillah..sungguh kenyang hari tu..masa tengok makanan tu macam tak habis jew..tapi rupa2nya habis licin..hehehe..yelah semua sedap2..pandai betul diorang masak..aku usik2 tukang masak..aku cakap dah boleh kahwin ni..tersengih2 dia..hehehe..apa2 pun memang kiteorang enjoy gila malam tu..riuh rendah sekejap kat sri pristana tu dengan suara budak2 uitm ni..tenks a lot buat tuan rumah merangkap tukang masak..dan juga buat classmates, thanx sebab sangat sporting :) dah habis belajar nanti jangan lupe roger2 tau..chewahhh..ayat macam lah dah penghujung sem..padahal baru 2 minggu masuk kelas..kekeke..