Tuesday, August 2, 2011

minggu terakhir berpraktikal

Reactions: 
aish..mata ni tak boleh lelap pulak..so daripada baring didalam kegelapan tanpa arah tujuan, lebih baik aku on laptop, update blog sambil dengar lagu baru siti nurhaliza-falling in love & makan biskut raya buatan mak cik depan rumah yang tersangat la rangup..hehehe..
~~No I can’t seem to find myself, Oh I can’t seem to ease my mind, Oh I think I’m falling I’m falling and I can’t stop falling, I’m falling in love with you~~
macam biasalah nak cerita tentang kenangan berpratikal pada hari2 terakhir di jkr tu..pejam celik dah habis pun praktikal..alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar..kalau cerita bab praktikal ni,tak boleh lari dari kisah makan2..rezeki la katakan :)

hari rabu ada sorang staff sambut birthday dia..yang kelakarnya, birthday dia, dia yang belanja makan pizza hut..orang lain menumpang makan jew..hehehe..time pizza dah sampai office, aku pun buat2 lah tak nampak, kang diorang ajak makan aku tak tahu nak bagi alasan apa untu mengelak..yelah, semuanya lelaki..yang ada perempuan time tu aku jew..kak salmah kat surau..cik naomi pulak tak ada kat office sebab jaga kursus..takkan tetiba aku nak p serbu pizza tu..aish...

bau pizza tu dah menusuk kalbu, tapi tahan jelah..co-supervisor aku, encik hasbullah dah ajak aku makan..tapi aku cakap tak pelah..aku pun sambung la buat2 fokus kat monitor pc tu..then call masuk, kenalah jawab even time tu time rehat..tengah bercakap kat telefon tu, tiba2 encik hasbullah hulur pinggan..adehhhhh..seriously aku segan..tak tahu nak cakap apa..terkedu seketika..cakap terima kasih pun tak..dah orang bagi makan tu, aku bedal lah jugak sampai licin..hahahaha..


ha esoknya pulak, otw nak pergi kerja, tekak ni meronta2 nak makan nasi lemak lauk sotong kurita..perut pun dah menyanyi2..sampai2 office, terus campak beg, tak toleh kiri kanan, then terus turun ke kantin..punyalah happy hati ni bila nampak lauk sotong kurita tu..hahaha..tercapai hajat dihati :)

tamak giler..habis sotong tu aku ambil..last kopek lah kata kan..hihihi..

lunch hour pulak aku tak turun makan sebab dah kenyang makan nasi lemak pagi tadi..aku keluar jap p tandas..balik2 jew, baru nak duduk, encik hasbullah hulur kentang goreng..perghhh..rezeki2..dia kata ada client bawak mcd..so aku pun share2 dengan kak salmah..sekali lagi rasa terharu..baik betul encik hasbullah ni..menjaga kebajikan pekerja betul..ai nasiblah dia dah kahwin..opssss...just kidding..no gossip2..incik rashid jugak dihati..hehehehehehehe :)


sambil makan kentang, sambil berfb, bergosip dengan ayca+ayie..kekeke

hari terakhir praktikal adalah hari yang paling tak boleh dilupakan..mana taknya, pukul 9:15am baru sampai office..padahal masuk pukul 8:30..mentang2 hari terakhir suka suki jew masuk lambat..hahaha...tapi aku bukan sengaja pun..boleh pulak hari terakhir tu aku bangun lambat..tapi tak adalah lambat sangat..pukul 6:30 jew pun..tapi entah angin apa mak aku tu, nak masak pulak..selalunya kalau terlambat, tak masak pun..punyalah hangin aku..pukul 8.05 baru gerak..sempat singgah isi minyak lagi..sepanjang dalam kereta aku senyap jew..protes la konon..hahaha..

actually bukannya apa, aku risau sebab supervisor tak isi evaluation form lagi..kang disebabkan hari tu lewat, kena potong markah pulak..dah la masuk lambat, boleh pulak aku buat muka tak bersalah..dah letak beg, terus cepat2 aku masuk tandas..takut kena soal kenapa datang lambat..hehehe...nasib baik semuanya ok, tak ada pun nak bising2..lega2 :)

sempat lagi snap gambar semenatara tunggu mak masak..hehehe

tengah buat kerja, tiba2 supervisor tanya2 aku nak makan apa & kat mana ..dia nak bawak p makan2..adeh aku memang lemah bab ni..terus jadi malu2 kucing..sorang staff kat situ cadangkan makan kat solaris..masalahnya solaris tu pun aku tak tahu..hahaha...aku actually tak kisah pun diorang nak belanja atau tak..aku pun praktikal sebulan jew..tak banyak yang aku bantu..tapi yelah, orang2 jkr ni memang berbudi bahasa+pemurah..last2 dia decide belanja pizza..okeh sangat lah tu..tak payah aku ikut diorang p makan..hehehehe..

domino's pizza..aku semakin menyukainya..hehehe..cik naomi yang tolong orderkan..dia jugak yang tolong servekan..

ha yang belakang sekali tu la supervisor aku..nama dia Ir Janari..seriously dia sangat baik orangnya..staff yang lain pun baik..cuma aku ni jew malu2 kucing nak bercampur diorang..kebetulan adik aku pun ada, so dengan muka tak malunya aku ajak dia join sekali..tapi lupa nak snap gambar dia..hehehe..

ha ni dengan kak salmah..orang nya peramah gila..kalau berborak memang tak pernah kering idea..selalunya dia la tempat aku berborak..

bergambar kenangan dengan cik naomi untuk kali terakhir..hehehe..

ni pen pemberian encik rashidi..dia tak tahu pun hari tu hari terakhir aku berpraktikal..time nak balik tu aku say goodbye kat semua, baru dia tanya aku dah habis praktikal kew..hehehe..dia kata kenapa tak bagitau awal2, kalau tak boleh prepare apa2 cenderahati..ala susah2 jew..last2 dia bagi pen..hehehe..

oh..im gonna miss my place..ni lah tempat aku beronline facebook & blog..buat kerjanya adalah sekali sekala..hahahaha..

akhir kata: terima kasih banyak2 kat semua staff..tuhan jelah yang dapat membalas jasa baik anda semua..yang paling terharu bila encik hasbullah bagi komen kat evaluation form macam ni: 

Hardworking, able to complete task within timeframe and friendly.

hahaha..okeh sejujurnya aku nak tergelak besar bila baca komen yang friendly tu..rasanya aku ni tak adalah friendly sangat..hanya dengan orang2 tertentu macam kak salmah, cik naomi & kak salme jew yang aku friendly..yang lain aku buat macam tak wujud jew..MALU+SEGAN sebenarnya nak beramah mesra dengan staff lelaki..hehehe..dan yang membuat aku tersenyum sepanjang hari+nak menitis air mata terharu bila encik hasbullah bagi full marks untuk evaluation tu..huhuhuhu :') thanks a lottttttttt :)

ni lah kenangan2 terakhir aku bersama staff cawangan pengurusan korporat, JKR kuala lumpur..ada jodoh masa nanti kita jumpa lagi tau..hehehehehe..so kepada sesiapa yang nak berpraktikal, aku cadangkan korang buatlah kat jkr kl, cawangan korporat..comfirm korang enjoy :)


0 comments:

Post a Comment