Sunday, August 21, 2011

kenangan bersama ija & syu :)

Reactions: 
assalamualaikum.

semalam & kelmarin, aku marathon keluar dengan awek2ku yang tercayang..sangat seronok berdating dengan diorang even penat..almaklumlah tengah puasa..jalan sikit dah haus..jalan sikit dah penat..tapi yang syoknya boleh membakar lelemaks kat badan ni ha..heeeee...

kelmarin aku keluar dengan ija..dia ajak teman shopping baju..mula2 ajak syu join sekali, tapi dia koje lak pulak kan..rasa macam nak suruh dia ponteng kerja jew...aippp..tak boleh2..sangat tak beretika yer kawan2..jangan buat macam tu okeh..last2 kami keluar berdua jew..

planning awal nak p jalan tar, tup2 time nak p tu, ija tukar plan, nak p jj kepong jew..tak apalah, tak kesah pun..janji dapat shopping..heeee :) lepas tu jugak mula2 plan nak berbuka sama2, last2 tak jadi..sedihhhhh sebab baru nak paksa ija belanja makan..heeee :)

sepanjang hari kerja nya membelek2 baju..aku kalau shopping baju suka p kat jj sebab ada scarlet plus..almaklumlah badan ni dah sama size macam badak, haruslah mencari tempat jual baju beso2..hikhikhik..kalau p shopping kat tempat lain selalu sakit hati, sebab saiz semua kecik2..tak aci lah macam ni..ingat orang kurus jew kew nak bergaya..dah tu orang badan beso macam aku ni tak mau bergaya kew..tu yang kadang2 stress bila cari baju..yang berkenan dihati semua tak ada size..baju ala2 mak cik jew ada..huhuhu..*pape pon salahkan diri sendiri sebab tak pandai berdiet..heeeeeeee :D

puas jugaklah try baju, rasa2 nya lebih 10 helai..bila tengok patung pakai baju tu cantik jew..tapi bila try kat badan sendiri, adehhh, sumpah macam perempuan beranak sepoloh..hahahaha..last2 aku capai cardigan & t-shirt 2 helai..jadilah..atleast bila keluar berdating, ada jugak baju baru..bukan macam incik rashid tu, 25 kali jumpa, 10x pakai baju yang sama..muahahaha..senangkan jadi orang lelaki..pakai baju yang sama banyak kali pun takdak hal punya..orang pempuan jew yang sibuk nak beli baju baru, tudung baru, skirt baru..kekeke..

tapi bab shopping ni aku kalah lah dengan ija..dia lagi hebat..shopping tak hingat dunia..almaklumlah dah pegang duit sendiri..haruslah shopping habis2an..dia untunglah, badan lawo..pakai apa pon lawa..*jeles2*..sambil2 tunggu ija try baju kat fitting room, sempat jugak aku snap gambar syok sendiri..hikhikhik..nak2 pulak2 lighting kat situ cantik, pew lagi cepat2 aku keluarkan kamera hp 2.0 megapixel ni..




cukup ler 3 keping gambar syok sendiri..kang bateri hp low pulak..heeeee

ha ni baju yang ija try..sume lawo2..almaklumlah aku yang tolong pilihkan..hikhikhik *pasan*

me & ija..

alalalala..cute nye kamu..

lepas penat shopping baju, singgah sat kat food court *port berdating aku..hmm..teringat kat incik rashid :(* yang kelakar nya ija terliur tengok budak2 cina makan kfc kat meja depan kami..sabor yer ija..dugaan puasa tu..hikhikhik...

sambil duduk2 tu kami sembang2..macam2 yang kami bualkan..kebanyakkannya cerita peribadi kami..kiranya ni sesi meluah perasaan la..masing2 cuba jadi dr love, nasihat menasihati antara satu sama lain..*kononnya la kan* hahahaha..dah puas berborak, sambung balik sesi kedua bershopping..kali ni ija nak cari kemeja pulak..pusing punya pusing, usha punya usha, akhirnya dapat gak 2 pasang kemeja yang berkenan dihati ija..yang kelakarnya, setiap kali p try baju kat fitting room tu, dua2 masuk sekali..nasib la fitting room kat jj tu besar, muat lah kami berdua masuk..lepas tu gelak macam orang gila kat dalam tu..bila lagi nak buat kerja gila kan..nanti dah kahwin tak boleh buat perangai macam tu lagi..heeeee :)

ha tu cerita pasal keluar dengan ija..esoknya pulak aku keluar dengan syu..keluar dengan syu lagi hebat dugaan+pengalaman kami tempuh :)

tujuan utama keluar dengan syu adalah untuk temankan dia interview kat TM..pukul 6.30pagi dah gerak dari rumah aku untuk ke ktm sungai buloh..time nak cepat, time tulah tak ada bas yang sudi lalu..hehehe..teksi pulak tak mau berhenti..cisss..kalau tak, tak tahan pun teksi tu berhenti..dugaan betul buat syu..aku tengok muka dia dah cuak sikit..hehehe..alhamdulillah lepas 3 4 teksi tak mau berhenti, finally dapat gak teksi..yang bestnya driver teksi tu melayu, siap pasang lagu raya..perghh..syahdu jew pagi2 dengar lagu raya..kekeke..

sampai ktm, train tak sampai lagi..lega..kalau tak kenalah tunggu lagi setengah jam..yang tak bestnya punyalah sesak..tak ada space langsung untuk bergerak..nasib ler duduk dalam koc wanita..selamat sikit :) 45 minit dalam train, akhirnya sampai jugak ke kl sentral..jalan tak toleh kiri kanan dah, apa yang menghalang, kami redah jew..yang penting cepat sampai ke stesen LRT..hehehe..

yang kelako nye, ni kali pertama aku naik LRT kat kl sentral ni..so tak tahu arah yang nak dituju..nak tak nak kenalah tebalkan muka tanya orang..nasib ler LRT ni sentiasa ada..tak macam KTM, setiap setengah jam baru ada..sampai stesen LRT abdullah hukum, masalah lain pulak timbul..kami tak tahu arah kemana nak ke TM bangsar nun..sesat jugaklah dibuatnya..naik teksi, turun teksi, naik jejantas, turun jejantas, naik teksi lagi, pusing sana, pusing sini, akhirnya sampai jugak ke TM..hehehe..fuhhh..berpeluh kami dibuatnya..yang kesiannya syu la..kelam kabut dia..nak mekap lagi sebab kalau mekap awal2 nanti cair..hehehehe..

ramai gak yang datang interview tu..adalah dalam 30 orang..nak tak nak kenalah tunggu kan..daripada pukul 8.30 sampai pukul 1.30 baru selesai sesi interview untuk syu..tu pun ada ramai lagi yang tak di interview..tapi tak apa, aku tak kesah sangat sebab ada tv plasma depan mata..tak adalah bosan sangat even volume tv tu antara dengar tak dengar..hikhikhik..

daripada duduk sopan2, terus aku bersila kat atas sofa tu..dah tak ada nak cover2 lagi..almaklumlah bontot dah panas duduk berejam..sempat gak tidur tapi kejap jew sebab takut berdengkur..kekeke..akak kat sebelah aku  yang menunggu adik dia siap main game kat laptop lagi..hehehe

habis interview, kami p serang jalan tar pulak..cuak la jugak p sana sebab takut dengan mamat asid..yelah dengar cerita ada orang kena simbah asid kat jalan tar..betul ke idak wallahualam ler :) mula2 cuak la, tapi bila mata dah dijamu dengan kain lawa2, tudung comel2, mamat handsome2, terus lupa kisah mamat asid tu..hehehe..

ha syu bersama pekerja jakel..beli kain ela untuk umi :) cantik sangat corak kain tu..harga pun cantik..almaklumlah jakel..hehehe..

jalan2 lagi, sempat la jugak syu beli purse baru..aku pulak sekadar cuci mata..yelah duit dalam purse dah kering..syu nak belanja aku shawl, tapi tak mau lah aku..segan..hehehe

ha yang menariknya otw balik aku terserempak dengan minah keparat ni..siapakah minah keparat ni? ha sila baca entry NI ...tak sangka pulak boleh jumpa minah keparat ni lagi..cepat2 aku suruh syu berdiri tegak, konon2 nak snap pic syu, tapi sebenarnya aku snap gambar minah ni..elok2 pulak time tu minah keparat ni tersengih2 menghadap aku..cis..nak berlakon baik la tuh..padahal aku dah tau taktik jahat dia..dah tangkap gambar terus aku blah even dia panggil2 aku sambil tunjuk flyers kat tangan..yang penting aku puas sebab dapat tangkap gambar dia..

hati2 la yer bila jumpa minah ni kat jalan tar..semua yang dia cakap propa jew lebih..tak payah murah hati menderma kat dia..

oh ya, aku nak tempek gak gambar ni..hehehe..terserempak dengan skuad era kat semua house..tapi malas nak join kuiz diorang..lagipun aku dah bertahun tak dengar radio era..kang kalau diorang tanya pasal era, terpinga2 kami dibuatnya..kiteorang lebih tertarik nak bergambar dengan kereta ni jew..hahhaa..

syu buat muka bangga..hahaha

aku muka takot2..kekekeke

pukul 4 kami dah tunggu bas untuk balik ke sungai buloh..malas nak naik train sebab kompem ramai orang..lepas tu pulak bila turun kat sungai buloh, kena naik teksi pulak..kesian kat syu nanti kena bayar tambang teksi yang mahal tu..lebih best naik bas..tapi malangnya hari tu jalan jammed teruk..huhuhu..tapi tak apa, atleast leh gak merehat2kan badan dalam bas..kami turun di the store sungai buloh sebab syu nak beriftar dengan aku..yihaaa..yang bestnya syu nak belanja pizza.nyummy :)

syu bergambar dengan purse baru & purse lama milik umi syu..hehehe

dah tak ada kerja, sambil tunggu waktu berbuka aku belek2 resit..kira itu, kira ini..macam2 tax ada..isk2..padahal set pizza yang kami pilih tu harganya rm27.00 jew, then air tambahan dalam rm5 lebih..tapi bila bayar jadi rm41..tu yang kami musykil macam mana boleh jadi mahal..huhuhu..nasib syu yang bayo kan..kekeke..

yeay!! pizza sudah mari..time ni duk menghitung detik berbuka jew..hehehe..nampak tak air 1 jug tu..aku yang pesan air tambahan..aku ni memang kuat minum air..

wah2..muka teruja syu bersama piza chicken hawaiiiiiiii :)

muka tak sabo nak terjah pizza..kekeke

nyummy :)

air yang tak habis, tak elok dibuang..so syu tolong isikan dalam botol untuk aku..tenks syu :)

time berbuka macam2 gelagat orang ada..riuh rendah dengan suara budak2..ada yang menangis, bila pelayan hantar air terus senyap, muka pun ceria..hehehe..ada yang terkencing dalam seluar..memang mintak kena lempuk dengan mak dia la jawabnya..hahaha..apa2 pun hari tu memang aku kenyang giler..nak berjalan balik pun tak larat..hehehe..terima kasih daun keladi yer syu..lain kali belanja lah lagi..heeeeee :) keluar dari the store nampak bas dah sampai kat bus stop..nasib baik pak cik drebar tu tunggu..baik sungguh uncle cina tu..xiexie uncle..bas ni memang terbaik sebabnya drebar cina, tukang tiket india, then radio pasang lagu melayu, penumpang melayu, india, bangla, indon semua ada..hehehehe..barulah 1 malaysia kan :) 


0 comments:

Post a Comment