Monday, August 8, 2011

iftar with bff

Reactions: 
assalamualaikum..

alhamdulillah semalam aku berkesempatan beriftar bersama kawan2 baik ku--> wani, umi & linda..sangat seronok sebab masing2 dah lama tak berjumpa & keluar bersama..almaklumlah masing2 busy dengan life sendiri..kalau jumpa pun time hari raya jew..kebetulan pulak wani datang rumah hari jumaat lepas untuk hantar kad jemputan kahwin..then terkeluar la plan nak keluar bersama2 sebelum dia mengakhiri zaman bujang trang tang tang dia..hehehe..wani la perancang utama iftar ni..plannya nak iftar hari sabtu, tapi memandangkan linda balik kampung, so ditunda pada hari ahad..

wani ajak iftar kat kfc the store..aku okeh jew tak ada masalah..nasib la si linda ni sudi jemput aku..yelah rumah pun dekat2..haruslah aku tompang kereta dia jew..punyalah lama aku tak menjejakkan kaki ke the store sungai buloh ni..teringat zaman sekolah dulu, sinilah tempat kami melepak time hari jumaat..sambil melepak, makan mcd..tak pon makan kat food court..ohh rindunya kat kengkawan semua :(

okeh berbalik pada kisah iftar kami, sampai2 the store, terus kami berempat p bazar ramadhan kat rahman putra..kami jalan kaki jew ke bazar sebab dekat dengan the store tu..ha ni first time aku p bazar tau semenjak puasa ni...hehehe..sebelum ni mak atau abang2 aku jew yang p bazar beli makanan..so aku agak jakun nak meninjau2 apa yang istimewa kat bazar ramadhan ni..usha punya usha, satu apa pon aku tak berkenan..aku just teringin makan keropok lekor malangnya kehampaan sebab tak ada orang jual pulak..

linda lah orang pertama yang beli makanan..dia beli murtabak..heran ye kenapa bulan puasa ramai orang tergila2 kan murtabak..kalau bukan bulan puasa gerai murtabak sunyi jew..tapi bila bulan ramadhan, beratur panjang orang beli murtabak..iskk..aku cakap dengan linda, aku tak tahu nak beli apa..so aku nak tengok gerai mana yang ramai orang, baru aku beli..kalau ramai tandanya makanan kat situ sedap..usha punya usha akhirnya aku jumpa jugak gerai yang ramai orang..tapi bila sampai dekat gerai tu, laaaaa jual mercun & bunga api rupanya..kehkehkehkeh..linda perli aku--> ha belilah, tadi kata kalau gerai ramai orang nak beli kat situ..hahaha..gilo apo..takkan nak makan mercun & bunga api..terkekek2 dorang gelak..cais....

then jalan2 lagi, wani dah dapat apa yang berkenan dihati..dia beli puding caramel..macam sedap, nak beli gak tapi wani dah beli, so aku nak mengecak kat wani jelah..hikhikhik..jalan2 lagi, umi pulak dah jumpa popia basah dia..alamak aku dah menggelabah itik..macam mana ni..bazar dah nak sampai hujung tapi aku still dengan tangan kosong..last2 pusing balik bazar, tapi sekerat jalan jew, baru teringat aku ternampak ada karipap sardin (peberet aku tuh) masa masuk bazar tu..patah balik ke gerai tu..dengan excitednya+confident nya aku cakap kat peniaga tu--> sardin rm2 bang (supposely cakap karipap sardin rm2)..yang si linda dah pakat gelak2 kat aku..cais..sekali lagi kena gelak..otw balik ke the store umi kata-->murahnya sardin rm2 jew..hahaha..yelah korang gelak2 kan aku yer..korang kena faham ni 1st time aku p bazar..hehehe..

sampai the store kami singgah dulu ke watson..wani nak beli barang..si linda punyalah lama belek2 barang kat situ..ingatkan dah sesat, tak pun kena culik..kahkahkah..then barulah kami p kfc..time tu baru pukul 6..aish lama lagi nak berbuka ni..sementara tunggu pukul 6 lebih, kami berborak2 dulu..macam2 cerita keluar..pukul 6.45 orang dah ramai kat kaunter kfc..cepat2 kami p beli, kang lambat beli, lagi ramai orang..yang kelako nya mentang2 lah perut tengah menyanyi riang, pandangan mata pun dah jadi lain..time tu tengah beratur kat kaunter, aku ternampak pekerja kfc tengah pikul dulang besar berisi ayam goreng..boleh pulak aku nampak kepak ayam tu macam melambai2 kat aku..hahaha..gila punya pandangan mata. ;))))

pukul 7 meja dah penuh dengan makanan..telan air liur jelah semantara tunggu waktu berbuka..rasa macam lambat betul masa berlalu..hehehe..kebetulan terserampak dengan halijah & tunang dia..ajak dia makan sekali dengan kiteorang tapi tunang dia tak mau sebab segan...tak apalah, aku faham la..kalau aku pon segan gak nak berbuka dengan kawan2 bf aku..

tepat 7.30 terus berbuka..tak toleh kiri kanan..yang penting minum air dulu..kehausan dah..

again..kalau p kfc, tak ada menda lain aku pilih, nasi ayam..mula2 nak beli yang 2 ketul, alih2 tak jadi..nasib baik aku pilih set ayam seketul..kalau dua ketul kompem tak habis..

me + umi..kami berkawan baik sejak form 1 lagi until today :) *gambar gegar*

another my bff..wani + linda..aku kenal wani daripada darjah 6..linda pulak aku kenal daripada darjah 4 masa kat sekolah agama..

popia basah  umi+karipap aku..umi kata--> wow besarnya karipap ilah..kehkehkeh..jangan fikir lain yer :p

murtabak linda..sedap gak..

puding caramel wani..pon sedap gak..kehkehkeh..

lepas makan teman wani cari cincin untuk bakal suami dia.. 2 3 kedai gak kami pergi, tapi still tak ada cincin yang berkenan dihati dia..yelah kite nak bagi orang kenalah bagi yang kualiti terbaik..nak2 pulak untuk bakal suami..tak gitu puan wani?eh belum lagi puan..soon.....hehehe...

sebelum balik teman linda beli ice blended untuk abang dia..

ada lagi gambar tapi kat hp diorang..will be updated with another picture from them :) wait ha :)))

**new update**

linda nanuwil..eh silap..linda zawawi..hehehe

wajah berseri wani..yelah dah nak jadi isteri orang lepas raya ni..hihihi

bergambar dengan ayam  kepci..tangan wani pon nak interframe..aishh..

umi snap gambar..tapi muka dia tak nampak..hahaha

ha kali ni baru nampak muka umi..



kepci linda..

kepci umi & wani..

seronok sangat dapat hang out & beriftar dengan diorang..lepas ni entah bila lagi dapat keluar sama2..yelah masing2 ada life sendiri..macam wani lepas raya ni dah jadi isteri orang..mestilah ikut suami..tak boleh nak bergonjeng lagi dengan kawan2..hahahhaa..lepas ni siapa la pulak yang kahwin dulu yer..mari sama2 kita nantikan kad undangan..jeng jeng jeng.. :)

semoga persahabatan kami akan kekal selamanya sehingga anak cucu cicit piut miut..hehehe..

0 comments:

Post a Comment