Sunday, August 28, 2011

doodle: duduk atas buaian

Reactions: 
assalamualaikum..

aku tak tahu kenapa sejak dua tiga menjak ni hati aku sayu,sedih & pilu jew..mungkinkah disebabkan kerana ramadhan bakal berlalu??mungkinkah disebabkan lagi 2 minggu dah start masuk belajar balik?mungkinkah kerana umur dah meningkat, tapi amalan masih sikit?hehehe..ermmm..entahlah..cuma yang pasti sekarang aku kesunyian..bila sunyi aku jadi terasing..bila terasing aku rasa macam dah bertukar jadi makhluk asing..errkk pew yang aku kerepekkan ni..huhuhu *simptom2 kesunyian* ;p actually hati aku sayu, sedih & pilu sebab henpon aku punya keyboard keypad rosak..tak dapat nak mesej2..lepas tu pulak kreditnya rm0.00..heeeeeeee..so untuk hilangkan rasa entah apa2 dalam diri ni, maka terciptalah doodle..yihaaaaa.... (panjang beno intro entry ni..lepas tu macam tak ada kena mengena dengan tajuk entry ni..muahahahaha)

akhirnya setelah mencuba, mencuba dan mencuba lukis doodle duduk atas kerusi, akhirnya menjadi jugak..cuma doodle ni tak duduk atas kerusi tapi duduk atas buaian..seronok kan kalau dapat duduk atas buaian bersama yang tersayang..sambil menghirup udara petang yang ala2 sepoi2 bahasa tu..perghhhh..kuat sangat verangan ni..huahuahuahua..im sorry -__-"
baru perasan yang buaian ni macam senget..lepas tu pulak yang doodle perempuan macam muka terkejut beruk..kekeke ;p


tengah syok tukar2 kaler doodle ni, tetiba tanpa disangka2 tupppppppppp, laptop terpadam..huwaaaaa..laptop ni jahat..selalu macam ni tau..tengah syok buat kerja terpadam..tengah syok layan lagu, terpadam..memang nak kena jual ni..nasib baik duit tak cukup..kalau cukup dah lama aku beli laptop baru..kuikuikui..eh orang kata jangan cakap nak jual..nanti dia rosak terus..hohohoho..apa2 pun aku berterima kasih jugak lah kat laptop ni sebab dah 5 tahun dia bersama aku..even bateri dah tak boleh pakai, huruf keyboard ada yang dah tercabut, cepat panas lepas tu terpadam, webcam kejap ok kejap ko, aku tetap sayang laptop ni sebab mak yang belikan..kita haruslah menghargai pemberian orang kat kita..okeh sampai di sini saja bebelan aku yang entah apa2 ni (sedar diri pun entah apa2 kan..hahaha)..daaaaaaaa...tata titi tutut :)

8 comments: