Wednesday, August 31, 2011

wordless wednesday: salam 'eidulfitri

Reactions: 
0 comments


aidilfitri 2011

Reactions: 
2 comments
assalamualaikum..

sedikit cebisan kenangan hari raya pertama 2011..

pagi2 lagi aku dah dapat hadiah sepcial daripada anak buahku yang tercayang..tengah syok aku bermekap, dia mai jenguk bilik aku..aku tau dia ni memang suka tengok barang2 mekap..tersengih2 pandang aku..then tanpa diduga air kencing dia mencurah2 ke atas karpet bilik aku..huwaaaa..sedihnya..almaklumlah pampers dah overload..kekeke..

terima kasih banyak2 yer nurul danisyah humairah diatas hadiahmu dipagi raya ini..mak lang mu sungguh terharu =.=''

sesi mengabdikan kenangan bersama keluarga terchenta..tahun ni tak ada fotographer jemputan sebab member along p beraya dengan awek dia..huhuhu..so terpaksa la setkan camera tu self-timer..ni lah hasilnya..

hatoiii..berpeluh2 aku dibuatnya sebab nak adjust kamera tu supaya center..then bila dah snap kena cepat2 lari, takut gambar tak jadi.kang jadi candid camera pulak..kekeke..

tengok tu, aiman muka menangis..time ni dia dipaksa untuk bergambar...yelah dia tengah syok layan citer senario kat tv, sekali tu kena paksa bergambar..raya tahun lepas pun dia menangis tak mau bergambar..tahun ni pun menangis gak..ermmm..tahun depan tak tahu lah macam mana..hahahhaa..

ehem2..pasangan merpati dua sejoli..kekeke..dengan mak berinai, kaler baju dah sedondon dengan abah..bak kata along:  umpama upacara nikah semula setelah bercerai..hehehehe..


upacara memohon ampun..banyak dosa ni..so kena mintak ampun..sebak jadinya..airmata haruslah meleleh sebagai tanda ikhlas memohon ampun..kekeke..

along

angah

eh2 humairah pun nak mintak ampun kat atok yer..hehehe

kemain lagi posing ala2 mulut itik yer..hehehe

adik pulak..

gambar aku tak sempat disnap sebab aku laju sangat..tak sempat diorang nak snap gambar..kekeke..bukan per, dah sedih sangat, tak sempat nak berucap panjang..

aku:  abah..ila nak mintak maaf kalau ada salah n silap
abah: ha yela..kau ni mudah sangat merajuk..
aku: hehehe..mak ila pun nak mintak maaf..
mak: yer

tu jew ayat aku..sebab aku tengah sebak giler2..tak tahu nak cakap apa lagi..actually banyak lagi nak cakap tapi tersekat kat kerongkong..hehehe..

ayat mak yang buat air mata aku meleleh tak henti2

mak nak mintak maaf kat anak2 mak..mak banyak buat salah kat korang..

padahal kami adik beradik yang banyak buat salah..tu lah murni nya hati seorang ibu..sanggup mengetepikan ego..sanggup mintak maaf kat anak2 padahal dia tak bersalah pun..anak2nya yang suka melawan cakap..heeeeeee :))

selepas tamat sesi bergambar & bermaaf2an, kami sekeluarga pergi ke kubur arwah atuk & wan (belah mak) kat perkuburan sungai pelong..punyalah nak cepat, sampai terlupa nak bawak bunga & air untuk siram kat kubur..hehehe..tapi tak apalah, yang penting doa..kan kan kan..yang pasti air mata ni meleleh laju jew..rindu kat arwah wan..dah 3x kali raya tanpa arwah wan disisi kami..hmmmm..kurang kemeriahan tau bila orang2 tua dah tak ada :'(  tahun ni punyalah ramai orang kat kubur..tak pernah2 seramai hari ni..macam pesta pulak..kekeke..bila dah ramai2 tu ada jugak terjumpa saudara mara jauh..

then pergi kubur arwah atuk & nenek (belah abah) kat tanah perkuburan kampung paya jaras..adeh..bukan tak suka p situ, tapi rasa macam nak pengsan sebab kawasan situ berbukit dan curam..mengah+berpeluh2 dibuatnya..bak kata abah situ kawasan kubur orang kaya2 sebab atas bukit..ceh...tak ada maknanya..tapi tak apalah, atleast boleh excercise..kekeke..kat situ pun ramai giler orang..heran yer, kenapa tahun ni ramai sungguh orang kat kubur?tahun2 lepas tak ada pulak ramai macam tu..huhuhu..mungkinkah kesedaran sudah timbul betapa pentingnya melawat kubur di pagi raya? entahlahhhhh...

yes sesi bergambar dah selesai, sesi bermaafan dah selesai, sesi melawat kubur pun dah selesai, so boleh lah dengan senang hatinya pergi beraya dirumah saudara mara yang terdekat..rumah pertama yang kami serbu adalah rumah nenek leha..macam biasa kalau p rumah nenek leha memang tak boleh berdiet sebab makanan semua sedap2..tahun ni diorang buat nasi beriyani & laksa..kek batik pun ada..yang paling best aku dapat duit raya daripada diorang..hahaha..malu pun ada sebab dah beso2 still dapat duit raya..tapi dah orang nak bagi, aku ambil jelah dengan hati yang terbuka..boleh la beli topup..kekekeke :p

yeah..ni lah suadara maraku..muka aku terlebih cahaya la pulak..hehehe..

lepas p rumah nenek leha, ada 4 buah rumah lagi aku pergi..dah macam2 makanan & minumam masuk dalam perut ni..balik2 terus timbang berat..masyallah...naik 2kg..huwaaaaaa..baru turun 4kg bulan puasa, tapi raya pertama jew dah naik 2kg..adeh2..lepas tu pulak, macam biasa, raya pertama jew mesti kena c*r*t b*r*t..4 5x masuk tandas..huhuhu..lemah rasanya badan ni..tulah makan tak hingat dunia..semua nak bedal..kekeke..

okok, ni jela serba sedikit kisah raya pertama aku..moga tahun depan masih berkesempatan beraya bersama keluarga terchenta :)

Tuesday, August 30, 2011

salam aidilfitri

Reactions: 
0 comments
assalamualaikum..

selamat hari raya aidilfitri buat rakan2 blogger..minta maaf jikalau pernah menyinggung perasaan anda dengan entry2 dalam blog ni..semoga tahun hadapan kite masih diberi peluang oleh Allah swt untuk meraikan ramadhan dan syawal..amin..

Sunday, August 28, 2011

doodle: duduk atas buaian

Reactions: 
8 comments
assalamualaikum..

aku tak tahu kenapa sejak dua tiga menjak ni hati aku sayu,sedih & pilu jew..mungkinkah disebabkan kerana ramadhan bakal berlalu??mungkinkah disebabkan lagi 2 minggu dah start masuk belajar balik?mungkinkah kerana umur dah meningkat, tapi amalan masih sikit?hehehe..ermmm..entahlah..cuma yang pasti sekarang aku kesunyian..bila sunyi aku jadi terasing..bila terasing aku rasa macam dah bertukar jadi makhluk asing..errkk pew yang aku kerepekkan ni..huhuhu *simptom2 kesunyian* ;p actually hati aku sayu, sedih & pilu sebab henpon aku punya keyboard keypad rosak..tak dapat nak mesej2..lepas tu pulak kreditnya rm0.00..heeeeeeee..so untuk hilangkan rasa entah apa2 dalam diri ni, maka terciptalah doodle..yihaaaaa.... (panjang beno intro entry ni..lepas tu macam tak ada kena mengena dengan tajuk entry ni..muahahahaha)

akhirnya setelah mencuba, mencuba dan mencuba lukis doodle duduk atas kerusi, akhirnya menjadi jugak..cuma doodle ni tak duduk atas kerusi tapi duduk atas buaian..seronok kan kalau dapat duduk atas buaian bersama yang tersayang..sambil menghirup udara petang yang ala2 sepoi2 bahasa tu..perghhhh..kuat sangat verangan ni..huahuahuahua..im sorry -__-"
baru perasan yang buaian ni macam senget..lepas tu pulak yang doodle perempuan macam muka terkejut beruk..kekeke ;p


tengah syok tukar2 kaler doodle ni, tetiba tanpa disangka2 tupppppppppp, laptop terpadam..huwaaaaa..laptop ni jahat..selalu macam ni tau..tengah syok buat kerja terpadam..tengah syok layan lagu, terpadam..memang nak kena jual ni..nasib baik duit tak cukup..kalau cukup dah lama aku beli laptop baru..kuikuikui..eh orang kata jangan cakap nak jual..nanti dia rosak terus..hohohoho..apa2 pun aku berterima kasih jugak lah kat laptop ni sebab dah 5 tahun dia bersama aku..even bateri dah tak boleh pakai, huruf keyboard ada yang dah tercabut, cepat panas lepas tu terpadam, webcam kejap ok kejap ko, aku tetap sayang laptop ni sebab mak yang belikan..kita haruslah menghargai pemberian orang kat kita..okeh sampai di sini saja bebelan aku yang entah apa2 ni (sedar diri pun entah apa2 kan..hahaha)..daaaaaaaa...tata titi tutut :)

Friday, August 26, 2011

tutorial doodles

Reactions: 
18 comments
assalamualaikum..

hari ni aku nak tunjuk sikit cara2 buat doodle..actually aku bukanlah pakar buat doodle..tapi disebabkan ada beberapa orang yang request tutorial buat doodle, so dengan sedikit ilmu ni, aku tunjukkan cara2 nya..tapi diingatkan sekali lagi yer bahawa aku bukanlah expert bab doodle mendoodle ni..hehehe..apa2 pun sebelum korang baca tutorial aku, aku cadangkan korang p dulu kat blog ADIK MANIS NI ..dari blog dia la aku tau buat menda alah ni semua..hehehe..tutorial aku ni pun lebih kurang macam tutorial adik manis ni :)

okeh first of all, korang kenalah ada software Paint Tool SAI..korang google jew nama software ni nanti keluarlah senarai website untuk korang download..lepas download silalah bukak..aip2..baca bismillah dulu yer sebelum mula..

next, korang kena lah create new file..caranya mudah jew..p kat file, then choose new..eh korang kalau gambar ni kecik sangat, sila klik gambar ni untuk tumbesaran yer..hehehe..cian korang..mesti kecik beso kecik beso mata nak nengok gambar ni kan..heeeee ;p


dah create new file tu, korang adjust la saiz canvas tu..selalu aku buat paling beso..hehehe..


next korang kena klik new linework layer..ha nampak tak yang belah kiri, aku dah bulatkan warna merah..klik kat situ yer untuk start buat lakaran..


pastikan korang klik kat linework layer yer..kalau tak pilih tu memang sampai kesudah ler korang tak boleh nak melukis..hehehe..then klik curve..saiz tu ikut suka hati korang.kalau rasa nak line doodle tu pekat, pilih la saiz beso..tapi selalunya aku guna antara saiz 5-7..


 then pick up kaler line..selalunya kaler hitam..tapi kadang2 aku gune kelabu pekat..untuk buat doodle, selalunya start bahagian muka dulu..bila dah nak start melukis, aku akan zoom kasik beso sikit canvas tu..so jelas sikit..untuk zoom in tekan tanda + yang aku dah bulatkan tu..kalau nak zoom out tekan tanda -..senang kan?hehehe..

untuk buat muka doodle, ikut step yer..buat langkah 1, then 2, 3 ,4 & 5..kalau rasa ada tersalah tu, just klik kat eraser button tu..then padam lah mana yang salah..


kalau rasa malas nak padam, korang boleh juga tekan edit --> undo..takpun kalau malas nak tekan2 banyak kali, tekan ctl+z jew..



seterusnya korang lukis la ikut kreativiti korang..jangan lupa buat kening & mulut..macam aku tak lukis hidung sebab tak reti sangat..hehehe..

okeh2..jom tengok cara nak kaler doodle pulak..

pastikan bila nak mewarna lukisan korang, klik kat layer..then pilih bucket..pastikan jugak korang pilih yang aku dah bulatkan kat gambar bawah ni..


pilih kaler kesukaan korang, then klik kat selected area yang korang nak warnakan tu..pastikan garisan semua bersambung..kalau ada yang tak habis bersambung, nanti satu canvas tu berwarna..then pilih airbrush untuk buat blusher kat pipi doodle tu..dalam gambar kat bawah ni aku tersalah bulatkan..bukan brush yer tapi airbrush..


dah pun siap doodle..eh2..takkan mata tak ada kan..hehehe..mestilah ada..bab mata ni memang aku fail...tapi sekarang dah tak ada masalah bila aku dah ada vector mata untuk doodle..cara aku buat mata--> aku p kat photoscape, then pilih object-->photo-->pilih mata yang berkenan..


korang adjust lah mata tu..kalau kecik korang tarik la kasik besar..lagi bulat mata doodle tu, makin comel..hehehe..ok dah siap..lastly korang save la picture tu..pilih format jpeg..aku tak boleh nak tunjuk cara save gambar sebab tempoh trial software ni dah tamat, jadi aku tak boleh save gambar..aku selalu print screen jew then crop gune photoscape..hehehehehehe :) selamat mencuba kawan2..


aku dah buatkan vector mata..actually gambar mata ni aku ambil dari google..then aku cut & paste then jadikan vector..kalau nak ambillah..sharing is caring right? :)





sekian sahaja tutorial doodle ni..harap korang faham la yer..kalau tak faham, buat2 faham gak tau..heeeee..yang penting explore la software tu..dah lama2 nanti tak adalah masalah..buat sambil pejam mata pon boleh..kekeke..daaa...salam

p/s:  simpati pada kawan baikku ayie..dah nak siap buat doodle, tetiba tak ada elektrik kat office..tak sempat dia nak save..dia kata baru nak tunjuk doodle yang dia buat kat aku..kekeke..sabar la yer ayie..buat doodle ni memang banyak dugaan & cabaran..kekekekkekeke ;)

Wednesday, August 24, 2011

wordless wednesday : sad

Reactions: 
2 comments
this is how i feel now....hmmmm...


doodles gadis ayu

Reactions: 
6 comments
assalamualaikum..
wah tetiba hari ni mood nak berdoodle mai..nak2 pulak bila member dah request, tak sampai hati tak tunaikan permintaan diorang..sementara ada masa ni boleh la aku lukis apa yang patut..tapi kalau tak ada masa nanti sorry la ye kalau terpaksa menghampakan permintaan tu..hihihi..doodle ni direquest oleh zarina lagi..mengada2 kau kan..nak doodle seksi la..rambut kerinting la..hahaha..ni duit raya untuk aku kena kasik lebih tau..kekeke..tapi sorry ler ina aku tak reti lukis rambut kerinting..lepas tu doodle ni tak seksi..bukan apa, bulan puasa ni beb..mane leh seksi2..doodles ni aku namakan gadis ayu sebab nampak macam ayu *kononnya la kan* tapi ina, sejujurnya doodles ni nampak macam ayu sangat untuk kau..muahahahahahaha...kau kan ganas lagi brutal..erkk..terkutuk pulak..tak apa2..hari raya nanti aku mintak maaf kat kau wokeh ;p






doodles muslimah requested by ayie

Reactions: 
35 comments
assalamualaikum..

ha ni doodle yang di request oleh AYIE .  aku janji nak buat malam tadi, tapi disebabkan excited menyiapkan report praktikal, maka aku tangguh sat nak buat doodle ni..so tengahari ni memandangkan aku free dapatlah aku buat untuk dia..tapi yang sedihnya, dah siap semua, baru perasan doodle ni tak pakai blusher..alaaaaa..sedih rasanya..kurang kecomelan doodle ni..hehehe..tapi pape pon diharapkan ayie suka la doodle yang tak seberapa ni..dia pun tengah belajar cara2 buat doodle..chaiyok2 ayieeeeeeee :) nanti dah teror buatkan doodle untuk aku pulak tau..hahahahaa :)))))