Sunday, July 10, 2011

resepi cencaru sumbat

Reactions: 
hai hai hai..saja bosan2 tak tau nak buat entry apa..so aku nak share resepi cencaru sumbat..semalam first time aku buat cencaru sumbat..selama ni arwah wan atau mak yang masak..tak pun beli kat kedai makan jew..entah apa yang merasuk fikiran aku, tetiba aku suruh mak aku beli ikan cencaru..konon2 nak buat cencaru bakar..tetiba tekak nak makan cencaru sumbat pulak..aishh..ngada2 betul tekak ni..macam orang mengidam lak..hehehe..

okeh bahan2 yang diperlukan:

ikan cencaru yang dah dibelah belakang
kelapa parut
bawang putih
bawang merah
cili api
cili kisar
serai
daun kunyit
garam secukup rasa

simple jew kan resepi nya..hehehe..

cara2:


  1. hiris bawang putih, bawang merah, cili api, serai & daun kunyit halus..
  2. tumis semua bahan hirisan..then campurkan sikit cili kisar..garam jangan lupa letak ek..letak secukup rasa okeh..jangan terlebih kang ada yang kena darah tinggi..
  3. agak2 dah naik bau, baru masukkan kelapa parut ..gaul hingga rata..
  4. lepas tu,sumbatkan la bahan2 tadi ke dalam ikan cencaru 2..
  5. goreng ikan cencaru tu..nak bakar pun boleh..ikut selera la..kuantiti untuk semua bahan2 ni bergantung pada selera..kalau rasa nak lebih isi sumbat tu, lebihkan la bahan2 nya eh..
ni la rupanya ikan cencaru sumbat..tapi ni belum digoreng lagi..

hehehe..terlebih garing la pulak..sambil2 tunggu ikan lain siap digoreng, ratah sikit2 dulu..

tada...da sedia untuk dimakan..hehehehe

selamat mencuba :)

0 comments:

Post a Comment