Saturday, July 9, 2011

corat coret : minggu pertama praktikal

Reactions: 
assalamualaikum pembuka bicara
entry ditaip di hari sabtu
kalau anda pembaca setia
cuba teka dimana saya praktikal?

comel kan pantun 4 kerat aku ni..*sigh*

ha kalau nak tau aku tengah praktikal sebulan kat jkr..jkr tu apa?ish..kalau tak tau toksah duduk malaysia ek..hehehe..aku praktikal kat headquarter jkr unit pengurusan prestasi..ni ada sedikit corat coret sepanjang minggu pertama aku berpraktikal kat jkr..

1.  Isnin
  • malam tu tak boleh tidur, pukul 5 pagi baru terlelap (tak tau kenapa, nervous kot)..
  • pukul 5.40 terjaga dah..terus bersiap..(excited la konon kan)
  • seriously aku tak tau nak mekap macam mana..kang mekap beriya orang mengata pulak kan..so aku just pakai celak, eyeliner, secalit gincu & sapu blusher sikit2..ok la tu kan..tak ada muka pucat macam orang baru lepas bersalin..
  • sungguh bosan..disebabkan supervisor aku cuti, so aku tak tau nak buat kerja apa..so duduk tercegat jela kat meja tu..then bosan2 aku p turun ofis mak aku..nasib ofis mak aku tu kat tingkat 1, ofis aku tingkat 2..senang nak melepak kat ofis mak aku tu..kekekeke..2 3 kali gak aku ulang alik ke ofis dia..
  • dah tak tau nak buat apa, so aku pinjam buku mak aku..buku first tajuknya menyambut bulan ramadhan..habis 1 buku tu aku baca tau..ala tapi tak tebal pun buku tu, just 18 pages jew..kekekeke..
  • buku kedua pulak yang ni:
banyak fakta aku dapat tahu..menurut buku ni, puratanya perempuan menangis lebih 60 kali setahun manakala lelaki 17 kali setahun..air mata mengandungi bahan buangan toksik..lebih banyak menangis lagi kurang penyakit kita dapat :) so mai pakat2 menangis okeh :) buku ni aku sempat baca setengah jew..
  • dari pukul 5 sampai 5.30 aku just melepak bilik mak aku..tepat pukul 5.30 aku chow..hehehe..hari pertama dah buat jahat..isk3..bosan punya pasal.. :D
2.  Selasa
  • kali ni supervisor aku dah ada..dah la hari tu sampai lewat..dalam pukul 8.35..ala lewat 5 minit jew pun..tapi aku cuak gak la kot2 bos aku ni marah kew..but so far encik jan ni sporting orang nye..tak adalah nak marah2 kew kan..
  • hari ni dapat task..fuh berkobar2 bila dapat kerja..kerjanya senang jew..key in data dalam system diorang..en jan kata guna dulu baru tau kelebihan & kekurangan system tu..betul gak tu..
  • hari ni ada makan2 kek sempena harijadi encik lah..kek secret resipi..actually kan, aku teragak2 nak makan kek ni sebab dengar cerita jakim dah tarik balik sijil halal..huhuhu..kang tak makan diorang kata aku ni sombong pulak..aish...berdosanya aku..hukhukhuk :(
sedap memang sedap..tapi hati was2 :(

3.  Rabu
  • hari ni tak ada apa yang special..macam biasa, aku sambung kerja meng'key in' data dalam system..berpinar2 mata tengok data2 ni semua..tapi bila tak buat rasa macam bersalah pulak..yelah dah ni tugas aku, aku kena buat sehabis baik..kekeke..
4.  Khamis
  • hari ni best giler..sebabnya pagi2 dah dapat rezeki..diorang bagi nasi lemak+air nescafe..fuh berselera aku makan..almaklumlah pagi tu aku tak sempat nak sarapan..hehehe
  • tengah hari lagi best..diorang buat makan2 lagi..sebabnya akak salme nak pindah dah..dia dapat naik pangkat..memang terbaek la lauk tengah hari tu..save sikit budget aku..hahahaha..

sedap+kenyang..thanks a lot kepada semua yang belanja :)

 float..sedap2 :)
first time makan domino's pizza..not bad la..tapi bagi aku sedap lagi pizza hut..

5.  Jumaat
  • hari ni tak tau la kenapa letih semacam..nak kata banyak kerja tak jugak..macam biasa key in data jew la..lepas tu angkat phone calls..disebabkan unit aku ni pun anjur kursus untuk seluruh jkr kat malaysia ni, so memang busy giler la unit ni..telefon sentiasa berdering nak tanya pasal kursus..rasa macam dah jadi operator telefon..hahahaha..
  • balik pulak singgah sekolah adik untuk amek dia..punyalah jammed jalan..rasa macam nak menjerit..tapi lepas dari damansara tu tak adalah jammed sangat..tapi kesian lah pada orang yang menghala ke kuala lumpur sebab ada roadblock kat sri damansara dan mengakibatkan jammed sampai ke paya jaras..ni bersih 2.0 punya pasal..jangan nak salahkan polis buat roadblock pulak sebab dah tu tugas diorang menjaga keamanan negara :)
corat coret tambahan:

  • hari pertama praktikal bangun pukul 5.40am..hari kedua bangun 6.00am..hari ketiga bangun 6.10am..hari keempat bangun 6.15am..hari kelima bangun 6.30am..muahahahahahahahahaha..
  • geli hati dengan sorang pegawai kat ofis aku ni..dia selalu tertidur kat ofis..kalau tidur mesti kuat berdengkur..teringat kat abah aku..hahaha..lepas tu satu hari tu dia tidur berdengkur punya lah kuat sampaikan akak noami tu perli kat encik tu 'hai penat macamlah ada anak nak kena jaga kat rumah'..aku rasa nak gelak terbahak2 siap nak guling2 kat situ tapi aku tahan jew..punyalah sakit perut tahan gelak..hehehe..
  • dok gelak2 kan orang tidur berdengkur, alih2 hari khamis time otw pergi kerja, boleh pulak aku terlelap kat dalam kereta siap berdengkur lagi..hahahaha..sedap jew mak aku sound 'ai sempat lagi kau berdengkur kat belakang tu ye' kekeke..teringat pulak aku penah tertidur kat library, siap dengkur..nasib baik sekali jew berdengkur then terus terjaga..kawan2 aku pun terkejut dengan dengkuran aku tu..bayangkanlah library tu dah la sunyi sepi, boleh pulak aku layan mata sambil berdengkur..terus fobia nak tidur kat library..kekekekekeke ;p
  • ada sorang ofismate ni, rajin bebenor bergayut kat tepon..kejap telefon anak, kejap telefon kawan, kejap telefon saudara..fuh ada jew cerita dia..hehehe..tapi yang bestnya akak ni baik..peramah..kalau mintak tolong bersungguh2 dia tolong :)
  • setiap pagi, jalan yang dekat istana negara baru tu ada sorang polis traffic handsome giler2 jaga laluan..serious xtipu, dia sangatttttttttt handsome..eh2 tapi incik rashid tetap paling handsome di hati ku ini (cover line sikit)..hahahaha..tapi sedihnya hari jumaat hari tu dia tak ada pulak..tak dapat nak usha...hakhakhak..
  • hari jumaat hari tu, time nak solat asar kat surau, ada sorang jemaah tu, daripada belakang macam mak aku tapi time tu tak sure mak aku atau tak..nak2 pulak time tu aku tak pakai spek mata..so kabur2..lepas tu aku dekat sikit, mak cik tu tengah berdoa..kening dia terangkat2 time baca doa tu..aik macam mak aku jew kalau berdoa mesti kening terangkat2 ala2 ziana zain sikit..tapi tak sure lagi..nak tegur takut salah orang..time dia nak bangun tu agak tertonggeng2, mak aku pun selalu macam tu..almaklumlah dulu pernah accident & effect tulang belakang sampai jadi bengkok..tu yang payah nak bangun..aku pun pandang jelah..bila mak cik tu pandang jew aku, haaaaaa sah la mak aku..hahahahaha.. :)))) *teruk bebeno rabun aku ni ha*
  • yang seronoknya kerja kat jkr ni sebabnya tak ada jurang antara pegawai atasan dengan pekerja bawahan..bayangkanlah orang bawahan boleh berkawan & bergurau senda dengan bos macam kawan2..tak ada nak formal2 sangat..lemas la kalau terlalu formal..sangat seronok tengok gelagat diorang..macam 1 family :)
ni jela secebis pengalaman aku berpraktikal kat jkr ni..apa2 nanti aku update lagi..oh ya, next week aku akan ke port dickson jadi urusetia kursus..wah excited ni..tapi pape pon, besar tanggungjawab jadi urusetia ni..bukan sedap nak berjalan jew :)



0 comments:

Post a Comment