Tuesday, July 26, 2011

wordless tuesday: tiara beach resort, PD

Reactions: 
2 comments
kenangan bersama cik naomi, kak salme & prema di tiara beach resort, negeri sembilan..










my doodle for comment

Reactions: 
4 comments

Sunday, July 24, 2011

minggu ke 3 praktikal

Reactions: 
2 comments
assalamualaikum...

pejam celik, pejam celik dah 3 minggu rupanya aku berpraktikal kat jkr..cepat sungguh masa berlalu..rasa baru semalam melapor diri, tup2 dah 3 minggu aku kat situ..hehehe..banyak kenangan kat jkr ni..tetiba rasa sedih lak bila mengenangkan next week adalah minggu terakhir aku berpraktikal..kalau dapat elaun nak jugak aku tambah sebulan lagi..kekeke..tapi dah mak kata bulan 8 ni duduk rumah, tolong dia masak..so ikut la kata ibu yang terchenta :)

minggu ke 3 praktikal, tak adalah yang special sangat..hari isnin aku still buat kerja meng'key' in data dalam sistem..memang bosan terutamanya bila bekerja dengan nombor..berpinar jugak mata..so untuk hilangkan kebosanan, aku blogwalking blog2 orang lain..fb memang kena block, *just ada waktu tertentu yang boleh bukak, so tak adalah memanjang nak bukak fb*..pagi memang jkr akan block fb..pukul 1 sampai 3 dorang akan allow balik kite gune fb..then pukul 3 sampai 4 diorang akan block balik..pukul 4 keatas memang staff boleh login sepanjang masa..kekeke..

hari selasa & rabu aku tak datang kerja..sebab demam..hari khamis tu ada staff bertanya kenapa aku tak mai kerja..paling risau kak salmah la..sibuk tanya aku demam teruk kew..diorang tanya aku demam sebab p kursus kat PD hari tu kew..hehehe..sebenarnya tak adalah sebab p kursus aku demam..maybe sebab dalam office aircond terlalu sejuk, aku pulak tak bawak sweater..then bila balik cuaca kat luar panas terik, tu yang badan rasa lemah, pening kepala..hehehe..

hari jumaat memang best sebab dapat makan free..hehehe..i likeeeee..oh ya nak cerita sikit tentang pagi jumaat sebelum p office..nak dijadikan cerita, aku tak boleh tidur malam, so bangun pun lambat la jawabnya..mak aku dah kejutkan pukul 6.10am..incik rashid pulak tak kejutkan aku hari tu, sebab aku merajuk dengan dia..dia mesej aku tak balas, dia call aku tak angkat..so pagi tu pun dia tak kejutkan aku..caisss..kejam betul dia..hehehe..pukul 6.45am baru aku terjaga, tu pun bila mak aku bising2..kelam kabut la jadinya..tak sempat la nak berbedak gincu bagai..dalam kereta barulah nak berbedak, bergincu & bercelak..ni lah muka hasil mekap dalam kereta..kekeke

saja buat black & white..hehehe

okeh sambung cerita pasal makan2 kat cawangan aku..makan2 ni sempena persaraan puan fatimah & perpindahan kak salme..actually minggu lepas dah buat makan2 antara cawangan aku & cawangan sumber manusia, tapi kali ni makan2 antara cawangan aku jew (cawangan perperiksaan)..memang meriah walaupun ringkas..pengacara majlis ni memang kelakar & sempoi..siap ada gimik lagi..

ada kertas tergantung kat whiteboard tu..tertanya2 apalah isi kandungan nye..

mula2 puan fatimah disuruh bukak kertas tu..

tadaaaaa.....

we love kak timah..selamat bersara..owhhh..so sweet :)

giliran kak salme pulak...
tadaaaaa....
keluarlah gambar kak salme..yang klako nya diorang cerita kebetuan pagi tu print diorang rosak..nak print colour tak boleh..just black jew boleh..nak bagi gambar tu berkaler, diorang ambil pen merah, then warnakan  part bibir..kekekeke..memang lawak..

rupanya2 ada lagi gimik..pengacara keluarkan poster puan fatimah pulak dari belakang whiteboard tu..hahaha..so cute..diorang kata gambar tu akan dijadikan bahan tatapan kat office, kut2 ada yang rindu puan fatimah tu..
poster puan fatimah..ni pun tak ada colour, n part bibir di warnakan dengan pen merah..kekekeke

sesi penyampaian hadiah buat puan fatimah..

ni pun kelakar sebab hadiah kak salme tak ada sebenarnya sebab penganjur majis tak tahu hari tu hari last kak salme..tetiba tuan pengarah suruh pinjam hadiah puan fatimah tu untuk bergambar..macam2 :)

yeay!!!time untuk melantakkkk :)
ada nasi tomato, ada ayam masak merah, papadom, jelatah, rendang daging & kari dalca..

ha special menu, roti jala+kuah durian..perghhhh..sedap tak terkata..buah tembikai susu sebagai pencuci mulut..

mula2 ambil satu..lepas makan rasa macam sedap pulak..ambil lagi satu..hehehe...kuah durian tu memang sedap..pekat giler...kuah durian ni dimasak sendiri oleh puan fatimah..

nyum2 :) makan makan & makan..macam mana berat aku nak turun kalau ada jew makan2 kat office ni..hehehe

okeh ni jela memori sepangjang minggu ke 3 aku berpraktikal..minggu depan tak tau la macam mana pulak..nasib baik tak jadi p cherating untuk jadi urusetia kursus..sebabnya aku tak habis nak explore system kat jkr tu lagi..hehehe

p/s: tenks for reading :)

Tuesday, July 19, 2011

minggu ke 2 praktikal :jkr

Reactions: 
0 comments
catatan hari terakhir bagi minggu ke 2 berpraktikal.....

even badan penat jaga kursus kat PD, tapi aku gagahkan diri untuk datang kerja hari jumaat tu..nasib baik lah aku datang sebab ada makan2..*bab makan memang aku suka* majlis makan2 ni diadakan antara pekerja cawangan pengurusan korporat jew..tu pun dah cukup ramai..majlis ni untuk meraikan pekerja2 yang bakal bersara, bakal berpindah, dapat anak & sambut birthday..

ha ni kak salme..dia akan berpindah ke kementerian kesihatan kat melaka..sobs3..sedih lak sebab aku dah start rapat dengan dia..nanti sunyilah office tu kak salme dah tak ada..

sempat lagi buat lawak sampai tergelak pengarah..

ni yang sambut birthday..untunglah~~~

kek walnut+carrot..sangat sedap..raya nanti nak try buat kek ni..harap2 menjadi la..hehehe

kek coklat..ni pun sedap gak..

nasi tomato..ni lagi sedap..hahahaha..pendek kata semua nya lah sedap..tolak batu & kayu jew..yang lain semua sedap..hahaha..

bila hari jumaat, semua orang gembira sebab nak dekat weekend..bila hari jumaat jew, automatik rasa malas nak buat kerja..hahaha..aish....tak boleh jadi pekerja contoh..minggu pertama jew aku baik, buat kerja bersungguh2..masuk minggu ke 2 terus hilang semangat tu..siapa bersalah dalam hal ni?adakah aku?hakhakhak :)))))

minggu ke 2 praktikal : tiara beach resort, PD (last day)

Reactions: 
0 comments
hari keempat a.k.a hari terakhir..

pagi tu peserta kursus jagaan aku ada acara senamrobik..since aku tak bawak baju sukan, yang ada hanya skirt, so aku tak join lah diorang..tapi aku join majlis penutupan kursus gangguan seksual..muahahaha..suka2 hati aku jew nak jaga mana..masa majlis penutupan tu, sempat gak la mata ni menyaksikan aksi gedik peserta kursus ni..dalam hati ni terdetik 'nasib baik aku tak jaga kursus ni..kalau tak berbulu mata aku tengok aksi gedik minah2 ni'...ada sorang minah ni muka iras2 macam lisdawati..cuma dia kecik jew..


ha sebelah aku tu la encik khairul yang sudi belanja kami makan durian kat batu 4..

habis jew majlis penutupan kursus gangguan seksual ni, aku  & prema lari pulak ke kursus aku iaitu kursus pengacaraan majlis..untuk majlis penutup ni aku jadi photographer..tapi menjadi atau tak gambar tu wallahualam la..hahahaha...nasib lerrrrr..


prema, madam gina  & me :)

bersama kak wawa..peserta favourite..malangnya dia tak dapat anugerah peserta wanita terbaik.yang menang orang lain sampaikan semua orang pelik..even yang menang tu pun pelik macam mana dia boleh dapat..hahaha..

survey form..dengan selamba aku kritik hotel ni..memang tak best pon hotel ni..aku tak akan suggest kat orang lain untuk p hotel ni..daripada 5 bintang, aku hanya bagi 2 bintang untuk hotel ni..sungguh tak memuaskan hati..even rata2 peserta kursus complaint pasal servis hotel ni dalam evaluation form..dan ini jugak adalah pertama kali aku tulis berjela2 kat evaluation form..sebelum ni mana pernah aku complaint..hahaha...

sebelum balik, haruslah mengisi perut yang kosong..yang bestnya ada menu kupang butter..fuhh...bertambuh nasi aku makan tu..hehehe..


lepas habis majlis penutupan, tibalah masa untuk balik..sobs3..sedih la pulak rasanya..even servis hotel ni sangat HAMPEH, tapi keseronokan bersama kawan2 kat sini yang menyebabkan hati sayu nak balik..

bergambar kenangan bersama prema sebelum balik :)

hikhikhik..saja nak interprame..ni time aku dah sampai jkr..disebabkan aku sampai awal so kena la tunggu mak aku..bosan2 terus aku snap gambar time dalam surau..

okeh ni saja kenangan aku 4 hari jadi urusetia kursus di tiara beach resort, port dickson..lepas ni tak tau la samada kena jaga kursus lagi atau tak..

ha lupa nak cerita, masa kami makan kat batu 4 tu, kami lalu la kat kawasan marina beach resort tu..dengar cerita tempat tu angker..huhuhu..aku cuba gak search kat forum2 tentang keangkeran marina beach resort tu..iskkk..meremang bulu roma den baca..memang seram..even tengok dari luar pun dah menyeramkan..okeh sekian..tak mau cerita lagi..serammmmmmm...

p/s:  tenks for reading :)


minggu ke 2 praktikal : tiara beach resort, PD (day 3)

Reactions: 
0 comments
pejam celik dah hari ke 3 aku kat PD..tak sabar rasanya nak balik..hari ke 3 badan+hati dah semakin malas nak jaga kursus..macam biasa aku akan lambat masuk dewan..pukul 9pagi baru gerak p garden terrace..pagi ni ada event anjuran peserta..setiap peserta akan dibahagikan kepada 8 group..setiap group ada task yang diorang kena buat..contohnya majlis perpisahan pengarah jkr, majlis malam amal citrawarna..so diorang akan berlakon konon2 nya jadi mc majlis..ada yang jadi vip..seriously kelakar tengok gelagat diorang..

hari2 tangkap gambar syok sendiri..ahaks..

petangnya pulak still lambat sampai dewan kursus tu..pukul 3 baru sampai & dengan muka tak bersalahnya aku masuk even hati tu dup dap dup dap..yang kelakarnya kalau ada peserta lambat masuk, semua peserta akan bangun & tepuk tangan..selagi yang lambat masuk tu tak duduk, yang lain tak boleh duduk gak..konon2nya macam vip la..hahaha..malu siot..nasib aku tak kena..

minum petang.aku jadi ketagih nak minum kopi susu ni..kopi ni sangat pekat, lepas tu pulak diorang sediakan susu penuh krim duth lady..perghh...sedap..ada pahit2..ada lemak berkrim..*menambahkan berat badan*

pukul 4.30 aku dah blah sedangkan tak habis lagi..kali ni aku balik awal sebab penceramah untuk kursus gangguan seksual ajak kiteorang p makan durian..hoyeee hoyeee..mana boleh lepaskan peluang..dah la aku ni hantu durian..setakat 5 biji aku sorang makan pun boleh habiskan.. :) cik naomi n kak salme pun kata tak apa tinggalkan kursus tu kalau lambat sangat habis..dah diorang kata macam tu aku apalagi, cabut la..hehehe

jauh gak perjalanan kami nak mencari durian..padahal depan politeknik PD tu ada jew orang jual durian..tapi sampai ke batu 4 kami pergi..tapi best gak sebab dapat lalu kat teluk kemang..jalan2 cari makan sambil tu cuci mata tengok pemandangan indah laut :)

tenks a lot to encik khairul yang sudi belanja kami makan buah-buahan tempatan ni..

gaya cik naomi yang sempoi..kat mulut ada rambutan, tangan kopek durian..terbaekkkkk..hahahahaha..

ni adik prema..orangnya manis..rajin pulak tu..best berkawan dengan dia ni :)

kak salme yang comel..

errr..budak bulat mane ni???

6 biji durian kami telan..tapi yang tak syoknya tempat ni banyak lalat la..potong stim betul..durian yang terdedah lama kami buang jew..lalat hinggap sikit dah tak mau makan..mentang2 orang belanja..hahahaha

bukan setakat durian, rambutan & manggis pun ada..alhamdulillah rezeki..encik khairul tu siap tanya lagi samada kami nak tambah durian lagi tak..ikut hati nak jew..leh makan dalam bilik..tapi segan..kuikuikui..lepas tu boleh lagi encik khairul ajak kiteorang makan mee bandung muar kat situ..adeh2..tak larat da..

yeay!! muka kekenyangan..belakang kami tu laut..sangat cantik view kat sini..nasib baik dah lewat petang..kalau tak nak jugak singgah bergambar kat situ :)

hahaha..sebelum balik sempat berposing..tuan punya kedai pandang jew aksi kami ni..pedulik hapa..dia dah untung banyak sebab kami..hahaha..

cik naomi jadi model buah dokong..

dua2 kepala gila2..asyik bercakap jew kerja diorang ni..memang happening jadinya :)))))

bila balik hari pun dah nak dekat maghrib..cepat2 bersiap sebab malam ni ada last event dari peserta kursus aku..tapi aku malas ah upload pic diorang..tak ada yang menarik pun..muahahahaha *kejam*

yang bestnya malam tu ada sesi karaoke..hamboi2..mak cik2 pun berkaraoke..geli siotttt...hahahaha..ada sorang pak haji tu tunduk jew..menyampah agaknya dia tengok mak cik2 tu menggedik..muahahaha..isk...termengumpat pulak..

pukul 11.30 diorang tak habis melalak lagi..kebetulan madam gina ajak aku & prema makan nasi lemak..dari awal kursus lagi beriya dia ajak kami p makan nasi lemak tu..madam gina tu ada ajak sekali cik naomi & kak salme tapi diorang malas nak g sebab dah lewat malam..actually diorang tak bagi pun kami join madam gina tu p makan nasi lemak, yelah dah malam2, apa2 hal terjadi diorang kena bertanggungjawab ke atas kami berdua, tapi kami dah tak tau nak bagi alasan apa kat madam gina..kesian pun ada sebab bersungguh dia ajak..so tak nak hampakan madam gina kami follow gak dia makan nasi lemak tu..lokasi tak ingat la pulak sebab dah malam..yang aku tau dekat dengan teluk kemang..kiranya tak sampai area kami makan durian petang tu..

kak ain (peserta kursus kami a.k.a roomate madam gina) & prema..

madam gina & aku..kecik molek jew madam gina ni..tapi kalau nak tau anak sulung dia umur 16tahun dah..tapi gaya macam anak dara lagi tu...tenks to madam gina sebab belanja kami nasi lemak..kat restoran ni ada jugak jual ikan bakar, tapi kami pun time tu dah kekenyangan+keletihan, so tak ada selera nak makan lagi..

tengah makan tiba2 mata aku terpandang poster ni..aku perasan ada sign siti nurhaliza..wah hebat2..time bayar, baru perasan ada gambar siti nurhaliza time datang makan kat resoran ni..diorang framekan gambar tu dekat dengan kaunter pembayaran..kira famous gak la restoran ni..

time balik tu masing2 layan perasaan..aku & prema dah cuak dah, takut cik naomi & kak salme marah..hehehe..time ketuk pintu tu berdebar2 jugak, nasib baik kak salme dah tidur, cik naomi pun tak marah..hehehe..lega...tapi yang tak leganya malam tu aku tak boleh tidur..fikir yang bukan2 sampai tak boleh tidur..nak2 pulak diorang tidur tutup lampu, juz bukak lampu toilet..dah la toilet tu betul2 depan katil aku..terbayang2 ada benda disebalik pintu toilet tu..tu yang pukul 3 pagi baru terlelap..hahaha..*mengong*

to be continued......