Friday, May 6, 2011

Selamat hari mak :)

Reactions: 
hari ni ke hari ibu?confius aku..ada yang cakap 9hb mei..tapi ramai yang wish hari ni..disebabkan hari ni ramai bebenor orang wish, so aku assume tahun ni hari ibu jatuh pada 6hb mei (ayat macam tarikh hari raya je)..hehehe..tak kisah la tarikh bilapun sebab kita nak meraikan ibu tak semestinya time hari ibu jew kan..bagi aku setiap hari adalah hari ibu.. :)

aku pun tak nak lah ketinggalan wish hari ibu kat mak aku..so aku pun call la mak..

aku: selamat hari ibu mak..
mak:  hari ibu?owh hari ni ke?ok terima kasih..
aku: yelah..semoga mak berbahagia selalu..hehehe
mak:  ucapan je?hadiah tak ada?
aku:  alamak..hehehehe
mak:  mak tak kisah ada hadiah ke tak..kau dah cukup jalankan tanggungjwb sebagai hamba Allah pun dah jadi hadiah buat mak..
aku:  huhuhu (sebak+insaf) :'(

gambar kenangan semasa di masjid nabawi..mak aku yang awet muda even umur dah 50-an..rahsianya? air wudhu' la u ols..tak main lah cucuk2 botox ni..kekeke..

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

betapa tingginya darjat insan bergelar ibu (ni yang tak sabo2 nak tukar title jadi ibu..hehehe)..jangan sesekali membuat ibu kita mengalirkan air mata sebab setitik air mata ibu jatuh, sebesar lautan dosa kita..*adeh aku pernah buat mak aku menangis..huhuhu..ampun mak :( ada juga yang tak menghargai ibu dia..walau siapapun dia, walau sejahat mana pun dia, dia tetap ibu kita..dia lah yang mengendong kita dalam perut selama 9 bulan, dia yang bersusah payah & menanggung kesakitan melahirkan kita, bila dah lahir ibu jugalah yang bersengkang mata jaga & menyusukan kita..dia lah yang masakkan untuk kita, basuh kain untuk kita, menyediakan kelengkapan ke sekolah..semua ibu yang buat..bila dah besar tergamak nak lupakan dia? bila ibu dah tua & sakit tak mau jaga ..anak jenis apakah manusia camni? moga aku dan keluarga aku dijauhi dari sifat derhaka & tak mengenang jasa ni..amin :)

gambar masa wan terlantar sakit..wan tetap tersenyum manis walaupun tengah sakit :) rindu arwah wan  :'(

dan bila cerita pasal hari ibu, ada lagi sorang insan yang aku anggap seperti ibu aku sendiri iaitu wan(nenek) aku, allahyarhamah hajjah saedah binti ismail..selain dari mak aku, wan adalah insan terpenting yang banyak berjasa menjaga aku :)  wan aku ni terer masak tau..tak ada masakan yang tak sedap bila dia masak..tu yang aku 'mengembang' sebab asyik makan je..hahaha..hmm..rindu kat arwah wan :'( bila aku rindu, hanya al-fatihah aku mampu sedekahkan..moga arwah wan tenang di 'sana' dan dijauhi daripada fitnah kubur..amin..*al-fatihah untuk arwah wan* :'(

okeh2 lastly sekali lagi aku nak ucapkan selamat hari ibu buat makku yang tercinta, saadiah binti jamaludin even dah wish dalam telefon tadi..terima kasih kepada mak kerana telah menjaga ila daripada kecik sampai la ila dah besor gedabak ni ha..hehehe..segala jasa2 mak takkan ila lupakan..apapun yang terjadi mak sentiasa ada kat sisi ila..bila ila sedih, mak sentiasa ada untuk bagi nasihat..kadang2 ila tau mak pening kepala dengan perangai ila yang degil ni..hehehe..mak tak pernah hampakan permintaan ila..kalau pun ada yang mak tak penuhi, tak apa sebab ila tau mak nak ajar ila jangan jadi hamba duit :) ayat mak yang ila pegang sampai sekarang bersusah2 dulu, bersenang kemudian..insyallah bila ila dah berjaya nanti ila akan jaga mak..ila nak balas jasa2 mak walaupun ila tau takkan terbalas semuanya..setiap kali lepas sembahyang ila akan doakan kebahagiaan mak didunia & akhirat :)  satu benda yang ila tak pernah bagitau mak ialah ila bersyukur sangat dikurniakan ibu seperti mak yang tak pernah jemu mendidik ila ilmu dunia akhirat..terima kasih mak! :)


p/s: hargailah ibu anda sementara masih berkesempatan..bagi yang dah takda ibu, sedekahkah lah al-fatihah untuk arwah..jangan lupa doakan kesejahteraan roh mereka :)




5 comments:

  1. btol tue ila...tarikh x pntg..yg pntg kita syg mak kita kn..kn..kn...cpt2 lh tukr status..leh juga ak wish kat ko..hikhikhik

    ReplyDelete
  2. selamat ari ibu wat yg bergelar ibu di seluruh dunia...walaupun diri ini bergelar lelaki tapi terasa jg sebab semua yg lahir di dunia ini daripada rahim ibu....selamat ari ibu.....

    ReplyDelete
  3. cherry: ye, xperlu hari ibu baru nk tunjuk kita sayang..hari2 biasa pun leh tunjukkn..tukar status lmbt lagi la..tunggu incik rashid kumpul doit banyak2 dulu..hahaha..insyallah kalau dipanjangkan jodohnye..hehehehe :)

    incik rashid: hehehe..sygi ibu anda..dah wish belum kt mummy?hehhee :)

    ReplyDelete
  4. selamat hari ibu kpd ibu2 semua..sayangi mereka seperti mereka menyayangi kita dari kecil lagi..

    ReplyDelete
  5. insyallah sy akn myyangi ibu sy smpai bila2..xtbls segala jasa2 ibu kita :)

    ReplyDelete