Sunday, May 1, 2011

kenangan diploma (uitm seri iskandar, perak) : part II

Reactions: 
salam..hai hai hai..tetiba baru teringat yang aku tak sudahkan lagi kisah hidup aku dan kengkawan time diploma dulu..hehehe..busy sangat sampai terlupa..pada yang belum baca kisah kenangan diploma (uitm seri iskandar, perak) : part I sila lah baca.. :)

part I aku ceritakan kisah perjalanan aku dari dapat tawaran belajar dan kisah roomates pertama aku..hehehe..kali ni aku nak cerita la sikit tentang roomates aku yang kedua..sem 2 semua telah bertukar roomates..pembahagian roomates ni tertakluk kepada terma & syarat bergantung pada course masing2..macam aku course office management & techonology (OM) so dapat roomates pun budak OM gak..ex-roomates tu semua satu block cuma bilik je lain2 sebab diorang under fakulti yang sama..agak sedih la terpisah dengan diorang semua..huhuhu

untuk roomates sem 2 ni, kami boleh check kat website uitm perak..so check punya check, akhirnya tau la jugak siapa bakal roomates aku ni..nasib baik aku kenal minah 2 orang ni sebab sekelas..tapi tak la rapat sangat..aku nak tergelak bila dapat roomate nama aisyah jugak..ex-roomate pun nama aishah..dan persamaan dioarang ni, dua2 nama ecah, dua2 orang jawa..hahahaha :)) ni la muka roomate aku:

hajar, aku & ecah
ha nak tau tak masa mula2 check senarai nama roomates tu, hajar mesej aku tanya siapa aisyah..yang si ecah pulak tanya siapa hajar tu..hahaha..adoiyai diorang ni sekelas tapi tak kenal antara satu sama lain..yelah dua2 pendiam dalam kelas..nak2 lagi si ecah ni..diam+naif jew..hahaha..macam aku pendiam la jugak tapi tak lah sediam diorang ni..ecah aku kenal sebab satu group assignment..hajar pulak aku kenal sebab pernah menyembang kat bilik sama2 sebab bilik kami satu aras..dalam hati aku kata boleh ke aku get along dengan diorang ni..tapi bila dah kenal, baru aku tau warna sebenar diorang ni..2x5 jugak dengan perangai aku..nak2 si hajar ni, suka bebeno mengusik orang..hehehe

meh layan aksi kanak2 ribena diorang..hahahaha
-
-
-
-
-
-
ni aksi nak pergi koko..ni aksi konon2nya kaki hajar patah..almaklumlah kami kan ahli BPC (badan pertolongan cemas)..hehehe..ecah pulak taekwando..jangan main2..ecah ada tali pinggang hitam..wakakkakakaa :p

hahaha..wajah ceria ecah..oh rindunya saat ni T__T gambar aku kat belakang tu macam tengah korek hidung je..hahaha..

sepanjang 2 tahun kami duduk bersama memang jarang lah bergaduh..setakat merajuk2 tu pernah lah..aku paling tak boleh lupa hajar merajuk dengan aku..sebabnya time tu dia tengah syok tidur, then aku p cucuk hidung dia dengan pensil tekan..hahahahahahhahaahhaaha...dia punya lah terkejut, terus tak tegur aku sehari..hahaha :p bila ingat balik tergelak sorang2..yang aku pun tak ada kerja lain nak buat..

si ecah ni kalau nak tau dulu orangnya lembut je..nak gelak pun tak keluar suara..bila dah sebilik dengan aku & hajar yang huha huha ni, terus ecah terpengaruh..daripada gelak tak keluar suara terus gelak terkekek2..hahaha..tapi antara kami memang ecah paling sopan la..tu aku akui la..eh terpuji pulak..hahahaha

dan kami punya bilik bukan setakat 3 orang..kami ada roomate tak rasmi iaitu jijah & ziera..hehehe..diorang suka lepak bilik kiteorang..memang meriah sangat bila semua berkumpul melepak kat bilik..nak2 lagi time bulan puasa..memang happening..time berbuka tu macam2 gelagat ada..aduh, nak nangis..rindu kenangan dengan diorang T__T

ni gambar2 kenangan kami masa dinner fakulti :)

dinner part 1..kat hotel SUK, ipoh..tengok la muka masing2 naif je time ni..masing2 tak pandai mekap lagi la katakan..hehehe

ni pulak dinner part 3 kat teluk batik resort..dah pandai mekap sikit2..tapi time ni aku pakai baju menyerlah gila..ada ke patut dinner pakai baju terang macam ni..hahaha..tak patut tak patut..nampak sangat tak reti bergayanya (aku yang tak reti, lain2 okeh)
ecah, aku & ziera..time ni jijah tak tau kemana menghilang..hajar pulak tak pergi..
ni pulak gambar kenangan dinner untuk kolej:

ni dinner time part 2 kat cafe bukit aman..yang kelakarnya kami ni dah lah datang lewat, tiba2 dapat meja vip..dah terhidang semua makanan atas meja..hahaha..orang lain yang datang awal dapat meja biasa jew..ni la namanya rezeki..kekeke :)))




ni pulak dinner time part 3 kat sebelah kolej jew..hehehe..time ni semua pakat2 pakai baju biru..sebelum pergi, sempat lagi kami berposing..hehehe..dah penat berposing masing2 excited nak g makan..otw nak gi tu, tetiba aku jatuh tergelincir depan tandas..uwaaaa..spoil mood betul..kekekkee :p



ha ni pulak dinner terakhir kami kat dewan makan jew..time ni aku ajk kolej, so agak busy jugak tolong2 apa yang patut untuk dinner ni..kain rentang yang kat belakang tu aku & jijah yang buat..hehehe

last time kami berdinner bersama2 T__T

ni pulak malam MPG (malam pra-graduan) kat hotel syuen ipoh..giler meriah sebab dinner ni untuk semua fakulti kat uitm perak tu..ramai+sesak+meriah :)

 hahaha..dalam tandas pun sempat lagi kami bergambar..time ni masing2 sibuk betulkan mekap & tudung..hehhee
aku dan ziera..rindunye kat ziera..
aku dan ecah


rindu sangat dengan geng aku ni..kami semua sekepala & bertolak ansur..tak ada nak gaduh2 or benci membenci..semuanya saling berkasih sayang..wakkakaa..ayat tak boleh blah..geng diploma aku adalah yang paling best pernah aku ada..degree ni dah tak ada geng yang sejati..masing2 dah berpecah..macam jijah dia ambil course lain, ecah pulak dah ada geng lain even still same class..ziera pulak dah kerja..tinggal aku & hajar je yang masih bersama..sama kelas, sama rumah, sama bilik, sama2 berkongsi suka & duka..hakhakhakhak..* geli ayat aku ni

okeh la..sampai sini jelah kisah kenangan diploma part II..next2 time aku cerita pulak tentang aktiviti kami kat perak tu dalam part III..chewahh banyak beno part nye.. :p

p/s:  tenks for reading..


2 comments:

  1. yg ko g cucuk idung aja ngn pensel tekan 2 nape?hahaha.da tade keje ke?kalo la berlobang besor camne?hahahahaha

    ReplyDelete
  2. hahahahahaha..sje nk kaco2 dier..skali dier mgamok daa....kekeke :p

    ReplyDelete