Sunday, May 22, 2011

jumaat: mengong melanda diriku

Reactions: 
hikhikhik..actually benda ni berlaku hari jumaat hari tu..alkisahnya bila pagi2 lagi incik rashid dah merajuk dengan aku..sebabnya dia kejutkan aku solat subuh, tapi aku ter'reject' call dia..dia msj pun aku balas 'hmm' je..hehehe..konon2 aku nak merajuk sebab malam tu aku call dia, tapi dia sibuk nak menyembang dengan housemate+member dia..so fine la aku pun malas nak kacau dia tengah syok menyembang tu..maka dengan itu aku isytiharkan merajuk dengan dia..last2 dia pulak yang merajuk dengan aku..mengada2 sungguh..tampo nak?hahaha..

bila incik rashid dah merajuk tu, aku pun menggelabah la..yelah dia jarang nak merajuk2 dengan aku ni..kalau nak dikira nisbah aku merajuk dengan dia merajuk adalah dalam 30:1..hahaha..bila dia dah merajuk tu semua yang aku buat serba tak kena hari tu..

hari tu plan nak masak ayam masak kurma..tetiba mengidam pulak nak makan lauk tu..hehehe..so prepare lah semua bahan2 nak masak tu..

~selingan: iklan dari penaja~



ha untuk yang tak tau masak kurma ayam tu meh sini aku ajarkan..yang dah tau tu p main jauh2..hahaha..resepi ni senang giler nak masak..orang yang tak reti masak pun boleh buat..heeeee..tu yang boleh buat tutorial masak kurma :p

*eh tetiba pulak nak main masak2 kat sini..padahal nak cerita lain..kekekeke..

bahan2:

1/2 ekor ayam
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4cm halia
15 biji cili api (terpulang nak banyak mana)
3 biji kentang (potong 2 kalau kecik, potong 4 kalau besar)
carrot sikit (potong memanjang..bulat pun boleh..bentuk love pon boleh..suka hati korang la)
santan (dari 1 biji kelapa)
rempah kurma
3 kuntum bunga lawang
sedikit kayu manis
sedikit cengkih
minyak masak untuk menumis
garam secukup rasa

okeh cara2 memasak cara aku:

bawang merah, putih, halia & cili api di blend..
then pns kn minyak..tumis bahan kisar
masukkan bunga lawang, kayu manis & cengkih (kalau siapa yang tak suka tu tak payah letak pun tak apa..tapi kalau letak lagi sedap+wangi sikit)
goreng garing2 sikit, then masukkan bancuhan rempah kurma (letak la dalam 1 senduk setengah rempah & bancuh dengan sedikit air)
tumis lagi, then masukkan santan..bagi santan mendidih sikit, masukkan kentang+carrot..
then baru masukkan ayam+garam..siap untuk dihidang..adeh..terliur la pulak..hehehe

ni la cara2 aku masak kurma..ada sesetengah orang diorang letak serai sikit..ada yang letak daun kari sikit..apa2 pun boleh..ikut tekak masing2 kan..macam aku suka makan pedas, so aku blend cili api..baru kick sikit bila makan..hehehe

sambung stroy:

then disebabkan aku masak dengan hati yang gundah gulana sebab incik rashid merajuk, fikiran aku pun melayang2 time masak tu..dok fikir kenapa la incik rashid tu merajuk sangat dengan aku..takkan sebab reject call jew kot..sampaikan sepatutnya aku tumis bahan2 tu semua, tapi aku dengan tak bersalahnya masukkan santan dulu..didihkan santan, baru masukkan bahan2 kisar, rempah2 tu semua..hehehe..punyalah mengong aku time tu..

bertawakal jelah aku time tu supaya menjadi kurma ayam aku tu..dah siap masak, anak buah aku si aiman terjah aku kat dapur..

aiman-->wah..mak lang masak apa?masak kari eh? (eh kurma bau kari kew..hehehe)
aku-->eh tak la masak kurma..aiman nak makan?
aiman-->nak..(muka teruja)

aku tau aiman ni memang suka makan kari atau kurma..so dengan confidentnya aku ambil pinggan & senduk..sekali bukak periuk nasi, laaaaa..tak masak lagi nasi rupanya..hahaha..actually aku lupa nak tekan suis..kekekeke..so kelaparan la si aiman tu..nasib baik dia ok..dia nak ratah kurma ayam tu je..

bersemangat dapat kuah kurma..even nasi tak ada..heeee :p

aku pun rasa bersalah sangat kat si aiman..kesian anak buah aku ni..dah teruja nak makan, sekali nasi tak masak lagi..hehehe..then aku pun cedoklah kuah kurma & seketul ayam..sekali dia makan, muka dah lain..aik..tak sedap kew..bila aku try rasa..laaaaa..patutlah..lupa nak letak garam..kekeke..lagi sekali mengong ..
suka tengok aiman hirup kuah..bersungguh2 dia makan :)

okeh tu jew aku nak cerita..hehehe..disebabkan incik rashid merajuk hari tu, aku dah jadi ala2 orang hilang akal sikit..pengajarannya, jangan reject call time dia kejutkan time subuh..nanti aku gak yang sasau..kekekekke..

5 comments:

  1. Sabor je lar kan...;)

    Err banyak juga kena fikirkan bila memasak ni eh..

    ReplyDelete
  2. weh..camtu jek masak kurma? aku nk try r nnti..

    ReplyDelete
  3. azree: hehehe..sabau jela.. :) msk ni ade step2 nye..so kena ikut aturan la..heeee

    ayie: cm2 jela..xtau la owg lain msk cmne..aku msk simple2 jew..sume bhn main blend sbb mls nk mnumbuk..kekeke :)

    ReplyDelete
  4. haha entry nie pn kelakar jugak.. suke la... :)

    ReplyDelete
  5. misz nuyul: hehehe..ni kalau ari2 gaduh mau idup xkeruan..semua bnda xmjd..hehehe

    ReplyDelete