Sunday, May 29, 2011

kfc, nur kasih the movie, bowling & karok

Reactions: 
2 comments
wah..lamanya tak update blog..rasanya dah seminggu..biasalah busy berjalan ke sana ke mari..lepas tu mood nak mengarang tak ada..lepas tu lagi card reader hilang entah keman..nak masukkan gambar pun tak boleh..so bila dah jumpa card reader 2 terus update blog..heeee :)

fuhh..memang padat aktiviti aku rabu lepas..actually plan nak keluar dengan incik rashid but since incik rashid still kat seremban tak jadilah keluar berdating..so aku berdating dengan jijah+wani jela..even plan nak keluar dengan depa ni tak dirancang tapi memang syok habis la..macam2 aktiviti hari tu..

okeh aku tak malu mengaku yang ni kali ke 2 seumur hidupaku pergi times square..first time pergi dulu dengan halijah..tapi time tu bukanlah nak shopping ke jalan2 ke just temankan adik dia masuk pertandingan sodoku..so aku agak teruja bila dapat pergi times squae kali ni..heeeeee

tapi problem nya aku jijah tak tahu macam mana nak pergi times square tu..seingat aku kena turun kat kl sentral dulu..then naik monorail..jijah pulak pernah pergi dengan member dia tapi dia pun ingat2 lupa..so kami redah je pergi..kenalah buat muka tak malu tanya orang macam mana nak pergi times square tu..

salah satu sebab kenapa aku malas nak pergi times square sebabnya kena turun kat kl sentral dulu..then jalan kaki ke monorail..penattttt..wuwuwuwuwu..paling suka g mid valley sebab senang turun ktm 2 terus sampai ke destinasi..heeeee :)

kesian jugak kat wani sebab terpaksa tunggu kami lebih kurang sejam..almaklumlah kami nai kena naik ktm lepas tu jalan kaki ke monorail, then baru dapat naik monorail..so mengambil masa yang lama..macam wani mak dia tolong hantarkan ke stesen monorail titiwangsa..but nasib baik wani sporting tunggu kami..hehehe..

sampai2 je kami GSC dulu..depa berdua ni dah teruja sangat nak tengok filem nur kasih the movie tu..aku pun teruja gak sebab hari tu nak tengok tapi tak dapat..hehehe..yang syoknya hari tu hari rabu..so tiket murah sikit..

lepas beli tiket apalagi cari makanlah..agak sesatlah jugak tapi nasib baik jumpa kfc..wani teringin nak makan mcd tapi kami nak kejar waktu makan jela kfc tu..

aku pilih nasi ayam kfc sebab hari tu aku makan rasa macam sedap pulak..hehehehe..

jijah n wani

aku dan air kfc..heeeeeee

replika pelakon filem nur kasih the movie..macam real je tengok dari jauh..hehehe


time bergambar ni aku nak terjatuh ke belakang sebab salah imbang badan..hahahaha..*malu*





pelakon baru nur kasih the movie jijah sbagai isteri baru aidil..kekekekkekeeke

cerita ni memang best la..nak2 pulak aku memang peminat cerita ni..dari mula start sampailah ending rasa sebak jew..sedih bebeno cerita ni..kiri kanan aku dengar orang dok tarik hingus..termasuklah jijah..hahahaha..aku nanges gak..tapi sekali je time part mak dia bagi nasihat kat adam..cuba tahan dari menangis sebab malu..hahahahaa.

saja posing sorang2 sambil tunggu jijah solat..aku tak solat ke...eh2 jangan buat spekulasi tau..aku abc la..hehehehehe..

ada siapa2 sudi nak belanja aku masuk theme park ni tak mahal pun..rm32 jeeeeeewwwww...hahaha...ikut hati nak jew main tapi problemnya boleh ke aku main kang silap2 hari bulan aku pengsan naik menda alah ni
semua..berpusing sana sini..terbalik atas, terbalik bawah..fuhh..tak pening kepala ke kalau main ek..aku tengok pun rasa macam da hnak pitam..hahaha..

muka jakun tengok theme park ni..hehehe

hahaha..dua2 bulat..tak kesah lah bulat pun..janji hati senang..heeeeee..


lepas puas tengok wayang kami cari hiburan lain pulak..kekeke..kami main bowling pulak..mula2 tu tak nak main sebab duit pun tinggal berapa jew..kena jimat sebab nanti nak g dating dengan incik rashid pulak..hehehe..tapi dah memang aku ni jenis boros, tiba2 tukar fikiran bila tengok macam best jew main bowling..even tak terror pun..setakat baling bola cuci longkang lepas la..hahahaha

aksi jijah baling bola memang dipuji, tetap maintain ayu okeh..tergelak2 aku tengok gaya dia..

tapi bukan sebarang gaya okeh, lembut & ayu pun tetap banyak jatuhkan pin..good job jijah..even dia baling lemah lembut dapat gak la strike sekali..daripada aku ni angsung tak merasa strike..hahahahaha

ni time bola tersangkut..padan lah kami heran kemanalah bola2 bowling tu pergi..tak muncul2..heeee

amek kau..sekali dah betulkan berduyun2 bola keluar..tu pun orang sebelah dah ambil sikit bola tu..kalau tak lagi banyak dari ni..

ngeh2..ni aku..

okeh fine, terima kekalahan di tangan wani..hehehe..sememangnya wani terror main bowling.

lepas penat mainbowling, tangan pun dah sakit2 sebab ikut suka jew baling bola tu then jijah nak tengok2 pusat karoake kat tingkat atas..niat dihati hanya nak usha harga tetiba tengok 1 lagu rm1..beli 5 lagu free 1 lagu..apalagi bersinar2 la mata kami..hahaha..tak banyak pun lagu kami ambil..just 2 lagu sorang..then free 1 lagu..janji lepas gian nak melontar suara emas ni..

duet menyanyi lagu ku intai cinta dalam rahsia..phewittt..

since ada 1 lagu free so kami berduet ramai2 lagu free tu..baru adil kan..hehehe..disebabkan kami bertiga minat siti aku pilih lagu siti..hehehehe.

 ni hanya aksi semata2..sebenarnya time ni lagu dah habis tapi mengada2 nak posing konon tengah menyanyi..hahahaha..

selesai sudah aktiviti kami hari tu..time untuk balik ke rumah masing2..bila dah balik baru tengok jam..OMG dah pukul 5 lebih..mati lor..mesti sampai rumah lambat..time macam ni confirm2lah monorail & ktm sesak dengan orang nak balik kerja..huhuhu..turun kat kl sentral jijah solat asar dulu..aku & wani lepak mcd sat sambil makan aiskrim..heeee..

memang betul jangkaan aku..ramai giler orang dalam train..dah macam ikan sardin..tak ada space untuk bergerak..masing2 melekat antara satu sama lain..hahaha..geli rasanya tersentuh2 even dengan sesama perempuan..but bersyukur gak la masuk koc perempuan ni..atleast tak adalah berhimpit2 dengan lelaki2..selamat sikit rasanya..

sampai stesen sungai buloh dah pukul 7.15..niat dihati nak naik bas je tapi jijah tak bagi..dia suruh naik dengan dia..segan nya..thanks jijah..sorry susahkan ayah kau je nak kena hantar aku..hehehehehe sambil2 tunggu tu lalu la train ke ipoh..wah teringat zaman belajar kat perak dulu..pernahlah jugak merasa naik train dari ipoh ke sg buloh..sangat syok..

fuyoo..jangan pandang sebelah mata..ktm pun ada pramugari tau..teruja aku tengok..time aku naik 2 tahun lepas tak ada pulak..hehehe..satu peningkatan ni..

hehehe..ni la serba sedikit pengalaman aku keluar dengan kawan2..seronok sangat keluar even penat & duit habis, atleast boleh kurangkan kebosanan aku duduk rumah..heeee :)

p/s:  tenks for reading :)

Sunday, May 22, 2011

jumaat: mengong melanda diriku

Reactions: 
5 comments
hikhikhik..actually benda ni berlaku hari jumaat hari tu..alkisahnya bila pagi2 lagi incik rashid dah merajuk dengan aku..sebabnya dia kejutkan aku solat subuh, tapi aku ter'reject' call dia..dia msj pun aku balas 'hmm' je..hehehe..konon2 aku nak merajuk sebab malam tu aku call dia, tapi dia sibuk nak menyembang dengan housemate+member dia..so fine la aku pun malas nak kacau dia tengah syok menyembang tu..maka dengan itu aku isytiharkan merajuk dengan dia..last2 dia pulak yang merajuk dengan aku..mengada2 sungguh..tampo nak?hahaha..

bila incik rashid dah merajuk tu, aku pun menggelabah la..yelah dia jarang nak merajuk2 dengan aku ni..kalau nak dikira nisbah aku merajuk dengan dia merajuk adalah dalam 30:1..hahaha..bila dia dah merajuk tu semua yang aku buat serba tak kena hari tu..

hari tu plan nak masak ayam masak kurma..tetiba mengidam pulak nak makan lauk tu..hehehe..so prepare lah semua bahan2 nak masak tu..

~selingan: iklan dari penaja~



ha untuk yang tak tau masak kurma ayam tu meh sini aku ajarkan..yang dah tau tu p main jauh2..hahaha..resepi ni senang giler nak masak..orang yang tak reti masak pun boleh buat..heeeee..tu yang boleh buat tutorial masak kurma :p

*eh tetiba pulak nak main masak2 kat sini..padahal nak cerita lain..kekekeke..

bahan2:

1/2 ekor ayam
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4cm halia
15 biji cili api (terpulang nak banyak mana)
3 biji kentang (potong 2 kalau kecik, potong 4 kalau besar)
carrot sikit (potong memanjang..bulat pun boleh..bentuk love pon boleh..suka hati korang la)
santan (dari 1 biji kelapa)
rempah kurma
3 kuntum bunga lawang
sedikit kayu manis
sedikit cengkih
minyak masak untuk menumis
garam secukup rasa

okeh cara2 memasak cara aku:

bawang merah, putih, halia & cili api di blend..
then pns kn minyak..tumis bahan kisar
masukkan bunga lawang, kayu manis & cengkih (kalau siapa yang tak suka tu tak payah letak pun tak apa..tapi kalau letak lagi sedap+wangi sikit)
goreng garing2 sikit, then masukkan bancuhan rempah kurma (letak la dalam 1 senduk setengah rempah & bancuh dengan sedikit air)
tumis lagi, then masukkan santan..bagi santan mendidih sikit, masukkan kentang+carrot..
then baru masukkan ayam+garam..siap untuk dihidang..adeh..terliur la pulak..hehehe

ni la cara2 aku masak kurma..ada sesetengah orang diorang letak serai sikit..ada yang letak daun kari sikit..apa2 pun boleh..ikut tekak masing2 kan..macam aku suka makan pedas, so aku blend cili api..baru kick sikit bila makan..hehehe

sambung stroy:

then disebabkan aku masak dengan hati yang gundah gulana sebab incik rashid merajuk, fikiran aku pun melayang2 time masak tu..dok fikir kenapa la incik rashid tu merajuk sangat dengan aku..takkan sebab reject call jew kot..sampaikan sepatutnya aku tumis bahan2 tu semua, tapi aku dengan tak bersalahnya masukkan santan dulu..didihkan santan, baru masukkan bahan2 kisar, rempah2 tu semua..hehehe..punyalah mengong aku time tu..

bertawakal jelah aku time tu supaya menjadi kurma ayam aku tu..dah siap masak, anak buah aku si aiman terjah aku kat dapur..

aiman-->wah..mak lang masak apa?masak kari eh? (eh kurma bau kari kew..hehehe)
aku-->eh tak la masak kurma..aiman nak makan?
aiman-->nak..(muka teruja)

aku tau aiman ni memang suka makan kari atau kurma..so dengan confidentnya aku ambil pinggan & senduk..sekali bukak periuk nasi, laaaaa..tak masak lagi nasi rupanya..hahaha..actually aku lupa nak tekan suis..kekekeke..so kelaparan la si aiman tu..nasib baik dia ok..dia nak ratah kurma ayam tu je..

bersemangat dapat kuah kurma..even nasi tak ada..heeee :p

aku pun rasa bersalah sangat kat si aiman..kesian anak buah aku ni..dah teruja nak makan, sekali nasi tak masak lagi..hehehe..then aku pun cedoklah kuah kurma & seketul ayam..sekali dia makan, muka dah lain..aik..tak sedap kew..bila aku try rasa..laaaaa..patutlah..lupa nak letak garam..kekeke..lagi sekali mengong ..
suka tengok aiman hirup kuah..bersungguh2 dia makan :)

okeh tu jew aku nak cerita..hehehe..disebabkan incik rashid merajuk hari tu, aku dah jadi ala2 orang hilang akal sikit..pengajarannya, jangan reject call time dia kejutkan time subuh..nanti aku gak yang sasau..kekekekke..

Monday, May 16, 2011

Reunion geng uitm perak :)

Reactions: 
4 comments
sungguh seronok bila dapat berkumpul semula dengan member2 uitm perak dulu..rasa macam mengimbau nostalgia time belajar kat seri iskandar nun..actually awal2 lagi jijah dah ajak nak keluar cuma tak tahu kat mana & bila nak keluar..hehehe..so kebetulan aku, hajar & ziera jumpa time dinner yang tak dirancang tu, so ziera suggest makan steamboat kat restoran d'manggis tu..

rancang punya rancang, macam biasalah masing2 ada hal yang tak dapat nak dielakkan, so terpaksa la keluar malam kami habis exam..nak keluar siang, ziera & ayie kerja..kami pun masing2 ada hal siang hari nya..so nak tak nak kena la keluar time malam..aku pulak risau je nak keluar malam2, sebab mak aku memang tak bagi aku keluar malam after pukul 7pm.tapi entah kenapa alhamdulillah mak aku benarkan pulak kali ni tapi kena bawak anak buah aku, si aiman..tak kesah la janji aku boleh keluar..hehehe..so dapat la aku bersama-sama geng uitm perak aku..teruja sangat!!hahaha...

okeh2 first place kiteorang terjah restoran d'manggis, kuang..ni kunjungan aku kali ke 3..not bad la tempat ni..aku suka suasana dia..mendamaikan jiwa..chewahh..sampai2 je terus disambut oleh pengurus restoran ni..baguih2..ni yang pelanggan nak..hehehe..then duduk2 je masing2 dok fikir nak makan aku..macam aku memang dah terliur nak makan steamboat..untuk dewasa harga nak makan steamboat rm20, meanwhile untuk kanak2 just rm10..tak kisah lah mahal pun, janji puas..hehehe..so yang berminat nak makan steamboat just aku, ecah, ayie & ziera..hajar & jijah pulak nak makan lain..jijah kenyang katanya..hajar pulak nak makan char kuew teaw & kerang bakar (wajib)..heeee

korang layankanlah pic kiteorang makan kat d'manggis ni ek..pic credit to ayie+ecah :)

ha ni namanya kamar hajar..eh silap..kamar hajat..hehehehehehe...so make your wish here..may your wish comes true..wakakakaka...actually ni toilet..tapi sedap juga nama kamar hajat ni..tapi siapa yang masuk tu memang lah berhajat kan..emm2..hahaha

sebelum makan wajib berposing dulu..hehehe..aiman tak kesah pun ada..jadi bodyguard aku..kekeke

ha ni la steamboat nye..makan selagi mampu yer..tapi jangan sampai membazir..nampak tak yang colour hijau tu..actually tu ikan bakar..aku ni pulak beriya ambil 4 batang, ingatkan otak2..bila bakar2 tengok rupa2nya ikan..ceh...hancur harapan aku nak makan otak2..heeeeeeee ;p

hajar muka bengang je..sebab aiman dok kacau dia makan..hahaha..aiman ni pulak terlebih rajin, dia kopekkan nya kerang si hajar ni..tapi dia tak makan..dia saja kopekkan..yang hajar pulak dah teringatkan seseorang yang selalu kopekkan kerang untuk dia..siapakah itu??jeng jeng jeng..hahahaha

million thanks to ayie+ziera sebab belanja kiteorang makan steamboat..seriously rasa segan sangat orang belanja..dah la harga beratus..huhuhu..really appreciate diorang..tak sangka diorang nak belanja malam tu..kalau tau dorang nak belanja, aku order macam2 lagi..hahahahahahhaa :p

bila masing2 dah kenyang, apa lagi, tak reti2 lagi kew nak balik..hahaha..but before balik, sempat lagi snap pic bersama2..photographer nye tak lain tak bukan ayie ler..dah dia sorang je yang ada dslr..haruslah tangkap gambar kami banyak2..gambar dia sekeping jew ada..hahahaha..

ayie jadi pemalu bila bergambar dengan ikan2 di sampan..tu pasai tak mau pandang kamera..kekeke

masing2 dah berubah..ada yang makin kurus, ada yang makin gemuk(aku), ada yang makin lawa, ada yang bakal berkahwin..aduh cepatnya masa berlalu..dulu time diploma, masing2 keanak2kan lagi..hehehe..

bila la agaknya boleh bersama macam ni lagi..huhuhu..nanti masing2 dah kerja, dah kahwin, dah ada anak, macam mana nak bergonjeng macam ni lagi..huwaaa..sedih la pulak :(

okeh2 tak mau cerita sedih2 lagi..hehehe..lepas makan plan nak tengok wayang..so our next destination was at Cineleisure Damansara..tapi agak sedih bila sampai2 sana kaunter tiket dah tutup..kekekeke..tak sampai hajat si aiman ni nak tengok wayang..so wayang pun dah tutup, apa lagi karok la jawabnya..


ni bergambar je lebih tapi tak jadi nak karok kat tempat ni coz sangat mahal..1jam rm37 something like that la..tak ingat actual price nye..hehehe..disebabkan mahal, so tak jadi la kami nak berkarok kat tempat ni..ada yang cadangkan p kat redbox..sampai kat redbox lagi ler mahal..hahaha..rm32 per head for 3hours..whoaa~~~ tak mampu den..

so masing2 dah hampa..macam aku takdelah hampa sangat sebab mood nak berkarok tu tak ada..tau suara ni tak sedap bila menyanyi..hehehe..so kami pun pusing2 jap kat the curve tu..bergambar jap..hehehe..

me & ziera..menanti putera kayangan masuk meminang..kekekeke

eww..muka berkilat sebab berpeluh..tapi cantik gak posisi gambar ni..i loike..tenks to ecah..hehehe

 atas escalator..jalan2 cari pasal..kekeke..

last2 ecah suggest pergi uptown damansara je..dah semua nya tak menjadi plan..nak tengok wayang dah tutup..nak karok mahal pulak..hehehe..tetiba aku teringat kat the store sungai buloh tu ada tempat karok..so dengan sepantas kilatnya aku call along aku..tapi hampa bila along kata tempat karok tu dah tutup..teringat pulak tempat karok kat atas bank rakyat bandar baru tu..ha yang tu along kata bukak sampai 2 3 pagi..cayalah..hajar mata dah bersinar dah..seronok la tu..hahaha..

plan nak pergi uptown terpaksa dibatalkan..sampai kat tempat karok tu aku dah segan nak masuk..almaklumlah pergi karok tengah malam..perempuan pulak tu semuanya..eh kecuali aiman la..dia sorang je lelaki..kekekeke..tapi apa2 hal terjadi bukannya aiman boleh diharap..apa la budak kecik tu tau..hehehe..tetiba teringat kat kata2 along:  apa2 hal call along..yeah!! nasib ada backup..ngeh3...

masuk2 je pusat karok tu, adeh rasa tak bernafas..bau rokok kuat gila..hampir sesak nafas gak la..ayie & ziera tak mau karok..diorang nak balik awal sebab esoknya diorang kerja..so kami ambil 11 lagu jelah..tapi problemnya bilik kosong tak ada..tunggu punya tunggu, tak jugak orang habis menyanyi..yang ada just bilik vip..tapi bilik vip tu kena tambah lagi rm10..supposely bilik vip tu rm30..tapi abang kaunter tu baik hati, dia bagi rm20 je..hehehe..ayie dengan bermurah hati nak bayarkan.fuh..jimat duit lagi..seronok betul keluar dengan ayie ni.. :)

rupa2nya  bilik vip tu pakej nya 22 lagu..mak aih..banyak gilerrr..suara dah tak ada ni..tapi demi semangat nak menjerit, kami turutkan jua..hahaha..lagipun ayie dah belanja tu, kena la habiskan lagu tu semua..tak elok membazir kan..

ni ziera & ayie berpadu suara menyanyikan lagu doa buat kekasih..perghhh..jiwang siot..hahahaha..lepas tu pulak ayie nyanyi lagu cinta kristal..perghhh...best gilerrr...boleh ayie tarik notes tinggi tu..kalau aku dah terkeluar suara itik..hahahaha...

ni aksi menunggu giliran..hehehe..aku dah tak larat dah time ni..rasa nak tidur..time ni aku penat sangat sebab sebelah siangnya aku non stop buat kerja..dah la malam sebelum tu tidur 2jam setengah je..lepas tu perah otak untuk last paper lagi..lepas balik dari exam terus mengemas barang kat rumah sewa sebab nak bawak balik rumah..turun naik tangga angkut barang..huhuhu..sangat penat..bila balik rumah kat sungai buloh nun, terus kemas dapur & ruang tamu yang macam tongkang pecah..lepas tu tengok2 jam dah pukul 7..bersiap2 nak pergi keluar..huwaaa..macam nak mati hari tu..hahahaha..

pukul 2:30 pagi baru habis 22 lagu..aiman pun dah tertidur kat pangkuan aku..siap keluar air liru basi lagi..citt..hahaha..dah menyanyi 22 lagu, masing2 dah tak ada suara..sunyi sepi jew dalam kereta time nak balik tu..cuak gak time balik tu..takut mak bising..hehehe..nasib mak dah tidur..yang bisingnya abang2 aku..diorang ingat aku keluar dengan incik rashid..gilo apo..hahahaha..

tapi pape pon memang aku enjoy sangat..sebab bila bersama kawan2 rasa terhibur hati ni..nak2 pulak dapat makan free..hahahaha..lagi la terhibur hati..aku sayang sangat dengan kawan2 aku ni..sepanjang kami bersama kami tak pernah bergaduh besar..setakat merajuk2 sikit adalah..tapi tak pernah la membawa pergaduhan besar..hope our relationship akan berpanjangan..nanti nak keluar lagi roger2 la ek...hehehe

p/s:  tensk for reading :)

Sunday, May 15, 2011

maaf

Reactions: 
4 comments
hmm..

maafkan saya
atas apa yang saya dah luahkan pada awak...
saya tak bermaksud menyakiti awak..
cuma kadang2 saya rasa tak dihargai...

saya sedih awak abaikan saya..
tapi awak tak faham....
saya cuba nak bahagiakan awak...
tapi saya tak mampu..
maaf....


mungkin kita perlu berjauhan seketika..
atau awak mahu saya pergi jauh dari hidup awak selama-lamanya?

kalau la saya boleh lupakan awak..
kan senang..
tak perlu saya menangis lagi...
tapi entahlah..
air mata ni asyik tumpah je..
maafkan saya..
saya memang tak kuat..


buat sementara ni saya tak mau ganggu awak
saya tak mau awak hilang fokus untuk final exam
diam bukan bererti benci
lagipun kalau saya mesej awk
mesti awak marah2 sebab saya kacau awak study


takpe lah..
maybe awak tak perlukan saya
tanpa saya pun awak boleh berjaya..kannnn

gudluck untuk final exam awak..saya doakan awak berjaya :)

p/s:  tetiba suka dengar lagu ni..hehehe






p/s/s:  sudah baik dengan dia..alhamdulillah..hehehehe

Thursday, May 12, 2011

Unplanned Dinner :)

Reactions: 
4 comments
assalamualaikum..

sekarang aku dah start semester break..yihaaaa..sangat seronok sebab tak perlu bangun awal2 pagi mandi, gosok baju, bersiap2, mekap & terkejar2 p class (ciri2 budak pemalas..heeeee)..rasa heaven sangat duduk rumah even sometimes rasa bosan tahap cipan..hehehe..sabtu lepas adalah hari yang paling membosankan..actually bukan hari sabtu tu je, tapi hari2 lain pun bosan jugak sebab kena hadap buku..almaklumlah minggu final la katakan..tambah2 aku ni manusia paling menyampah nak kena menghafal segala fakta, teori, n bla bla bla...lemah giler :p

hari sabtu tu kebetulan my housemate ada masak kerang rebus tapi aku tak makan pun..keruh gila air rebusan kerang tu..mesti tak basuh bersih..yerkss..geli aku..hehehe..dah la ajak makan melalui sms je, sungguh tak proper..malas aku nak makan..rupa2nya roomate aku si hajar dah kecur air liur nak makan kerang..disebabkan dia memang hantu kerang, sanggup p cari kerang kat area fasa 2..nasib baik ada sambal kerang, kiranya terubat la juga..

tiba2 time maghrib time aku tengah layan perasaan tiba2 si hajar ni tegur aku..

hajar--> ilah dah maghrib
aku--> okeh

rasa heran lah jugak kenapa tiba2 dia bagitau aku dah maghrib..tau la dah maghrib cuma tak masuk waktu lagi..tak pernah2 dia bagitau aku dah masuk maghrib ke, subuh ke, zuhur ke..waktu belum masuk pun dia dah ingatkan..hehehe..bagus2..tapi aku ignore jela..maybe dia saja nak ingatkan aku..yelah aku ni suka benar sembahyang maghrib pukul 8 (alamak terkantoi..heee)..

sat g pukul 7:35pm dia cakap lagi benda pelik..

hajar-->  ilah p mandi..dah maghrib..
aku--> aik pelik benar kau hari ni..tak pernah2 bagitau aku dah masuk waktu..then suruh aku mandi..
hajar-->  hehehe..jom la bersiap..p makan kerang bakar..aku teringin nak makan kerang bakar..

laaaa..nak ajak aku makan kerang bakar rupanya..patut la beriya suruh aku mandi & sembahyang cepat2..hahahaha..tu pun nak berbasi2 dengan aku..cakap direct kan senang..hahaha..siang nya aku ajak p makan kerang bakar tak mau..nak study katanya..aku pon ok jela..hehehe..tup2 malam tu dia ajak p makan kat restoran d'manggis, kuang..even time tu plan nak fokus study, tapi bila dengar perkataan makan, automatic lupa niat nak study..so dengan pantas dan tangkas nye aku mandi, sembahyang & bersiap..hehehe..paling tak boleh blah hajar cakap macam ni:

hajar-->pakai lawa2 sikit malam ni..mekap tau..
aku-->ha?nak buat apa mekap2?pergi makan kat kuang tu je..
hajar-->oh kalau keluar dengan odong kau pakai mekap..keluar dengan aku tak mau mekap..
aku-->hahaha..mestilah, keluar dengan bf kenalah mekap..
hajar--> mekap jela..nanti boleh ambil gambar..
aku--> yelah2..hari ni kita berdating berdua ye..*GELI*..hahaha

masa otw pergi restoran tu, tetiba teringat kat ziera..alang2 dah lalu depan rumah dia nanti, so better ajak dia join kami sekali..lagipun dah lama tak jumpa dia..nasib baik time call ziera tu, elok2 je dia baru lepas mandi..macam tau2 je kami nak ajak dia keluar..hahaha..walaupun dia tengah berdiet tak makan malam, tapi kami paksa gak dia join..hahaha..rumah ziera ni dalam penjara sungai buloh..tapi bukanlah dia ni penjenayah ye..mak dia kerja dalam tu..hehehe..so masa lalu kat pondok pak guard tu, kena bagitau dulu nak jumpa siapa..bila cakap nak jumpa aziera orang tu tak kenal pulak..nak bagitau nama mak ziera tak sure plak..aku pun main belasah jew sebut nama mak dia, nasib baik pak guard tu tau even salah nama..heeee..

okeh la korang layan la dulu pic yang sempat kami tangkap.. :)

sambil tunggu kerang tiba kita posing dulu..
ini la dia kerang bakar pojaan hati hajar...kekekeke..nasib baik ada rezeki si hajar ni..elok2 kami sampai tu kerang bakar tinggal 1 je lagi..hehehe 
yeay!! kerang sudah mari :)
aku order air nenas..perghhh...memang terbaik..pekat+lazat :)
tomyam pun sedap..tapi hajar kata tak berapa nak sedap..entahlah, selera masing2 kan :)
sambil makan pengunjung disajikan dengan alunan live music..best woo...rasa macam tak nak balik..hahaha
dah kenyang balik la..tapi sebelum balik sempat posing dulu kat sampan ni..aku nampak macam kurus sikit sebab menyorok di belakang ziera..hahaha
tengok la aku..meyorok lagi..hahaha..

senarai harga kami malam tu:

kerang bakar :  RM4.00 (small plate)
tomyam campur:  RM6.50
tomyam ayam:  RM6:00
air buah (nenas) : RM3.00
air buah (tembikai) : RM3.00
air limau kasturi: RM1.80
nasi putih sepinggan :  RM1.50

okeh tak harga nya? bagi aku even mahal sikit tapi kira okeh la sebab persekitaran memang best..tambah2 ada live band..
 
memang release tension betul time ni..terus lupa lusa & tulat nya ada 2 paper berturut2..nota tu kiteorang bawak jei cuma bila dah makan+menyembang, rasa macam tak wujud je notes tu dalam beg..hahaha..balik tu sempat lagi singgah McD beli aiskrim..sorry la incik rashid..gf awk ni lupa nak berdiet..heeeee :p pape pon memang kiteorang enjoy gila..then ziera cadang nak keluar makan steambot pulak dengan kawan2 lama kat situ..nanti aku upload pic kami ber'reunion' ek..

tensk for reading :)