Friday, April 22, 2011

adik aku pun nak berblog jugak :)

Reactions: 
assalamualaikum..

jumaat datang lagi..cepatnya masa berlalu sekarang kan..pejam celik pejam celik dah nak habis bulan april..isk..risau pulak hati ni..almaklumlah lagi berapa hari jew  nak start final exam..tapi tak study apa lagi ni..kalau study pun 10 minit jew..selebihnya menghadap laptop..hehehe

okeh2 nak cerita tentang blog adik aku..orang berblog, dia pun sibuk gak nak berblog..macam lah dia ada masa kan..tapi tak apa, kakak dia ni memang support apa jew yang dia minat..asalkan tak bercanggah dengan agama..chewah...cakap macam ustazah pulak hari ni..mentang2 hari ni hari jumaat..eh, hari lain pun kadang2 cakap macam ustazah gak, tapi cakap macam ustazah rock..kekeke..gurau jew..

actually dia dah lama gak daftar blog ni tapi disebabkan dia tak tau nak guna, so dia biarkan jela..baru2 ni time aku balik cuti 2 hari tu, tetiba aku tanya pasal blog dia..then tetibe aku berjanji nak edit blog dia..aish...macam lah ada masa sangat nak edit blog kan..bukannya senang nak edit blog tu..tapi disebabkan mulut dah berjanji, tak baik la mungkir janji..kan kan kan..hehehehe..so hari ni even supposely aku kena baca buku CTU, tapi disebabkan agak bosan baca buku ni, aku pun edit la apa2 yang patut kat blog dia..hehehe..

first of all, mestilah buat header blog..header dia aku buat simple jew..nanti ada masa baru aku buat lawa2..hehehe..

klik kat link ni untuk ke blog dia-->


agak susah nak buat header ni sebab dah lama tak buat..dah lupa step..bertambah tension bila laptop ni buat hal..time orang nak buat kerja, time ni la dia nak stuck sana sini..menguji kesabaran sungguh..2x adobe photoshop tu terpadam sendiri..so kena buat balik..lepas tu stuck balik..geram sangat aku cabut jew charger laptop ni..tak dan nak shutdown laptop pon..hahahaha...

risau jugak buat header letak muka adik aku ni..bukannya apa, dia kan dah bertudung labuh semenjak sekolah tahfiz ni..takut ada kawan2 dia yang tengok, pandang serong pulak kat dia..aku harap kawan2 dia faham lah yang aku guna gambar lama dia..gambar terbaru tak ada dalam simpanan aku..hehehe..

okeh tu jew nak cerita..aku harap dia suka la..la ni dia tak boleh nak update pape cerita lagi sebab dia bukannya selalu online pun..waktu2 tertentu jew yang dia boleh guna internet kat sekolah..btw, silalah sokong blog adik aku ni dengan menjadi follower dia..dengan cara ni boleh naikkan semangat dia nak berblog (promote ni..hehehe)

pesanan untuk adik aku: gunakan lah blog tu secara berhemah..jangan kutuk2 orang, jangan cerita pasal bf (erkk terkena batang hidung aku sendiri)..huhuhu..segala ilmu agama yang belajar kat sekolah tu, sampaikan lah even sedikit..blog ni bukan setakat tempat meluahkan perasaan tapi jugak medan ilmu..chewahhh.. :)


3 comments:

  1. akak print screen jew header drpd blog..then akak crop, then tmbh gmbr ngn tulisan jew..xpon gune adobe, create new..tp leceh..hehehe

    ReplyDelete