Saturday, April 30, 2011

Akim - Janji (video+lirik+ulasan) :)

Reactions: 
0 comments

lirik lagu:

Cubalah kau mengerti
Perasaan hatiku
Ku cinta kamu
Hanya itu aku tahu
Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku

Chorus
Aku akan selalu
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu
Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku
Ulang Chorus
Aku janji padamu
Akan mencintaimu
Ulang Chorus
Takkan menduakanmu

nak cerita kew tak ek..erm...nak cerita jugak la even malu2 kucen..hehehe.. first time aku tengok video ni aku menitiskan air mata..(emo betullah aku ni, padahal diorang berlakon jew) huhuhu..tetiba rasa touching lak kat part minit 3:42 tu..aku dapat bayangkan betapa pedihnya hati acha tu bila kena tengking dengan si akim..hahaha..benda ni memang berlaku kat alam realiti pun..

manusia memang mudah lupa diri..bila dah berada kat puncak terus lupa kat orang yang banyak bagi sokongan kat dia..ibaratnya habis madu sepah dibuang..lepas tu baru nak menyesal..tapi nak menyesal pun dah tak guna kalau orang yang disakiti tu dah terluka dan bertekad tak mau kembali bersama..isk...sedih la tengok video ni..nak nangis lagi la sat g..hahahah

even pelakon yang berlakon watak acha tu tak berapa nak cun, tapi still tinggalkan kesan yang mendalam kat aku..hehehe..cuba bayangkan kita berada kat tempat watak acha tu..mesti meraung kan di pinggirkan bf sendiri..mentang2 lah tak cantik, tak popular, senang2 jew nak lupakan..huhuhu..yang lelaki pulak mudah sangat tergoda dengan perempuan cantik..apa lah ada pada kecantikan tu?dah tua nanti berkedut seribu gak..hehehe..semua tu pinjaman dari Allah jew..bila2 masa jew nikmat tu boleh ditarik balik tau..

untuk reader yang kat luar sana tu tak kira la lelaki kew perempuan kew, kenang2lah jasa dan pengorbanan gf/bf korang tu..hargailah kasih sayang yang dia bagi even dia tu tak cantik/handsome, tak popular, tak kaya, dan segala yang tak la..kenanglah masa korang sama2 susah dulu, kalau dating makan pun share2, minum air share2, pendek kata semua nya la kena share (yelah sebab tak berduit lagi kan..hehehe)..so bila dah senang, janganlah tergamak tinggalkan orang yang sanggup berkorban untuk kita dulu..aku bagi nasihat untuk korang & juga untuk diri aku sendiri..okeh..penat dah membebel ni..hehehe..korang layan jew la video klip ni eh..lirik pun disediakan..hehehe..

p/s: renung2kan dan selamat beramal..kekeke :p
p/s/s: mula2 dulu aku ingat lagu ni lagu kumpulan sofaz..hehehe
p/s/s/s:  aku tak suka ending video ni..tapi aku baca komen2 kat channel ni sebenarnya ada sambungan video ni..so just wait n see jew la..hehehe :)






Friday, April 22, 2011

adik aku pun nak berblog jugak :)

Reactions: 
3 comments
assalamualaikum..

jumaat datang lagi..cepatnya masa berlalu sekarang kan..pejam celik pejam celik dah nak habis bulan april..isk..risau pulak hati ni..almaklumlah lagi berapa hari jew  nak start final exam..tapi tak study apa lagi ni..kalau study pun 10 minit jew..selebihnya menghadap laptop..hehehe

okeh2 nak cerita tentang blog adik aku..orang berblog, dia pun sibuk gak nak berblog..macam lah dia ada masa kan..tapi tak apa, kakak dia ni memang support apa jew yang dia minat..asalkan tak bercanggah dengan agama..chewah...cakap macam ustazah pulak hari ni..mentang2 hari ni hari jumaat..eh, hari lain pun kadang2 cakap macam ustazah gak, tapi cakap macam ustazah rock..kekeke..gurau jew..

actually dia dah lama gak daftar blog ni tapi disebabkan dia tak tau nak guna, so dia biarkan jela..baru2 ni time aku balik cuti 2 hari tu, tetiba aku tanya pasal blog dia..then tetibe aku berjanji nak edit blog dia..aish...macam lah ada masa sangat nak edit blog kan..bukannya senang nak edit blog tu..tapi disebabkan mulut dah berjanji, tak baik la mungkir janji..kan kan kan..hehehehe..so hari ni even supposely aku kena baca buku CTU, tapi disebabkan agak bosan baca buku ni, aku pun edit la apa2 yang patut kat blog dia..hehehe..

first of all, mestilah buat header blog..header dia aku buat simple jew..nanti ada masa baru aku buat lawa2..hehehe..

klik kat link ni untuk ke blog dia-->


agak susah nak buat header ni sebab dah lama tak buat..dah lupa step..bertambah tension bila laptop ni buat hal..time orang nak buat kerja, time ni la dia nak stuck sana sini..menguji kesabaran sungguh..2x adobe photoshop tu terpadam sendiri..so kena buat balik..lepas tu stuck balik..geram sangat aku cabut jew charger laptop ni..tak dan nak shutdown laptop pon..hahahaha...

risau jugak buat header letak muka adik aku ni..bukannya apa, dia kan dah bertudung labuh semenjak sekolah tahfiz ni..takut ada kawan2 dia yang tengok, pandang serong pulak kat dia..aku harap kawan2 dia faham lah yang aku guna gambar lama dia..gambar terbaru tak ada dalam simpanan aku..hehehe..

okeh tu jew nak cerita..aku harap dia suka la..la ni dia tak boleh nak update pape cerita lagi sebab dia bukannya selalu online pun..waktu2 tertentu jew yang dia boleh guna internet kat sekolah..btw, silalah sokong blog adik aku ni dengan menjadi follower dia..dengan cara ni boleh naikkan semangat dia nak berblog (promote ni..hehehe)

pesanan untuk adik aku: gunakan lah blog tu secara berhemah..jangan kutuk2 orang, jangan cerita pasal bf (erkk terkena batang hidung aku sendiri)..huhuhu..segala ilmu agama yang belajar kat sekolah tu, sampaikan lah even sedikit..blog ni bukan setakat tempat meluahkan perasaan tapi jugak medan ilmu..chewahhh.. :)


Monday, April 18, 2011

nota buat followers :)

Reactions: 
0 comments
yeay!! blog aku dah capai 100 followers..big thanx to all my follower..muah muah muah!!! sayang korang..hehehehe...siyesly sungguh tak sangka ada jugak orang nak follow blog aku ni..actually niat asal nak berblog ialah untuk kepuasan diri sendiri..aku nak abadikan semua aktiviti aku dalam bentuk tulisan di blog..tapi tak sangka dari sehari ke sehari makin bertambah follower even aku ni jarang blogwalking blog lain sebab kesuntukan masa.. :))

okeh2 jom kite tengok siapakah gerangan follower aku yang ke 100 tu..jeng jeng jeng~~~~ 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tadaaaaaa...



follower yang bertuah tu adalah echa ezreen...sila bagi tepukan yang gemuruh untuk echa..hehehehe..
comel kan echa ni..
sedikit info tentang echa yang aku ambil dari blog dia:
nama betul echa ni aku tak dapat detect pulak..tapi nick name dia gunakan echa ezreen.  then echa ni baru berusia 13 tahun..wah sebaya adik aku ni..hehehe..study kat smk tun habab kota tinggi..aku usha2 blog echa ni tapi tak berapa banyak entry..maybe busy dengan kerja sekolah kot..hehehe..blog dia pun comel (pink colour gitu..hehehe)..so apa lagi guys, sila la terjah blog echa ni & jadi follower dia -->  echaezreen.blogspot.com

okeh kalau tak ada follower yang pertama, tak akan adalah follower yang ke 100..ye tak??hehehe..nak tau siapa orang terawal jadi follower aku???jeng jeng jeng~~~
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tadaaaaaaaaaa~~~

follower aku yang pertama adalah AYIEEEEEEEE......

sorry ayie ambil pic kamu tanpa mintak izin..jangan marah ye..hehehehe
thanx a lot to ayie..dia la orang pertama yang sudi nak follow blog aku ni tau..actually ayie ni kawan aku..hehehe..nak tau tak, ayie ni la menjadi sumber inspirasi aku untuk berblog..masa aku terjah blog dia dulu aku rasa macam wow, bestnya blog ni..boleh letak gambar..sebelum ni aku dah pernah ada blog kat friendster tapi taklah sebest blogger ni..hehehe..time tu nak berblog broadband pulak tak ada..so terpaksa lah aku pendam niat nak berblog macam dia..hehehehe..

nak tau serba sedikit pasal ayie ni? aku kenal ayie sejak diploma lagi tau..dia seorang yang sempoi dan dia suka tolong kawan..apa2 pun dia dulukan kawan2 dia..tak percaya??jadilah kawan dia dulu, nanti korang tau la..hahaha..sekarang ayie belajar kat uitm shah alam..sem ni dia ambil PLK (pengajian luar kampuse) sebab dia dah kerja..course ape erk??tak pastilah nama course dia, yang aku tau berkaitan dengan QS (quantity surveyor)..now dia kerja kat company construction yang buat istana kat jalan duta tu..hehehe..okeh2 tak mau cakap banyak lagi..nanti habis bocor semua rahsia dia..hahaha..senang cerita korang follow jew blog dia okeh-->> one in a million oh ya, lupa nak cakap, ayie ni ada kemera dslr..siapa2 yang rasa nak ambil dia sebagai photographer korang try la tanya dia okeh :))

p/s:  follower yang lain jangan kecik hati tau aku tak buat entry pasal korang..pape pun korang semua memang best..uitm dihatiku..eh silap..follower dihatiku..hehehehe

Sunday, April 17, 2011

it's all bout test :)

Reactions: 
4 comments
assalamualaikum kepada semua pembaca yang arif lagi bijaksana..hahaha..

sorry sebab dah lama tak update blog kesayangan aku ni..dah bersawang pun, siap ada spiderman lagi..hehehe..niat hati nak update tapi apakan daya, jodoh masa tiada..

actually punca aku tak dapat update blog disebabkan sibuk menguruskan hal rumah tangga menyiapkan kerja sekolah..hehehehe..memang terlalu busy giler2 tapi yang herannya sempat lagi ber'fb' ;p dua minggu lepas adalah minggu stress bagi aku sebabnya time ni lah semua assignment nak kena submit, kena buat training program, kena redo quiz (sebab soalan bocor) then last week adalah minggu yang hampir2 membuatkan aku masuk hospital tanjung rambutan..hahaha..


mana tak nye, padat giler dengan test..okeh2 meh aku listkan test2 yang membuatkan otak aku agak tak center last week..hehehehe

-Isnin:  Speaking Muet-
-Selasa:  Human Resource Developement + Telecommunications Technology-
-Rabu:  Project Management-
-Khamis:  Research-
-Jumaat:  Speaking Mandarin-
-Sabtu:  Reading, Writing & Listening Muet-

mula2 aku nak cerita pengalaman aku untuk speaking muet..ikut jadual speaking start pukul 7:30am..tapi start pukul 8:10am..huhuhu..sabar jela..penat aku datang awal2..lepas tu pulak aku dapat group ke 4 untuk speaking..pukul 10 lebih baru la aku start berspeaking..ha ni nak cerita sikit pasal group members aku..dua orang budak uia, sorang lagi dah keja..budak uia tu memang teror speaking bi..almaklumlah diaorang ambil course English..salah sorang daripada budak uia tu adalah public speaker peringkat kebangsaan..hahahaha...so dah terbayang2 aku akan tenggelam time speaking tu nanti..dan jangkaan aku memang betul..cakap tak henti2 budak tu..huhuhu..apalah nasib..tak apalah, aku bukan nak target band 5 untuk muet macam budak tu pun..aku nak band 3..tapi macam mustahil jew nak dapat band 3..hehehe..

bayangkan biol tak biol otak aku dengan berderet test..kalau sikit2 nak baca tak apa..ni berchapter2..hehehe..supposely test HRD hari isnin tapi disebabkan aku ada speaking muet, so tunda ke hari selasa..dengan harapan dapat la hint supaya senang aku nak score (niat jahat..hahaha) tapi malangnya bila korek2 satu hint pun tak dapat..bak kata (esah, 2001):  "senang jew, kau baca jew semua notes dalam slide tu" hahahhaa..yela2..terpaksalah aku memerah otak menghafal semua fact dalam HRD tu..dengan Telco tak baca lagi..aku berserah jew..lagipun lebih baik aku berjaya atas usaha aku sendiri kan..daripada harapkan hint daripada orang lain, nanti tak berkat ilmu tu..(mood: insaf..hehehe)..dengan langkah loghlai aku ke bilik miss nudra..first time nak jawab test dalam bilik lecturer & aku sangat nervous yer time tu..test 2 jam & kebanyakkan kawan2 aku cakap diorang tak cukup masa nak jawab, tapi aku dengan rasa tak bersalahnya jawab test 1 jam jew..hahahaha..sebabnya dalam kepala otak aku nak bace buku Telco..sampaikan lecturer HRD aku tu terkejut aku boleh siap sejam..entah macam mana la result test HRD aku tu..harap2 lulus la..hehehehehe..miss nudra tolong bagi saya markah tinggi ye walaupun saya tak banyak bagi explainantion for every point ;p

madu lebah sangat baik untuk otak :) amalkan sesudu madu setiap pagi  untuk mendapatkan daya ingatan yang kuat..

okeh2 pasal telco pulak..siyesly aku tak prepare apa2 pun..dah habis test HRD tu baru aku bukak buku telco tu..isk dah menggelabah ni..dah la quiz 1 dapat markah sikit..quiz 2 markah ok2 la..then terbayang2 betapa susahnya soalan test telco ni..aku hanya baca jawapan soalan past year yang lecturer aku suruh buat tu..then selak sikit2 buku teks..bincang2 sikit dengan hajar..then sekali lagi dengan langkah loglai aku masuk ke dewan peperiksaan..huhuhu..aku tawakal lagi sekali..moga2 Allah bagi pertolongan kat aku..time tu mula la start rasa menyesal tak study awal (rasa penyesalan ni normal for those yang selalu study last minute macam aku..heheheh)..disebabkan aku masuk lewat ke exam hall, tempat duduk depan dah penuh, then buat pertama kalinya dalam sejarah degree ni aku duduk tempat paling belakang sekali..hahahahaha...selalu duduk depan sebab tak suka duduk belakang..rupa2 nya best gak duduk belakang ni..boleh tengok gelagat kawan2..ada yang menggeleng kepala.ada yang termenung..ada yang menompang dagu..ada yang bersandar..ada yang tak henti2 menulis..ada yang bisik2 dengan kawan kat depan..iskkk..macam2 ada..hahahaha..then alhamdulillah, sangat terkejut beruk bila lecturer bagitau aku dapat highest marks dalam class..huhuhu..tak percaya..tak percaya..tapi aku tak boleh rasa selesa..sebabnya final entah macam mana soalannya..btw, thanx a lot to madam sharidatul akma, lecturer telco aku yang sangat bestttttt..dia PAKSA kiteorang buat 5 sets past year..sangat penat (tangan rasa nak patah) & sampai dakwat pen pun habis TAPI outcomes dia memang superb..hehehehehe...once again, thanx madam :))))) nak harapkan aku baca teks  buku yang tebal tu jangan harap la..study past year pun dah cukup sebab soalan selalu berulang..hehehe..

then keesokkan harinya ada test project pulak..aduhhh..project pun susah..banyak benda nak kena baca & faham..tapi yang bestnya project ni ada kira2..aku memang suka bab2 mengira ni..tapi problemnya ada soalan yang aku tersalah jawab..dalam section b 15 markah dah melayang..bye2 15 markahku..then ada lagi 1 kat section a aku tak tahu..melayang lagi 8 markah..bye2 8 markah..kenang daku dalam doamu..hukhukhuk..aduyai...kenapa lah aku ni careless sangat..benda senang pun tak dapat jawab..huhuhu..tapi tak apa, final masih ada..akan aku betulkan kesilapan aku..chewahhh, semangat taik kucing namanya ni..hahahaha...

my next test is research..huhuhu..aku sangat sedih time jawab research sebabnya aku tak habis menelaah buku lagi..malam sebelum test tu aku tak study sebab aku buat karangan untuk speaking mandarin..then rasa penat sangat & konon2 lepas buat karangan tu, nak tidur dalam sejam dua..alih2 terjaga dah pukul 5.30 pagi..huwaaaa...aku tak study apa lagi ni, nanti nak jawab apa..aku takut sebabnya quiz pertama aku fail...aku dapat 20/50..aduh kenapa la aku lemah sangat subjek research ni..aku paling tak suka kalau soalan suruh identify independent, dependent, & moderate variable..aku sangat lemah tang menda alah ni..huhuhuhu..kenapa harus aku menjawab soalan ni..why??why??whyyyyy??give me 10 reasons why i should learn these things (15marks) hehehehehehe..paper ni memang aku bertawakal sepanjang masa menjawab tu..terbayang2 muka kecewa prof bila tanda jawapan aku..im so sorry prof..huhuhuhu :(



okeh2 tak mau fikir lagi pasal research, then i have take the next test which is mandarin speaking..aku ni memang manusia yang suka menangguhkan kerja (guys u shouldn't do like me okeh)..sangat tak bagus untuk kesihatan..hehehe..actually laoshi aku dah lama bagitau suruh buat 4 karangan pasal basha, kan dianshi, huixiang & dujia..ha pew pulak menatang2 ni semua..hehehe..basha:  pasar, kan dianshi:  menonton tv, huixian:  balik kampung & dujia:  bercuti..setiap karangan mesti ada sekurang2nya 12 ayat..then setiap ayat mest ada sekurang2nya 7 patah perkataan..so 12x7x4=336 patah perkataan dalam bahasa mandarin yang perlu aku hafal..huwaaaa....mati lor..hahahaha..dah la tension test2 lepas tak habis lagi, ni nak kena menghafal mandarin pulak..sangat mencabar daya ingatan aku..dengar2 cerita laoshi class D buat, kalau tak hafal empat2 karangan tu, baca yang kita hafal..tapi tolak 2 markah la..okeh la tu..aku pun dah dengar bersemangat la, so aku hafal satu jew karangan..tapi dalam hati tu risau gak kot2 laoshi aku tak bagi..so aku hafal la 3 karangan..lagi satu karangan pasal dujia tu aku tak berapa nak hafal sebab perkataan nye susah2..alih2 masuk class mandarin, laoshi cakap siapa tak hafal tajuk yang dia dapat hanya akan dapat 4 markah..tu pun kalau bacaan lancar..kalau tak lancar kena tolak lagi markah..dengan gelabahnya aku hafal karangan yang ke 4 tu..fuhh berejam aku menghafal..nasib baik laoshi bagi masa lagi..aku harap sangat time balinng dadu tu aku dapat tajuk yang senang..alhamdulillah lagi sekali Allah perkenankan doa aku..aku dapat tajuk paling senang bagi aku iaitu kan dianshi (menonton tv)..hehehehe..so tak ada la masalah sangat nak spekaing tu..tapi still ada yang tersangkut2..siap pejam2 mata lagi time speaking tu sebab nak ingat+takut tengok muka laoshi..btw, thanx to Allah..DIA telah mempermudahkan urusan aku :)))


last sekali ialah test untuk muet..time ni semua kawan2 aku tengah bergembira sebab test dah habis..tapi aku masih lagi ada test..memang untuk muet ni aku tak sempat nak study apa..memang ternganga la jawab test..hehehhee...soalan agak mencabar minda..aku pulak dah lupa cara2 nak jawab writing paper tu..entah apa la yang aku dok merapu kan..paling aku sedih ialah part listening..aku tak dengar dengan jelas..dah la radio suaranya bergema..ditambah2 dengan bunyi hujan yang lebat...sangat mengharukan..huhuhu..lagi sekali aku bertawakal..apa pun result yang aku dapat untuk muet aku terima jela..aku siap cakap kat incik rashid, kalau resutl aku teruk , dapat band 1 aku nak repeat muet..tak kira..hehehehe..

okeh tu saja lah pengalaman aku mengharungi minggu test..benda ni normal pada manusia yang bergelar student..ni lah yang dikatan student life..quiz, test, presentation, assignment, project proposal..memang stress but benda2 ni lah yang akan dikenang, dirindu2 bila dah berkerja nanti..siapa setuju dengan pendapat aku ni, sila angkat tangan macam ucop wilca..hahahahahahah..apa yang penting time management..kalau aku time management memang fail..hehehe..bukan senang nak berjaya..yang penting doa, usaha & tawakal..


good luck for all readers yang akan menduduki final exam..ingat benda ni --> doa, usaha & tawakal..dan jangan lupa restu ibu bapa..nak exam nanti call la parents korang..suruh diaorang doa banyak2 untuk korang..macam mak aku bila aku ada exam dia akan berpuasa :))) sayang mak lebih :))

p/s: sorry kalau entry ni panjang berjela..hehehe..excited menaip ni..almaklumlah dah lama tak update blog..kekekekkee...


Wednesday, April 6, 2011

busy tahap gaban

Reactions: 
2 comments
salam to all readers..sorry sekarang ni tak dapat nak update blog..busy sangat sekarang ni..insyallah lagi 2 minggu my blog will be updated okeh:) stay tune guys *macam la ada orang nak baca sangat blog aku yang entah ape2 ni kan..hehehehe

for my new followers, nanti saya follow balik awak semua ok :)

*update dalam class research ni* kekeke