Monday, March 7, 2011

weekend with family (edisi marah2) =.='

Reactions: 
last weekend was so meaningful for me..sebabnya dapat balik rumah..yihaaa...dah sebulan tak balik tau, tu yang so excited bila dapat balik..mula2 tak mau balik sebab banyak assignment kena siapkan, but tetibe aku tukar fikiran bila tengok member2 pakat balik, isk ni tak boleh jadi ni..aku kena balik jugak..so finally, sampai gak aku di kampung halamanku yang tercinta..wah bunyinya macam lah duduk jauh diperantauan, padahal tak sampai 20minit perjalanan pun dari uitm puncak alam ke sungai buloh..kekeke..

biasalah bila dah balik tu, kerjanya makan jew..hilang sudah program diet aku bila sampai rumah..ni yang malas balik sebenarnya..ngeh3..last saturday aku pergi melawat adik aku yang study kat IQKL tu..actually dia mengadu sambil menangis2 sebab kena fitnah dengan kawan & senior dia..aku pun panas hati lah..apasal nak fitnah2 adik aku..aku pun cakap dengan mak nak pergi sekolah adik..bukanlah aku nak serang budak yang buat fitnah tu, aku just nak melawat & bagi kata2 semangat kat adik..almaklumlah aku dah rasa pengalaman kena buli dengan senior..aku faham perasaan adik aku yang tertekan tu..so dengan rasa penuh kasih sayang(chewah ayat poyo) aku pun melawat adik aku & bagi kata2 semangat kat dia..so far dia dah ok..

nak tau apa punca dia kena fitnah??alkisahnya ada budak lelaki letak note kat meja adik aku..budak lelaki tu cakap adik aku cute & nak berkenalan..gatai punya budak, tapi tak apa, aku faham budak2 baru nak meningkat naik memang macam tu perangai..tapi masalahnya note tu tak sampai kat tangan adik aku..yang baca note tu pun kawan baik adik aku sendiri & minah tu dengan suka suki nya buang note tu kat tong sampah..

yang bangangnya (sorry ayat brutal sikit) dia p cerita kat adik aku yang ada budak laki bagi note..of course lah adik aku tertanya2 & nak tau apa isi kandungan note tu..so adik aku dan kawan2 dia yang lain p la cari note tu balik..bila tengok adik aku+member2 dia cari note tu, boleh pulak minah yang buang note tu p bagitau kat senior..yang si senior ni pun berlagak bagus macam dia ketua pelajar, padahal baru form 2 dah nak sound2 adik aku...walawehhh, benda kecik pun nak besar2 kan..tak fahamlah aku..kau fikir kau budak tahfiz, baru hafal beberapa juzuk dah rasa diri tu bagus??kau tak pandang langsung lelaki, konon kau tu menjaga pandangan dan nafsu..pigidahhhhh...cakap lah kau jealous tak ada budak lelaki minat kat kau...hahaha..bohonglah kalau kat hati tu tak terdetik sikit pun nak berkawan dengan lelaki...tak payah lah nak tunjuk alim..dah lah cakap kurang ajar depan mak aku..sia2 lah kau menghafal al-quran tapi attitude kau hampeh..buat malu jew..cittt..sikit pun aku tak respect budak macam ni..

aku marah ni sebab dia fitnah adik aku..dia tak ada bukti pun adik aku p menggatal dengan budak lelaki tu..sampaikan adik aku down, menangis2 call suruh jemput dia kat sekolah..dia tak mau sekolah situ lagi..dah la adik aku tu harapan mak, harapan aku, harapan family aku untuk menjadi hafizah yang berjaya..kalau dia dah down kemungkinan besar harapan kami untuk tengok dia berjaya dah tentu2 la lebur..so tu yang aku hangin kat budak hingusan yang poyo tu..huhuhu..lepas tu sesuka hati complaint tudung adik aku pendek..aik dia nak labuh macam mana lagi..labuh macam telekung kew??kalau hati tu dah busuk, semua benda nampak tak elok..

ada kew patut senior tu kata tudung adik aku pendek..pelik2..**adik aku yang sebelah kanan tu**

ah malas nak cerita lagi pasal budak senior tu..ikutkan banyak lagi cerita hot..macam mana kurang ajarnya budak tu kat adik & depan mak aku..tapi buat semak blog aku jew dengan cerita dia tu..hohohoho ;p ***aku dapat rasakan tekanan darah aku dah naik time menaip ni..hehehehe...tarikkk nafassss ila.... =.='

aku tak suka nak maki hamun orang tapi kalau dah perangai budak tu berlagak macam bagus memang aku naik darah..hilang kesopanan dan kesusilaan aku..ahaks...

okeh la sambung cerita kat next entry..mengantuk dah..tata~~


2 comments:

  1. ilah da semaken matang hahahahahaha

    ReplyDelete
  2. yela..da tua kn..tp kdg2 bf aku ckp aku ni prngai cm bdk2..hehehe

    ReplyDelete