Friday, March 25, 2011

surat cinta terakhir T.T

Reactions: 
saya telah mengembara kehujung dunia mencari cinta saya..tapi pertama kali saya bertemu awak, hati saya terus terpaut..demi tuhan, saya tidak tahu kenapa..tapi itulah kebenarannya..saya cuba untuk menolak awak tapi kejujuran awak memikat hati saya...awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan..

hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur di penjuru mata awak..saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak..dan di saat saya mencintai awak, saya telah jatuh kedasar perasaan yang paling dalam..lemas dan hampir tenggelam didalam lautan kasih sayang..seribu impian dan saya mula terfikir, saya mengembara ke hujung dunia mencari awak, dan rupanya awak disisi saya selama ni dan saya baru sedari tika dan saat itu..bagai merpati putih, cinta saya berkelana mencari singggahsana dihati awak..nyata saya telah menemuinya..akhirnya awak telah memiliki cinta saya dan awak campakkan saya jauh kedasar laut yang tidak mampu saya selam..di sana saya tidak mampu melihat cahaya..awak berikan saya harapan dan akhirnya awak jugalah yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam..

saya sedih sangat bila awak kata awak tidak tahu apa sebenarnya yang awak cari..tapi jauh di sudut hati ni, saya merasakan awak masih belum cukup matang untuk memahami apa itu cinta dan mungkin awak tidak pernah cuba untuk menjadi matang atau mungkin juga awak belum pernah benar2 jatuh cinta pada seseorang..jadi selama ni, siapa saya dihati awak???

awak, mungkin awak jenis lelaki yang boleh menyintai ramai perempuan berkali2..tetapi saya pula hanyalah seorang perempuan yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 1 lelaki, 1 cinta dan 1 perkahwinan..kita hidup sekali, mati sekali dan menyintai sekali..melangkah pergi meninggalkan awak telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada..jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya membenci awak..bagaimana harus saya membenci sedangkan setiap hari saya merindukan awak..setiap saat saya mengingati awak..seumur hidup ini saya hanya ingin mencintai awak..awak, sebelum saya menghilangkan diri dari dunia awak, ingin saya nyatakan sesuatu yang awak tidak pernah tahu..kalaulah awak bertanya pada saya sedalam mana cinta saya pada awak, inilah jawapan saya:

"kalaulah satu hari awak kehilangan suara, saya akan memberikan suara saya agar awak dapat bersuara semula meskipun waktu itu saya akan bisu buat selamanya...dan kalau satu hari nanti awak kehilangan hati, saya akan memberikan hati saya kepada awak agar awak dapat hidup selamanya meskipun waktu itu saya tiada lagi didunia ni...."

awak, kerana awaklah saya mencintai..kerana awaklah saya melangkah pergi..ini semua demi kebahagiaan awak..saya doakan satu hari nanti awak akan temui apa yang awak cari..supaya awak dapat mengetahui bagaimana rasanya terlalu mencintai dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya..saya percaya Allah temukan kita kerana ada hikmah disebalik semua ni..saya tidak pernah kesal mengenali awak kerana sekurang2nya saya telah bersikap jujur dan ikhlas dengan perasaan saya..saya juga percaya andai benar kita punya jodoh, awak pastinya akan kembali kepada saya tetapi saya juga ingin belajar pasrah pada ketentuan Allah..walaupun awak takkan pernah kembali pada saya, saya akur mungkin itu yang terbaik..
p/s:  surat cinta terakhir ni bukan dikarang oleh aku..tapi ambil dari internet..hehehe..
p/s:  :)

6 comments:

  1. insyaAllah cik akan temui cinta sebnar nanti..

    ReplyDelete
  2. insyallah..amin...hopefully..thanx yo :)

    ReplyDelete
  3. be strong.
    jangan sedih2.
    biar lelaki cari kita.
    jangan tunduk dengan lelaki.
    yess u can do it!

    ReplyDelete
  4. insyallah..i can do it!!hehehe..

    ReplyDelete
  5. Surat Cinta Terakhir Untuk Awak... penulisnya Ash Komikiwa..

    http://ashkomikiwa.blogspot.com/2007/07/surat-cinta-terakhir-untuk-awak.html

    ReplyDelete