Sunday, March 27, 2011

muet

Reactions: 
38 comments
huwaaa....tetibe rasa sangat nervous...sebabnya tak lama lagi ada exam muet..nak2 pulak exam speaking tu..aku ni setakat menulis boleh la lepas..tapi bab2 speaking ni memang langsung tak ada confident..dah la aku ni jenis manusia yang tak boleh nak kawal nervous..hehehe..

ni slip exam muet aku...seram sejuk aku tengok slip ni =,='


nasib baiklah course aku just nak atleast band 1..kalau nak band 4 or 5 mati lor..ada yang cakap kenapa course macam kami ni nak band 1 jew..baik tak payah ambil muet kan..hehehe...ada lagi yang cakap, supposely naikkan lagi level band tu sebab macam tak sesuai dengan course kami ni yang menggunakan english sebagai bahasa pengantara..well, bagi aku, it doesnt matter la..tak kira lah band berapa pun, tu adalah aras penanda paling rendah yang fakulti gariskan..so kena la buktikan kat orang lain yang student om ni leh dapat higher than band 1..wah cakap macam senang jew kan..hehehe..but i'll try my best, atleast dapat band 3..insyaallah...

rasa macam kelakar pulak aku baru nak ambil muet ni..padahal member2 lain dah berkurun ambil..hehehe..actually, aku dah nak ambil time part 5 diploma dulu..tapi time tu pulak, lecturer bagitau tu ambil time degree pun boleh..lepas tu pulak, dengar kabo siapa yang nak beli borang muet tu, kena datang awal2 pagi then beratur kat hea untuk beli borang tu sebab selalunya ramai orang nak beli, tapi borang yang ada terhad..dengar macam tu, malas la aku nak pergi menapak kat hea tu pagi2 buta..hehehe..dalam geng aku, aku sorang jew yang tak ambil muet lagi..hajar, ecah & jijah dah lepas..

then konon2 nya nak ambil muet time praktikal masa last sem diploma..beriya2 jew nak beli borang, check2 kat laman web, rupanya tarikh permohonan dah tutup..hahaha..agak frust la sikit..tapi tak apa lah..degree ada lagi..time tu tiba2 rasa menyesal lak tak ambil muet time diploma dulu..huhuhu..

dah masuk degree part 3(aku terus part 3 sebab ambil course yang sama time diploma), masa nak beli borang  tu, renyah pulak procedure nya..kena p uitm shah alam pulak sebab uitm puncak alam tak provide exam muet..lepas tu kena ambil cop pejabat pendidikan daerah la..dah la time tu tarikh permohonan dah nak dekat tutup..adusss...lemah aku bab2 macam ni..last2 aku biarkan jew..konon2 nak ambil time part 4..time part 4 pulak, lagi sekali aku terlepas tarikh permohonan dibuka..check2 dah tutup...huahuahua..apa lah malang nasib aku.. :)))

time part 5 ni aku dah alert sikit..aku selalu usha2 laman web muet tu untuk tengok tarikh permohonan dibuka..siap buat reminder kat handphone lagi sebab takut terlupa..hehehe..lagi dugaan datang..time tu aku ingatkan still guna borang..rupanya dah guna online..samada bayar guna credit card atau pun gune banking online ataupun beli no pin kat bsn..mula2 aku nak guna online banking, tapi biasa la orang yang buta it ni memang semuanya tak dapat nak proses..apa ntah problemnya time tu..aku dah feedup, terus aku decide beli no pin kat bsn..terpaksa lah aku ponteng class  semata2 untuk beli no pin tu..hehehe...finally berjaya jugak daftar muet..yeay!! alhamdulillah..setelah bersusah payah untuk daftar, lagi 2 minggu dapatlah aku ambil muet..hehehe..wish me luck ya :)

Friday, March 25, 2011

surat cinta terakhir T.T

Reactions: 
6 comments
saya telah mengembara kehujung dunia mencari cinta saya..tapi pertama kali saya bertemu awak, hati saya terus terpaut..demi tuhan, saya tidak tahu kenapa..tapi itulah kebenarannya..saya cuba untuk menolak awak tapi kejujuran awak memikat hati saya...awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan..

hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur di penjuru mata awak..saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak..dan di saat saya mencintai awak, saya telah jatuh kedasar perasaan yang paling dalam..lemas dan hampir tenggelam didalam lautan kasih sayang..seribu impian dan saya mula terfikir, saya mengembara ke hujung dunia mencari awak, dan rupanya awak disisi saya selama ni dan saya baru sedari tika dan saat itu..bagai merpati putih, cinta saya berkelana mencari singggahsana dihati awak..nyata saya telah menemuinya..akhirnya awak telah memiliki cinta saya dan awak campakkan saya jauh kedasar laut yang tidak mampu saya selam..di sana saya tidak mampu melihat cahaya..awak berikan saya harapan dan akhirnya awak jugalah yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam..

saya sedih sangat bila awak kata awak tidak tahu apa sebenarnya yang awak cari..tapi jauh di sudut hati ni, saya merasakan awak masih belum cukup matang untuk memahami apa itu cinta dan mungkin awak tidak pernah cuba untuk menjadi matang atau mungkin juga awak belum pernah benar2 jatuh cinta pada seseorang..jadi selama ni, siapa saya dihati awak???

awak, mungkin awak jenis lelaki yang boleh menyintai ramai perempuan berkali2..tetapi saya pula hanyalah seorang perempuan yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 1 lelaki, 1 cinta dan 1 perkahwinan..kita hidup sekali, mati sekali dan menyintai sekali..melangkah pergi meninggalkan awak telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada..jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya membenci awak..bagaimana harus saya membenci sedangkan setiap hari saya merindukan awak..setiap saat saya mengingati awak..seumur hidup ini saya hanya ingin mencintai awak..awak, sebelum saya menghilangkan diri dari dunia awak, ingin saya nyatakan sesuatu yang awak tidak pernah tahu..kalaulah awak bertanya pada saya sedalam mana cinta saya pada awak, inilah jawapan saya:

"kalaulah satu hari awak kehilangan suara, saya akan memberikan suara saya agar awak dapat bersuara semula meskipun waktu itu saya akan bisu buat selamanya...dan kalau satu hari nanti awak kehilangan hati, saya akan memberikan hati saya kepada awak agar awak dapat hidup selamanya meskipun waktu itu saya tiada lagi didunia ni...."

awak, kerana awaklah saya mencintai..kerana awaklah saya melangkah pergi..ini semua demi kebahagiaan awak..saya doakan satu hari nanti awak akan temui apa yang awak cari..supaya awak dapat mengetahui bagaimana rasanya terlalu mencintai dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya..saya percaya Allah temukan kita kerana ada hikmah disebalik semua ni..saya tidak pernah kesal mengenali awak kerana sekurang2nya saya telah bersikap jujur dan ikhlas dengan perasaan saya..saya juga percaya andai benar kita punya jodoh, awak pastinya akan kembali kepada saya tetapi saya juga ingin belajar pasrah pada ketentuan Allah..walaupun awak takkan pernah kembali pada saya, saya akur mungkin itu yang terbaik..
p/s:  surat cinta terakhir ni bukan dikarang oleh aku..tapi ambil dari internet..hehehe..
p/s:  :)

Wednesday, March 23, 2011

terharu :))

Reactions: 
5 comments
hehehe..macam biasa hari2 aku bukak blog aku..check la kot2 ada yang sudi nak comment entry aku..then check pulak follower..dah bertambah kew belum..lepas tu check stats dah berapa orang view blog aku..last sekali check shoutbox..hehehe..then hari ni macam biasa aku check semua ni..last sekali aku check shoutbox aku...


sekali baca aku tak faham apa maksud dia nak buat entry untuk aku..dua kali baca pun aku tak faham lagi..agak bengap blur disitu..hehehe..then aku pun tekan link yang dia bagi tu..terkejut beruk aku bila tengok muka aku..hahaha..bila baca2 baru la aku faham..rupanya aku follower dia yang ke 1200..mak aih...banyak betul follower dia ni...aku ni baru 60 lebih jew (but aku bersyukur la jugak ada yang sudi nak follow blog aku yang tak berapa nak best ni..hehehehe)..

ha siapa dia yang dimaksudkan tu??jeng jeng jenggggg..hehehe..ni la orangnya:
-
-
-
-
-
-
-
tenks a lot ya cik cahaya..malu2 kucen dibuatnya bila kamu buat entry pasal saya..lepas tu kamu puji2 saya comel lote..bertambah2 kembang hidung saya yang dah memang kembang ni..hahahaha ^^, tapi kenapa kamu cakap saya dah berpunya..lenkali bagitau saya single tau..(syhhhh ni rahsia kita berdua jew tau..ahaksz)..
*incik rashid jangan marah ha*..hehehehe

mula2 aku skodeng blog cik cahaya ni aku ingat budak sekolah mana la..sebab muka dia nampak keanak2kan+chumel..hehehe..padahal sebaya aku..tak percaya??hehehe..ha korang p skodeng sendiri la blog dia ek..klik [sini] untuk p ke blog cik cahaya ni..yang bestnya blog cik cahaya ni dia ada update contest2 yang dibuat blogger lain..bagus2..keep up a good work ya cik cahaya :) moge2 follower kamu makin bertambah..amin.. :))

p/s:  nak bace entry aku jadi follower cik bunga yang ke 1200 tu tak??meh klik [sini] :))



Tuesday, March 22, 2011

gurls day out

Reactions: 
6 comments
yeay!! this week tak ada istilah monday blues sebabnya hari ni aku tak pergi class..class HRD (human resource developement) dibatalkan sebab lecturer ada interview kerja..then petang supposely ada class ganti untuk HRT (human resource technology) tapi disebabkan kami ada appointment dengan karangkraf so kami tak dapat menghadirkan diri..so 'sad' :))))))))))) hahahaha...

padat betul aktiviti kami..mula2 kami pergi uitm shah alam, then pergi karangkraf untuk sesi interview, lastly kami pergi bergonjeng ke jj bukit raja..

okeh aku nak cerita dulu aktiviti pertama kiteorang di UiTM shah alam..

tujuan utama kami sebenarnya nak cari bahan assignment untuk matapelajaran citu..almaklumlah library uitm puncak alam serba kekurangan..nak cari buku pasal perlembagaan malaysia pun tak dapat...so nak tak nak terpaksa la kami menghayunkan langkah kaki kami ke shah alam demi mencari bahan assignment..

mula2 sampai tu rasa nak menjerit jew sebab tak ada parking..terbayang2 student kat sini nak cari parking setiap hari..rasa bersyukur sangat dapat kat uitm puncak alam ni even masalah parking tetap ada tapi tak lah seteruk kat uitm shah alam..huhuhu..last2 kami parking kat dengan pintu masuk belakang uitm then menapak bukit dan mendaki tangga untuk sampai ke library tun abdul razak tu..meleleh gak la peluh..tapi tak apa, exercise..kurang 1kg lemaks aku ni..hahahaha...

cak...!!!sampai2 jew terus snap pic..heeeeeee ;p

 muka serious di library...hahaha
 sempat lagi berposing di sebalik rak2 buku..hehehe
 ini semua propa..propa propa propa..hahahaha..gaya jew lebih ni.. ;p
 ha yang ni bukan propa..ni betul2 kami busy mencari bahan :)
hehehe..tersenyum lebor aku..tengok la tu buku bertimbun2..KALAU macam ni hari2, confirm aku dekan every sem..hahahaha..

 buku ni agak menyesatkan aku...sebabnya dia tulis nabi muhammad s.a.w ada gundik2..lepas tu dalam buku ni tulis nabi penah 12x bercerai..konpius aku weh..nanti nak tanya ustaz, betul kew fakta ni?atau nak menyesatkan umat islam..isk3..aku tak percaya buku ni.. :( korang hati2 ek.
 aku happy sangat bila dapat bergambar kat uitm shah alam ni..sebabnya memang impian aku dari kecik nak belajar kat sini..setiap kali lalu pergi rumah mak lang aku kat klang, mesti aku lalu dekat highway yang dekat dengan uitm shah alam tu (tapi aku tak ingat pew nama highway ni..hehehe) then mak aku mesti cakap 'nanti belajar rajin2 boleh belajar kat uitm'..dan ditakdirkan aku belajar kat uitm..hehehe..cuma tak kesampaian hajat aku nak study kt shah alam sebab fakulti aku dah pindah ke puncak alam..sobs3 :'( tak dapat belajar kat sini pun tak apalah, janji ada jugak gambar kenangan kat uitm shah alam ni..heeee :)
 sappy!!!!
hehehe...comel tak??ada iras2 tak?muahahaha...

 excited depa ni bergambar dengan seladang ni..hehehe..suka la tu seladang ni diapit anak2 dara comel..kekekee..tengok tu kak ros, ada kew patut dia masukkan jari dalam lubang hidung seladang ni..nasib baik seladang ni tak terbesin..muahahahaha :p

lepas tamat sesi bergambar, sesi makan pulak..penat tau mendaki bukit & tangga..menggunakan tenaga yang banyak, tu yang perut dok berdondang sayang..kami makan kat seksyen 2..hajar la beriya sangat nak makan frado ais kacang..hehehe
 murah sangat makanan kat food court seksyen 2 ni..harga rm3.50 jew :) berbaloi2..heeee
ha ni la frado ais kacang..ni yang special punya..sedap tau sebab ada aiskrim+coklat pekat..harga pun tak la mahal sangat...just rm3 jew..kacang pun banyak...aish terliur pulak tengok pic ni..hehehe..tadi dah turun 1kg sebab penat mendaki kat uitm tu..bila dah makan macam2, topup balik 1kg yang hilang tu..hahaha

okeh lepas semua dah kekeyangan, time untuk pergi karangkraf untuk sesi interview bersama cik wahidah, pegawai HR kat situ....kami ni punya la terkejar2 nak pergi karangkraf ni sebab takut sesat..semua tak tahu kat mana lokasi karangkraf ni..tapi nasib baik ada peta..rupanya senang sangat nak cari..tak sampai 10 minit kami dah jumpa..dekat rupanya dengan uitm..hehehe..mula2 sampai tu agak excited la sebab besar sangat tempat ni..

kami ni bukannya tau kat mana office cik wahidah ni..kami pun main redah jew..rupa2nya ni pejabat baru..still under construction..pejabat utama kat bangunan lama..hehehe..hajar kata bangunan karangkraf ni macam uitm, sebab colour putih ungu tu kot..hehehe
besar gilerrrrr...

disebabkan kami sampai awal (supposely interview pukul 3.30 tapi kami dah sampai pukul 2), kami solat dulu ..masa dalam surau tu terserempak dengan kak intan, dia ni dulu editor majalah remaja..die hard majalah remaja tau la kak intan ni..nak tegur malu, so pandang2 jela..hehehe..after solat, kami sempat lagi bergambar kat dinding office lama karangkraf ni..hehehe
 nice shoot by hjr..hehehe
 aksi kanak2 ribena.tu muncung aku tu sedepa panjangnya..hahaha
 perasan jap nak jadi model..hahahao
 opss..aku tak bersedia..muka hancur..hahaha
esah ko teropong apa tu..teropong pak guard karangkraf tu ekkk..kekkekee ;p

 ni lagi satu pose propa..konon2 tengah meeting la tu..hehehe
 lagi muka serious..haahha..actually ni tengah keboringan menunggu..hehehe
 ni pulak pic lepas habis sesi interview..thanx a lot to cik wahidah sebab sudi terangkan pasal sistem yang ada kat karangkraf..janji nak interview setengah jam jew,tapi meleret2 sampai 1 jam lebih..nasib baik cik ni  baik & sporting.. :) balik tu rasa segan pulak nak balik macam tu jew tanpa bagi pape cenderahati kat cik ni..last2 kami decide beli kfc untuk dia & patah balik ke karangkraf..hehehe
tak ingat la time ni kenapa semua orang tersengih macam kerang busuk..hahaha..

tamat sudah sesi interview..lepas tu kami p jj bukit raja pulak..nak tengok filem merong mahawangsa..yeay!! seronok sangat..otw nak p jj tu, kami ternampak benda kelakar..terbahak2 kami gelak dalam kereta sebabnya....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
hehehehe..kereta depan kami tak ada cermin belakang.jahat kan kami gelak2 kat orang kereta depan ni..mentang2 la kereta yang kami naik ni sempurna..isk rasa menyesal lak gelak2 kan orang lain..huhuhu..tapi sempat gak snap curi2 kereta ni..hehehe...

sampai jj terus beli tiket..takut habis..then sementara tunggu tayangan start, kami pun berjalan2, window shopping..sempat lagi tu aku tukar baju sebab tak selesa pakai baju kurung pagi tadi..lepas tu makan kfc lak..hehehe..no diet2..

sedap gak yang bulat2 ni..namanya aku tak ingat..tapi ada chezy..apa ntah..hehehe...melantak jew keja aku..hehehe..

lepas makan jalan2 lagi..aku jumpa siti nurhaliza.....hahaha..tapi siti patung jew la..heheheh..nak bergambar ni pun segan2 sebab ada orang..ada amoi tu pandang aku pelik jew..hahaha..do i care???hahaha
yeay!! dapat bergambar dengan my fav artist :)))

pukul 7.50 baru start tayangan..nak kata best sangat cerita merong ni, bagi aku ok la..aku ni kan tak minat sangat cerita aksi2..but aku puji la effort kru buat filem macam ni..semua pelakon best2..hampir penuh gak dalam panggung tu..agak2 dah berapa juta la kutipan filem ni ek..

okeh dah habis tengok cerita ni sempat lagi beli aiskrim mcd..hehehe..bila dalam kereta dapat aircond rasa mata ni berat jew..hehehe..sampai rumah dalam pukul 10 lebih..heaven rasanya seharian berjalan..lupa jap segala assignment yang berlambak2..nasib baik class ganti research tak ada next morning..leh gak bangun lewat..heeeeeeee :)))


Wednesday, March 16, 2011

stand mixer :)

Reactions: 
7 comments
yeay!! alhamdulillah akhirnya cita-cita aku tercapai bila mak aku membelikan stand mixer yang aku idam2kan selama ni..

tenkiu mummy..tak sabar nak guna stand mixer ni..dulu pakai yang separa manual tu jew..penat tangan nak kembangkan gula ngan telur..sekarang ni dengan adanya stand mixer ni memudahkan kerja aku..yeay!!! (teruja sangat ni) :))))
tadaaaaaaa~~~

cuti sem ni aku nak belajar buat kek sedap2..yang penting hari raya nanti aku nak buat kek aku sendiri..tapi tak tau la mercapai kew tak cita2 aku ni..hehehehe...
owh stand mixer pojaan hatikuuuuuu~~~ heeeee

stand mixer ni tak de lah besar sangat & tak kecik sangat..sederhana besar jew..janji leh adun adunan kek aku tanpa perlu mengeluarkan tenaga yang banyak..hehehehe...nanti dah teror buat kek boleh la buat bisnes kek plak.. (heeee...berangan jew la aku ni) :))))

bila aku tanya harga kat mak, dia kata rahsia..kalau nak tau jugak kena bayar balik..hahahaha...so aku tak tanya lagi... btw tenks a lot mak..mak memang memahami minat anak mak yang sorang ni..sayang mak lebihhhhh..muahhh :) hehehe


Tuesday, March 15, 2011

tasik biru, kundang

Reactions: 
4 comments
salam untuk semua readers...

hari ahad hari tu aku balik rumah sebab tak berapa sihat..lepas jemput aku tu, terus family aku ajak makan kat tasik biru,kundang..ha untuk pengetahuan korang yang tak pernah sampai kat tasik biru ni, ni la tempat orang main jet ski..nak memancing pun boleh jugak..kalau nak makan2 sambil tengok orang main jet ski lagi la boleh..hehehe

mulanya mak plan nak bawak adik mandi sungai..tapi sekarang kan musim hujan, takut air deras..so mak decide nak ambil angin sambil makan2 kat tasik biru..kebetulan pulak aku nak balik mengejut sebab tak berapa sihat, lagi la seronok mak aku tu sebab ramai2 boleh p sana..

muka2 sebelum makanan sampai

yeay order sudah mari~~ elok2 jew order sampai tiba2 guruh pun berbunyi...adehh...terpaksa pindah meja sebab tempias hujan..tapi tak pelah, hujan rahmat kan :))

mak order mee hailam+air kelapa
aiman nasi lemak+ice blended
kalakar sangat time aku snap pic aiman tengah makan ni..sebabnya tauke kedai tu tengah pasang suis lampu, tetiba aku snap gambar ada flash, dia ingat kilat...dia pun terkejut beruk...hahahahaha..sorry ye pak cik..saya tak sengaja...heeeee :))))
kuew teaw sup+abc
abah order char kuew teaw+kopi ais

aku pulak just order air kelapa..aku kan tak sihat..hehehehe...

ni la sebahagian pemandangan tasik biru..time ni baru lepas hujan..orang pun dah tak main jet ski..
muka kanak2 riang kekeyangan..hehehe...

owh ya, lupa nak bagitau aku makan kat gerai first sekali..memang sedap tau masakan gerai ni..kira puas hati jugak la..patut la gerai ni ramai orang..lain kali kalau korang datang tasik biru, makanlah kat gerai first ni ek..gerenti sedap..hehehe

sekian coretan dari budak gemuk..hehehehe...


seminar pengurusan kewangan pelajar

Reactions: 
9 comments
yeay!! dapat jugak update blog..kalau guna google chrome langsung tak boleh create new post..berejam dok loading..sakit jiwa aku..hehehe..nasib baik my luvly roomate (eewwww geli nak taip luvly roomate..hahahaha) bagitau kalau guna internet explorer laju..terus aku campak buku mandarin & mengadap blog kesayangan aku ni...heeeee...tenks teddie teruterubozu kerana informasi berguna anda tu.. :)))

okeh ni aku nak cerita pengalaman aku attend seminar pengurusan kewangan pelajar anjuran persatuan dinamik uitm puncak alam, citu & unit zakat, sedekah dan wakaf uitm puncak alam last saturday..aku mengakulah aku pergi seminar ni semata-mata nak dapatkan sijil..kekekeke..hati pun berat jew nak bangun pagi untuk bersiap p seminar ni..ikut jadual seminar start pukul 8pagi, tapi kami sampai dewan seminar tu pukul 9pagi..heeeeeee ;p nasib baik kami sampai2 tu seminar baru nak start...

mula2 rasa macam menyesal jew attend seminar ni but bila dah dengar ceramah terus rasa sangat bertuah attend seminar ni..yang aku heran, sepanjang seminar mata aku segar bugar jew..almaklumlah kalau cerita pasal duit2 ni mata segar...kalaulah boleh tengok dalam2 mata aku, nampak la simbol doit dok keching keching kat anak mata ni...hehehehehe...

penceramah pun muda belia lagi..umur baru 24 tahun (tua setahun jew dari aku) tapi sangat petah,memang nampak sangat profesional & berpengalaman..nama penceramah ni cik mazlianul yusma maznan..dia ni perunding untuk hijrah wealth management sdn bhd..

ni la cik mazlianul..so sweet la dia ni..penampilan pun sweet...
masa dia berceramah aku tengok jew style tudung dia..so gorgeous....heeeeee :)))
ha objektif seminar ni untuk panduan pelajar cara nak uruskan doit kat poket & merancang flow duit tu bila dah kerja nanti..salah satu tip berguna untuk simpan duit dengan menggunakan sistem sampul..kalau korang nak tau lebih detail boleh la search kat google "envelop system"..sistem sampul ni kite asingkan siap2 komitmen kita, & namakan setiap sampul tu..salah sorang client hijrah wealth ni amalkan sistem ni & now duit dia dalam tabung haji lebih kurang setengah juta ringgit..cash tau, ni tak termasuk kereta, rumah dll..wowww...lagi la keching keching mata aku ni..hahaha...

lagi satu informasi berguna yang aku dapat ialah senarai bank yang tak islamik dan insurans yang haram...

bank tak islamik:
UOB
Bank of Bangkok
Scotia Bank

insurans yang haram:
MCIS
AIA
Great Eastern
Kurnia
MAA Insurance
ING Insurance
Prudential Insurance..

so for those yang ada guna bank or insurance dari syarikat ni hope boleh la bertukar kepada yang lebih islamik contohnya bank islam (bank) dan  takaful Malaysia (takaful syariah)

yang paling menarik kan, cik ni suggest, untuk perempuan, kalau kahwin nanti mintak la hantaran kat bakal suami korang polisi takaful..bukan pew kalau dah kahwin & dapat bencana or kematian, boleh jugak tampung hidup korang..bijak tak??hehehe..tapi betul jugak tu idea cik tu..kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan..so sediakan payung sebelum hujan..heeee :))) lagi satu kan cik tu pesan yang muda2 ni cepat2lah daftar tabung haji dan mula menyimpan dari sekarang..(baru jew tadi aku daftar tabung haji dengan hajar kat fakulti :)))) )

time seminar ni ada jugak jual buku tapi aku tak beli sebab bajet takdak..heeeeee


okehlah, ni jew yang aku nak cerita..hope korang dapat sikit informasi.. :)

lepas balik dari seminar tu sempat lagi singgah & bergambar kat labu sayung uitm puncak alam ni..bila lagi kan nak bergambar..tapi kalau bergambar time malam lagi best sebab lampu & pencahayaan cantik sangat..

heeeee :)))

tenks for reading...salam :))