Monday, February 28, 2011

MODUL PPKP

Reactions: 
salam....

ni nak cerita sikit pasal modul ppkp yang aku attend weekend baru2 ni..at first memang la rasa sangatttttt malas nak attend..tapi bila dah attend wah sangat besttttt..sebabnya penceramah & fasilitator kami memang kelakar habis...modul ppkp ni salah satu modul yang wajib dihadiri..kalau tak datang tak boleh grade tau..wahhh..kijammmm...heeeeee ;p lagi satu kalau tak attend tak dapat sijil KI (kemahiran insaniah)..ha yang KI ni bukan uitm jew yang wajib ada, tapi semua universiti kat malaysia ni wajib buat..ha nak bace lebih lanjut tentang KI ni p kat laman web pengajian tinggi ni ha..

semester ni ni lain sikit sebabnya sem2 lepas ceramah selalunya hari sabtu dari pukul 8:00am sampai 12:30pm..then hari ahad ada LDK dari pukul 8:00am sampai 4:00pm..but this semester terbalik pulak..ceramah dari pukul 8:00 sampai 4:00pm & LDK pulak 8:00am sampai 12:30pm..tapi kalau dah nama pun melayu, susah benar nak tepati masa..aku dengan hajar sampai 8:30am..nasib baik time sampai tu penceramah baru nak start..hehehe..

modul sem ni tentang kenegaraan..time ceramah memang happening giler sebabnya penceramah nya giler+sporting+kelakar+sempoi..sepangjang 4 jam dia berceramah asyik kenakan orang jew..hajar pun kena sampai dapat nama baru-->tumpah darah..hahaha..alkisahnya dapat nama tumpah darah ni bila encik rahman tu tanya bila tengok bendera malaysia apa yang kita rasakan..mula2 dia tanya aku, aku jawab lah kebanggaaan..then encik tu tanya hajar pulak..tak sangka pulak si hajar pun fikirkan jawapan yang sama dengan aku..dia pun dah menggelabah nak bagi jawapan apa..yang dia fikirkan lagu negaraku ada perkataan tanah tumpah darah..dia pun jawab tanah tumpah darah..terus encik tu gelak & melekat panggil hajar tumpah darah..hehehe..

 ----------->


bila tengok bendera hajar akan terfikir tanah tumpah darah..wow..hajar sangat patriotik..hehehehe
-
-
-
-
-

ceramah pagi tu tentang konsep 1malaysia..so bila dah diterangkan barulah aku faham apa yang dimaksudkan dengan 1malaysia..kadang2 kita tak faham konsep, sebab tu ada sesetengah orang yang menentang konsep ni..then ceramah sebelah petang pulak pasal perlembagaan 153..perlembagaan ni wajib kita tahu especially kepada orang melayu dan bumiputera (sabah & sarawak) sebab perlembagaan ni adalah berkaitan kedudukan istimewa orang melayu & bumiputera kat malaysia ni..tapi sayangnya ada juga orang melayu yang mempertrikaikan perlembagaan ni semata2 kepentingan politik..huhuhu..so sad..part yang paling menyentuh perasaan bila tengok video ni:




Perjuangan Yang Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah bererti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita 

bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut
pengembara malah penakluk termuka
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya
hayatilah bait2 kata Tun dr mahathir muhamad ni..mendalam maksudnya..time dalam dewan tu tak boleh nak tahan air mata ni dari keluar..nasib baik time tu lampu ditutup..kalau tak malu jew orang tengok aku menangis..hehehe..tapi seriously, aku rasa sangat sebak..aku dapat rasakan betapa sayangnya Tun dekat bangsa melayu..huhuhu..sayang Tun lebih :'))) Tun dah banyak berjasa kepada negara, pada bangsa melayu..kadang2 aku heran ada jugak orang melayu yang tak tahu nak menghargai jasa tun ni sampai sanggup keluarkan kata2 fitnah, kata2 menghina kat dia..entahlah..sepatutnya melayu bersatu, tapi tengoklah apa jadi sekarang..kerana berlainan fahaman politik, melayu berpecah..sedih lor :'(

yang bestnya ceramah kat uitm ni sebab pengisiannya lain daripada universiti lain..almaklumlah uitm kan hanya ada melayu & bumiputera..kalau kat universiti lain campur2 so pengisian modul kenegaraan tak sama dengan kami..dalam erti kata lain, pengisian modul kenegaraan uitm lebih hebat, mendalam dan extreme..hehehe..tak ada tapis2..

time rehat tengahari tu kami dapat nasi lauk kari daging..perghh...sedap gila kari daging ni..terpaksa skip diet..hahaha..duduk2 kat cafe tu, sempat snap gambar fakulti aku dari cafe..

cantik kan?hehehe

then hari ahad pulak ada sesi LDK (latihan dalam kumpulan)..macam biasalah program start pukul 8:00am tapi aku & hajar sampai 8:30am..hehehe..sampai2 jew cik fasi kita dah sampai dulu..nasib baik cik fasi kiteorang sempoi orangnya..dia ni pun gila2 gak..boleh dikatakan sepanjang ldk ni asyik gelak jew..owh ya cik fasi ni namanya siti nurliyana..tapi orang biasa panggil dia olie..cik olie ni ex student uitm gak..so banyak cerita yang dia share dengan kiteowang..tambah2 lagi dia ni bekas mpp uitm..wah salute la sama dia..dalam ganas2 sifat kepimpinan still terserlah..hehehe..

aktiviti pertama, cik olie bagi sekeping kertas A4..ikut kreativiti masing2, dengan menggunakan sehelai kertas tu buat tag nama..name tag ni kita bentuk ikut apa yang kita suka..cik olie cerita dulu ada budak buat bentuk b*bi..sebab dia suka menatang tu.hahaha..tapi aku ni bukanlah jenis otak kreatif..so tak cantik sangat la tag nama aku ni..

 ntah apa2 la yang aku buat ni..lipat sana sini, camni lah jadinya name tag aku..hahaha..esah cantik sikit..
name tag beso sebab ikut saiz tuannya..hahahaha ;p
 cik olie yang tolong snapkan pic kami ni..sporting giler dia..hehehe
 esah dengan bangganya tunjuk name tag dia..

my group : unonation

muke2 serious time discuss
-
-
-
-
-







 -
-
-
-
-
time presentation

 dah habis, sesi merakamkan gambar kenangan bersama2 :)



aku rasa dalam banyak2 modul yang aku pergi, modul ni lah yang paling best & tak rasa bosan..sebabnya asyik gelak jew dengan lawak penceramah & fasi..next 2 weeks kami ada program finishing school pulak..adeh busy nya..huhuhu

btw, aku rasa modul ni dapat meningkatkan lagi rasa kecintaan aku terhadap negara tumpah darahku ini..hehehe..i love malaysia :))

5 comments:

  1. unonation ek?hihihii.tah pape je ilah. xbis2 nk kate diri 2 gemok.tamo lagi wat sttment ckp tag beso, org pun beso! eh pe cite sedey kamu 2?kamu da delete ye? citela.aku ni pengikut setia blog ko taw ;)

    ReplyDelete
  2. hahaha..semangat event time dip dulu masih menebal..isk da mmg gemok..nti aku da kurus nti aku akan slalu ckp aku kurus..nti jgn boring pulak tau..wakakaka..eh citer sedih?ada jew 2..aku tau mmg ko pgikut plig setia blog aku..ko top blogger yg rajin komen blog aku..btw thanx a lot ina :)

    ReplyDelete
  3. costa: yer,,pejuang yg byk bjasa..
    elly: sedih yer..hehehe

    ReplyDelete