Monday, February 28, 2011

MODUL PPKP

Reactions: 
5 comments
salam....

ni nak cerita sikit pasal modul ppkp yang aku attend weekend baru2 ni..at first memang la rasa sangatttttt malas nak attend..tapi bila dah attend wah sangat besttttt..sebabnya penceramah & fasilitator kami memang kelakar habis...modul ppkp ni salah satu modul yang wajib dihadiri..kalau tak datang tak boleh grade tau..wahhh..kijammmm...heeeeee ;p lagi satu kalau tak attend tak dapat sijil KI (kemahiran insaniah)..ha yang KI ni bukan uitm jew yang wajib ada, tapi semua universiti kat malaysia ni wajib buat..ha nak bace lebih lanjut tentang KI ni p kat laman web pengajian tinggi ni ha..

semester ni ni lain sikit sebabnya sem2 lepas ceramah selalunya hari sabtu dari pukul 8:00am sampai 12:30pm..then hari ahad ada LDK dari pukul 8:00am sampai 4:00pm..but this semester terbalik pulak..ceramah dari pukul 8:00 sampai 4:00pm & LDK pulak 8:00am sampai 12:30pm..tapi kalau dah nama pun melayu, susah benar nak tepati masa..aku dengan hajar sampai 8:30am..nasib baik time sampai tu penceramah baru nak start..hehehe..

modul sem ni tentang kenegaraan..time ceramah memang happening giler sebabnya penceramah nya giler+sporting+kelakar+sempoi..sepangjang 4 jam dia berceramah asyik kenakan orang jew..hajar pun kena sampai dapat nama baru-->tumpah darah..hahaha..alkisahnya dapat nama tumpah darah ni bila encik rahman tu tanya bila tengok bendera malaysia apa yang kita rasakan..mula2 dia tanya aku, aku jawab lah kebanggaaan..then encik tu tanya hajar pulak..tak sangka pulak si hajar pun fikirkan jawapan yang sama dengan aku..dia pun dah menggelabah nak bagi jawapan apa..yang dia fikirkan lagu negaraku ada perkataan tanah tumpah darah..dia pun jawab tanah tumpah darah..terus encik tu gelak & melekat panggil hajar tumpah darah..hehehe..

 ----------->


bila tengok bendera hajar akan terfikir tanah tumpah darah..wow..hajar sangat patriotik..hehehehe
-
-
-
-
-

ceramah pagi tu tentang konsep 1malaysia..so bila dah diterangkan barulah aku faham apa yang dimaksudkan dengan 1malaysia..kadang2 kita tak faham konsep, sebab tu ada sesetengah orang yang menentang konsep ni..then ceramah sebelah petang pulak pasal perlembagaan 153..perlembagaan ni wajib kita tahu especially kepada orang melayu dan bumiputera (sabah & sarawak) sebab perlembagaan ni adalah berkaitan kedudukan istimewa orang melayu & bumiputera kat malaysia ni..tapi sayangnya ada juga orang melayu yang mempertrikaikan perlembagaan ni semata2 kepentingan politik..huhuhu..so sad..part yang paling menyentuh perasaan bila tengok video ni:




Perjuangan Yang Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah bererti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita 

bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut
pengembara malah penakluk termuka
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya
hayatilah bait2 kata Tun dr mahathir muhamad ni..mendalam maksudnya..time dalam dewan tu tak boleh nak tahan air mata ni dari keluar..nasib baik time tu lampu ditutup..kalau tak malu jew orang tengok aku menangis..hehehe..tapi seriously, aku rasa sangat sebak..aku dapat rasakan betapa sayangnya Tun dekat bangsa melayu..huhuhu..sayang Tun lebih :'))) Tun dah banyak berjasa kepada negara, pada bangsa melayu..kadang2 aku heran ada jugak orang melayu yang tak tahu nak menghargai jasa tun ni sampai sanggup keluarkan kata2 fitnah, kata2 menghina kat dia..entahlah..sepatutnya melayu bersatu, tapi tengoklah apa jadi sekarang..kerana berlainan fahaman politik, melayu berpecah..sedih lor :'(

yang bestnya ceramah kat uitm ni sebab pengisiannya lain daripada universiti lain..almaklumlah uitm kan hanya ada melayu & bumiputera..kalau kat universiti lain campur2 so pengisian modul kenegaraan tak sama dengan kami..dalam erti kata lain, pengisian modul kenegaraan uitm lebih hebat, mendalam dan extreme..hehehe..tak ada tapis2..

time rehat tengahari tu kami dapat nasi lauk kari daging..perghh...sedap gila kari daging ni..terpaksa skip diet..hahaha..duduk2 kat cafe tu, sempat snap gambar fakulti aku dari cafe..

cantik kan?hehehe

then hari ahad pulak ada sesi LDK (latihan dalam kumpulan)..macam biasalah program start pukul 8:00am tapi aku & hajar sampai 8:30am..hehehe..sampai2 jew cik fasi kita dah sampai dulu..nasib baik cik fasi kiteorang sempoi orangnya..dia ni pun gila2 gak..boleh dikatakan sepanjang ldk ni asyik gelak jew..owh ya cik fasi ni namanya siti nurliyana..tapi orang biasa panggil dia olie..cik olie ni ex student uitm gak..so banyak cerita yang dia share dengan kiteowang..tambah2 lagi dia ni bekas mpp uitm..wah salute la sama dia..dalam ganas2 sifat kepimpinan still terserlah..hehehe..

aktiviti pertama, cik olie bagi sekeping kertas A4..ikut kreativiti masing2, dengan menggunakan sehelai kertas tu buat tag nama..name tag ni kita bentuk ikut apa yang kita suka..cik olie cerita dulu ada budak buat bentuk b*bi..sebab dia suka menatang tu.hahaha..tapi aku ni bukanlah jenis otak kreatif..so tak cantik sangat la tag nama aku ni..

 ntah apa2 la yang aku buat ni..lipat sana sini, camni lah jadinya name tag aku..hahaha..esah cantik sikit..
name tag beso sebab ikut saiz tuannya..hahahaha ;p
 cik olie yang tolong snapkan pic kami ni..sporting giler dia..hehehe
 esah dengan bangganya tunjuk name tag dia..

my group : unonation

muke2 serious time discuss
-
-
-
-
-







 -
-
-
-
-
time presentation

 dah habis, sesi merakamkan gambar kenangan bersama2 :)



aku rasa dalam banyak2 modul yang aku pergi, modul ni lah yang paling best & tak rasa bosan..sebabnya asyik gelak jew dengan lawak penceramah & fasi..next 2 weeks kami ada program finishing school pulak..adeh busy nya..huhuhu

btw, aku rasa modul ni dapat meningkatkan lagi rasa kecintaan aku terhadap negara tumpah darahku ini..hehehe..i love malaysia :))

Friday, February 25, 2011

baru aku tauuuuu ;p

Reactions: 
4 comments
hehehe..nak tau tak, selama aku menggunakan chatbox kat sidebar blog aku ni, sebenarnya aku tak tahu pun macam mana nak letak emoticons yang comel2..yang aku tau smile jew..

ni jew aku tau buat..hehehe -->>

punyalah naive aku ni kan..hihihi..aku pun heran macam mana orang lain boleh buat emoticon yang lain..bila aku try buat tak jadi pulak..nak tanya orang segan <<<--tu yang jadi 'malu bertanya sesat jalan' ;p

cuba tengok emoticon untuk jelir lidah yang tak jadi tu..hehehe


baru kejap tadi aku tau macam mana nak buat others emoticon..tu pun puas godek2..hahahaha...rupanya senang giler..just click kat simbol + kat sebelah shout 2..hehehe...bila click jew macam2 emoticons keluar..rasa nak tergelak beso bila fikirkan benda senang pun tak tahu..malu2 =.="

yeay!!lepas ni boleh taruk emoticons comel2 kat chat box ni..hehehehe...

okeh tu jew nak habaq...hehehehe...

thanks for reading :))))))


Thursday, February 24, 2011

LAGU TEMA: Nur Kasih The Movie - Yassin & Tizz Zaqyah (Dipawagam: 19 May...

Reactions: 
0 comments


sedap jugak suara tiz ni..tapi kalau menyanyi live tak tau la sedap kew tak..hehehe..kalau dier berduet dengan remy ishak kan best..kan si remy tu ada bakat menyanyi jugak.sure sedap..tapi dengan yasin pun ok jugak..hehehe..tak sabarnya nak tengok cerita nur kasih the movie ni..mesti best..nanti nak ajak incik rashid tengok sekali la..hehehe..hope time cerita ni keluar aku tak busy..tak kire lah kalau busy tetap gak nak tengok cerita ni..kalau incik rashid pun tengah busy, i'll force him..tak kire..nak tengok jugak..nak jugak..;p
tapi kalau tengok tarikh tayangan ni bulan 5 insyallah aku tak busy sangat kot sebab dah habis final exam..incik rashid jela busy kot..heeeee:)))))


lif 'kelakar seram' ;p

Reactions: 
4 comments
baru2 ni aku sempat merakamkan gambar kejadian 'kelakar seram' kat lif fakulti aku..alkisahnya bermula isnin lepas bila aku dan hajar nak turun dari tingkat 4 ke ground floor *tingkat 4 pun beriya nak guna lif, padahal boleh jew turun guna tangge..hihihi ;p time tunggu lif tu aku pun tengok la lif tu dah sampai kat tingkat mana..tapi yang peliknya lif tu menunjukkan sedang berada di:

tingkat 45~~

tingkat 54~~~~

tak ada tingkat~~

aik....xx pulak~~

hehehe..mesti bagi korang benda ni tak kelakar seram langsung kan..tapi bagi kiteorang yang hari2 dok naik turun lif ni terasa geli hati bila tengok nombor kat lif ni..sebabnya tingkat ni tak wujud pun kat fakulti kiteorang..hehehe..tingkat paling atas adalah tingkat 17..mana pulak datangnya 45 tu..lepas tu boleh pulak naik ke tingkat 54...hahaha..then yang tak boleh blah nya tiba2 jew jadi XX..aik...hajar kate X-MEN tengah naik lif..tu pasal la jadi XX..hehehe..mula2 memanglah kelakar, tapi tiba2 jadi seram nak naik lif tu..kot2 lif ni hantar kiteorang ke tingkat yang tak wujud kew..hantar ke dunia lain kew..hahahaha... *imaginasi kuat sangat ni ;p last2 kiteorang tak berani naik lif tu..kiteorang naik lif lain jew..seriau nak naik lif tu..hehehe..
okeh2 tak kelakar seram pun kan?saja jew buat tajuk gempak..hahaha...

minah ni memang kuat gelak..sekali dier gelak beso, susah nak bagi dier berhenti..sampai mengalir2 air mata kalau gelak..hehehe ;)

thanks for reading :)))))



Monday, February 14, 2011

صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم

Reactions: 
0 comments
Assalamualaikum..
salam maulidur rasul untuk rakan pembaca sekalian..sudahkah korang semua berselawat ke atas junjungan besar, kekasih Allah s.w.t, nabi kesayangan, nabi yang kita cinta, nabi yang kita rindu, Rasulullah s.a.w..?? kalau belum, marilah sama2 kita berselawat ke atas baginda..moga2 dengan cara ini dapat menambahkan lagi rasa kecintaan kita terhadap Rasulullah s.a.w..kalau birthday mak, abah, atuk, wan, adik bradik, bf, gf, kawan atau sewaktu dengannya kita boleh ingat, kita raikan, kejam sangatlah kalau tarikh kelahiran insan yang paling banyak berjasa kepada kita iaitu Rasulullah s.a.w kita lupa..okeh2, marilah kita sama2 berselawat dulu ke atas baginda dengan mendengar bacaan selawat ni sebelum membaca peristiwa kelahiran dan kewafatan Baginda..


sila play video ni :)



dengar pulak lagu dari kumpulan raihan ni..pasti menyentuh hati dan mengalirkan air mata :'(


wajib play okeh :)





lirik Ya Rasulullah


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami

Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu



sejarah Kelahiran nabi Muhammad s.a.w :)


Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.

Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.

Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi..



Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata ``Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria

Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.' '

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.

Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya.

hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir. 



sources taken from:  http://shuhmy.multiply.com/journal/item/556/Kelahiran_Rasulullah_saw


ni pulak kisah di saat2 ajal datang menjemput baginda..sila sediakan tisu... :'(


Pagi itu, walaupun langit telah mula menguning, namun burung- burung gurun enggan mengepakkan sayapnya.  Pagi itu, Rasulullah s.a.w dengan suara terbatas menyampaikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya.  Kuwariskan dua perkara kepada kalian, Al-Quran dan sunnahku.  Barang siapa mencintai Sunnahku, bererti mencintaiku, aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-samaku." 

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah s.a.w yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.  Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya telah tiba. 

"Rasulullah s.a.w akan meninggalkan kita semua." keluh hati semua sahabat kala itu. Dan manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah s.a.w yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian meninggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup sedang di dalamnya, Rasulullah terbaring lemah dengan keringat yang menbasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seseorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. "Maafkanlah, ayahku sedang demam." kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya "siapakah itu wahai anakku?" "Taktahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya", tutur Fatimah lembut.

Lalu Rasulullah s.a.w menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut,"kata Rasulullah.Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.Malaikat maut datang menghampirinya, tapi Rasulullah s.a.w menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian panggillah Jibril yang sebelumnya sudah siap di atas langit dunia menyambur roh kekeasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"tanya Rasulullah s.a.w dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka. Para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu."kata Jibril.Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah s.a.w lega. Matanya penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?"tanya Jibril lagi.
"Kahabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"tanyanya.
"Jangan khuatir wahai Rasul Allah,aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:Kuharamkan Syurga kepada sesiapa sahaja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya" kata Jibril.

Saatnya semakin dekat Izrail melakukan tugas.Perlahn roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh bersimbah peluh. Urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini......." perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku.hingga kau palingkan wajahmu, Jibril?"tanya Rasulullah kepada malaikat penghantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal?"kata Jibril



Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakit yang tidaktertahan lagi.
"Ya Allah, dasyat nian maut ini, timpakan semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan-akan hendakmembisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya.
"Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah diantaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan ke wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Umatku! Umatku! Umatku!" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran. Kini, mampukah kita mencintai seperti baginda mencintai umatnya?



sources taken from: http://komuniti.iluvislam.com/topic/25697-besarnya-cinta-rasulullah/


nota kaki:


betapa Rasulullah s.a.w sangat menyayangi kita, mencintai kita sampaikan sebelum baginda wafat, apa yang keluar dari mulut baginda adalah ummati, ummati, ummati..Rasulullah menyebut tentang umatnya, umatnya itu adalah kita wahai kawan2..padahal Baginda telah dijanjikan Allah s.w.t kenikmatan syurga, namun semua tu tak memberikan kelegaan terhadap Baginda..kalau kita manusia biasa confirm dah rasa sangat lega kan bila mendapat tahu kita bakal menjadi penghuni syurga..tetapi tidak Baginda..Baginda terlalu kasihkan kita..betapa agungnya cinta Rasulullah terhadap kita..tetapi adakah cinta kita setinggi dan setulus kasih Rasulullah s.a.w??  jawapan tu aku tinggalkan untuk korang dan juga untuk aku fikirkan sendiri.. :) kenangilah perjuangan kental Rasulullah s.a.w berserta sahabat2 dan keluarga Baginda untuk mengembangkan syiar islam..Baginda adalah idola sepanjang zaman yang harus kita contohi..


so aku berharap agar sambutan Maulidur Rasul kali ni yang membawa tema "1malaysia 1ummah" dapat bagi sesuatu yang sangat bermakna bagi diri aku dan juga kita semua. 


selawat dan salam buat junjungan besar kita, Rasulullah s.a.w :)


~TAMMAT~

Sunday, February 13, 2011

Tauhu Bakar

Reactions: 
6 comments
okeh sambung cerita daripda kesah pameran pengantin tu..lepas penat menjamu mata di SACC & PKNS, hajar plan nak pergi ke JJ Klang..katanya ada kawan dia baru bukak bisnes tauhu bakar..wah..bunyi macam sedap jew..tapi masalahnya dia pun tak sure samada gerai tauhu bakar tu dekat mana..tapi tak apa, demi tauhu bakar kami redahhhh jew..aku ni pulak konon2 nya tau la jalan nak ke JJ Bukit Raja tu..tapi baru separuh jalan dah confius..hahaha..menggelabah jadinya..last2 masuk ke highway ke Klang..tanya dekat penjaga tol tu mana JJ..nasib baik jalannya betul..kalau tak mampuih nak pusing kat highway tu..hehehe..

lastly baru tau gerai tu dekat dengan Giant & Tesco Klang..aik setahu aku Giant Klang dekat dengan umah mak lang aku..dekat pandamaran jaya..bukan dekat JJ bukit raja 2..2x gak kami berpusing dekat highway tu..nasib baik ada jalan pusing..tak perlu la lalu dekat tol lagi..jimat sikit duit..hehehe..

last2 aku decide call sepupu aku yang duduk pandamaran tu untuk confirmation...thanks kak nurul :) dia kata memang JJ Bukit Tinggi, Giant n Tesco tu yang dekat area rumah dia..fuh..lepas masalah kami..aku memang la familiar jalan situ sebab selalu p sana..so finally sampai gak ke gerai tauhu bakar tu..

okeh2, stop membebel benda tak penting..now korang mesti tertanya2 kat mana lokasi sebenar2 gerai ni kan..gerai ni berdepan dengan bank public mutual, dekat dengan Giant Klang, belakang sekolah teknik Klang..okeh senang jew kan nak detect lokasi gerai ni..susah2 sangat guna GPS jela..hihihi..for those yang duduk area Klang & Shah Alam mai2 la singgah gerai tauhu bakar ni..gerenti sedap..

5 sebab korang patut try tauhu bakar ni:

  1. sedap..confirm sedap yer..ni bukan tauhu biasa tu..ni special punya..hajar beli sampai 2 bungkus..haha
  2. murah+berbaloi...2 keping tauhu berharga cuma rm3.50..yang 3 keping harganya rm4.50..
  3. berkhasiat..sebab ada tauhu, ada sayur (timun+sengkuang)
  4. bersih..aku tengok pekakas yang diaorang guna memang bersih..bila bersih baru yakin nak makan..kan
  5. support la sikit bisnes bumiputera..kalau bukan kita yang support siapa lagi kan..bila orang melayu berjaya dengan bisnes diaorang, kita pun bangga gak kan :)

 tauhu dibakar dengan api yang kecik..tak mau bagi hangus kot..
 tauhu bakar klang..orang klang jangan lepaskan peluang rasa tau..
 bersih tau gerai diaorang ni..
 tukang masak yang mahir..hahaha
 bakal regular customer tauhu bakar..kekeke
ha tengok tu..penuh 1 bekas ni tau..kuah dia pun sedap..so tunggu apa lagi..p la serbu gerai diaorang..owh ya, gerai mula dibuka pada pukul 8:00 malam.. :)

~TAMMAT~

Pameran Pengantin

Reactions: 
6 comments
yeay!! weekend aku telah dipenuhi dengan aktiviti yang 'berfaedah' dengan pergi ke pameran pengantin di SACC (Shah Alam Convention Centre) dengan kawan2 ku yang terchenta..hikhikhik..gediks sungguh ayat pembukaan aku ni..*dah semulajadi gediks & gila poyo, nak ubah pun tak tahu macam mana.. ;p


mulanya aku malas nak ikut time hajar ajak p pameran tu, tapi tetiba aku tukar fikiran nak ikut sebabnya tengah tension, coz baru lepas gaduh2 ganas manja dengan incik rashid..hikhikhik..so konon2 nya dengan keluar berjalan dapat la merelease kan tension..tapi memang betul pun..time berjalan tu enjoy sakan, lupa kejap masalah..hehehe..


even actually aku tak ada pun nak beli or order apa2 dekat pameran tu, tetap gak nak memeriahkan pameran tu..memang syok habis la tengok baju cantik2, pelamin comel2, model cun2, kad2 kahwin yang kreatif n bla bla bla..tapi yang paling best kat situ ialah dapat free test food..part ni paling best..masa makan tu muka innocent jew..konon2 kami ni nak test lauk untuk majlis kiteorang..sibuk tanya pakej tu, pakej ni..hahaha..kami test kat 2 tempat..1st booth yang kami test food tu dekat booth nurul izzah catering..


memang sedap gilerrrrrrrr..giler pon tak sedap camni tau..erkkk...;p eh tetibe jew cakap sedap kan..menu pun tak bagitau lagi dah sibuk promote kata sedap..*tampo laju2 untuk diri sendiri..hihihi..

okeh2 kami test nasi arab, ayam masak merah, daging masak hitam, sambal sotong kering dan papadom..fuhhh...giler sedap..ni pun still terbayang2 lagi kesedapan, keenakan, & kelazatan makanan2 ni..tak rugi la kalau ambil katering kat diaorang ni..nasi arab dia memang sedap, dalam tu ada cebisan2 daging..beras yang digunakan basmathi maharani..daging masak hitam dia pulak memang mengancam..daging tu lembut sangat, terasa segala rempah2 yang diperap dengan daging tu..then sambal sotong pulak, perghhh, memang pedas but sedap..sotong pun lembut jew..*wah ada gaya macam pengacara jalan2 cari makan tu tak??hikhikhikhik ;)))

kalau nak tau details pasal pakej nasi arab ni, korang leh la contact nombor ni :03-51918410/013-3408944/013-3418944..alamat: 5 jalan 26/31 taman bukit saga, shah alam..aku promote ni bukan apa, sebab aku dah rasa masakan diaorang..memang 5 stars la..hajar, shaz & zai pun kata sedap masakan catering ni..*agak2 dapat tak royalti sebab promote??hahahahahahahahaha :))))

untuk 2nd catering tu, makanan dia not bad la, tapi tak boleh nak kalahkan izzah catering tu la..*sebab tu tak promote..erk...diskriminasi ni..hihihi...

macam2 acara ada untuk pengunjung pameran pengantin ni..ada fashion show..ada demonstrasi andaman by Nurin Make Over..aku memang dah lama usha mekap by Nurin ni..meletops uols.. :) muka tak cantik leh jadi cun melecun tau..hihihi...

nurin sedang gigih mengandam model..

macam2 lagi lah ada dekat pameran ni..ada yang jual pakej baju pengantin, photography, door gift, catering, kad kahwin & bla bla bla..kiranya ni syurga membeli/mengorder barang untuk yang bakal berkahwin..memang pakej diaorang tawarkan memang berpatutan la..time ni la rasa macam nak kahwin sekarang jew..aishhh...gatai sungguh anak dara pak cik kamrudin & mak cik saadiah ni..hahahaha..tapi seriously, memang best la menjamu mata dengan barang2 kahwin ni semua..

 ramai tau orang datang..seronok tengok muka bakal2 pengantin ni..happy+excited jew survey pakej..hihihihi


 sukeeee dua2 baju ni..sangat cantik..tapi kalau aku tak muat la nak pakai..kena tempah khas..hahahaha
 pelamin yang indah
jangan ada yang jadi pelamin anganku musnah udah ler..hihihi
pelamin ni cantik...nak ni..nak ni..mak, ila nak ni.. errr =.="

 cantik lampu lip lap kat atas tu..tak takut kew kot2 tengah bersanding, tetiba jatuh pulak lampu tu..errr..selisih malaikat 44.. ;p


 orang2 kat booth pengantin ni memang happening+sporting..sibuk nak bergambar sekali dengan aku..malangnya hajar tak snap pun muka diaorang..hehehe..sorry guys.. :)
okeh2 sekarang meh jamu mata dengan gelagat kanak2 ribena berposing di pameran pengantin..hehehe
 cak...hehehe
 cak cak..

 hiii gadis pasu besar..leh berkenalan tak??muahahaha
 ada gambar siti time buat show dekat SACC ni..tak dapat jumpa siti, bergambar dengan frame gambar siti pun jadi la..hahaha
 wohoooo~~ cantik kereta ni..nanti nak mintak incik rashid belikan..hahaha.. *berangan kuat ni..
gambar ala2 zaman dahulu kala..kononnya la ;p

 di bawah payung rambu ramba..

dekat pintu masuk pameran tu ada disediakan satu tempat untuk free photoshoot..mula2 photographer tu tak bagi bergambar guna kamera sendiri, tapi pujuk punya pujuk dapat jugak..janjinya sekeping gambar jew..ni gambar 1st photographer tu snap untuk kami..style melintang..

 gaya ada macam artis berposing kat red carpet tak??kekekeke ;)))))))

then boleh pulak aku demand2 suruh dia ambil gambar menegak pulak..tadi janji sekeping jew ni..ni dah dua keping ni..hahaha..muka abang tu pun macam dah bengang jew..heeeee..btw, thanks bro coz berlebih kurang dengan kami :)))
opsss..muka hajar de tanda trademark baru la..hahaha..

 1 malaysia..hehehe
 comel kan pic ni..adakah disebabkan bunga matahari tu yang comel atau shaz yang comel??hihihi..dua2 pun comel la :)
 nak jugak posing ala2 mulut tikus mondok tu..hehehe
bye2 SACC..hi PKNS :)

lepas penat mencuci mata+berposing kat pameran tu, kami pun p pulak dekat PKNS..nasib baik sebelah jew..dok usha2 emas dengan hajar..hehehe..then barulah kami balik..ops..bukan balik rumah..kami singgah jap ke Klang untuk rasa tauhu bakar..ha next entry aku cerita sikit ek pasal tauhu bakar ni...stay tune guys :)

~TAMMAT~