Monday, January 31, 2011

sindiket minta derma

Reactions: 
seperti yang aku janjikan, aku nak cerita sikit pengalaman yang aku sempat aku kutip sepanjang di jalan tar..memang berbagai2 ragam manusia yang korang dapat tengok & rasa..kalau pasal peminta sedekah jangan cakap la, punya la banyak..diaorang ni sebenarnya nak ambil kesempatan jew..so beware la kawan2 ku sekalian..

okeh 1st pengalaman aku dengan peminta sedekah adalah dari kalangan budak2..time tu aku tengah syok belek2 tudung..sorang budak lelaki dalam lingkungan 11-12 tahun mintak derma..kononnya dari pusat tahfiz TUT..dia bagitau sekolah dia tak cukup dana, so diorang datang kutip derma dari satu tempat ke satu tempat yang lain..ustaz yang hantar diaorang..kesian aku dengar cerita dia..tak apalah, aku sedekah la setakat yang termampu..

2nd experienced:  time aku makan dengan hajar & mel kat food court semua house..adalah dua orang makhluk tuhan datang mintak derma dari satu meja ke satu meja yang lain..sorang buta, sorang lagi celik lagi sihat tubuh badan..aku tanya dari mana..yang celik tu bercakap dalam loghat indonesia..dia sebut fields jew..aku pun tanya balik dari mana sebab tak clear dia sebut apa..dia sebut lagi fields..haaa??aku dengan mel dah tercengang..kat mana tu tanya kami lagi..fieldsss..indon tu tekankan lagi sebutan dia..macam marah jew bunyinya...lastly yang buta tu jawab 'BRICKFIELDS'..hadoiiii..kau sebut tak betul kau nak marah2 kat kami..aiii rasa nak tampo2 jew mulut indon tu, biar kasik betul sikit sebutan..*agak kejam disitu..hehehe..then diaorang blah lepas bagi tisu sorang satu..huhuhu

3rd experience:  tak lama lepas tu datang pulak lagi sepasang makhluk tuhan yang sama macam yang tadi tu..sorang buta, sorang celik..aku dah agak ni mesti sindiket.aku dah plan dah nak cakap apa kat minah celik tu..tunggu diaorang datang jew..last2 diaorang singgah meja kami..dengan muka kesian minah celik tu cakap dalam pelat indonesia

minah celik: dik, derma dik..
aku:  nak tanya sikit boleh? kalau saya derma duit ni siapa yang dapat ek..?
minah celik: tersengih2 macam kerang busuk..
aku:  saya sedekahkan duit ni dekat dia jew (aku tunjuk kat m.cik buta tu..alahai kesian aku tengok m.cik tu..mata kanan dia bengkak..ntah2 kena hentak dengan ketua sindiket..wallahualam)..kalau orang lain yang ambil duit ni saya HARAMKAN..(aku tekankan sikit perkataan haram tu)
minah celik: ya ya..(sambil bagi tisu & nak blah)
aku:  ingat yer saya haramkan kalau orang lain yang ambil..
minah celik ti menjeling dah blah dengan muka masam mencuka..

4th experience:  ni experience yang paling tak boleh aku lupa..benda ni berlaku time kat khemah area belakang mydin..ada la sorang perempuan bertudung labuh, bercermin mata datang tunjuk kat aku brochure..aku belek2 brochure tu, ada gambar anak2 kecik, kat brochure tu tajuk rumah anak2 HIV..perempuan tu pun memperkenalkan diri sebagai ketua rumah jagaan tu..dia tunjuklah muka dia tengah bagi ucapan..memang serupa muka dia dalam brochure tu..ada jugak gambar dia bersinglet, BERSINGLET okeh dalam brochure tu tengah pangku budak2..dia kata ni gambar dia kat pusat jagaan tu..okeh tak apalah maybe kat rumah jew kot..


dia cerita dia ni dulu kristian tapi dah convert masuk islam..dia adalah sebut pasal ALLAH, tapi dia sebut ALLAH pun tak betul..heran jugak..then aku pon derma la rm1..lepas derma tu terus dia RAMPAS brochure kat tangan aku tu..woooo...motherF la lu minah..kurang ajar..terus aku hilang respect kat dia..aku dengan reaksi terkejut babun tu terus kejar dia nak mintak brochure tu..tadi beriya2 bagi, ni dah derma terus rampas..apa kes derrr??then dia cakap ten dollars..mak aih, brochure fotostet berharga rm10??ni dah kira satu penipuan...dia terus lari entah ke mana..

sambil tunggu member2 lain usha2 baju aku terus berfikir..aku tak puas hati..aku nak gak brochure tu..atleast dapat nombor telefon pun jadilah..aku nak call pusat jagaan tu..aku nak siasat..aku pun cari2 la minah tu..dia tengah usha2 orang..ha nak cari mangsa la tu..aku datang kat dia, terus dia larikan diri..kalau tak salah buat apa nak lari kan..aku kejar gak..sampai kat dia aku pegang brochure tu..terus dia sentap tangan dan terus blah..aku sempat ambil pic dia dari belakang jew..

nak lari ke mana tu mak cik??takut ekkk???

ni pendapat aku:

1st situation:  aku memang tak setuju bila budak2 di kerah tenaga untuk meminta sedekah hanya untuk mendapatkan dana sekolah..ustaz2 tu tak boleh ke cari dana sendiri??seolah2 budak2 ni dieksplotasi oleh orang dewasa..adakah ustaz2 diorang ni fikirkan keselamatan budak2 ni??tak risau kew budak2 tu diculik & dijadikan mangsa pemerdagangan??? tak pun diculik kemudian dibunuh??tak takut kew budak2 ni dilanggar semasa mintak derma???adakah parents budak2 ni tau aktiviti anak2 diaorang??bagi aku lah sepatutnya masa budak2 ni dihabiskan dengan menghafal al-quran bukannya ke hulu hilir meminta derma..kesian diorang..huhuhu

2nd & 3rd situation:  hati2 la dengan sindiket mempergunakan orang buta..tak salah kita menderma tapi kita kena fikir, kemana duit derma tu semua??berapa percent yang orang buta tu dapat??adakah berbaloi dengan penat lelah diaorang??jangan pulak ada pihak yang senang lenang makan hasil orang kurang upaya..yang celik tu, dah tak ada kerja lain kew??tak malu kew menggunakan kekurangan orang lain untuk mencari rezeki..hmmm...

4th situation:  ni lagi bahaya..menggunakan agama untuk meminta sedekah..pakai tudung labuh, berceramah tentang agama tapi rupanya disebalik semua tu terselindung perangai iblis..memperdaya orang lain, dan bersikap kurang ajar tak pernah diajar dalam ajaran islam..adakah dia benar2 islam??wallahualam..kalau dia bukan islam, kemanakah duit kutipan derma tu disalurkan??adakah masuk ke poket sendiri atau ke persatuan agama diaorang then duit tu digunakan untuk proses memurtadkan orang islam..nauzubillah..moga2 benda ni tak terjadi..hmmm...

pesanan untuk semua:  nak menderma tu biarlah bertempat..kalau betul2 nak derma, pergilah sendiri ke pusat anak2 yatim/pusat jagaan kanak2 hiv or wat ever..janganlah ada third party yang tolong kutipkan..kita tak tahu kebenaran di sebalik kutipan derma tu dan kemana arah duit tu disalurkan..*aku dah serik...

dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:  "Barang siapa yang meminta-minta harta orang lain untuk dikumpulkannya maka sesungguhnya dia telah meminta bara api neraka jahanam.."

4 comments:

  1. sape suro ko baek ati sgt?aku x penah pun nk derma kat dorg sume.lmsg x timbul perasaan kesian. dulu masa mule2 aku duk kl mmg la aku kesian, lama-lama naek nyampah lak aku

    ReplyDelete
  2. hahaha..lepas ni no more sedekah kt owg2 cmni..klu nk sedekah tu, biarlah kite sndri p kt umah jagaan dorag tu..ati pun puas dpt tlg dowg..

    ReplyDelete
  3. ko sedekah jela kat aku
    hahahaa.weh aku da tukar no.ni no baru aku 019-2549747

    ReplyDelete
  4. ala..ko kn da keje..ptot nye ko yg sdkh kt aku ni..hahaha..
    isk asek tuka no jew la ko ni..

    ReplyDelete