Tuesday, January 4, 2011

biskot tahun baru :)

Reactions: 
aloha!!
selamat tahun baru 2011 kepada semua readers aku.. *eh ada kew readers blog aku ni???hehehehe... rasanya belum terlambat kan nak wish happy new year kat korang.bukannya tak mau wish awal2, tapi problemnya broadband aku kena block sebab 2 minggu lewat bayar.. =.=' amacam sambutan tahun baru korang..??best x??macam aku seumur hidup tak pernah lagi sambut tahun baru dekat luar..selalunya ngadap depan tv jew tengok pertunjukkan bunga api..almaklumlah, aku tak boleh keluar dengan kawan-kawan lebih daripada pukul 7 malam..*ada lagi rules macam ni kan..hihihihi..


sebagai mengisi malam tahun baru aku dengan benda yang bermanfaat, aku decide buat biskot mazola..ha....tau tak biskot mazola tu macam mana??tau tak resepi biskot ni??ha tak tau???ok2..kalau tak tau meh sini aku ajarkan..sebab aku sangat la 'terer' buat biskot ni *sebenarnya ni 1st time aku buat..kekekeke..


bahan2 untuk biskot ni simple dan sangat senang untuk didapati..


1kg tepung gandum
2 mangkuk kecil kacang tanah yang dah dikisar..
2 mangkuk kecil gula yang dikisar halus..halusssss jew bak kata harith iskander..hehehe
minyak jagung/masak
garam

cara-cara buat:

campurkan 1kg tepung gandum dengan gula & kacang tanah kisah tu..sebatikan semuanya..letak la sikit garam..tapi jangan banyak2 tau..sikit jew..



then masukkan minyak jagung..tapi aku tak guna minyak jagung sebab lupa nak beli..hehehe..tapi minyak masak pun boleh..jumlah minyak jagung ni depends la..agak2 adunan tu dah jadi lembik jangan la letak lagi..macam yang aku buat ni sebenarnya terlebih letak minyak..so aku tambah lagi sikit kacang tu supaya adunan tu tak lembik..


lepas tu boleh la bentukkan adunan tu ikut citarasa masing2..nak terap bentuk bulan boleh..bentuk love boleh..bentuk bunga pun boleh..aku tak gune penerap..aku juz buat bulat2, then tekan sikit bagi adunan tu leper and lastly tabur kacang kisar kat atas..kalau nak sapu telur kuning pon boleh gak..ikut kreativiti masing2 :)

 then bakar kuih ni dalam 10-15 minit..jangan bakar sampai hangus macam aku buat sudah la ek..hehehe


hasilnya:
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
tadaaaaaaaaaaa :)
ada yang hangus..heeeeeeeeeeeeee ;p
actually boleh dapat dalam 4 balang lebih..tapi sebab ramai yang dah ngap tinggallah lagi 3 balang setengah.. :)
time buat biskut ni aku ada ramai pengacau assistant iaitu adik & anak buah aku si aiman..tengok la gelagat diorang ni 'menolong' aku..

sibuk nak tolong jugak..aku bagi syarat kalau nak buat kena basuh tangan bersih2 & kuku mesti pendek..amalkan kebersihan la katakan :)

untung dapat anak buah yang minat menolong kerja2 dapur ni :)

aiman, along & adik..gambar kat belakang tu angah duk ralit main game..

orang menguli adunan dia sibuk nak tolong..orang sibuk menerap kuih dia pon nak menerap jugak..bakal chef gamaknya anak buah aku ni..chef aiman..hehehehe
bila kebosanan melanda, mula la idea mengong datang..hehehe
:)
=)
yang ni konon2 buat bentuk taik..hahaha..tapi bile tengok balik macam ada satu bentuk yang sangat lucah untuk di sebut...korang fikir apa tu ha?????HAHAHA
malam tahun baru yang menyeronokkan bagi aku even penat..bukan penat apa pun cuma penat menunggu biskut tu masak..then kena basuh & mengemas segala pekakas buat biskut neh..tu yang lemah sikit..hihihi..apa-apa pun aku enjoy buat aktiviti macam ni bersama-sama dengan family..

permulaan tahun baru yang gembira..moga ia akan berkekalan hingga penghujung tahun..amin :)

0 comments:

Post a Comment