Monday, January 31, 2011

sindiket minta derma

Reactions: 
4 comments
seperti yang aku janjikan, aku nak cerita sikit pengalaman yang aku sempat aku kutip sepanjang di jalan tar..memang berbagai2 ragam manusia yang korang dapat tengok & rasa..kalau pasal peminta sedekah jangan cakap la, punya la banyak..diaorang ni sebenarnya nak ambil kesempatan jew..so beware la kawan2 ku sekalian..

okeh 1st pengalaman aku dengan peminta sedekah adalah dari kalangan budak2..time tu aku tengah syok belek2 tudung..sorang budak lelaki dalam lingkungan 11-12 tahun mintak derma..kononnya dari pusat tahfiz TUT..dia bagitau sekolah dia tak cukup dana, so diorang datang kutip derma dari satu tempat ke satu tempat yang lain..ustaz yang hantar diaorang..kesian aku dengar cerita dia..tak apalah, aku sedekah la setakat yang termampu..

2nd experienced:  time aku makan dengan hajar & mel kat food court semua house..adalah dua orang makhluk tuhan datang mintak derma dari satu meja ke satu meja yang lain..sorang buta, sorang lagi celik lagi sihat tubuh badan..aku tanya dari mana..yang celik tu bercakap dalam loghat indonesia..dia sebut fields jew..aku pun tanya balik dari mana sebab tak clear dia sebut apa..dia sebut lagi fields..haaa??aku dengan mel dah tercengang..kat mana tu tanya kami lagi..fieldsss..indon tu tekankan lagi sebutan dia..macam marah jew bunyinya...lastly yang buta tu jawab 'BRICKFIELDS'..hadoiiii..kau sebut tak betul kau nak marah2 kat kami..aiii rasa nak tampo2 jew mulut indon tu, biar kasik betul sikit sebutan..*agak kejam disitu..hehehe..then diaorang blah lepas bagi tisu sorang satu..huhuhu

3rd experience:  tak lama lepas tu datang pulak lagi sepasang makhluk tuhan yang sama macam yang tadi tu..sorang buta, sorang celik..aku dah agak ni mesti sindiket.aku dah plan dah nak cakap apa kat minah celik tu..tunggu diaorang datang jew..last2 diaorang singgah meja kami..dengan muka kesian minah celik tu cakap dalam pelat indonesia

minah celik: dik, derma dik..
aku:  nak tanya sikit boleh? kalau saya derma duit ni siapa yang dapat ek..?
minah celik: tersengih2 macam kerang busuk..
aku:  saya sedekahkan duit ni dekat dia jew (aku tunjuk kat m.cik buta tu..alahai kesian aku tengok m.cik tu..mata kanan dia bengkak..ntah2 kena hentak dengan ketua sindiket..wallahualam)..kalau orang lain yang ambil duit ni saya HARAMKAN..(aku tekankan sikit perkataan haram tu)
minah celik: ya ya..(sambil bagi tisu & nak blah)
aku:  ingat yer saya haramkan kalau orang lain yang ambil..
minah celik ti menjeling dah blah dengan muka masam mencuka..

4th experience:  ni experience yang paling tak boleh aku lupa..benda ni berlaku time kat khemah area belakang mydin..ada la sorang perempuan bertudung labuh, bercermin mata datang tunjuk kat aku brochure..aku belek2 brochure tu, ada gambar anak2 kecik, kat brochure tu tajuk rumah anak2 HIV..perempuan tu pun memperkenalkan diri sebagai ketua rumah jagaan tu..dia tunjuklah muka dia tengah bagi ucapan..memang serupa muka dia dalam brochure tu..ada jugak gambar dia bersinglet, BERSINGLET okeh dalam brochure tu tengah pangku budak2..dia kata ni gambar dia kat pusat jagaan tu..okeh tak apalah maybe kat rumah jew kot..


dia cerita dia ni dulu kristian tapi dah convert masuk islam..dia adalah sebut pasal ALLAH, tapi dia sebut ALLAH pun tak betul..heran jugak..then aku pon derma la rm1..lepas derma tu terus dia RAMPAS brochure kat tangan aku tu..woooo...motherF la lu minah..kurang ajar..terus aku hilang respect kat dia..aku dengan reaksi terkejut babun tu terus kejar dia nak mintak brochure tu..tadi beriya2 bagi, ni dah derma terus rampas..apa kes derrr??then dia cakap ten dollars..mak aih, brochure fotostet berharga rm10??ni dah kira satu penipuan...dia terus lari entah ke mana..

sambil tunggu member2 lain usha2 baju aku terus berfikir..aku tak puas hati..aku nak gak brochure tu..atleast dapat nombor telefon pun jadilah..aku nak call pusat jagaan tu..aku nak siasat..aku pun cari2 la minah tu..dia tengah usha2 orang..ha nak cari mangsa la tu..aku datang kat dia, terus dia larikan diri..kalau tak salah buat apa nak lari kan..aku kejar gak..sampai kat dia aku pegang brochure tu..terus dia sentap tangan dan terus blah..aku sempat ambil pic dia dari belakang jew..

nak lari ke mana tu mak cik??takut ekkk???

ni pendapat aku:

1st situation:  aku memang tak setuju bila budak2 di kerah tenaga untuk meminta sedekah hanya untuk mendapatkan dana sekolah..ustaz2 tu tak boleh ke cari dana sendiri??seolah2 budak2 ni dieksplotasi oleh orang dewasa..adakah ustaz2 diorang ni fikirkan keselamatan budak2 ni??tak risau kew budak2 tu diculik & dijadikan mangsa pemerdagangan??? tak pun diculik kemudian dibunuh??tak takut kew budak2 ni dilanggar semasa mintak derma???adakah parents budak2 ni tau aktiviti anak2 diaorang??bagi aku lah sepatutnya masa budak2 ni dihabiskan dengan menghafal al-quran bukannya ke hulu hilir meminta derma..kesian diorang..huhuhu

2nd & 3rd situation:  hati2 la dengan sindiket mempergunakan orang buta..tak salah kita menderma tapi kita kena fikir, kemana duit derma tu semua??berapa percent yang orang buta tu dapat??adakah berbaloi dengan penat lelah diaorang??jangan pulak ada pihak yang senang lenang makan hasil orang kurang upaya..yang celik tu, dah tak ada kerja lain kew??tak malu kew menggunakan kekurangan orang lain untuk mencari rezeki..hmmm...

4th situation:  ni lagi bahaya..menggunakan agama untuk meminta sedekah..pakai tudung labuh, berceramah tentang agama tapi rupanya disebalik semua tu terselindung perangai iblis..memperdaya orang lain, dan bersikap kurang ajar tak pernah diajar dalam ajaran islam..adakah dia benar2 islam??wallahualam..kalau dia bukan islam, kemanakah duit kutipan derma tu disalurkan??adakah masuk ke poket sendiri atau ke persatuan agama diaorang then duit tu digunakan untuk proses memurtadkan orang islam..nauzubillah..moga2 benda ni tak terjadi..hmmm...

pesanan untuk semua:  nak menderma tu biarlah bertempat..kalau betul2 nak derma, pergilah sendiri ke pusat anak2 yatim/pusat jagaan kanak2 hiv or wat ever..janganlah ada third party yang tolong kutipkan..kita tak tahu kebenaran di sebalik kutipan derma tu dan kemana arah duit tu disalurkan..*aku dah serik...

dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:  "Barang siapa yang meminta-minta harta orang lain untuk dikumpulkannya maka sesungguhnya dia telah meminta bara api neraka jahanam.."

rombongan cik2 kiah: part II

Reactions: 
8 comments
wah lama gila tak meng'update' blog..biasalah bila dah start masuk sem baru ni busy kuasa gaban..tapi dalam busy2 tu sempat gak merayau ke sana sini dengan kawan2..hehehe..merayau tu harus, sebagai treatment kepada stressor..hehehe...

okey2 jom kita sambung kisah perjalanan kami cik2 kiah puncak alam berjalan+bershopping+bergonjeng di KL..KL yoooo..hehehe..

after puas bershopping di jalan tar, kemudian kami dengan hati yang sepakat (tang shopping sepakat la..hehehe) untuk ke SOGO..SOGO yoooo...previous entry aku dah cerita kisah terjumpa remy ishak promote minyak wangi ..so untuk entry ni nak cerita kisah kami bergambar sakan di air terjun kat food court sogo..sebenarnya aku dah banyak kali jejakkan kaki kat sogo ni..tapi aku tak pernah tau pun yang sogo ni ada food court kat tingkat atas nun..huwaaaa..malunya aku..... =.='

bila aku sampai kat food court tu aku jadi jakun la sikit..1st time la katakan..aku tengok harga makanan kt sogo ni standard harga makanan kat kl la..rasanya murah lagi makanan kat food court semua house..then sambil2 tunggu cik kiah esah, cik kiah zai & cik kiah ros makan, aku, cik kiah teddie, cik kiah mel  pun pergi lah dekat air terjun buatan sogo tu..punya lah excited berposing depan air terjun tu..orang pandang2 pun kami buat donno jew..hehehe...

ni la pic yang sempat di snap kan:

 pencahayaan yang sangat cantik..nampak putih bersih jew muka..macam disimbahi nur keimanan..hahaha




 cakkkk!! candid pic..time ni hajar tengah betulkan kamera..tak sangka dia snap pic rupenya..hehehe..nakal eh ;p
 powerpuff gurl puncak alam..hahaha
apa kes la si esah ni..apa motif bergambar camni pun aku tak tahu..hahaha..esah2... 


 opsss..ada orang kuntut ka...ada bau ka??hahaha
 they said that they love me damn much..muahahahhaa :) both of them r my luvly exroomates time dip dulu
pic ni kiteorang mintak sorang gurls tangkapkan..tapi tangkap macam tak ikhlas jew..huhuhu..we r not ready yet :(

time depa makan, sempat gak kami snap pic..ni pic gila2 dari cik kiah teddie..hehehe

konon2 aksi kami dalam cawan..

 cik kiah mojako
 cik kiah zai
 cik kiah ros
 cik kiah esah
cik kiah mel

 pic cik kiah teddie tu tak ada dalam simpanan aku..dia tak bagi..hehehe..

another pics:




otw balik ke kereta, aku lalu la kat kawasan aku dan incik rashid date time shopping raya dulu..hehehe..teringat kenangan time tu..kat bangku ni lah kami duduk, bergambar sama2 & time balik aku menangis2 sebab sedih terpaksa berpisah dengan incik rashid kejap sebab dia nak balik sabah..hehehe..malu2 =.='

*sowi auntie tersnap sekali gambar auntie.. :)

okeh done with sogo, then we went to taman tasik perdana..ni adalah plan dari cik kiah teddie..dia yang beriya2 nak pergi sana..kiteorang just follow..tak kisah kat mana2 pun janji bergonjeng..hahaha..kiteorang memang tak tahu jalan, nasib baik ada sign board..akhirnya sampai juga kami :)

even badan dah penat, kaki dah lenguh sebab berejam jalan non-stop, tapi kami gagahkan jugak berjalan2 ke taman tasik perdana ni..memang syiokkkk habis :)





kami tak mau balik :(
 sempat gak kami makan aiskrim :)
pic curik2..ada pengantin buat photoshoot dekat tasik..larat pengantin perempuan tu jelajah satu tasik tu dengan kasut tumit tinggi..hehehe..

fuh time kat taman tasik perdana ni memang kaki dah rasa cam kejang..bayangkanlah berapa km kami dah berjalan..rasanya cukup 1 pusingan tasik tu kami tawaf..hehehe..bila nak balik rasa macam nak terbang jew *kalaulah boleh..hehehe..kenangan yang paling tak boleh lupa of course lah time balik sebabnya jalan kecik sebab diorang park kereta atas bahu jalan..suppose jalan 2 line dah jadi 1 line..memang menggelabah la jadinya sampai stuck kat tengah2 jalan tu kejap..last2 kami terpaksa yakinkan hajar yang kereta dia muat nak lalu even sebenarnya kami sendiri tak sure muat kew tak..redahhhh jewww..hahaha..finally dapat gak kami meloloskan diri daripada jalan sempit tu..

memang penat tapi berbaloi..lupa segala assingment yang sepatutnya disiapkan..tak apa, assingment bila2 pun boleh buat..yang penting shopping+spend time together with friends!!!hehehehehee :)))


Saturday, January 22, 2011

rombongan cik2 kiah :) part I

Reactions: 
6 comments
yeay!!shopping!! bersempena cuti thaipusam, kanak-kanak ribena a.k.a cik2 kiah puncak alam telah memutuskan untuk menghabiskan masa, tenaga dan duit mereka di jalan tar dan juga sogo..idea yang sungguh bernas ini sebenarnya telah dirancang lama oleh cik kiah mel dan cik kiah mojako tetapi kini ia menjadi kenyataan setelah disokong hebat oleh cik kiah teddie yang sudi menjadi mak supir (drebar) kami untuk ke sana..hahahaha..kemudian di ikuti juga oleh cik kiah ayca, cik kiah zai dan cik kiah rohas yang sudi menjayakan misi ini..akhirnya tanpa rasa bersalah, tanpa rasa was-was berjaya jugak cik2 kiah ni menjejakkan kaki ke bumi kuala lumpur, bandar yang penuh pancaroba..*erkkk..terkerepek pulak..hihihi


misi utama kami ialah ke jalan tar, syurga membeli belah kain, tudung dan segala macam benda untuk kaum hawa yang gila bershopping seperti kami..hihihi..janji untuk bertolak seawal 7.30 pagi hanya tinggal janji..akibat kelewatan bangun, waktu bertolak ditunda pada pukul 8.30 pagi..namun lagi sekali ia terpaksa di tunda ke pukul 9.00 pagi..ini adalah situasi normal yang telah berkurun lama kami alami dan sehingga kini ia masih menjadi taboo dalam kehidupan kami..*biasalah janji melayu..hakhakhak..

alhamdulillah sampai juga kami kesana even i'm the only one yang tau jalan nak pergi sana..sepanjang perjalanan pergi aku berdebar2 sebab takut tersalah jalan..hahaha..tapi bila dah sampai je kat jalan tar semua perasaan berdebar hilang dan diganti dengan perasaan teruja..tak sabar nak menghabiskan duit..hihihi..our first destination was at semua house sebab nak mintak duit kat encik rimau (maybank)..then terjumpa cermin yang sangat besar dan cantik..pew lagi dengan muka tak malunya kami bergambar kat situ..hehehe...

we love mirror :p 

 amboi2..cik kiah teddie dan cik kiah ayca berposing mengalahkan artis..hahaha
 pergi mana2 mesti bawak plain water..it's good for your health :)

then we went to muaz's shop..shopping selendang ^^, aku tak beli apa2 pun kat kedai ni even harga murah2 tapi tak ada satu pun selendang yang aku berkenan.. nak survey semua kedai2 kat jalan tar dulu baru beli..hihihi

depan kedai muaz

fuh giler penat pusing satu jalan tar..dari semua house sampai la ke hujung jalan tar..semua kedai aku redah..finally jumpa jugak barang yang dihajati..aku beli skaft inner 1 kodi..1 kodi means ada 20 helai=rm70 jew..berbaloi2..ahaks..macam2 colour ada sampai blur nak pilih yang mana satu..then jalan2 lagi, survey sana sini, buat muka tak malu mintak harga murah, akhirnya jumpa jugak kedai yang sudi jual selendang dengan harga rm8 sehelai..ok la tu..so aku beli 10 helai..hihihi..aku stop shopping selepas aku sedar aku dah banyak menghabiskan duit..entah pakai entah tak selendang tu..time tu pun cik kiah mel dah call bagitau dia & cik kiah teddie dah sampai food court semua house..owh baru realize aku tak makan lagi..bila dapat shopping, tak makan pun tak apa..hahaha

so next destination was at food court semua house..it's time for having a lunch..yummy...


ikan bakar+air asam+nasi putih+gulai nangka..cost for only rm4.50.. :)

lunch hanya bersama-sama cik kiah teddie dan cik kiah mel sebab cik2 kiah yang lain masih sibuk shopping..time kami lepak kat food court ni ada la makhluk tuhan yang mintak derma..but i'll tell you this story for the next entry okeh.. :)


jari siapakah ini??hahaha

 then pergi ke mydin untuk beli barang2 mandi hajar..lepas tu barulah kami semua angkat kaki pergi ke sogo..
otw ke sogo..nampak lagi cermin sempat snap pic..nampak tak kami??hehehe

sampai kat sogo terus rambang mata sebab lagi banyak sales..ikut hati mau jew beli handbang berjenama sebab discount 50%..whoa~~ but then bila fikir balik, beg tangan yang ada ni pun tak terpakai, belum campur yang kat umah lagi..huhuhu..so terpaksa la batalkan niat nak beli..jalan2 lagi ke bahagian ground floor, kami jumpa remy ishak tengah promote minyak wangi..kan dia sekarang jadi duta minyak wangi dashing..dapat lah kami tengok dia live2..tak ada lah handsome sangat..not bad la..hehehe..




siapa yang nak bergambar berdua dengan remy ishak+sign kat poster kena beli minyak wangi dashing..harga rm19.90..tapi aku bukan la die hard fans si remy ni..so tak kisah la dapat bergambar berdua ke tak..hihihi..




bersambung ke next entry..mau tito dulu..esok nak pergi bukit cherakah pulak :)


Tuesday, January 18, 2011

how to make a woman happy?

Reactions: 
0 comments





TAK ADA la susah sangat nak buat perempuan gumbira..lelaki ada 54 pilihan untuk menggembirakan perempuan...

ha meh tengok cara gumbirakan lelaki


simple jew kan..but wait2...walaweh....show up naked??tak boleh blah..hahaha..tampo laju2 baru tau..hikhikhik :)

p/s:  semua ni sekadar gurauan..janganlah ada yang amik serious pulak ek..kang ada perempuan betul2 naked  pulak.. no no no..don't try this at home okeh..hehehe...