Friday, December 10, 2010

hantu kak limah balik rumah

Reactions: 
wah..tajuk dia pun dah kelakar..ceritanya macam mana pulak yer? kalau orang lain suka tengok filem dari luar negara, aku pulak lain..tak tahulah kenapa kalau tengok wayang, aku lebih suka tengok cerita melayu..bagi aku cerita melayu ni lagi melekat kat kepala otak & enjoy bila tengok berbanding kalau aku tengok cerita luar negara..hehehe..tu bagi aku la..orang lain aku tak tahu..setiap orang lain citarasanya kan..


1st time aku tengok poster filem ni, aku dah rasa tertarik nak tengok..macam best jew..bila baca sinopsis filem ni, aku dah dapat bayangkan mesti best la karya Mamat Khalid kali neh..pelakon pon best2..






ni sinopsis filem hantu kak limah balik rumah yang aku ambil dari budiey.com:


Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan.
Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.

Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.


Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.


Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah.
-
-
-
-
-
nak tau tak anak buah aku si aiman tu sebut tajuk filem ni apa??dia sebut hantu MAK MINAH balik KAMPUNG..hahaha..sesuka hati dia jew nak tukar tajuk filem ni..hahahaha..dengar dek Mamat Khalid mesti dia ketawa..hehehehe...


suke2 hati kau jew aiman oii nak tukar tajuk filem ni..hahahaha~~ 


daripada respon yang aku baca daripada blog2 hiburan yang lain, most of the penonton cakap filem ni memang best sampai boleh pecah usus perut sebab gelak tak hingat dunia & bab seram tu memang betul2 seram..hehehe..siapa cakap filem melayu tak best??ada jugak filem yang best tau tapi maybe kurang promosi..so jom ramai2 sokong filem melayu & jom tengok filem HANTU MAK MINAH BALIK KAMPUNG..eh silap..HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH..hehehehe...


comel jew hantu kak limah ni..rasa nak gigit2 jew..hahaha~~

ni thriller filem:



p/s:  ada sesiapa yang sudi belanja aku??hahaha *tak malu betul ;p

0 comments:

Post a Comment