Wednesday, December 15, 2010

halijah bertunang: sarung cincin :)

Reactions: 
seperti dijanjikan dalam previous entry, aku akan sambung kisah pertunangan halijah dengan mr right dia bila dah dapat pic sarung cincin..:) seperti adat bertunang orang melayu yang lain, sebelum majlis bermula, ada la bacaan doa selamat then barulah perbincangan bermula..tak ada pulak berbalas-balas pantun, kalau ada maunya gamat suasana..hehehe..apa butir perbincangan aku tak dengar pulak sebab aku duduk dalam bilik dengan ija..tapi memang ramai gila la orang datang..sampai kedapur penuh orang tau..

cincin pertunangan disarungkan sendiri oleh bakal mak mertua ija..aku dengar ija panggil 'mak' dah dekat bakal mak mertua dia tu..hehehehe..bagus kamu ija.awal2 dah praktis panggil mak..nanti tak ada la tergeliat lidah nak menyebut mak dekat mak en sholah kamu tu :)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
bermesra bersama future mother-in-law ^^, 


suasana dalam bilik time sarung cincin tu sangat cool..segalanya berjalan dengan lancar dan pantas..macam tak sangka dah jadi tunangan orang dah si ija ni..hehehe..selepas sesi sarung cincin selesai, acara makan pun bermula..




ha bab makan ni aku memang suka sangat..hehehe..menu ija nasi beriyani (gilerrrrrrrrrrrrr sedap)..nasi beriyani makan dengan lauk kari ayam, daging rempah (aku tak tau rempah apa tapi yang pasti daging sangat lembut dan sedap) & jelatah..ada pulak karipap, cucur badak, tapai & bubur durian kacang hijau..fuhhh..gila meleleh air liur tengok menu dia..memang tak hingat orang sekeliling dah bila dapat menghadap makanan ni semua (gila melantak kn :p)..

ija bersama barang-barang hantaran dari kedua-dua belah pihak :) 
ija with my lil sister and my mummy :) 

paling aku segan ialah time balik..sempat pulak si ija ni hulur duit dekat aku..katanya bapak dia bagi..adeeeehhhh..malu sangat..dah la banyak duit yang dibagi tu..serba salah aku nak terima..niat aku ikhlas tolong mekapkan ija sebab ija la kawan baik aku dari sekolah rendah sampai la sekarang ni..takkan lah benda kecik macam ni pun aku nak berkira kan..^^,

me & ija :)
my bff- ija :)

btw, orang dah bagi tu, aku terima lah dengan hati terbuka..mak aku pun kata dah orang bagi tu ambil je..so aku ambil jew..thanx a lot to ija n family :) dan paling best sekali mak ija siap bungkuskan aku nasi & lauk untuk bawak balik..terima kasih la banyak-banyak..buat susah jew..memang family ija ni baik hati betul la..terharu aku..hehehe :)
ha ni lah tunang ija..aku doakan semoga korang berdua bahagia, kalau gaduh-gaduh tu biasa lah kan..cepat-cepat kahwin tau :) selamat menempuh alam pertunangan halijah & sholahuddin :)

~TAMMAT~

0 comments:

Post a Comment