Tuesday, November 30, 2010

KELEBIHAN SURAH2 DI DALAM AL-QURAN :)

Reactions: 
KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

"Au zubillah himinashsyaitan
nirrajim...bismilla hirrahmannirrahim"

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani.

A) Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa
saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis
dan syaitan yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling
kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam
yakul lahu kufuwan
ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan
membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan
sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan
menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang
diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur.


Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan
sukar
menjawab salam
tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam
yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.

B) Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad
s.a.w:
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000
kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari
Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi.
Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan
Allah
sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari
neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad
satu hatam yaitu
100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita
sehari.

C) Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit
sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan
membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat
akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara
Kamu
yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk
mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya
Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar
bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu
itu) tidak tahu apa yang dikatakannya
itu. Lantas
Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan
bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali
ganjarannya
sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah
Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana
ianya sama dengan membaca 30 jus
Al-Quran.

D) Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya
telah melihat Arasy di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.


Setelah mereka selesai membaca Surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca Surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul
Huwallahu Ahadu itu tertulis di
sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus
Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.


E) Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke
jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.

Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku
walaupun satu ayat'. Sesungguhnya
apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya
3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

0 comments:

Post a Comment